Pages

come with me ;;)

Saturday, August 29, 2009

Puasa itu Bertambah Syok Bila...

Yuhooo~ Dah sepanjang hari aku online. Duk kat rumah la katakan. Kelajuan internet sangat ok. So macam-macam benda boleh buat. Segalanya kembali aktif :)
Dah berapa hari aku tak post apa-apa kat sini ek?
Ni pun tak ada apa-apa nak dikongsi sebenarnya.
Saja je nak cakap kat kengkawan Azri Safirah kat rumah sekarang! hahaha :))

Happy sangat ni dapat balik kampung. Kenapa?
Antaranya:

1. Boleh buka puasa dengan makanan yang best.
Nak makan apa? Semua jalan~
Kat sana, hari-hari asyik berbuka dengan makanan sama je.

2.
Bangun sahur dengan penuh semangat.
Makan pun laju je... tak stop selagi tak masuk imsak. hehe :D
Kalau kat sana, set alarm. Bangunnya belum tentu.


3. 24 jam boleh online. hoho :O
Nak cari maklumat pun senang *konon2 la*. Klik, terus dapat.
Kalau tak, internet macam siput. Semangat nak buat tugasan hilang macam tu je.


Ok la semua. Selamat berpuasa walau di mana anda berada. Selamat berbuka kejap saja lagi. Salam~

Wednesday, August 19, 2009

Ehem,,,ehem... Who Is He?

Now, here's what you're supposed to do. Copy and paste this into your blog post.
If you are a guy-post this as my kind of girl.
If you are a girl-post this as my kind of boy.

Hee ^^ encem kan Abang George Clooney saya? Grrr~

1. Do you need him/her to be good looking???
> sikit boleh? penyejuk mata. ngee ;)

2. Smart?
> nak,,,nak! macam conan kan? *dalam nada yang gedik santai*

3. Preferred age?
> tak kisah. tapi tak nak la kalau lagi muda dari saya. jarak umur jauh sangat pun tak nak jugak. yang sedang2 saja. *mak aih,,, banyak songeh pulak. kononnya mula-mula tadi cakap tak kisah*
 
4. Preferred height?
> tinggi. rendah sikit dari pokok kelapa, boleh? hakhak ^^
acey,,, walaupun diri ini tak berapa nak tinggi. hahahaha :))

5. How about sense of humor?
> wajib. he should know how to make me laugh harder than everyone else could. biar boleh bikin gua golek2 atas lantai =))

6. How about piercings?
> eh2. ni bukan abang George saya. nak piercing pulak. nop!

7. Accepts you for who you are?
> lorgh,,, harus la so that i can be myself around him and
InsyaAllah i will accept him for who he is because no body perfect right.
the most important, we complement each other.

8. Pink hair?
> apa ke benda pulak pink? saya mahu yang rambut hitam ori la.

9. Mushy or no?
> tak la kot. di luar bidang la bab pujuk memujuk ni.
tak dapat den nak memujuk, hee next,,,

10. Thin or fat?
> healthy. minum milo anda jadi sihat dan kuat *okey, iklan sebentar*

11. Black, Brown or White (skin color)?
> kulit melayu kot sebab korang tak rasa ke putih tu macam tak cun sangat untuk kulit lelaki. hikhik :D

12. Long hair or short hair?
> kemas.

13. Plastic or metal?
> plastic sounds freak. so, black metal. kwang,,,kwang3!

14. Smells good?
> mesti la. ada ke yang suka bau yang semacam? naaa~

15. Smoker?
> ala,,, kalau sayang, jangan la.

16. Drinker?
> strictly NOP!

17. Girl/Boy-next-door type?
> next question please...

18. Musically inclined?
> hurm,,, boleh jugak :)

19. Plays piano?
> plays for me right??? sangat boleh.
it sounds really romantica de amor. hikhik ;;)

20. Plays bass and/or acoustic guitar?
> guitar is acceptable. the rest macam tak payah la.

21. Plays violin?
> hey. awat banyak bebeno soalan pasal muzik ni? 
adakah bakal suami saya nanti adalah pemuzik. aiyark,,,
 
22. Sings very good?
> not very good pun tak apa. kalau dah sayang, semua benda pun sounds very good nanti. kan kan. hehe

23. Vain?
> Haaa,,, lagi soalan mintak pelempang.

24. With glasses?
> yaaa,,, ini la yang saya mahu. nerd. ok, tipu. hakhak ^^
tapi time sekolah dulu selalu fikir nak yang specky. tak tahu kenapa. mungkin sebab si specky conan kot. tehee :D

25. With braces?
> hikhikhik... macam lawak je. confirm dia ni tak senyum sangat kan?

26. Shy type?
> macam tak syok kalau dua dua pemalu kan???

27. Rebel or good boy/girl?
> jurus. hahahaha hanya mereka yang tertentu sahaja akan faham :P

28. Active or passive?
> active la sebab saya more to passive.

29. Tight or bomb?
> nuclear. muehehe =))

30. Singer or dancer?
> dancer. save your last dance for me gitu. hoho ^^
nyanyi tu serah kat saya walaupun kurang enak didengar. hahaha

31. stunner?
> tak tercapai akalku. hihihi :D

32. Hiphop?
> motif soalan?
 
3
3. Earrings?
> absolutely N.O. = NO!

34. Mr/Ms. count-my-ex-girlfriends-until-you-drop?
> lalalalala *rolling eyes* 8-|

35. Dimples?
> tak payah la nak comel sangat. grrr~

36. Bookworm?
> hurm,,, sound interesting. since i'm not really prefer to read, maybe he could be my good story teller and i'm his good listener before i fall asleep. sweet right? auw

37. Mr/Ms. love letter???
> hahahah :)) kurun ke berapa ni??? merpati tolong hantarkan ey? so sweet~ ngeh3

38. Playful?
> just like me? hohoho.

39. Flirt?
> maaf. tak berminat. harap maklum, terima kasih :)

40. Poem writer?
> if the poem is written for me, then i would love it. hee ^_^
 
41. Serious?
> wah,,, yang ni bunyinya macam macho. boleh je serious. tapi dengan saya kena la buat lawak macho. hahahaha :))

42. Campus crush?
> entah la kunang2...

43. Painter?
> sound interesting... hurm,,, :-?

44. Religious?
> compulsary. so that he could guide me along the path toward Him, InsyaAllah :)

45. Someone who likes to tease people?
> hehehe,,, tease people? tease me sudah la. ok. agak sengal.

46. Computer games geek? Or internet freak?
> computer games geek maybe. i'm internet freak. complete. isn't it?

47. Speaks 20 languages?
> mak aih,,, makhluk jenis apa ni??? hahahah =))

48. Loyal or faithful?
> yeah. now i will show you my greedy side of me. i want both. ok.

49. Good kisser
> soalan kontroversi ni. huh,,, bawak bertendang. tunggu kahwin dulu.
hahahaha ok. saya gatal.

50. loves children??
> yang ni memang la mahu sayang~

Huh,,, done. Agak menyeronokkan. Lagi-lagi time free macam ni. Thanks Ain for this tag.
Btw, there's no body perfect even sometimes we always looking for that perfect person in our dream to come into our real life. right?
This tag remind me of someone who has been told me this...
Dalam mencari teman hidup, kita tak perlukan seorang yang sempurna. Cukup lah seorang yang boleh buat kita sempurna bila bersama.
Simple yet deep, right? Yang pasti, I'm still waiting~

Friday, August 14, 2009

Rasa Yang Tak Tertanggung

Tika dan di saat ini laptop aku mengalunkan nasyid dari UNIC-Fenomena.
1st time aku dengar nasyid ni 3 malam lepas kat hp Diana Diyana.
Dia yang suruh aku dengar, thanks...

Bila hayati betul-betul setiap lirik, sangat kena dengan apa yang aku rasa sekarang.
Apatah lagi dengan melodi dan irama yang mendayu-dayu.
Tersentuh hati bila dengar :'(. Serius,,,

Fikiran ku melayang jauh
Ku renungkan sesuatu
Kisah yang bisa kaburi pandangan

Ku lewati di dalam diri
Di fenomena ini
Tak henti jua berkali terjadi

Ada selisih yang mengguris
Selama berdiam diri
Hati membahang di dalam
Bagaikan api di dalam sekam

Masih ada pura-pura
Meniti pelusuk alam
Walau cuba dibajai
Namun masih ada yang berkeluh kesah

Setulusnya hati ini
Menulis silaturrahim sambungan rantai
Kerinduan simfoni syahdu
Menjadi teman diri

Kasih saudara jadi pudar warna
Kerna hasutan semalam bisakah berlalu
Pergi...

Mengapa perlu sengketa?
Biarkan ia pergi


Memang tak boleh disangkal, benda-benda macam ni memang betul-betul buat aku terguris. Apatah lagi saat berjauhan dari keluarga, tempat aku bersandar.
Namun apa yang aku mampu buat selain berdiam diri???
Menangis??? 

Yup... mungkin aku akan menangis,,,
Tapi itu bukan kerana masalah yang sedang aku tanggung.
Semuanya kerana aku sangat bersyukur kerana Dia kurniakan aku insan-insan ini:
  • Yang sentiasa berada di samping aku tika senang dan susah.
  • Yang setia mendengar, sama-sama menyelami dan merasai apa yang aku rasa.
  • A reason why aku masih mampu bergelak ketawa walaupun di saat-saat seperti ini.
You are all the best part of my life,,,
Thanks for always being here, by my side.
Love, zEri sAfEerA.

Thursday, August 13, 2009

Syurga Cinta

1st of all, aku nak ucap terima kasih bebanyak la kat kawan aku yang sorang ni, Shah sebab bagi aku dvd filem ni. Dari mula-mula filem ni keluar lagi dia dah beria-ria suruh aku tengok. Semangat betul.
Katanya, watak Syuhadah mengingatkan dia pada aku. Amboi,,, sempat lagi walhal makwe ada kat sebelah tengah tengok wayang sama-sama, hehe :D
Dan atas sebab tu la bila aku dapat je dvd ni, aku naik bilik, terus pasang.

Erm,,, Syurga Cinta...
Cinta hanya untuk yang ikhlas mencintai, bukan untuk dipersendakan
Yup,,, sepotong ayat ringkas ni betul-betul menunjukkan betapa besarnya nilai sebuah cinta. Ehem2,,, lagak seperti pernah bercinta je. Hello,,, tak semestinya tak pernah bercinta bermaksud tak tahu menilai erti cinta. Oleh sebab aku terlalu mendalami erti cinta lah sebab tu aku tak bermain cinta. Ok, sila gelak semua. Hahahaha :))

Tapi tak semua orang pandang cinta dari sudut ni kan? Dan sebab itu la macam-macam perkara negatif berlaku angkara cinta. Kalau suatu ketika dulu, cinta tu membuatkan insan lebih kental tapi kini cinta tu dah buat manusia lemah dan layu. Tapi kenapa? Sebab jodoh tu terbahagi kepada 3:

1) Jodoh dari syaitan
2) Jodoh dari jin
3) Jodoh dari Allah 

Semua orang pasti mahukan jodoh yang ke-3 tu kan? Tapi macam mana? Sama-sama la kita renung-renungkan dan selamat beramal... *Dr izi, pinjam trademark ey* huhu :D

Pada aku, sebagai perempuan, seharusnya kita tahu menjaga diri dan jangan sesekali lupa pada nama yang sentiasa kita bawa di hujung nama kita. Mereka tak akan lepaskan kita melainkan mereka percaya pada kita *peringatan pada diri sendiri juga*.
Dan hey lelaki. Kamu dikurniakan 9 akal antaranya adalah untuk bijak memimpin perempuan, tahu erti menghormati dan bukannya mengambil kesempatan atas kelemahan perempuan.

Syurga cinta... Apa yang aku boleh komen kat sini mesti lah jalan cerita dia kan. Erm,,, boleh la. Ok la. 3 bintang out of 5. Aku suka bila diselitkan jugak unsur-unsur jenaka di sebalik mesej yang ingin disampaikan. Lagi la menarik bila ada si kecil Hadziq. Dia sangat comey okey ^^.

Banyak pengajaran yang boleh kita sedut serap melalui cerita ni, sebenarnya. Dari awal sampai la the end.
Cuma mungkin cara Syuhadah *lakonan Heliza* bagi nasihat kat Irham *lakonan Awal* tu ada sedikit tak kena. Maksud aku, pendekatan yang dia guna. Yela,,, tak semua orang boleh terima teguran atau nasihat secara direct kan? Sepatutnya, Syu kena lah berkias-kias sikit. Tambahan pulak Irham tu baru je dia kenal dan apatah lagi mamat tu sah2 tak tahu pasal agama. Tak logik la kalau semudah tu dia boleh terima. *adakah aku cuba untuk menjadi pengarah filem, sekarang ni? Hehe :D*

Apa-apa pun, aku faham. Mungkin sebab cerita ni pun tak sampai 2 jam. Lain la kalau berbelas-belas episod. Haaa,,, masa tu baru la boleh nak komen beria, hakhak :D
Sebab tu la kadang-kadang tu tak sempat pun nak feel lebih-lebih sikit, dah masuk part lain. Potong feel betul. Air mata baru je nak menitis, tiba-tiba dah kering balik dah. Ngee~
Tapi kan, kecik hati sangat bila Irham buat macam tu kat Syu depan kawan-kawan dia :'(. Oit Irham. Cinta bukan untuk dipersendakan lah! :P
Tak dapat aku bayangkan kalau aku di tempat Syu. Wacha2 karate.

Eh,,, jap. Nak berangan la sikit. Kalau aku la jadi pengarah ni menggantikan Ahmad Idham...
Aku nak Syuhadah tu jadi jugak pergi ke overseas dan Irham tak sempat pun jumpa dia sebelum tu. Biar padan muka dia, terseksa jiwa raga. Hahahaha *Ok, saya memang suka berlaku kejam :P* Tapi masa tu Irham tetap setia menanti Syu dan menunaikan kewajipan sebagai muslim menunjukkan dia benar-benar dah berubah dan mendambakan cinta seorang wanita seperti Syu satu hari nanti.

Lepas tu, urm...urm2. Macam mana eh? Tiba-tiba idea boleh hilang pulak. Hahahaha,,, cancel la nak jadi pengarah kalau macam ni, tehee :D. Jadi cikgu je la. Tak payah nak berangan mat jenin la kau, zEri :P
So, siapa yang rasa tak puas hati, reka la cerita ni kena dengan jiwa masing-masing yup. Jangan jadi macam kisah aku yang tak ada kesudahan, muehehe ;


p/s: 1)  Thanks sekali lagi kat Shah yang bagi dvd ni & kat kawan dia sekali
sebab tolong pos dvd ni kat aku =)
2) Shah, watak Syuhadah tu tak macam orang lah. Aiyark,,,

Saturday, August 8, 2009

Belajar Slow2, Serap Dalam Kepala

Selamat Hari Jumaat semua :)
Kalau nak tahu... Rutin aku tiap-tiap hari Jumaat kat sini, kelas amali Praktik Sains Pertanian. Dari 8 am-11 am.
Hari ni kami diberi tugas untuk:
  1. Proses penyulaman
  2. Menggembur tanah
  3. Membaja, menyiram
  4. Penanaman fertigasi

       
     Tugas-tugas ni semua tak ada lah berat sangat. Boleh la...
    Penyulaman??? Apa tu? Takkan macam sulam baju kot? Huhu
    > proses penanaman semula biji benih atau anak pokok yang tak tumbuh atau mati.
    Owh,,, itu rupanya. Dapat 1 ilmu baru hari ni, nampaknya. Tapi kecewa jugak la bila tengok sayur kailan group aku. Macam segan nak tumbuh, mati tak mahu je. So, kena la buat proses penyulaman ni. Tak apa, pokok terung okey :)

    Gembur tanah, membaja...
    Opps,,, membaja pokok pun ada peraturan dia tau. Bukan main redah je macam Nadia af6, haha :))
    Lagi-lagi sayur-sayur ni masih kecik2, comey2, cute2 lagi. Hee ^^
    > jarak mesti sekurang-kurangnya 2 inci dari sayur tu. Kalau tak, Inalillah la jawabnya.
    Dah bagi makan,,, bagi minum la pulak...

    Ok,,, tengok pokok jagung pulak. Kan merajuk, susah nanti. Tak boleh pilih-pilih kasih yup. hehe :D
    Gembur-gembur tanah...
    Penyulaman, pindahkan anak pokok yang elok atau yang ada lebih dari 2 anak pokok untuk 1 tempat kat tempat yang langsung tak ada pokok. Sama jugak macam terung dan kailan tadi,,, bagi makan dan minum secukupnya bukan sesuka hati yup!

    Fuh,,, last sekali, penanaman fertigasi. Group aku, kena tanam cili. Tahu tak apa itu fertigasi atau macam mana???
    > Sistem fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik.
    > Sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah dan berdaun seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, stawberi dan juga pokok hiasan.
    > Tujuan: mengelakkan serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangan kulat.
    > Kelebihan: pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran. Baja terus diberi kepada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok.

    Erm,,, ini la benda yang boleh aku share secara ringkas kat sini pengalaman aku di ladang. Yang lain, tungguuuuuuuuuu...

    Thursday, August 6, 2009

    Stronger Than Yesterday

    Huisy,,, dah pukul 1:11 am rupanya. Teramat lah bahagia bila dah mandi dan kerja mencuci pakaian sudah pun beres. Hilang sikit rasa penat lepas balik kelas bola baling tadi.
    Alamak!!! Lupa pulak nak iron baju untuk kelas pagi esok. Hurm,,, esok je la. Mesti sempat punya walaupun kelas start pukul 8 am. Nak post entry jugak. Hehe :D

    Kali ni aku nak share pasal kelas bola baling pulak... 


    Actually, aku tak pernah bergerak aktif pun dalam mana-mana sukan sebelum ni even bola jaring. huhu :D
    Tapi bila subjek Koko ni aku wajib ambil kat sini dan setelah mencapai kata sepakat dengan kawan-kawan, so kami pilih la bola baling.
    Nak kata tak pandai langsung, tipu la sebab aku pernah la jugak belajar asas main bola baling sebelum ni. Tapi time tu sekolah rendah, ahaks :P
    Ingat lagi... Aku tak berpeluang pun bertanding masa tu sebab tarikh perlawanan bola baling bertindan dengan public speaking. So, aku pilih public speaking.

    Bagi aku, tak ada masalah la kot bila kena belajar basic main bola baling ni. Tapi kan... aku betul-betul enjoy dengan kelas ni even kelas ni start pukul 8 pm-11 pm tiap-tiap Selasa. Wah,,, macam pelik je bunyinya bila Azri Safirah suka mengaktifkan diri, kwang3. Apa yang best sangat tu?

    1. Coach baik punya. Handsome lagi tu, hik ;)
    2. Ini la satu-satunya masa untuk kami bersuka ria
    3. Boleh hilangkan tension belajar
    4. Boleh belajar benda baru selain menghadap buku semata-mata
    5. Lain-lain yang tak terfikir dek akal ketika dan saat ini, tehee :D 

    Untuk malam ni, kami belajar:
    1. Teknik lantunan
    2.
    Balingan sisi
    3.
    Balingan atas kepala
    4.
    Hantaran dada
    5.
    Gelecek bola 


    Ala,,, penat, semput tu perkara biasa la bila bersukan kan? *cuba berlagak cool*
    Tapi, minggu ni tak ada la seletih minggu lepas. Kenapa???
    *****************************************
    Imbasan kembali~~~

    Di saat dan ketika itu, partner aku balik kampung atas sebab emergency case. So nak tak nak, antara rela tak rela, aku kena pilih partner lelaki :'(
    Alamak ai!!! Dah la semua teknik yang kena belajar malam tu perlukan stamina yang kuat. Huh -_-' bayangkan. Aku nak kena ikut rentak lelaki main. Menangis. Menitis. Opps,,, bukan air mata la yang menitis tapi peluh ku. Ngee :P 

    Haaa... ni la benda yang nak di HIGHLIGHT kat sini. Pasal insiden yang jadi malam tu.
    Insiden??? Mengapakah? Bagaimanakah? Dengan siapakah?
    Semua persoalan ini bakal terjawab bila saja anda terus membaca kisah di bawah  *saja mahu bikin panas* Hahahaha :))

    Semuanya bermula bila kami kena bentukkan kumpulan. Satu group, 4 orang. Masa tu, kami kena:
    1.
    Gelecek bola dan lalu kat semua ahli
    2.
    Bila dah sampai ke tempat asal, kami kena baling bola tu kat ahli yang berada paling belakang dalam barisan
     
    Bila dah selesai turn aku, aku dengan syok dan sesedap rasanya sempat lagi berangan. Time angan-angan aku dah agak nak sampai klimaks, TIBA-TIBA...
    dUSh!!! Ouwch,,, sakitnya :((
    Balingan bola yang tak sampai target kena TEPAT kat kepala aku. Semua budak lelaki yang ada kat situ pandang aku. Kuat kot bunyi bola tu hentam kepala aku.
    Balingan lelaki kot. Mana tak power. Muka dia dah cuak gile dah. Kalau ikutkan hati, mahu je pengsan terus kat situ. Biar prince charming dalam angan-angan aku tadi datang balik selamatkan aku, hoho :O

    Tapi dengan kepala yang terasa sangat bengang dan pening langau, aku hanya terima dengan senyuman kurang gula dan cakap aku ok. Lagipun, dia tak sengaja. Dia dah minta maaf, kira ok la tu. Nasib baik lepas tu break kejap. 
    Aku cerita ah kat kawan-kawan aku. Diorang semua terkejut. Apa lagi, cepat-cepat aku suruh diorang test soalan math kat aku. Mana la tahu kalau ada mana-mana urat yang terputus. Hee,,, tak mo :D. Saja je nak kasi happening walaupun tengah sewel. Saya kan cool ;)

    Then, sambung main sikit lagi. Lepas tu, blah.
    Kat Kolej>>> Pergi Dewan Putra sebab ada program kat situ *nak ambil merit je pun*
     

    Daftar aktiviti-aktiviti yang berminat macam rekreasi dan kebudayaan.
    Dah ambil merit, terus naik bilik.
    Tuan puteri beradu lepas bersiram :)
    *****************************************

    Ok. Itu la benda yang aku nak cerita sampai tak sempat nak iron baju dulu. Hee have a sweet night semua ;)

    Monday, August 3, 2009

    Dah Naik Angau Agaknya

    Aku tak tahu dah masuk kali ke berapa alarm aku mendendangkan lagu Bunk Anthem.
    Hah??? Dah pukul 7 am??? Tidakkk... Subuh!!!
    Owh,,, naya aku kali ni. Cepat-cepat aku pergi ambil wudu', then solat. Huh,,, Addin dengan Benz punya pasal la ni.
    Addin dengan Benz? Siapa tu?
    Hehe :D Hero & heroin dalam novel yang tengah aku baca ni haaa...


    aA+bB. Mana tak nya. Sebab diorang la sampai pukul 5 am baru aku tidur. Catat rekod woo Azri Safirah tidur lewat semata-mata nak habiskan baca novel. Hee,,, kalau sebelum ni bukan setakat nak baca, nak pegang novel pun susah. Apatah lagi nak baca sinopsis. Bukan apa, bila feel kurang so mood nak baca dengan penuh tawaduk pun susah la nak dapat jawabnya.

    Actually, ni novel ke-2 aku beli lepas Bicara Hati. Agak susah la aku nak start baca apatah lagi nak baca sampai habis. Kalau jalan cerita menarik dan tak membosankan, maka habis la novel tu aku khatam. Kalau tak, setakat jadi ubat tidur je la alamatnya, kemudian wassalam. Ngee ^^

    Haaa lepas tu mula la nganga bila orang lain duk asyik bercerita pasal novel. Paling kurang pun, oleh sebab kawan-kawan aku dah tahu sangat yang aku ni sangat la tak ada perasaan pada novel ni, maka dengan terpaksa tanpa rela, harus la aku tadah telinga yang tak sebesar telinga Nabil ni haaa. Dengar diorang cerita balik dari A-Z dan part yang diorang syukeee sangat. Yang boleh buat aku tabik spring, diorang ni siap boleh ingat setiap bait kata watak-watak dalam tu. Wuisy,,, macam hafal fakta sejarah gayanya.
    Siapakah mereka itu???
    Insan-insan terlibat yang baca entry ni, sendiri jawab la yup soalan cepucemas ni. Hikhik ^^ 

    Owh,,, sikit saja lagi nak habis ni. Curious aku 'bout the ending of the story. Lebih kurang 1/2 jam kemudian...
    Pap!!! Aku tutup novel tadi tu.
    Huh! tak boleh aku gambarkan macam mana perasaan aku saat ni. Memang betul-betul menyengat hati. Hurm,,, perasaan macam ni la kot yang kawan-kawan aku dan kaum hawa yang lain rasa lepas baca novel. Dan sebab tu jugak la diorang ni obsess on reading them. Saat ini, terus nama Ain Kusyi melintas kat fikiran aku. Dia pun salah seorang yang gila novel okeyh. Kalau boleh, sekarang jugak aku nak bagi dia pinjam novel ni. Nanti boleh la sama-sama meluah rasa yang bagai nak gila. Acey, lepas tu cerita part paling masyuuuk ngap dalam hati, hakhak :D 

    aA+bB? Dari tajuk dia pun dah tahu novel ni unik. Apatah lagi bila penulis dia adalah Hlovate. The combination of hate and love.
    Hate+Love=Hlovate.
    Jalan cerita dia betul-betul masuk dengan jiwa aku. Sangat slumber dan santai. Tarik aku untuk terus baca dan terus selak dari page 1 to the next pages. Kadang-kadang aku sendiri tak sedar saat tersenyum sendiri dan gelak golek-golek macam orang angau sikit lagi nak masuk tanjung rambutan, tehee :)) 

    Kenapa aA+bB?
    small letter of a stand for Addin Shah *heroin* dan b pulak stand for Benz Alif *hero* yang masih kecil di usia remaja.
    Mereka jugak sama-sama jadi A dan B yang telah membesar dengan usia menjadi dewasa. 

    Addin>>> Kembar kepada Muhd Addi Shah. Watak dan perwatakan dia betul-betul buat aku terasa seperti aku sudah mengenali dia begitu rapat. Sangat dekat.
    Mempunyai pendirian dan pegangan hidup sendiri. Begitu independent but sometimes quite childish. 

    Benz>>> Urgh,,, jatuh jantung pisang belakang rumah aku dibuatnya, ahaks :p
    Wujud ke lelaki macam dia ni hah? Cara mengekspresi rasa cinta + sayang dalam bentuk yang berbeza, ihiks ;)
    Waaah,,, bertuahnye Addin. Kesiannya aku... Huwaaa :(( Benz, koo mahu kamoo~~~
    Cinta itu jatuh dari langit atau jatuh dari hati... Addin
    Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband... Benz

    p/s: Ain, kamu harus baca novel ni. Tapi awas!
    Jangan rampas Benz saya, hee ^^

    So Plastic!

    Sigh -_-' tak tahu nak mula dari mana. Kan ada yang tersinggung. Ada yang berkecil hati.
    Tapi, hati aku pulak macam mana?
    Alergi la aku dengan manusia spesies macam ni. Eyuuuuuwwww~
    Mula-mula kenal dah buka ruang untuk aku buat tanggapan tak elok.
    Nak berkawan, buat la cara nak berkawan.
    Aku ni bukannya tak ada hati perut. Kesian memang la kesian.
    Tapi hati ni memang susah sikit nak berubah kalau dah mula tak suka.


    Hurm,,, kenapa perlu pura-pura baik depan aku? Aku bukan baik pun.
    Kalau memang betul pun kau tu baik, tak payah la nak show off sangat dan nasihat aku macam-macam.
    Aku tak kenal lagi siapa kau. Boleh la kau nak temberang bagai.
    Tolong la lelaki... Nak suruh aku cop kau teruna idaman ke??? Oppps,,, Naaa :p

    Bro, just be yourself la. Bukan aku tak boleh terima nasihat orang tapi aku nak tanya sikit:
    1. Dah berapa lama kau kenal aku?
    2. Dah cukup baik ke kau tu?
    3. Kalau betul pun kau tu baik, perlu ke buat pengakuan kau tu baik??? mabOk >:p

    Tak ada orang baik yang mengaku dia baik dan tak ada orang jahat yang mengaku dia jahat la.
    Mula-mula aku boleh terima la lagi apa yang dia ceramah bla... bla... bla... walaupun menanah telinga ni nak dengar. Be +ve, aku assume dia tak pandai nak sampaikan cara yang betul. So, aku cedok la apa yang boleh aku terima walaupun benda tu dah lama pun aku tahu. Tapi... dia ni bagitahu kat orang, dia tu buat ke tak??? Tak apa, masih banyak masa. Aku nak tunggu dan lihat saja.

    1 benda aku percaya. Orang tu tak akan dapat kekal lama dengan sifat palsu dia. Nampak cacat okeyh.
    Pendek kata, macam surgery plastik tu. Wakakakaka :)) fuh,,, lega hati. Nasib baik panjang tak kata apa-apa.
    Macam ikan la. Nampak cacat kan kalau duk atas darat. Kalau duk dalam air, alamak ai, sejuk mata memandang. Siap boleh menenangkan hati orang yang melihat lagi tu
    :)

    Simpan buat pekasam je la segala nasihat kau tu. Itu bukan bermaksud aku nak cakap aku dah cukup baik. Tapi aku tak boleh terima orang yang cakap benda yang bertentangan dengan diri dia sendiri. Lagipun dalam hidup aku, aku dah ada family dan teman rapat yang lebih kenal siapa aku. Mereka sentiasa bagi nasihat, teguran dan peringatan supaya aku jadi a better person. Aku jugak sentiasa belajar dan terus belajar tentang kehidupan ni dalam apa jua ilmu yang boleh aku timba sebagai bekalan.

    Hahaha =)) kau baik sangat ye??? Cakap pasal hukum hakam macam aku tak tahu apa-apa.
    Tuup,,,tuup...
    Berani kau ajak aku keluar? Mana ceramah berhabuk kau tu? Dah lupa diri ey? Eee,,, tak malu ke?
    Iya... Aku bukan la perempuan baik yang boleh bagi tarbiyyah, yang pakai tudung labuh atau berjubah. Tapi aku bukan perempuan yang senang diajak keluar. Manusia bebas untuk menilai. Tapi ingat!!! tak semua penilaian yang dibuat tu betul. Dan sebab tu walau lelaki tu baik macam mana sekalipun, aku tak akan mudah percaya especially yang baru kenal.

    Hye,,, entah la belalang. Nak cakap pun serba tak kena. Bila dah rasa diri tu bersalah, mula la nak mintak maaf. Takut la tu aku fikir bukan-bukan pasal kau. Jangan risau,,, aku dah nilai pun siapa kau :p. Kau cuba kaburkan mata aku dengan perwatakan baik kau dengan harapan aku akan letakkan kepercayaan pada kau. Wooo,,, aku masih punya mata hati. 

    Ek eleh... Poyo je. Sebaik-baik kau pun ada hati jugak nak ajak perempuan keluar. Malam lagi tu. Gila. Tu la... Bila-bila sebelum cakap tu, ukur dulu iman dalam diri sendiri.
    Sorry,,, at least sejahat-sejahat aku, tak pernah pulak aku keluar berdua dengan lelaki selagi teman-teman aku setia di sisi.

    Fuuh!!! Lega la sikit kot sekarang ni. Boleh kembali normal. Tak mahu kepala kusut sebab benda-benda sampah ni :p. Maaf bila terpaksa taip bahasa yang kasar.

    Why We Are Friends

     

    Because... You smile.
    Because... You understand just by
    looking into my eyes.
    Because... You finish my sentences and know what I like.
    Because... You know me better than I know myself.
    Because... With you I'm not afraid to be myself.
    Because... I can say something stupid or expose my deepest secrets to you.
    Because... Everything we do together becomes a memory.
    Because... I don't need to do something special to have fun. Fun just happens.
    Because... I don't need to explain anything . You just know.
    Because... You tell me the truth, no matter how much I'd rather not hear it.
    Because... You would do anything for me and get me out of trouble.
    Because... You make me laugh harder than anyone.
    Because... You are not afraid to put yourself on the line for me.
    Because... I can trust you.
    Because... You believe in my dreams, no matter how silly you may seem.
    Because... You dry my tears.
    Because... I'm good enough when I'm with you.
    Because... You know me for who I really.
    Because... You are my best friend.