Pages

come with me ;;)

Tuesday, September 29, 2009

Syawal Dengan Si Comey

Hari ni sudah masuk 5 Syawal. Aku tak fikir nak ke mana-mana. Tiba-tiba aku dapat call dari Ain Kusyi. Kecewa jugak aku bila ingat dia cakap nak datang beraya kat rumah aku semalam tapi tak datang pun :(. Aku hantar mesej tapi tak dibalas. Balik Kelantan ke dia?

Angkat je handphone… Rupanya dia memang tak balik Kelantan. Mesej yang tak dibalas adalah sebab kredit expired. Tambahan pulak hanya di saat ini rumah dia lengang dengan tetamu-tetamu yang datang. Hee,,, gembira bukan main aku bila tahu dia nak datang rumah aku hari ni. Tiba-tiba tak tahu macam mana boleh pulak terfikir nak pergi jalan-jalan kat Dungun. Apa lagi? Bersiap la aku dengan dia. Haisy,,, tak melekat kat rumah nampaknya aku raya ni yup.
"Baju apa nak pakai? Tudung mana yang matching?"
Ini persoalan biasa bagi perempuan. Betul? Dah bersiap, family aku terkejut.
Keluar lagi? Nak pergi mana? Dengan siapa?
Jawapan yang ringkas...
Hehe,,, nak pergi Dungun. Dengan Ain Kusyi pulak
Mula la mak dengan abang aku buat muka. Aku dah tahu apa yang bermain kat kepala mereka kali ni. Hye,,, tak habis-habis. Tak tahu nak explain macam mana lagi. Aku dengan dia memang tak ada apa-apa dan tak pernah ada apa-apa pun. Percaya la…

Sangat lama kot tunggu bas. Sambil-sambil mesej dengan Ain, oleh sebab terlalu bosan... Maka hasil seni ini terhasil. ahaks,,, :p
Sampai kat Dungun, mula la tertanya-tanya nak pergi mana. Ye la,,, bukan ada plan nak beli apa-apa pun. Bersua untuk bersembang dan bercerita lagi penting. Sebab tu lenguh berjalan pun tak terasa walaupun semua tempat kami dah masuk, dah round. Destinasi terakhir, Aneka. Aneka… 1 sejarah pernah berlaku di sini, di bulan Ramadhan, di saat aku form 5, yang tak akan aku lupa. Bukan aku seorang saja tapi termasuk juga mereka, Ain-ain ku. Namun, kenangan hanya tinggal sejarah. Lupakan T_T
Sebagai tanda pertemuan kami hari itu, ini hasil nya...






Walaupun aku tak ready dan gambar ni tak jelas sangat pun. Hee ^^

Ouch,,, lapar!!! Urm… Ain ajak masuk pizza. Aku on saja. Yang penting perut ku terisi

Awal lagi ni. Tapi tak tahu dah mana lagi nak pergi. Jom balik la. Maka dengan itu…
Nur' Ain dipelawa singgah ke rumah Zeri sAfEerA
Heheh :D pantang je dapat peluang aku ni. Laju saja yup...
Amat menyedihkan bila 20 minit, 30 minit, 1 jam berlalu tanpa sebuah bas pun yang lalu. Habis semua orang kami dah kritik, uhuks :p. Geram. Panas. Dahaga. Semua +++. Yang penting, panas kat dalam, huh! Nasib baik berdua. Pergi 7E hilangkan dahaga pun dah. Akhirnya 3 jam berlalu macam tu je. Haiyaa! Nampak sangat la Ain tak sempat nak singgah rumah aku kalau dah lewat.

Nak tak nak, kitorang decide naik kereta seorang pakcik ni walaupun tambang mahal sikit la kebetulan ada orang lain sekali yang nak naik pergi KT. Bukan apa, dah agak lewat masa tu. Risau pulak kalau bas memang tak ada dah. Huu,,, pakcik ni hantar sampai depan rumah. Ain sempat lagi keluar sama-sama dengan aku sebab nak beraya dengan mak dan nenek aku. Hoisy,,, terkejut family aku bila tengok kami yang keluar. Hahahaha :)) nasib baik pakcik ni nak tunggu sekejap. Abang yang sorang lagi tu entah la macam mana. hekhek :D
Terima kasih ya pakcik…
Maaf ya bro…
Insya-Allah esok jumpa lagi dengan Ain kalau dia jadi datang ke rumah aku. Walaupun malam esok kami masing-masing dah nak balik belajar =(

Monday, September 28, 2009

Tahun Berlalu, Kami Masih Bertemu

3 Syawal... Hari ni aku plan nak beraya di Kg Merchang macam tahun lepas. Last year, sempat jugak aku beraya di rumah Jalila, Fareha, Issareni dan rumah nenek Ain Farhana. Hurm,,, macam baru saja lagi kenangan-kenangan tu semua berlalu...


                        

Tahun ni pulak... Mula-mula aku singgah rumah Irni sebab kami dah janji nak pergi rumah Jalila sama-sama. Sempat jugak minum air 1 gelas + biskut raya, hehe :D. Kat rumah Jalila... Suraya, Fateha dan Shahira dah pun sampai. Amboi,,, bukan main riuh-rendah nya kami. Tangkap gambar mengalahkan artis pop meletup... Snap! Snap! Snap! Entah berapa keping, dengan tempat yang sama, dengan orang yang sama, cuma gaya saja yang berbeza, hahahaha :)) Yang menjadi mangsa keadaan adalah mereka yang tak berdosa >>> adik-adik Jalila. hoho ^^

"Bawa bersabar la yup dengan karenah kakak-kakak mu yang gila gambar ni yup" 


 





    


Tapi macam tak lengkap pulak bila Ain Farhana, Issareni dan Fareha tak ada sekali. Kami akui itu yup. Aik,,, tiba-tiba Ain Farhana telefon Aku. Patut la tak dapat nak contact dia dari malam tadi. Dia tak dapat nak cas handphone rupanya. Sekarang ni dia ada kat rumah nenek dia.
"Jom berangkat ke sana pulak kawan-kawan"
 
Alamak ai,, hujan la pulak. Sementara hujan berhenti dan Fareha pun sudah sampai, kami terus ke rumah nenek Ain. Haha =)) makan dan minum lagi selagi tak penuh ruang perut ni. Seronok pulak bila dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Bukan senang tau bila masing-masing sudah ada haluan sendiri =(. Sebab tu la bila dapat jumpa macam ni, gamat 1 rumah. Tapi sayang... Issareni tak dapat join sekali sebab tak ada orang nak hantar. Tugasan biasa kami>>> 


          

 
                                   
Sudah petang, beransur pulang la pulak. Plan untuk esok,,, pergi jalan-jalan ke KT. Tak habis-habis dengan plan, hehe :D. Tapi tak confirm lagi siapa yang nak pergi. Apa pun, jumpa esok pulak yup. Tata~

Tidak Seperti Tahun-tahun Lalu

Hari ni masuk raya ke-2. Sedar je terus fikir nak pakai baju yang mana pulak (-_-'). Kalau ikutkan, Ain Farhana dengan Issareni nak datang beraya hari ni. Hurm,,, kalau raya-raya sebelum ni, raya ke-2 la rumah aku tak akan putus-putus mendapat kunjungan tetamu yang datang beraya. Biasanya, memang raya ke-2 lagi tak menang tangan aku dibuatnya kalau nak compare dengan raya pertama.

Wah,,, dah masuk tengah hari. Namun tak ada siapa pun lagi yang datang. Pelik. Dapat la aku bermaharaja lela menonton siaran raya, lalalala ^^. Tak lama lepas tu, si Ain dengan Issareni pun sampai. Tak sempat lagi aku nak borak-borak panjang, ada tetamu lain pulak yang datang. Siapa??? 

Heee~ family Ayah Chik aku rupanya :) 
Adakah ini tandanya episod kesibukan di hari raya ke-2 bakal bermula? Hee :D

Waaah~ bapak la lamanya aku tak jumpa mereka. Sepupu yang kecik-kecik semua dah besar. Kak Noor pun dah lain sangat sekarang. Abang Saiful lagi la. Siap dah kahwin. Aku je yang tak pergi masa majlis kahwin dia hari tu sebab aku ada kat matrik. 4 tahun lebih kot tak jumpa sebab kebetulan je mereka datang rumah, aku mesti tak ada. Pergi beraya kat rumah kengkawan la katakan. Semua tegur aku dah nampak lain sekarang. Ngeh3~ Saya segan la *harap muntah lepas baca*.

Lepas solat Zohor, family Ayah Chik aku berangkat pulang. Huu~ duit raya lagi... Alhamdulillah =). Ain dengan Issareni stay lagi selagi tak petang. Huhuhu,,, aku la tu yang tak bagi diorang blah awal. Teringat pulak tahun lepas masa diorang datang beraya.
Selipar-jepun-mates. Gambar kenangan dengan Ain dan Issareni, raya tahun lepas :D


Mengimbau kenangan raya ke-2 yang lepas bersama mereka berdua...
Time tu jugak ada sorang budak sekolah kami datang beraya semata-mata nak jumpa aku. MampoSss... Biar betul? Tak pernah ada pun budak lelaki datang rumah aku sebab nak jumpa aku sebelum ni. Lain la kalau gang2 abang aku. Haisy,,, mahu tak haru. Dah la saudara-mara tengah ramai masa tu.
Toloooooooooooooooooooooooong~ 

Budak-budak ni mula la sepakat nak kenakan aku. Abang aku punya pasal la ni. Mak aku pulak bukan main suruh aku layan dia. Huwaaa :(( itu bukan diri saya. Fuh,,, lega sangat bila tak lama lepas tu, ramai ex-schoolmates aku dan abang aku yang datang. Aku pun keluar la sembang-sembang dengan mereka semua kat luar. 

Dia... Aku biar je kat ruang tamu. Agak kejam namun sorry la bro. Lagipun, abang aku dah ajak dia lepak sama-sama kat luar. Dia tu yang segan. Kawan-kawan abang aku duk sibuk tanya kenapa dia datang.
1. Ye la, nak kata dia tu gang abang aku, memang tak.
2. Dah tu takkan nak jumpa dengan Azri?

Hisy,,, sibuk je la. Awal-awal lagi aku dah bagi isyarat mata kat abang aku. Jangan nak bergosip di hari raya, ok. Tak lama lepas tu, dia mintak diri dengan persoalan-persoalan yang tak terjawab kat kepala kawan-kawan abang. Fuh,,, selamat dunia akhirat. Kwang3 :) 
******************************************
 
Tahun ni, raya ke-2 ni tak ramai sangat kawan-kawan yang datang tak macam tahun lepas. Tapi bukan bermakna tak ada langsung. Ada je, mereka adalah Aliffa, Maula dengan Pizie. Yang lain nak datang, tapi terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Wah,,, kah3 =)). Bila dah lama tak jumpa, macam-macam benda nak ditanya dan diborak. Dan banyak jugak la benda nak dibuat lawak. Ngeh,,, ngeh3 :D

Yang penting... Sebelum balik, kita tangkap gambar dulu :)
Alamak! Gempa bumi la. Hoho

 
Bersama tetamu tetap raya ke-2 :)

Sunday, September 27, 2009

1 Hari Di 1 Syawal

Selamat pagi kengkawan :) 

20/09/2009 - Seperti raya-raya sebelum ni... Pagi raya, mesti bangun awal punya. Tugas biasa aku, ironkan baju untuk ayah, mak dengan abang aku. Tema tahun ni>>> purple da power, hee ^^
Lepas sembahyang raya, bersiap nak pergi rumah saudara-mara pulak. Singgah jugak di rumah kawan-kawan ayah dengan mak. Yang penting,,, saya masih diberi duit raya. ho yay \('_')/


Dah balik rumah, family Pk Cik Man yang bertemakan oren dan Ayah Ngah yang memilih tema merah datang. Kawan lama mak aku pun ada sekali. Layan2 tetamu *layan la sangat*. Tolong kacau wat air boleh la. Tu pun tak berapa nak lepas. Hehe :D


Namun, raya kali ni terasa ada yang kurang bila Ngoh dan family tak balik kampung sebab kali ni turn diorang balik Johor ;'(. Nasib baik sebelum raya hari tu Ngoh ada datang UPM kirimkan biskut raya untuk nenek aku. Duit raya??? hehe ^^ dapat jugak. Mekasyeh Ngoh. Apa pun, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada Ngoh, Pk ngoh Jang dan Mat Ajim tomey :) 


Bila semua sudah beransur pulang, duit raya pun makin bertambah, aku pun apa lagi? Beransur untuk beradu la. Wah,,, kah3 :))

Salam Lebaran

Assalamualaikum semua :)

Memang dah berkurun kan aku tak post apa-apa kat sini. Busy? mungkin,,, alasan yang sangat biasa sejak masuk u. Huh,,, sangat tak suka. Alergi betul dengan perkataan ni. Sebelum banyak lagi aku merapu, sementara masih di bulan Syawal, aku nak ambil kesempatan untuk ucap:
 
credit to my Abang Long a.k.a my kembar for this editing pic
 
Huh,,, raya sekarang memang dah tak sama dengan raya-raya suatu ketika dulu. Sebab utama? Tak lain tak bukan... mesti lah sebab kekangan masa.

Cakap pasal kad raya.
 Dulu:
Start saja puasa, dah list down nak bagi kat siapa kad-kad raya. Pantang je dengar motor postman, berkejaran aku dengan abang semata-mata nak tengok kad raya siapa yang sampai.

Sekarang:
Tak ada lagi dah kad raya. Dengar postman lalu, buat tak tahu je sebab kami dah dapat agak. Yang sampai mesti bil telefon, tak pun astro. 

Sekarang ni, bukan tak dapat ucapan raya. Tapi semua melalui sms, emel. Inilah yang dinamakan teknologi di hujung jari, huhu. Macam mana pun, feel dapat kad raya dengan feel dapat sms/emel, sangat jauh berbeza.
Macam mana senang kita dapat sms/emel, maka senang jugak la sms/emel tu boleh terdelete. Lain la kad raya. Kad-kad tu semua pun aku masih simpan berkotak-kotak dalam almari aku. Bila baca balik, nak tergelak pun ada. Ye la,,, kad raya yang masa aku sekolah rendah dulu pun ada lagi. Heheh :D


Contoh lain... Haa,,, biskut raya. Kuih yang selalu dihidang bila ada tetamu, kawan-kawan atau saudara-mara datang time raya.
Dulu:
Masuk je 1/2 Ramadhan, dah sibuk beli bahan-bahan nak buat biskut raya. Aku dengan abang pun sibuk kat dapur nak tolong sama. Tolong menyibuk pun jadi la, hehe.
Sekarang:
2,3 hari lagi nak raya, baru dapat balik cuti. Nak pujuk mak buat biskut raya pun dah tak sempat. Semuanya tempah je. 

Apa pun, biskut raya tetap ada. Tapi biskut tunjuk je la. Nak yang macam mana? Tat? Almond London? Cornflakes?
Semua main tunjuk je. Adakah ini juga dinamakan teknologi di hujung jari? Melampau, ahaks =p 


Actually, banyak lagi contoh-contoh lain kalau nak disenaraikan. Contohnya??? Fikir la sendiri, hehe :D. Walaupun suasana raya tak meriah macam dulu, namun aku tetap bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku pernah merasai saat-saat itu dulu.
Sangat kesian generasi sekarang =p. Huk,,,huk3! Lagi kesian kot generasi-generasi anak aku nanti. Ish,,, jauh menyimpang. Hee,,, tak apa nak. Generasi kamu nanti, ibu akan hidupkan balik budaya dulu. Ok, penipu. Hahahaha =))


Ok la, sempena hari baik, bulan baik ni... Sekali lagi aku ingin mohon ampun dan maaf dari hujung tudung sampai hujung kasut. Especially kat kengkawan yang tak sempat pun jumpa hari tu dan siapa-siapa je la yang kenal saya. *koya famos amos*...
 Salam Aidilfitri ikhlas dari zEri safEera =)