Pages

come with me ;;)

Thursday, November 12, 2009

hOorAy! Kemerdekaan Yang Dicapai Kini

Assalamualaikum...

Ok la... Sebelum cerita ni basi dan berkulat, aku nak cite la sikit apa yang aku buat kat UPM lepas exam or sebelum aku balik kampung hari tu.

Last paper - Koko, 29 Okt (Khamis), 20.00-22.00

Lepas tu, hOorAy!!! MERDEKA...

Tapi angin telah membawa khabar yang student kolej aku ni boleh balik lepas 9hb Nov. Mak aih,,, lama lagi tu! Roommates ku sangat happy kot. Ya la... nampak sangat la aku akan balik sama-sama dengan diorang sebab 9hb Nov tu last paper diorang. Haish,,, paper habis awal pun macam tak ada makna je la :(
Apa yang aku nak buat kat sini lama-lama??? Nampaknya, habiskan duit dengan makan saja la zEri.
Maka, roommates ku especially Diyana senyum penuh makna. Jom pergi Putrajaya??? Sunway Pramid??? Sogo??? Mid???
Huhuhu,,, tak tahaaaaaaaannn siap dah tetapkan hari dan tempat yang nak pergi lagi tu. Bab jalan-jalan, aku lompat setinggi yg mampu. \(^_^)/ Hahahahah~


Esoknya lepas exam, 30 hb Okt - Pergi beli tiket balik Terengganu dengan coursemates, Dayah, Aina, Aishah, Bie dan Kak Tikah.
Tarikh balik, 3hb Nov. Aik??? Bukan ke 9hb Nov baru boleh balik??? Hehe,,, al-kisahnya, oleh sebab kitorang dah dapat bilik letak barang, so boleh la balik awal. Ngeh3~

Sampai bilik, aku baring jap. Roommates ku macam agak-agak frust je bila tahu aku akan balik kampung awal. Sorry,,, dah semua coursemates aku buat keputusan nak balik 3hb, terpaksa lah ikut. Kalau ikutkan, aku nak balik 4 or 5hb. 9hb macam lama sangat je. Adoi,,, plan nak pergi Sunway Pramid tak jadi la nampaknya sebab ikut perancangan, nak pergi 4hb. Huk,,,huk3 sedih =(
Diyana tiba-tiba cakap, kita pergi Sunway hari Isnin nak? (2 hb)
Hah!!! ye ke??? *mata blink2*. Terus segar dari lembik macam nak mati je tadi.
Naa~ tapi ada syaratnya. Program nak pergi Putrajaya, teeeeeeeeeeeeet... CANCEL!!!
Tak apa lain kali :)


31 hb Okt, Sabtu - Ikut Diyana temankan si kecik, Atie. Su (roommate sorang lagi) tak ikut sekali sebab dia ada paper hari tu. Pergi Central Market. Lepas tu, temankan Atie balik. Tapi bukan sampai rumah dia. Sampai Jusco Wangsa Maju je sebab lepas tu aku dengan Diyana nak kena pergi Seremban pulak. Dia nak jumpa kawan sekolah dia, nak bagi hadiah birthday. Bagus betul roommate aku ni,,,

Kat Seremban, pergi mana je ek?? Owh ya, Seremban Mall dan 1 lagi tempat yang aku lupa nama dia. Sampai kolej, dah malam. Sempat lagi join Su dengan Mizah layan Nur Kasih sebelum mandi. Hehe~


1 hb Nov, Ahad - Aku, Su dan Diyana keluar pergi Sogo pulak. SALE!!! tak akan habis-habis, $_$ hehehe~ Sambung jelajah kat Jalan TAR pulak. Su beli banyak tudung, nak jual balik Sarawak nanti. Erm,,, idea yang bijak. ALAMAK! hujan. Lari sana sini meredah hujan. Sempat singgah kat kedai buku. Tertarik pulak dengan 1 novel, Rooftop Rant. Pergi Mid Valley sebelum balik kolej. Huh,,, 1 lagi masalah bila tunggu komuter. Lama sangat sampai sempat lagi makan burger McD.
Tempat duduk penuh, so lepak macam tu je makan. Ngeh3~


Dengan orang yang ramai, boleh pulak relax je makan kat situ walaupun banyak mata-mata yang memandang, huhuhuhu~ Biasa la... malu nak makan, perut lapar. Nak lapar ke??? Huu,,, tak sanggup saya.

Komuter sampai, 1 cabaran lagi nak berasak-asak masuk dalam. Yang part ni, tak payah cite la. Hari minggu, macam duk dalam tin sardin. Tin sardin ok lagi kot, ahaks. Kaku tak bergerak, nafas slow2. Gerak sikit, sentuh orang sebelah kiri, kanan, depan, belakang. Nasib baik kat belakang ni roommate aku. Boleh jugak nak sandar, lega.

Erm,,, bila semua orang dalam komuter diam melayan perasaan, tiba-tiba dalam masa tak sampai 5 saat, komuter tu gelap kejap.

Aaaaaaaaa,,, bunyi suara perempuan menjerit.
Wah,,,kah3 =)) tiba-tiba aku tergelak besar.
Opps,,, semua orang sekeliling aku pandang serentak. O'oww...*buat muka tak bersalah*


Roommates ku gelak sama. Haisy,,, problem aku, kalau dah start gelak susah nak berhenti. Vibrate badan ni haa nak tahan gelak punya pasal. Su yang kat belakang aku pun ikut sama vibrate oleh kerana kuatnya badan aku vibrate, kihkihkih. Ya la, kang ada orang pandang pelik pulak kan. Orang lain macam tension je berhimpit-himpit, kita duk gelak tak berhenti-henti pulak. Hahahaha,,, tak boleh tahan bila teringat kat jeritan itu. Dah namanya perempuan,,, nak buat macam mana. Agaknya bila jerit je, semua masalah settle. Huhuhuh,,, apa-apa je la. Yang penting, kitorang selamat jugak sampai.


2 hb Nov, Isnin - Hari yang dinanti-nanti, pergi Sunway =). Kali ini, aku pergi dengan peneman setia, Diyana dan Su (roommates), Kak Jo dan Ramadan. Erm,,, lewat jugak sampai sana. Huhuhu,,, tujuan utama --> ice skating. Pukul 3 pm baru boleh start main.


Kami tak sabar nak main ^_^


Saja nak test power. hehe :D

Mula-mula macam risau jugak la nak main ni. Ya la, tak pernah kan. Kalau rollerblade, pernah la jugak. Itu pun dah lama. Tapi bila dah tengok orang main, excited la pulak. Diorang pun ramai yang tak pandai main. Bila je langkah masuk...
Mak ai!!! Licin wooooooo...*sambil gelak*

Tak seperti apa yang aku bayangkan. Aku ingat macam main rollerblade tu je. Rupanya, ni sangat licin. So seperti yang dilakukan orang lain yang belum terror, kitorang main kat tepi saja la. Tapi bila dah lama main, boleh la main jauh sikit. Itu pun bila dah pusing beberapa kali dan dengan bantuan Diyana. Rasa yakin la sikit. Jealous dengan Ramadan, awal-awal dah boleh main kat tengah. Ee,,, tak berani aku. Sekali kena langgar dengan yang dah terror tu, jatuh pulak nanti. Diorang main bukan slow2. Jatuh tersungkur tak apa, risau pulak kalau jatuh cinta. Ngeh3~

Su tangkap gambar ni dari luar


3 jam main, macam tak puas. Tapi kena stop jugak sebab ada tanggungjawab yang belum dilaksana yup. Tak apa. Panjang umur, datang lagi di lain masa :). Apa pun, thanks pada yang sudi isikan masa aku walaupun diorang tak habis lagi exam.


3 hb Nov, Selasa - Sambung packing barang, sudah mahu pulang. Bas malam ni pukul 10 pm. Tapi awal-awal dah kena pergi Hentian Putra. Lewat sangat, risau orang ramai pulak dalam komuter nanti. Mungkin dalam pukul 3.30 am baru sampai rumah. Malangnya 1st time dalam hidup aku, terlajak terus sampai KT. Hohoho,,, sepanjang aku belajar kat matrik, balik sengsorang, tak pernah pulak jadi macam ni. Sampai je Dungun, mesti terjaga. Bila balik dengan kawan-kawan, ni pulak jadi nya. Apa daa~
Teringat pulak time makcik aku (Ngoh) telefon aku sebelum aku naik bas malam tu.

Ngoh: Bas pukul berapa dek???
Aku: Pukul 10 pm.
Ngoh: Jangan tertidur sudah la, Tok Nab hari tu sampai pukul 3 am.
Aku: Tak apa... Kalau terlajak, sampai KT terus. *sambil gelak sakan*

Haa,,, ambek ko zEri. Kan dah masin mulut tu. Padan muka :p. Ketuk sikit kepala, *Tooinnnggg!* @_@
Owh ya,,, dialog di atas sebenarnya dalam dialek terengganu ye, huhuhu~
So, pergi rumah Dayah la dulu. Solat Subuh dan sambung tidur sebelum balik rumah aku yang makan masa dalam 40 minit dari KT.

Monday, November 9, 2009

tag lagi


1. Bekas kekasih saya adalah...
tak ada sebab tak pernah.

2. Saya sedang mendengar...

lagu 21 Guns, green day. layaaaaaan~

3. Mungkin saya patut...

shut down my lappy dan start sambung baca novel TUNAS *hadiah dari bff*

4. Saya suka...

makan, gelak, berangan, tidur, on9...

5. Sahabat-sahabat saya...

masih berjuang untuk final exam... go go chayok!!! hehe :D

6. Saya tak faham...

kenapa saya tak ada mood jawab ni tapi masih juga mahu jawab. haisy,,,

7. Saya kehilangan..
.
saya tak rasa saya kehilangan apa-apa :)

8. Ramai yang berkata..
.
saya ni pelik, unpredictable... nampak serius + sombong sebelum tak kenal, pecah perut bila dah kenal. hehehe,,,

9. Cinta itu adalah...

completes each other ;)

10. Di suatu tempat, seseorang sedang...

fikir tentang saya. hahaha :)) *agak perasan la ye kenyataan ini
*

12. Saya akan cuba...

baca novel rooftop rant yang baru saya beli sebelum habis cuti sem ni walaupun saya bukan bookworm.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud...
infinity~

14. Telefon bimbit saya...

dah tak penting sangat sekarang ni... sOrry,,,

15. Bila saya terjaga...

teringat kat dia ---> Mr Subuh... ngeh3~

16. Saya paling meluat...

orang pura-pura baik PLASTIK dan rasa diri dia bagus... wuuuueeeeek =p

17. Pesta/parti adalah...

untuk suka-suka... lepas tnsion??? erm,, tak pun. lagi pening ada la kot dengan ramai manusia.

18. Haiwan yang paling comel pernah saya temui...

entah la... tak ada perasaan pulak kat haiwan. kwang,,,kwang3~

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah...

sweet 17... kenapa??? sebab die sweeeeeeeeetttt~ hahahah,,,=D

20. Hari ini...

start tengok drama love me not. huh,,, perjalanan masih jauh. ada lagi berbelas-belas episod.

21. Malam ini saya akan...

tidur awal sebab akhir-akhir ini saya selalu tidur lewat -_-'

22. Esok pula saya akan...

bangun macam biasa. jeng,,,jeng,,,jeng... saya ada tugas baru.

23. Saya betul-betul inginkan...

kenapa??? kalau saya cakap kat sini, saya akan dapat ke??? Kwang,,,kwang3 =p

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini...

erm,,, mata dah ok ^_-

25. Pusat membeli belah atau arked permainan...

susah betul nak buat pilihan. dengan ini, saya mahu dua-dua sekali...ngeh3~

26. Makanan barat atau jepun...

apa-apa saja yang best + halal. hohohoh,,, saya makan banyak yup.

27. Bilik yang terang atau gelap...

gelap... boleh buat saya senang nak tidur dan tidur dan terus tidur
-_-

28. Makanan segera adalah...

fast food...ngeh3~ rakan baik orang bujang =p

29. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang..
.
kecik hati...kecik hati...kecik hati...

30. Anda tak perasan ke soalan no 11 itu tiada?

owh ye ke??? who cares??? (kerek gilerz kot) huhu

My Wedding

Huhu,,, Kawan-kawan saya jangan ada yang cuak pulak bila baca title untuk entry kali ini. Sebenarnya, tak ada apa pun yang gempaq. Saya belum nak kahwin pun, hehe :D. Oleh sebab saya ditag untuk ini, maka time boring macam ni baru la rasa nak jawab soalan-soalan ini walaupun sudah berkurun benda ni saya simpan dan hari ni baru saja rasa mahu post. Tak mahu cakap panjang, jom proceed...

RULE 1st: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with the wedding plan! At the end, choose the people you want to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it's because I want to know about you

1. How old are you?
Baru saja 20 tahun. Sesuai ke letak baru kat depan tu ek??? Sesuai je kan. Heheh :D 


2. Are you single? 
Yup!!! not married yet. So of course la single right? ;)

3. At what age do you think you'll get married?
Entah la... paling cun 24. Target 27-years-old. Tak jugak tapi stabil la. 

4. Do you think you'll marrying the person you are with now?
O'owh... currently no one. 

5. If not, who do you want to marry?
 man for sure. Hikhik :D

6. Who will be your bridesmaid & best man?
bridesmaid: my bff, Cik Ain
best man: my twin :) 

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
I choose (d) other: jungle. Miahaha :))

8. Where do you plan to go on honeymoon?
I love this question. I want to have our honeymoon at the moon. Lalalala ;)

9. How many guests do you think you'll invite?
Why? Anyone out there want to sponsor? :p

10. Will that include your exes?
 

Hopefully, no exes... 1st and last. Insya-Allah.
Tapi kan... ada ex, ada segalanya. Ops,,, celcom cakap ey. Tehee :D 

11. How many layers of cake do you want?
I love num 3. So i want 3 layers of choc cake ^^

12. When do you want to get married, morning or evening?
Morning, afternoon, evening and night! Hip,,,hip,,,hOorAy~ \(^_^)/ 

13. Name the song/tune you'd like to play at your wedding. 
All of my fav songs including 21 Guns. Rock wooo. Grrr,,, just keeding peeps. 

14. Your wedding colour theme?
Hurm,,, think of my fav color 1st. Haha,,, it's always change every year. Thus, I choose rainbow color. 

15. Champagne or red wine? 
O'oow... strictly cannot. No! no! NO! 

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding? 
It would be nice if days after the wedding, isn't it? Hee (^_^) 

17. Money or household items? 
I want to be greedy. I want both. May i, sir? ;;) 

18. How many kids would you like to have? 
Hahaha... a naughty answer for a serious question. I want huge family. Thus, i decide to have 6 couples of twin. O'oow 0.0 

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD? 
Private answer. Teeeeeeeeeeeeeeeeet 

20. Your dream present from ur future husband/wife? 
Infinity of love and care ♥ 

21. Whose wedding plan would you like to know next?
Siapa-siapa saja la yang baca ni dan feel free to answer.



Owh yaa... Sebelum itu, sempena my friend's wedding on 31st Oct baru-baru ni, saya nak ambil kesempatan kat sini untuk wish her selamat pengantin baru dan semoga masjid yang dibina akan teguh hingga ke akhir hayat. Amiiin~
Sorry Ily... orang tak dapat pergi hari tu sebab time tu tak cuti lagi walaupun orang sangat-sangat nak pergi. Apa pun, orang akan sentiasa doakan kebahagiaan Ily...:)

Keep in mind... Allah is the best of planners. 

Wednesday, October 28, 2009

Final Exam Punya Angkara

Haih,,, ketidaksabaran untuk on9 melanda diri. Fuh, lega teramat bila 4 papers selesai sudah. Esok last paper... Koko je pun, malam pulak tu. Sebab itu la sempat lagi curi-curi on9 ni, hehe :D. Tak apa, ada masa lagi nak tidur puas-puas sebelum bangun study, Opps,,, *Apa nak jadi la dengan aku ni*. Dah lah banyak benda dah jadi sepanjang minggu exam ni tapi masih tak insaf-insaf juga Zeri ni ya. Apa yang dah jadi??? Maka bermula la ceritera ini...

Hari Ahad - Wani si classmate kepada Sue (my roomate) datang bilik.

Wani: Esok nak pi pukul berapa?
Sue: Entah la,,, 7.30 am la.
Aku: Sue nak gi mana esok? Ada kelas lagi ke???
Wani: Pasal apa dia tanya lagu tu? Dia tak ambil exam ke esok?
Sue: Haih,,, Azri, apasal tanya?
Aku: Exam apa??? *DubDub..DubDub*
Wani: Kenegaraan la.
Aku: Esok ke???
Wani: Yela...
Aku: Esok ke 26 hb?
Sue: Haish,,, esok la.
Aku: Orang ingatkan hari Selasa start 

Aku sangat tak percaya. Cepat-cepat aku cek kalendar. Hurk,,, terasa panas kepala ni macam darah mengalir laju.

"A'ah la, esok! Mati aku........"

Bukan risau pasal Kenegaraan esok. Aku risau subjek-subjek lain yang belum start study lagi. Kenegaraan tinggal lagi 1 bab. Ye la, aku bajet ada 1 hari lagi masa nak pulun study ni. Tup,,, tup esok dah start. Maka, paper lain akan menyusul. Dah la tak ada gap 1 hari pun. Hancus... 

Nak dapat kepastian, aku mesej Ina (my coursemate) betul ke esok exam Kenegaraan sebab dari dia la aku tahu yang 1st paper kami start hari Selasa. Yup,,, ternyata memang esok 1st paper, hari Isnin. Mungkin aku salah dengar hari tu. Aku pun satu, lepas dengar paper start hari Selasa, langsung tak ada perasaan nak cek kalendar. Bertuah punya badan. *Rasakan la Zeri...=p* 

Lepas tu, baru la teringat kat coursemates aku. Patut la dari semalam aku tak putus-putus terima mesej Good Luck dari diorang. Pelik jugak aku, kenapa diorang berkobar-kobar sangat hantar mesej Good Luck ni? Bukannya esok nak exam. Wuah,,,wuah3! Aku rupanya yang tersasar dari haluan sebenar, hikhik... Maka, semua mesej direply kembali.

Roomates ku bagi support, "Apa lagi? Start study Azri...". "Ok2,,, Zeri boleh, macam tak biasa. ngeh3~". Thanks Diyana, Terimas Sue. Diorang dah tahu sangat kot cara aku study macam mana walaupun tak sampai 1 sem pun lagi kami kenal. Saat-saat macam ni still boleh gelak sakan =)). Yang penting, cool and steady beb... Huhuhu :p 

Cerita ini bersambung lagi esoknya kat coursemates aku. Hohoho~ masing-masing buat muka terkejut. Antara reaksi diorang:
"Hah??? Ye ke???"
"Habis tu, sempat tak study???"
"Owh,,, patut la lepas Maghrib semalam baru hantar mesej Good Luck ey."
"Hye,,, kamu ni Azri" 

Aku hanya mampu tersenyum dan tergelak, haha Insya-Allah, semuanya ok. Sempat je habiskan semua. Tapi... uhuk3! kena la korbankan sikit masa tidur aku minggu ni =( 

Selesai je Kenegaraan, fikir pasal esok pulak. Sangat risau kot. Ya la,,, semua subjek mantop2. Praktik SP dan Pengajaran Teknik dan Vokasional tu. Masalahnya, habuk pun tak study lagi ni. Eeee,,, short esei pulak tu. Seram aku. So, aku dah pesan kat roomates ku. "Pastikan orang tak tidur malam ni tau. Banyak lagi tak study ni." Diyana dengan penuh semangatnya, "Ok, kita sama-sama tak tidur malam ni ey." Sue macam ragu-ragu je, heheh :D. Tapi aku percaya kat Diyana ni. Dia bukan kaki tidur macam aku dengan Sue. Dari dia tidur, lebih baik dia layan movie. Pendek kata, kalau dia boring sekalipun... tidur tu memang last choice la.

Start pukul 8 pm duduk menghadap buku sampai la pukul 12 am. Bukannya 100% fokus pun. Itu tak termasuk lagi dengan sembang, bergatal dengan roomates. Ala,,, bukannya boleh nak straight study kan. Nak muntah pun ada =p
Argh,,, dah tak tahan saya dengan bantal dan tilam yang asyik panggil dari tadi, kuikui... 

Lastly, berjaya jugak tilam dan bantal tu tarik aku. Sue cepat-cepat suruh aku bangun balik sebab dia tahu aku tak habis study lagi. "Sue, kejap je tau. Pukul 12.30 am, kejut orang balik ey. 1/2 jam je...hehe ;)". "Ye la, tapi nanti orang kejut bangun tau". "Ok, macam mana pun pastikan orang bangun ey" 

12.30 am - "Azri, bangun...". Buka je mata, Diyana dan Sue dah tercegat kat katil aku. Alamak, cepat pulak masa berlalu. Aku senyum dan sambung balik. Bukan sambung study, tapi sambung tidur, hik...hik3 ^^. Boleh pulak delay sampai pukul 1 am. Haisy,,, roomates ku??? Geleng kepala je la, huhuhuhu. Tengah-tengah syok layan tidur, handphone aku berbunyi. Siapa pulak telefon aku malam buta ni? Tengok je skrin, Diyanaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~ kurang asam betul. nanti la, orang sambung kejap je ni =( 

Lagu Bunk Anthem dah start. Itu tandanya sudah pukul 1 am. Aku cuma mampu buka 1/2 mata dan senyum je kat roomates ku sebab aku rasa macam nak sambung sampai pagi terus. tehee~ Baru je nak pejam mata... Tiba-tiba GELAP!!!
"Hurk??? Blackout!!! Mati la orang... Macam mana nak study ni???" 

Segar terus mata ni. Cepat-cepat bangun dan selak langsir. Argh,,, tak boleh jadi ni. Study dalam gelap pun gelap la. *Ambek ko zEri. Dah jadi macam ni baru nak menggelabah* Apa lagi? Bangun nak pergi toilet sementara mata tengah segar. Aik??? Kenapa laptop aku ni nyala lagi? Extension pun semua nyala.

Aku: Diyana, kenapa laptop orang nyala lagi?
Diyana: Lorgh,,, biasa la. Masa blackout hari tu pun macam tu jugak kan??? *sambil dia tengah pasang lilin* 

Hah??? Jawapan yang agak tak relevan dengan soalan yang ditanya ya. Tiba-tiba diorang gelak. Lampu bilik on balik. Wah,,,kah3 =)) *gelak golek2*. Nak pecah perut ni gelak atas tilam. Roomates aku kenakan aku rupanya. Riuh satu bilik. Plan ni Cik Sue yang rancang dan dibantu oleh Cik Diyana.
Sue dan Diyana (orang kuat projek)

Huh,,, bersyukur sangat. Eeee,,, nak pukul laju-laju je diorang ni. Tapi, terharu la dapat roomates macam ni. Macam-macam diorang usaha just nak kejutkan aku study. huk,,,huk3
Dengan itu, proses study disambung sampai habis semua. Alhamdulillah...
Ni la kisah seorang budak yang suka sangat study last minit. tak tahu la kenapa... Bila study last minit ni, semua yang dibaca senang je masuk macam hirup kuah maggi yang dah nak habis tu.
Ssssssrrrrruuuuuuupppppppp.... hahahahah :))