Pages

come with me ;;)

Sunday, September 26, 2010

Tinggal Kenangan

Acey,,, macam lagu Salem pun ada. Hee,,, kehadiran ku di sini hari ini sebenarnya bukan nak cakap pasal lagu ni. Tapi saya mahu buat 1 pengumuman. Siapa yang kenal ini dua orang budak hitam???Justify Full Hahahaha :)) woo tak sangka ada lagi sisa-sisa kenangan zaman kegelapan dulu. Tak sanggup nak tengok ke'cun'an aku dengan schoolmate ku saat ni. Bha,,, hahahaha =)) Gambar ini terjumpa, dijumpa dalam handphone abang saya yup. Oleh sebab handphone abang saya itu sudah saya kebas untuk nombor maxis baru saya, maka handpone itu kini saya yang punya. Hikhik ^^

Lihat. Bulat dan gelap nya saya kan. Tudung pun tak sempat nak bela elok-elok sikit. Tapi AWAS kamu! Tak tengok lagi rupa ku bila dah complete 3 bulan latihan PLKN. DUSH! NIGHTMARE...
.
.
.
.
.
.
.

Serius,,, nak nangis tiap kali tengok gambar ini :(. Lihat lah gigi ku yang menyerlah, terserlah. hehe :D *sengih buat-buat*


"Issareni, nasib baik la mu balik awal. Kalau tak, mu pun jadi orang minyak macam aku la kot."

Gambar ini ditangkap 2,3 minggu lepas balik PLKN. Kebetulan time itu aku sudah dipanggil untuk sambung study kat matrik Pahang.
Tuhan saja yang tahu perasaan aku di saat dan ketika itu. Tiap kali bangun pagi, aku tak putus-putus berharap lapisan hitam itu akan hilang serta-merta *kalau la lapisan tu boleh dikoyak*. Sudah segala macam aku try. Olay, garnier, syahirah, nano bagaikan tak memberi apa-apa kesan sehingga lah aku terpaksa kembali kepada Syurah. Hurm,,, makan tahun jugak la sebelum muka aku kembali normal.

Kini, lebih kurang 3 tahun sudah berlalu. Semua itu sudah tinggal kenangan...

Namun, kami masih macam dulu. Apa pun, thanx for the great experience ever. At least aku dapat merasa, walaupun sekali dan cukup lah sekali kerana sekali itu la yang buat kita rasa ia sungguh berharga, bukan? :)

Pengalaman dapat PLKN mungkin tak begitu menggembirakan aku. Tapi ia bagaikan 1 keajaiban bila ditempatkan sekali dengan orang yang aku kenal, apatah lagi dia adalah one of my close friend. Sekurang-kurangnya, tak ada la aku teraba-raba pada minggu-minggu awal aku di kem KKB.

Yang lepas dah berlalu sebagai kenangan. Hargai apa yang kita ada hari ini dan cipta lah sejarah baru. Sentiasa bersedia untuk hari-hari mendatang dan perbaikinya melalui pengalaman lepas supaya ianya sentiasa lebih baik dari semalam (:


Gurau senda semalam menggamit kenangan selamanya...

Monday, September 20, 2010

Kegembiraan dalam Kesederhanaan

Ho yay,,, baru saja boleh sambung update blog. Sadis,,, lepas malam raya hari tu, terus tak boleh online. Streamyx connection kat rumah aku ni haa tiba-tiba putus. Time tu lebih kurang pukul 2 am. Puas la duk connect balik, tapi tak dapat juga. Sudah masuk raya ke-2 pun line tak ok2 lagi. Huh :(
Rupa-rupanya, ada orang potong kabel telefon. Haiyaa,,, siapa punya kerja la ni. Sanggup dia buat kerja mongoks. Malam-malam raya, bawak-bawak la tolong bini masak rendang ke. Ada juga faedahnya :p
Sudah. Abaikan kisah menyakitkan hati di atas. Kali ini nak cite kisah raya saya pada ini tahun pula. Siapa yang tak mahu dengar baca, sila tutup telinga mata. Boleh?
.........................................................................

1st day raya Bersiap 1 family. Tahun ini, kami membawa tema KELABU. Mula-mula mood aku macam lagu Rossa, PUDAR tu. Ku rasakan pudar dalam hatiku. Eh2,,, bila dah pakai 1 family... Mood PUDAR terus bertukar ke lagu Dafi ft Gita Gutawa, DUA HATI JADI SATU. Hariku indah, dua empat hati jadi satu... Hee ^^

Lepas saja solat sunat Eid, terus ke rumah tok nenek aku. Semua family sebelah mak berkumpul kat sana. Family Pk Cik Man dengan tema BIRU dan family Ngoh pula dengan tema PURPLEnya. Family Ayh Ngoh saja yang tak sampai.

Sampai saja rumah, terus pasang niat nak tidur lama sekejap. Tup2, family Ayh Ngoh pula sampai. Argh,,, sudah. Tiba-tiba rumah aku mendapat serangan bertubi-tubi. Tak cukup kaki tangan aku nak buat serangan balas. TOLONG!
Sudah lewat petang pun rumah aku tak lengang lagi. Tak cukup dengan saudara-mara, kawan PLKN aku, Wani pun buat serangan jugak dengan adik-adik dia. Ngee :D

Shhh,,, diam semua. Zeri nak tangkap syahdu layan lagu raya Khairil Johari, SEPASANG KURUNG BIRU pula ni. Tetamu datang, tetamu pergi. Namun tak tiba orang ku nanti. Huwaaa :((
Aik, baru nak layan perasaan 0 ni sikit. Alih-alih, dia dah call nak datang rumah nampaknya. Mak ai, lompat macam monyet dapat pisang emas la saya \(^_^)/
Maka secara rasminya... Dengan ini, ingin saya perkenalkan di sini si dia yang ku nanti-nanti itu. TARAAA~
 
Hikhik,,, bukan main encemnya dia berkebaya biru ;)
......................................................................... 

2nd day raya Hari ni memang tak boleh pergi mana-mana lagi. Dari pengalaman raya-raya yang lepas, hari ni lagi dahsyat kalau nak compare dengan hari pertama. Namun, tekaan ku meleset sama sekali. Dah tengah hari pun aku masih steady boleh tengok tv, hehe :D. Yang datang cuma family Ayh Teh dan 2 tetamu ini...


Tak sempurna rasanya raya ke-2 aku kalau mereka berdua tak berkampung di rumah aku sampai petang. Tak gitu Ain & Issareni?
Haaa,,, kawan sekolah rendah dulu Anas dengan Pesal pun datang juga. Pizi memang tersenarai dalam tetamu tetap, hoho ^.^
.........................................................................  


3rd day raya Ada projek besar dengan gang sekolah menengah. Cepat-cepat bersiap. Kan kalau dah ada orang datang rumah, tak berprojek mana la aku.


Kami... Aku, Ain, Irni, Jay dan Issareni plan nak pergi beraya rumah Cikgu +math kami dulu, Cikgu Suzana. Lepas habis sekolah dulu, tak jumpa-jumpa sampai ke hari ni. Itu yang nekad juga nak pergi tahun ni.
Kami tak terus ke sana. Singgah dulu rumah Suraya dan Noraini.

Ke destinasi yang dituju. Huish,,, gila ah jam. Aku rasa hari ni tak payah pergi mana-mana la selain beraya di jalan raya, teehee :p
Setelah lebih kurang 1 jam terperangkap di jalan raya, akhirnya sampai juga. Waaah,,, langkah kanan nampaknya. Kebetulan pula cikgu buat open house. Sambil berborak, sambil menjamah kuih raya yang ada. Issareni je yang advance sikit. Sempat juga dia makan nasi dagang.

Alang-alang sudah sampai seberang marang, tak lepaskan peluang pergi beraya ke rumah si kembar kakak dan adek. Otw ke sana, tiba-tiba Jalila buat pengakuan berani mati. Dia kata, sebenarnya dia nak makan sangat laksa penang kat rumah cikgu tadi. Dengan nada yang penuh saspen... Ain, Irni dan aku bersuara...
aku pon teringin gok benonye
Mia,,,hahaha :)) mahu tak terangkat kaki masing-masing duk gelak dalam kereta. Adoiyaaa,,, tu la. Cikgu pelawa makan, semua buat jual mahal. Kontrol CUN!
Malu berdayung, perahu hanyut. Malu nak makan, air liur meleleh. Ahaks,,,
Takpe. Moh pakat makan banyak-banyak kat rumah kakak adek yup. Haa,,, Mira pun datang jugak join the club...

Bila perut dah terisi, beransur-ansur pulang la. On our way back, nasib baik jalan tak jam. Tapi, jalan menghala ke KT masih lagi jam.

Macam ni la rupanya keadaan kami time nak pergi rumah cikgu tadi.


Kebetulan nak hantar Ain balik, so singgah la rumah dia sekejap.
wajah kusam tak bermaya, senyum pun macam terpaksa


Lebih kurang pukul 6.30 pm baru la sampai rumah. Lotih tapi puas hati :)
 .........................................................................  

 
4th day raya Giliran gang-gang semalam bertandang ke rumah aku pulak. Maaf la, nama lagi raya keempat. Tak ada lagi dah nasi minyak gulai daging mahupun gulai ayam kampung. Yang tinggal kini hanyalah masakan ekspress saja. Nasi putih, ikan singgang, ikan goreng, masak lemak sayur kubis, budu, sambal belacan dan timun cina tembikai. Ngeehee ;)

 .........................................................................  

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­
5th day raya Hujan renyai-renyai. Tapi plan nak pergi mandi ombak laut dengan family sebelah mak still ON. Woohoo~~~ gila lama tak bermandi-manda di laut china selatan ^_^
Tengok. Budak lentik ni pun join jugak. Nampak gayanya, macam itik jumpa air la dia. Dulu bukan main lagi. Nak jejak pasir pantai pun meraung tak hingat... Aiyaarkkk
Bila dah dapat peluang ni, tak sah selagi kulit tak terbakar dek sinaran mentari (8
 .........................................................................  
­­­­­­­­­­­­­­­­­

6th day raya Ke KT lagi dengan Ain Hana. Kali ni pekena mee hoon sup kaw2 atas kedai pasar payang. Fuh,,, BEST! Walaupun berdua saja, tapi seronok 2,3 ronok sangat ^^. Huu,,, bila lagi la nak dapat peluang gini macam ni. Ya la, lepas ni dia ada tugas lagi penting. Situasi maybe berbeza bila sudah masuk ke alam kerja :(
 
On my way back, singgah di rumah Ain Kusyi dulu seperti yang sudah dijanjikan walaupun time tu dah pun pukul 5.30 pm. Janji tetap janji. Kalau tak hari ni, bila lagi nak pergi.
Ain dah start bisness mencotek roti hari ini. Kebetulan pulak ustazah sekolah rendah aku, Ustazah Zaharah Yusuf ada sekali. Sempat juga bersalam-salaman. Bila ditanya aku ni siapa... Maka jawapan yang diberi, saya Azri. Senyum lebar la saya bila ustazah balas owh,,, Azri Safirah. Fuyoh! Full name terus dia kasi. Tabik spring ah. Lebih kurang 9 tahun tak jumpa, ingat lagi nama aku yup :)

Tak sia-sia aku ke rumah ain. Boleh makan sate. SUKA. Makin kembang la aku raya ni. Persoalannya kini, bila la nak kucup balik. Kena puasa 6 la nampaknya yup, okay ;)
Lepas solat Maghrib, baru la family Ain hantar aku balik. Alang-alang, mak dengan ayah dia boleh beraya sekali dengan mak dan ayah aku (:
 .........................................................................   
­­­­­­­­­­­­­­­­­

Haih,,, dah hilang kata-kata. Aci la kiranya yup aku tamatkan entry ini dengan wassalam~

Thursday, September 9, 2010

Tika ia menjelma

Assalamualaikum...

Bulan rahmat yang sentiasa dirindui kini pergi meninggalkan kita lagi. Namun, kehadiran Syawal harus disambut gembira atas kemenangan tanda syukur kepadaNya...
Hari ni Esok dah raya. Hidung selesema. Suara tak ada. Apa pun, raya tetap raya. hehe,,, :D
Bahagia rasanya bila 1 minggu nak raya, aku dah sampai rumah walaupun kepulanganku bagaikan tak menyumbang apa-apa untuk kerja-kerja yang ada. Sebagai sumber inspirasi, mungkin ya. hoho ^.^

Isnin - Merisik khabar Ain Hana tercinta. Duk bertanya itu ini segala benda. Sebenarnya nak ajak dia temankan pergi KT hari rabu ni je. YES! Senyum sampai ke telinga la saya bila dia kata dia OK je \(^_^)/

Selasa - Baju raya yang ditempah dah siap nampaknya. EXCITED gila nak tengok macam mana rupanya. Sekali try... Huwaaa :(( macam tak sesuai je aku dengan baju ini punya colour. Dah la kulit aku ni macam gelap tak mboh mahu, cerah tak seberapa. Huisy,,, ini semua abang aku punya pasal le. Nak sangat colour KELABU, ikut kehendak dia. Tetiba hari ku SURAM sebelum petang menjelma :(

Petang. Aina tetiba call bagitahu assignment for kursus Pengurusan Makmal dan Bengkel perlu dijalankan di SMK Seri Payung esoknya. Benda yang memang dah tak boleh nak elak, nak buat macam mana. Lagi-lagi dah dekat nak raya. Semua staf dah nak start cuti kerja.
ALAMAK!!! Plan dengan Ain Hana macam mana??? Naya... SELESEMA ku datang tetiba -_-'

Pada malamnya, virus dalam lappyku makin MENGGANAS jadinya. Ingatkan adobe photoshop je yang tak boleh guna. Rupanya semua program dah jadi gila. Aku tahu dari mana puncanya. AUTHORWARE la ni punya kerja. Lepas serang lappyku, lappy abangku turut jadi mangsa. Tak terkecuali external dia kena sama. Operasi memFORMAT lappyku dilakukan segera. Malangnya, MASIH tak ok juga. Lagi SAKIT JIWA bila nak on9 pun tergendala. Huh,,, ni apa cite :'(

Rabu - Awal pagi sebelum jam 8 dah terpacak tunggu bas tepi jalan raya. MOTIF: Nak sampai kat KT before jam 9 sebab nak settlekan semua kerja. Cuaca hari ni tak berapa baik, hujan rintik-rintik nampaknya. Sampai di Kuala Ibai, nasib baik Dayah jemput aku dengan Myvi abangnya. Mulanya ingin merempit sahaja. Tapi memandangkan hari hujan, maka tukar PLAN B pulak ya, hehe :D. Dalam kereta, non-stop cerita pasal virus gila. Rupanya, bukan aku sorang saja yang kena...

Jam 11 pagi. Tugasan masih tak settle2. Ain Hana dah tunggu aku kat KT sengsorang je. Kesiannya dia. Lagi-lagi bila dia kata ada pakcik tua kacau dia. Sabo je la ye.
Jam 12, Alhamdulillah settle jugak semua kerja. Tunggu Dayah nak hantar aku kat KT je. Bila dah nak raya ni... macam biasa, TERPERANGKAP di jalan raya. Tu la satu masalah bila naik kereta. Jealous pulak tengok orang naik motor yang boleh main NYELIT2 je.

Jam 1 pm. Huh,,, sampai jugak aku akhirnya. Thanx Dayah, jom Ain berSHOPPING raya! Shopping pun tak seberapa bila fikir nak kejar masa. Alhamdulillah hujan dah reda. So, tak ada la terkandas kat mana-mana. Bila semua barang dah ada, moh la kita beredar segera. hehe :D

Dah sampai rumah, baru terasa kepenatannya. Suara pun dah tak ada. Mungkin banyak sangat bercerita bila dah jumpa member2. Hajat di hati, nak TIDUR seketika. Tapi risau pulak kalau TERLAJAK sampai waktu berbuka. Kan tak pasal-pasal kena dengar CERAMAH percuma, hoho ^.^

Tengok lappy, terasa SERABUT di kepala. Abang aku tak sudah-sudah cari jalan macam mana. Ikutkan aku, nak hantar kat kedai je. JENG3~~~ operasi besar-besaran dijalankan tetiba. Abang aku siap buka hard disk lappy ku segala. Macam nak baiki motor rosak la pulak gayanya. Wakakakaka :))
Aku memang dah tak tahu nak buat apa. Nak tolong tengok pun dah tak terdaya. Ye la, panas badan ni haa dah menjadi-jadi dibuatnya. Telan PANADOL, terus tidur sampai ke esok paginya.

Khamis - Hari ni hari LAST puasa. Tak percaya pulak esok dah raya. Alhamdulillah, lappyku dapat
BERNAFAS semula. Abang aku kata, habis 10 KETURUNAN virus tu dah dibunuhnya, hehe :D. Hati ni berbunga gembira ^^. Sebab tu la aku sayang dia ;). Maka proses meng'edit' gambar terus bermula dan ini la hasilnya...


Maka, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada seisi keluarga, teman-teman, tenaga pengajar, my followers dan semua yang mengenali diri ini.
Semoga segala amal baik di bulan Ramadhan dapat dijadikan bekalan untuk 11 bulan yang mendatang, Insya-Allah. Sambut lah Syawal ini dengan penuh kegembiraan dalam kesederhanaan :)

Entry ni sepatutnye dpost pada malam raya. Tapi memandangkan tiba-tiba line streamyx tergendala, terpaksa la tunggu bila line dah clear. Sekian saja hikayat di malam raya dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca. Akhir kata, Selamat Hari Raya. Wassalam semua :)