Pages

come with me ;;)

Thursday, January 26, 2012

i'm back...

Assalamualaikum, salam ketemu kembali :)

hajat di hati nak letak tanda seru kat belakang i'm back *refer to the title* tapi rasa macam ada ke orang kesah? maka cara terbaik letak jela dot dot dot nampak macam syahdu sikit kan *dengan harapan ada orang ambil kesah*.  hakhak ^^

memang lama betul la saya tak update blog saya ni kan. last entry pasal raya puasa dan lepas tu terus diam hingga merentas beberapa buah desa raya... raya haji, deepavali, christmas, raya cina dan sekarang baru nak mula taip entry lagi.

harus bagaimana mahu mula lagi? jari ni dah tak biasa taip entry sebab sepanjang sem ni sibuk taip a mountain of assignments kan. sampaikan tidur pun beralaskan a bed of roses assignments. ok, siapa yang rasa nak muntah, muntah je. alang-alang nak bersihkan segala macam sawang lepas ni, hehe :D

tipu la kalau saya cakap saya tak rindu lagi-lagi bila kawan-kawan cakap pasal blog dan tanya "azri, bila nak update blog?". alahai, hati mana yang tak terkinja-kinja bila diaju soalan macam tu tapi al-maklum la saya ni kalau dah menghadap cik blog ni, memang tak sejam dua la tapi berjam-jam risau pulak kalau-kalau bertambah haru-biru hidup. itu pun assignments masih lagi hantar last minute. in conclusion, saya memang fail bab arrange masa, huahuahua :))

ok, cukup dulu cakap pasal assignments. nanti saya cerita lagi di lain entry. sekarang ni misi utama nak re-arrange blog ni. aceycey,,, nak tukar header je pun sebab rasa dah bosan tengok header lama dengan harapan bertambah rajin la update blog lepas ni *still in progress*.

last. mesti la nak jejak mereka yang singgah sini. tapi... tapi... tapi tak semua la saya boleh jejak memandangkan free shoutmix is no longer available. maka, sesiapa yang tinggalkan link kat situ semua dah hilang. mampu jejak sesiapa yang follow and leave their comments in my entries je la. and for now saya dah pun replace with the new cbox, so boleh la leave your blog link there. Insya-Allah i will try my best to pay a visit to your blog, ok?

till then, let's keep in touch again in blogging world ;)