Pages

come with me ;;)

Wednesday, July 29, 2009

Ke-happy-an Melanda Jiwa

yay boleh balik! yEs,,, hanya Tuhan yang tahu macam mana perasaan aku masa tu bila tahu semua warga UPM bakal diberi cuti. Lagi la beria bila kelas petang ni pun di-cancel. Mana nak cari student macam aku ni. Bagus kan?
Tapi, ada ke tiket nak balik Terengganu ni?
Argh,,, apa hal pun call Ngoh dulu la. Ngoh suruh aku balik rumah dia dulu. So, nanti suami dia tolong la carikan tiket untuk aku. Mula-mula, Ngoh suggest aku duduk rumah dia je terus 1 minggu ni. Tapi, mana boleh jadi sebab lepas ni aku dah tak ada cuti mid sem lagi dah sebab UPM dah tarik cuti mid sem 2 minggu lebih awal. H1N1 punya pasal la ni :'(

Apa lagi, start packing barang la. Boleh balik sekali dengan roomate aku, Diyana. Kebetulan rumah dia dekat je dengan rumah makcik aku tu. Huisy,,, bila dah ada gang balik sama-sama, mula la kami plan nak singgah mana-mana dulu sebelum balik rumah, hehe :D 
Tapi, macam mana pulak dengan Su? 
Su ni roomate aku yang dari Sarawak. Dia tak balik kelas lagi ni. Entah tahu ke tak pasal cuti ni. Bila call dia, dia cakap dia nak balik rumah kakak dia kat Kuantan. Tapi, tiket tak beli lagi. So, aku ajak dia balik rumah makcik aku sama-sama dengan aku.

Fuuuh,,, dah beres semua. Jom turun tunggu bas pergi stesen komuter. Memandangkan Diyana dah expert jalan-jalan kat KL ni, so dia la yang plan perjalanan kami. Ikut plan dia, kami singgah dulu kat KL Sentral. Tapi memandangkan Su ubah fikiran nak balik rumah kakak dia malam ni jugak, so tak jadi la pergi sana.

Alamak,,, stesen komuter pulak sesak bangat dengan orang ramai. So, kami naik bas Metro sampai Sg Besi lepas tu naik Putra. Cepat-cepat kami ke Hentian Putra sebab masa tu pun dah pun nak masuk Maghrib. Alangkah kecewanya bila dapat tahu tiket ke Kuantan tak dijual di Hentian Putra. 
Tak kan nak patah balik ke Pudu kot?
Haa... nak tak nak, terpaksa lah Su ikut aku balik rumah makcik aku. Ngee,,, jangan segan la Su.

Bab tak tahan. Sempat lagi singgah Sogo. Jalan-jalan je pun. Tak sangka pulak tengah ada SALE! Ayooo,,, habis semua la bahagian wanita kami nak round. Hye,,, Sogo pun dah nak tutup ni. Tak ada masa sangat nak pilih mana yang berkenan di hati. Selamat duit aku, huhu. Tu pun sempat lagi tarik satu benda. Su dengan Diyana lagi la. Ronda punya la. Tapi satu benda pun tak beli. Terlalu sukar untuk buat pilihan mungkin. Ini la yang dinamakan kehidupan, muahaha :)) 

Sekarang dah pun pukul 9.30 pm. Suasana yang sungguh berbeza kalau nak dibandingkan dengan tempat aku. Time macam ni pun bas masih banyak lagi. Lama jugak duk dalam bas. Makcik aku, Ngoh dah dari tadi duk hantar mesej. Risau kot sebab sampai sekarang tak sampai lagi. Aku turun kat kompleks sukan Sri Siantan. Pk Ngoh Jang datang ambil aku dengan Su. Sampai je kat rumah Ngoh, happy nya saya bila tengok si comey Hazim yang tak tidur lagi. Tunggu saya jugak ke? Hehe,,, dah makin besar dah haaa. Muka pun dah berubah.
Ajim lalink ;)

Sembang kejap dengan Ngoh. Sebelum tidur, aku dengan Su makan nasi demi mengisi perut yang agak lapar, huhu :D. Dari tadi melencong ke sana sini, tak ada nak kisah dengan lapar pun ye. Urgh,,, kenyang lagi mengantuk. Jom tidur >>>

Tuesday, July 28, 2009

Perkasakah Aku?

Rumates of L4 506 :)

2nd day kat sini. Awal-awal lagi dah bangun.
Breakfast? Urgh,,, macam biasa, tak boleh nak masuk. Tengok orang makan pun rasa tak terdaya.
Berkumpul kat dewan kolej lagi. Lepas ni naik bas pergi Dewan Besar U.


Kat sana --> Ceramah,,, ceramah2... taklimat,,, taklimat2...
Tersenggok + tertido = perkara biasa.
Nasib baik aku ni tak tangkap leleh. Setakat tangkap lentoq je, ahaks,,,=p
Saat macam ni, 1 perkataan pun tak masuk dalam kepala.


Petang --> Riadah la, apa lagi.
Antara aktiviti riadah, aerobik..
Opps,, sebelum terlupa nak bagitahu. Rumate aku, wani dah pindah kolej masa 3rd day kot.
Dia masuk palapes *betul ke ejaan ni?* Mintak halal yup. Kwang,,,kwang3 :D
So, kami bertiga saja la dalam bilik sekarang ni.


Malam --> Memang berkumpul kat Dewan Putra kolej je.
Biasanya, PU yang handle.
PU semua baik dan jaga student baru betul-betul.
Belajar cheers? Huhu ^^ teringat time PLKN dulu.
Tapi, cheers kat PLKN lagi best kot. Kat sini simple dimple je.


Macam ni la rutin hari-hari time minggu perkasa putra
Bila semua kolej berkumpul kat dewan besar, haru. gamat. pasar.
Mana tak nya, masing-masing duk berlawan cheers. Childish betul. Kui,,,kui3 @_@
Tak kisah, minggu ni je pun nak jadi budak-budak balik. Right?


Sepanjang minggu ni, student baru diberi pelbagai pendedahan dan pengenalan tentang semua benda briefly.
Ada yang masuk dan ada yang tak masuk kat dalam kepala ni.
Tak masuk? Faham ah wei,,, terlena la tu. Huhu -_-
Time kat fakulti la aku rasa paling penting.
Daftar, drop subjek. Subjek tumpuan ke-2 la. Huish,,, betul-betul buat kepala aku sengal.
Lega bila dapat tahu subjek untuk 1st sem ni dah didaftar automatically. O'oo,,, certain subjek je.


Aktiviti? Buat cheers untuk every group. Tema? One Malaysia.
The best cheer? Group tu boleh tidur je kat bilik. Ni apa yang ada dalam kepala aku la. Hehe :D
Tapi, haram--- mana mungkin dong!
Campus walk? Macam menarik. Semua pakai baju kolej yang boleh dilabel smart la jugak. hOhO
Huh,,, ronda-ronda dalam dusun yang bapak la luas. Cari klu dan buat tugasan je pun.
Panas? Letih? Geram? Semua extravaganza.  
Ye la,,, kejap stuck sini, stuck sana.


Saat-saat akhir --> Pertandingan perbarisan antara kolej.
Aku and the gang jadi pasukan sorak je.
Sumbangan lain... Tolong buat sepanduk untuk our kolej, Kolej 12.



Penat but quite happy bila dapat bawa balik jugak anugerah.
 

Yuhuu~ last day paling dinanti-nanti lebih kurang macam parents yang tunggu anak 1st diorang lahir. Wah,,,kah3 :)) Ok, over terhiperbola sepak pulak. Relax la ,,, just to show my excitement. Wuah3,,, main redah je aku ni. Lepas ni, qada' tidur. Pakaian yang bertimbun tak basuh tu? It ain't big matter, hahahaha :))
Argh,,, bangun tidur baru ada energi untuk tugasan itu, ok. So,,, sleep cOmey2 ;)

Sunday, July 26, 2009

1st Day Diriku Di Sini

Dah berkulat kot cerita ni. Baru hari ni aku nak post kat sini. Dah genap 1 bulan kot nya, huhu :p. Nak buat macam mana, tak ada masa? Busy? Tenet slow? Macam-macam lagi la. Tak apa, lepas ni Insya-Allah aktif balik :)


Alhamdulillah,,, bahagian daftar semua tak ada masalah.
Di Dewan Besar --> Saringan H1N1, hantar laporan kesihatan.
Terus ke Kolej 12 --> Serah semua dokumen, dapat kunci bilik. Huh??? L4 506? Alamak aih,,, tinggi woo. Naik lif? Owh,,, tidak. Bermimpi di siang hari la kau zEri.
Rumates:
1. Suzida (Sarawak)
2. Diyana (Selangor)
3. Wani (Kelantan)

Excited aku kemas barang siap-siap. Turun balik, pergi makan kat kafe dengan family. Dah kenyang, semua dah nak tinggalkan aku. Nak nangis? Nop. Long ada. Free je kena perli nanti. Salam2. Peluk2,,, tata :-h
Perjalanan hidup aku di sini baru saja bermula. Ho yay.

Kat bilik --> Eyaah!!! Hempas badan kat tilam yang tak berapa nak empuk.
Tengok jam, sempat lagi kalau nak lelap kejap ni. Boleh hilangkan rasa penat.
Tak boleh jadi. Solat dulu,,, 2 rumates aku pergi tanya siapa yang tahu arah kiblat.
Dah nak dekat pukul 5 petang, bersiap pakai tracksuit untuk permulaan minggu Perkasa Putra.

Slumber je turun lambat. Mula la kalut bila kena berbaris ikut course. Mahu tak haru!!! Setiap barisan aku pergi tanya, tak ada 1 pun yang course sama dengan aku.
Lastly, jumpa jugak geng yang sama course, 2 orang. Buat muka tak bersalah, beratur je kat barisan course lain. lalalalalala~
Dengar taklimat ringkas dari PU, bla...bla...bla...

Berkejar pergi makan. Barisan pun entah ke mana. Adui, pening lalat hijau aku dibuatnya. Haish,,, bila nak sampai turn aku ni? Ramainya... ikutkan hati, mahu je aku naik terus kat bilik. Tapi, risau pulak kalau perut masuk angin nanti walaupun tak ada la lapar tahap kebulur pun.

Sebelah malam --> Berkumpul kat Dewan Putra kolej, pakaian formal.
Dengar taklimat, nyanyi lagu UPM.
Best jugak lagu UPM ek. Ulang sampai dapat tangkap. Tempo & pitching lari, dimaafkan. Huhuhu ;)

Sesi dengan PU --> Pecahkan kepada group. Ikut aras. + lelaki dengan perempuan dalam group.
Breaking the ice. Hee ^^
Tengah malam, selesai... Naik bilik, terus pengsan *tidur dalam keadaan tak sedarkan diri*