Pages

come with me ;;)

Monday, March 21, 2011

Hikayat 3 Hari

Assalam readers...

kedua-dua kelas saya hari ini tak ada, nampaknya. maka hooray \(^^)/ *sambil shuffle*
bila berblogwalking di pagi hari dan bila terlihat coursemate saya, si Mashi post entry baru dan terus saya rasa teruja untuk update juga. saya kan mengada. hehe :D

kalau Jumaat hari tu si Mashi and the gang ke international hot balloon air fiesta 2011 selepas lawatan ke Naza Bikes, saya dan awek-awek cun saya pula ke...

untuk latihan vokal yang mana bagus untuk bakal guru seperti yang disarankan oleh En Khaizer. tehee :D

esoknya pula saya berdua dengan...

Hidayah aka coursemate

ke Mines. tak lain tak bukan hanya untuk menonton...


sampai masa tibanya waktu...
redup hati kau berdua...
bila dua jasad bersatu...
hidup mati jadi bersama...

kisah yang agak menyentuh hati dan perasaan namun masih sempat bergelak ketawa di saat yang lain diam menghayati jalan cerita.

dan angkara merong mahawangsa... 2,2 sudah jadi mereng. maka muncul lah pula hikayat dua mereng berbaju oren. muahahaha :))


sampai masa tibanya waktu...
redup hati kami berdua...
bila dua jasad bersatu...
payung dan baju menjadi sama...

kalau Ahad minggu lepas saya seorang diri ke KLCC bertemu pakwe satu acuan saya, Ahad minggu ini pula saya seorang diri ke Mid bertemu dia lagi. Mari saya perkenalkan siapa dia...


taraaa... pakwe satu acuan aka abang kembar yang cik Ain nak kenal tu. oppsss,,, hehe ;)
kenapa satu acuan? sebab orang cakap muka kami sama.
ey? mana ada la. lubang hidung dia lagi besar dari saya lah. teeeetttttt
lari.....................

Sunday, March 13, 2011

tak perasan tak bermakna tak ada perasaan

siapa yang tak perasan? dan siapa pula yang tak ada perasaan? bercakap soal perasaan, adakah saya emo lagi?
eh tak... kalau saya datang sini sebab nak emo, pasti ada antara kamu yang cakap macam ni:
ek eleh, dia ni. dah la update blog pun sebulan sekali belum tentu.
lepas tu entry nak emo2 pulak. bosan ah.

haaa,,, oleh sebab saya risau kalau-kalau ada yang cakap macam ni, maka niat untuk emo disumbat terus masuk dalam tong sampah. hehe :D

so, sebelum saya pergi lebih jauh, adalah lebih baik sekiranya saya perjelaskan dahulu apa yang saya ingin sampaikan melalui tajuk entry kali ini. *ehem2,,, bunyi macam serius*

1. tak perasan
perasan di sini bukan perasan yang perasan cantik, perasan bagus or perasan-perasan yang seibu sebapa dengannya. tapi perasan yang saya maksudkan adalah peka.
perasan=peka
tak perasan=tak peka

2. tak ada perasaan
begitu sukar untuk diungkapkan namun hanya mampu digambarkan seperti ini

 
 hehe :D

*****

ok. sudah untuk part merapu. straight to the point.

bercakap mengenai seorang kawan saya ni. kalau dulu setiap kali saya online tak kira through fb or ym, dia mesti nak tegur saya punya. tapi sejak akhir tahun lepas, setiap kali saya online, dia pun online juga cuma yang bezanya dia tak lagi tegur saya. itu apa yang saya perasan.

oleh sebab dia bukan sejantina dengan saya, maka adalah sukar untuk saya tegur dia 1st + tak ada apa yang penting untuk dibualkan.
tanpa diduga. beberapa hari yang lepas, status ym saya yang berbunyi silence is a girl's loudest cry berjaya menarik dia untuk bertanya dan comment tentang itu.

secara tak langsung, saya ajukan soalan ini:
zEri sAfEerA: kenapa lama diam?
Mr F: dah orang tu dulu cakap saya ganggu dia.

hah??? ok. ini apa yang saya tak perasan. rupanya semua ni bermula dari apa yang saya cakap taip. tersilap cakap taip ke apa ni?
malangnya, saya sendiri tak sedar. alahai,,, siapa cakap perempuan saja yang sensitif? lelaki pun nak sensitif juga tau. muehehe :D

nampaknya lepas ini, saya haruslah mengamalkan percakapan yang penuh tatasusila dengan kaum Adam. mungkin saya kurang peka dengan perasaan mereka sebab saya selalu fikir lelaki ni strong dan saya pun bantai la cakap ikut sedap perisa penambah rasa seperti kebiasaan abadi antara saya dan abang kembar saya. hoho ^.^

kalau dengan cara sebegitu kamu harap saya datang dan minta maaf, sila jangan buat begitu lagi. sebaliknya, lebih baik kamu terus terang saja.
sebab? 
benda ni dah berlaku lebih kurang 7 bulan yang lalu kot. dan sepanjang tempoh itu juga saya hidup dalam keadaan yang tak bersalah malah saya tak letak apa-apa usaha pun untuk bertanya. ok, 2 kali malang. ngee >.<

saya bukannya kejam sangat pun. saya cuma tak perasan. kalau kamu terus-terang awal-awal dulu lagi, tak ada la kamu nak makan hati berulam jantung begitu lama kan. hari selepas kejadian itu juga saya boleh minta maaf dari awak. saya cuma tak perasan, bukannya saya ni tak ada perasaan. tehee ;)

Saturday, March 12, 2011

setelah sebulan

Assalam semua :)

tup tap tup tap dah genap sebulan saya tak update cik blog saya ini. nak kata busy sangat, memang la bertimbun assignment tu ha. tapi tak juga siap2. selagi tak sampai saat dan masanya kena hantar, selagi itu la menderita jiwa ini menanggung resah yang tak sudah. tapi masih juga tak reti nak siapkan awal-awal kan. hee :D

aisy,,, dulu bukan main bermasalah nak update blog sebab wireless kat sini tak ok. tapi sekarang bila dah ok, masih juga tak boleh nak update blog sampai kan otak pun dah berkarat. ingat kan diam-diam besi je yang berkarat. bukan setakat tak update blog, blogwalking pun terasa tak larat. hoho ^.^
 
ini la dia cik zEri which is at one point, I feel like I just want to stop blogging but still it ain't that easy since I worry if at another one point, I'm gonna miss the feeling of start blogging again. as I think of it deeply I know I can't do it since I don't see my blog just as a blog but it's my wonderwall. that's why there's nothing I can do unless let it silent with no entry even for a month.

hopefully tak ada la yang menyesal for following this blog ye. baik la, sebelum tangan ini berpindah pada assignment KB saya, saya nak blogwalking dulu...