Pages

come with me ;;)

Friday, December 25, 2009

I Got a Feeling

Salam...
Menjelma kembali setelah menyepi sekian lama. Waaah,,, boleh tahan tak ayat ini? Hee ^^

Huwaa,,, lepas ni tak tahu bila pulak diri ku akan muncul kembali. Ya la, esok sudah mahu balik UPM.
Hurm,,, cepat sangat masa ni berjalan.
Sebab dia berjalan sambil lari-lari anak *haisy,,habes la kalau aku dah start mengarut*

Ok, berbalik pada tajuk entry kali ini. I got a feeling. Feel apa???
Normal la bagi insan macam saya ni. Time nak balik bercuti hari tu, aku la yang lompat-lompat kegembiraan tak sabar nak balik kan. Tapi time harus balik kolej balik, ada orang lain pulak yang ganti tempat saya *my heart keeps jumping* Arghhhhhhhh~

Adei,,, tak suka la berada dalam situasi macam ni. Ini la akibat bila tinggal di rumah lama-lama sangat. Itu la pasal, di rumah makan tidur makan tidur saja kan. Ambek kau, rasakan. Agaknya nak panjat tangga sampai tingkat 5  pun dah tak larat nanti. Huh,,, -_-'
Cakap pasal barang-barang pulak. Baik tak payah cakap la sebab memang akan packing last minute punya, hehe...

Walaupun duk kat rumah tak tahu nak buat apa, *asyik on9 24 jam* tapi tetap best kan. Lagi-lagi bila tak ada masalah untuk on9, tidur lebih-lebih, makan banyak-banyak, tengok cerita puas-puas, keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan bila-bila masa saja :)

Owh yup... hari tu saya ada keluar dengan kawan-kawan sekolah dulu yup. Gang-gang yang memang rapat time sekolah menengah dulu. Sangat happy sebab still contact walaupun dah lama tinggalkan zaman itu. Mereka adalah Irniyana, Suraya and Fareha.
Erm,,, jalan-jalan tangkap gambar saja yang lebih. Fareha la, awal tahun depan *macam lama lagi je bunyinya, Ngee* Insya-Allah dia fly. Yang penting, menikmati keenakan masakan panas di Kedai Pasar Payang yang menjanjikan fuhhh,,, berasap punya. Tak boleh blah.

Haaa,,, keluar dengan Si Ain ni la paling banyak. Kalau tak keluar pergi KT, kami jumpa kat rumah saya. Semalam pun sempat lagi keluar pergi KT. Temankan cik Ain ni beli tudung untuk baju-baju yang baru siap ditempah *aceycey,,, alasan nak keluar*
Tapi entah la hantu apa yang masuk dalam badan ni buat saya dengan yakinnya keluar pakai shawl. Woo,,,1st time ni . Biasanya, pakai tudung yang biasa orang pakai tu je.

Tengok??? betapa besarnya pengaruh bff saya ni kan. Haa,,, dia la hantu itu. Hua,,,hahaha  =))
Dia la yang tiup kan kuasa ajaib masuk dalam badan sampaikan saya ada keyakinan mahu try pakai. Huhu,,, kamu memang terbaik la Ain.Adoiyaa,,, sedih pun ada. Esok kami sama-sama balik u masing-masing. So, ni last day kami jumpa *untuk tahun ni la*. Mana tak nya, ada berapa hari saja lagi kan sebelum masuk tahun baru.

Ada apa dengan 2010???
So, sebelum masuk tahun baru, saya mahu rangka azam baru untuk tahun depan. Alhamdulillah, azam tahun ni sudah pun tercapai. Tapi aku tak mahu capai yang dunia semata-mata *yup, aku tahu tak mudah*
Okess,,, malas dah nak taip. Hati tak senang, hati tak tenang. Mahu tidur awal la *last night tidur kat rumah for this year* Hopefully that tonight gonna be a good night.
Yup sebelum tu, hopefully tahun depan menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk saya, family, kengkawan and kita semua, ok. Amiiiinnnn ^_^

Wednesday, December 16, 2009

Bicara Bumbung

Salam...
Hype,,, adoiyaa... sudah agak lama blog ini tak di'update' bukan? Ini la yang jadi kalau dah penyakit MALAS datang lagi, ngee~
Ok la. Sementara bosan tunggu cheeseburger masak *main game je pun, hikhik*
meh nak story mory sikit pasal Bicara Bumbung ni.


Novel ni saya beli time habis final exam hari tu lagi. Minggu ni baru betul-betul mula baca dan baru saja habis baca. Nak kata saya ni minat baca novel, tak ada la sangat pun. Entah! tak tahu kenapa tiba-tiba tergerak hati nak beli ini novel masa jalan-jalan kat Jalan TAR hari tu. Mungkin time tu tengah fening-fening langau lagi angkara final exam punya pasal. Hee~
Lagi-lagi bila tengok penulis dia adalah Hlovate, apa lagi *demam aA+bB yang masih tak sembuh-sembuh*

Comment : Best woo tapi aA+bB tetap no 1, ngee~
Macam novel hasil Hlovate yang sebelum ni, penulisan yang santai namun masih banyak pengajaran yang diserap walaupun kadang-kadang hanya disampaikan dalam bentuk lawak.
Waaaahhh,,, banyak hadis-hadis dan surah-surah yang dijadikan panduan di sini *mahu tak berdiri bulu roma*
Yang paling rock... hero dengan heroin yang slumber habis. Saya suka, saya suka :)


Rooftop Rant...
lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan-awan

Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari! they're in the same boat, different cabin

Allah tak akan bebankan hamba-Nya dengan
apa yang dia tidak mampu! when faith is put at test
******************************************************************
Rooftop Rant... Kisah bermula apabila 'jaded Jade in the middle' bertemu dengan 'unwanted Trisy' di puncak Wisma Topaz.
Masing-masing ingin mencari ketenangan. Di sini, mereka dipertemukan lalu terjalin sebuah ikatan persahabatan yang tak disengajakan.
Di sini juga bicara antara mereka bermula.
Mereka saling mempercayai, saling berkongsi, saling memahami, saling mengambil berat...*there're time when strangers are like family and family are like strangers*

****************************************************************** 

Mohd Zaid Mohd Tajuddin/Jade...
Seorang yang hebat dalam melakar luahan rasa di dada sketchbook.
Dia dihimpit kekecewaan apabila keluarganya tidak memahami minatnya untuk menjadi seorang kartunis kerana mereka merasakan kerjaya seperti itu tak mampu menjamin masa depan yang cerah.
Oleh sebab itu, dia sentiasa dibandingkan dengan along dan adiknya yang cemerlang dalam bidang akademik.

Khairul Batrisyia Mazni/Trisy...
Seorang gadis yang hidup dalam keluarga yang penuh dengan kemewahan.
Namun, wang bukan segalanya...
Dia sangat dahagakan perhatian ibu bapa dan kasih sayang adik-beradiknya yang masing-masing dengan urusan dunia mereka.
Di villa mewah yang ketandusan kasih sayang itu, hanya Buk Jah (pembantu rumah) menjadi tempat dia menumpang secebis kasih.

****************************************************************** 
Jade & Trisy...
Hidup mereka tak begitu mudah. 5 tahun mereka terpisah demi menuntut sebuah kehidupan yang lebih baik, demi mengejar mimpi... 'eternal happiness'.
Jade adalah kekuatan Trisy dan Trisy adalah sumber inspirasi Jade.
Segala kepayahan dilalui dan usaha keras dilakukan semata-mata ingin mengubah kehidupan mereka *live well or live hell? we choose*

******************************************************************

And they chose. Berkat usaha, doa dan tawakal...

Jade telah berjaya membina tapak yang kukuh dalam industri hasil jasa Trisy memperkenalkan dia dengan seorang yang mampu membawa dia jauh dalam bidang yang dia impi-impikan selama ini pada 5 tahun lepas.
Dengan menjadikan Trisy sebagai sumber inspirasi, segala peluang yang datang direbut sebaik mungkin sehingga kini dia dikenali dan hasil seni nya menjadi perhatian ramai.

Trisy, dari seorang budak punk yang smoking... Kini dia telah berubah menjadi Batrisyia yang sentiasa menjaga aurat dan pandai memelihara diri.
Setelah bergelut dengan segala kesukaran berbekalkan tiupan semangat Jade serta bimbingan agama daripada Atok, Opah dan Pak Su nya.
Dia mampu berdiri kukuh dengan usahanya dalam bidang akademik hingga membawa dia ke bumi Aberdeen demi mencapai cita-citanya sebagai seorang guru.

****************************************************************** 
Superb ending...

Mereka dipertemukan kembali dengan izinNya setelah 5 tahun terpisah.
Banyak yang sudah berubah. Bukan sahaja kejayaan di dunia yang mereka tuntut, namun akhirat yang hakiki.
Terlalu banyak cerita yang ingin dikongsi sepanjang 5 tahun tak bersua.
Namun dalam keadaan begitu, mereka tak tahu bagaimana kisah-kisah itu ingin disusun keluar dari mulut *awkward*

Favorite part...

Dialog slumber Jade...
"Kau tahu aku memang tak pernahnya good with words, kan?"
"Aku dah cakap dengan Pak Su aku nak jaga kau"
"Aku nak jaga kau sebab aku sayang kau. Be my wonderwall?"

Glurp! Pengsan. Ngee ^^. Tamat untuk babak itu dengan pertanyaan yang tergantung di situ.

Kisah Trisy pulak...
"Pak Su!"
"Trisy? Apa hal?"
"Pak Su... Trisy..."
"Kenapa ni?"
"Trisy nak kahwin!"

Hurk??? Wah,,, kah3 boleh bikin sakit jantung. Slumber rock je kan. Yay! Trisy terima jugak. bEst! bEst! bEst!

Walaupun tempoh itu menjadi penyebab terbinanya jurang antara mereka, tapi bak kata Pak Su...
"You guys've got a lifetime to catch up"

Alhamdulillah... Akhirnya Jade dan Trisy disatukan dengan ikatan perkahwinan :)
"Tell me your dreams"
"Eternal happiness"
"Here and hereafter, Insya-Allah"
"Amin"

Thursday, December 3, 2009

Ikan Kerapu

Hurm,,, hari Ahad ni nak pergi Pangkor untuk kem kepimpinan under PAKAT.
Macam tak beria dah je. Entah,,, dilema *cey wah,,, konon la*
Sekarang ni asyik hujan je, malas pun ada.
Tapi hari tu aku sendiri yang beria nak pergi *siap berangan lagi*
Ya la, dari duk saja bersantai tak buat apa-apa kat rumah.
Baik join kengkawan pergi sana kan.


Huh,,, nak kena beli ini la, itu la.
Adess, banyak benda tak bawa balik.
Malas pulak nak keluar bila hujan macam ni *zEri malas nak keluar??? tolong la* Hee,,, tahu tak apa.
Nak pergi sengsorang? Tak syok la, rasa macam diperhati je. *Hakhak,,, gila perasan*
Nasib baik my bff nak temankan. Itu pun kalau tak hujan dan diizinkan la.


*teet* +6017973xxxx
Salam..firstly nk mtk
mf byk2..nk gtau bs
yysn yg kta mh0n tuk
g kem tu xdpt,diaorg
pn gtau last mnte,lau
nek bs kt upm,nk x?

Ee,,, tak mahu la aku balik upm semata-mata nak pergi Pangkor.
Dah la tak excited sangat dah nak pergi.
Bila dapat berita macam ni pulak, lagi la.
Macam apa ek? Bagi betis, dapat paha *Ish, ada ke? memandai je*


Tiba-tiba handphone aku nyanyi lagu sarang ee shim2... Dah agak dah siapa ^^
Anis!!! Dia best buddy saya kat matrik dulu yup. Ini dia...

pheewiit~ gambar curi dari fb. kekeke :D

Macam mana kali pertama kami jumpa? tegur? berkawan? dan kekal? Lain kali la saya cite yup :)
Sebab dah agak lama kami tak berkongsi cerita, so agak lama dan memang lama la kami di talian nampaknya. *hee,,, cakap pun dah macam tak betul*
Kami stop bila teringat belum tunaikan tanggungjawab besar.
Kalau ikut kan, sampai esok pun tak berkesudahan, hikhik.
Dulu tiap-tiap hari jumpa pun ada je benda nak dicerita dan soalan cepu cemas yang nak ditanya.
Ini kan kalau dah dekat 1 tahun tak jumpa *kejap je masa berlalu ek*
K, sudah. stop sini.
................................................................................


Haaa *teringat kat bff*. Mesej dia jap.
Salam... ain, x jadi r gi
bnd0 2 wat ms trdkat
ni. cey wah,,,

PERHATIAN!!! untuk masa terdekat yup. Bukan tak mahu keluar terus, ngee~
Suka teramat bila dapat respon yang baik dari bff saya tu ^^


Tak lama lepas tu, hp aku nyanyi lagi.
+6017973xxxx
Slm.kpd sume psrta
kem kpmpnan
pakat,kem tu trpksa
d'tunda cz de mslh
pngngktn.insyaALLAH,
kem tu akn d'bt pd
sem dpn,trikh akn
d'brthu kmdian.mf ats
ksulitn..

Tiada maaf bagi mu. Haha,,, ok saja. Cancel terus pun tak kisah.
Entah bila pulak la nak buat kem ni.
Kalau dah start belajar, tak mahu la aku. Assignment? Mesti meggunung punya. Adess,,, lotih den.
Cuti mid sem? Huwaaa,,, mahu balik rumah.
Macam % tak nak pergi je tinggi.
Huu,,, apa pun tuggu la masa yang sesuai nanti.


Owh,,, yup. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa entry ni tak ada kaitan pun dengan ikan kerapu???
Ish,,, sebenarnya ada kena-mengena la ikan kerapu dengan entry ni. Tak percaya ke?
Hari-hari beli ikan kerapu, saja je ni mahu merapu 
  Wah,,,kah3 =))
Haa,,, kan ada kaitan tu. Ngee >_<