wordless wednesday? apa tu? boleh [klik di sini]
come with me ;;)
Wednesday, September 5, 2012
Monday, September 3, 2012
seperti yang dijanjikan
Alohaaa readers ;)
seperti yang dinyatakan dalam tajuk di atas, saya datang ke sini hari ni adalah semata-mata untuk mengotakan janji yang telah termatri *ambek,,, bahasa skema aku*.
janji? yup,,, janji yang saya nak umumkan tarikh perkahwinan saya bila dah sampai masanya. dan sekarang dah tiba masanya untuk saya menipuuu... hahahaha :)) *ya ampun kakak-kakak, adik-adik*
ok2. janji tak nak main-main dah. sebenarnya pasal janji yang saya cakap saya nak berusaha keras untuk menaip sebanyak mungkin entry sebelum 2012 berakhir di entry yang lepas.
iya la,,, mana tak nya. saya hanya post 3 entries setakat ni untuk tahun ni. memang tahap papa kedana dah blog saya ni.
sebenarnya, banyak sangggaaattt benda yang saya nak tulis, nak kongsi kat sini. tapi apakan daya, ada yang mengekang *ni memang sedih betul-betul punya. tarak main-main haaa*.
sebenarnya, banyak sangggaaattt benda yang saya nak tulis, nak kongsi kat sini. tapi apakan daya, ada yang mengekang *ni memang sedih betul-betul punya. tarak main-main haaa*.
dan atas sebab itu, saya memilih untuk kongsi di _______...
haaa nak tahu jawapannya? jom ikuti sembang santai antara saya dengan sahabat saya, Ain Farhana *dah macam reality tv show la pulak*.
Ain Farhana: Zeri, aku rasa memang tak ada chance je nak jumpa raya ni.
Saya: hurm,,, tu la Ain. takpe la tak ada jodoh la tu. InsyaAllah jumpa kat KL.
Ain Farhana: haaa,,, mai la rumah aku, Zeri. Saya: tengok la nanti. kalau free, boleh je. masalahnya faham-faham la, dah masuk tahun akhir ni memang mustahil la nak free.
mu tunggu je la masuk tahun baru. mana tahu sejarah tahun lepas berulang, hahaha.
mu tunggu je la masuk tahun baru. mana tahu sejarah tahun lepas berulang, hahaha.
Ain Farhana: haha tak leh bla mu ni. ingat lagi cerita tahun lepas. aku ni dah ingat-ingat lupa, hehe.
Saya: eh mesti lah. aku simpan kemas dalam diari, hehe.
Ain Farhana: wow,,, sejak bila mu ada diari ni, ingatkan blog je.
Saya: sejak kebebasan untuk aku bersuara di dunia blog diragut oleh individu tak bertanggungjawab, muehehe.
#untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, dialog di atas telah diedit kepada bahasa yang mudah difahami oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya. MERDEKA! *tetiba*
berbalik kepada kes ragut. yup,,, jawapan yang saya beri tu memang nampak macam main-main but i really mean it.
kebebasan bersuara. bunyi macam serius tapi sebenarnya tak pun. siapa yang dah lama ikut blog ni mesti tahu sangat. saya tulis santai-santai je pun. kan? kan?
cuma... bila mana ada pihak yang suka judge penulisan saya mengikut perasaan dia, tu yang jadi semua benda yang saya tulis seolah-olah ada yang tak kena di mata dia.
mula-mula memang lah nak buat tak tahu je. tapi kalau apa yang saya guraukan kat sini pun boleh buat dia salah faham...
fuhhh,,, mahu tak membara. kita yang tak maksudkan apa-apa, tapi ada orang translate sebaliknya, ni memang betul-betul buat saya tak ok.
fuhhh,,, mahu tak membara. kita yang tak maksudkan apa-apa, tapi ada orang translate sebaliknya, ni memang betul-betul buat saya tak ok.
maka, i'm begging you lah. before you judge, please try this method: ASKING.
dan atas faktor itu, saya memilih untuk hanya menulis dalam diari. macam girly sikit la kan. sebelum ni mana nak pernah tulis-tulis diari ni walaupun saya ni antara pembeli diari yang tegar. kwang3 :D
iya. percayalah kawan-kawanku sekalian, saya ni memang suka beli diari. tapi tulisnya tak pun. dulu la. tapi sejak dah dewasa ni *ehem2*, saya dah bersara dah daripada terlibat dalam pelaburan yang tak menguntungkan tu. guna mana yang dah ada sudah...
ni je yang masih tersimpan dalam drawer. yang lain entah la ke mana. macam-macam. yang ada padlock, yang guna password, yang berbutang, etc. kalau yang ada padlock tu, sah2 la tak boleh buka sebab tak tahu ke mana dah kuncinya. yang ada password tu lagi la.
sejak dah pandai tulis diari ni, oh tiba-tiba saya rasa saya sangat sweet, hikhik. saya bebas meluahkan apa yang saya rasa tanpa ada orang boleh judge saya. sekarang baru saya tahu yang diari ni tak ada lah geli sangat pun.
you know why?
because i can be so true to myself without thinking of others feelings. i can put my feeling 1st. and that's seriously AWESOME!
sekarang, saya rasa lebih bebas seiring dengan 55 tahun kemerdekaan negara kita, muahaha :))
diari. di dalamnya tercatat soal cinta. membesar dengan mind set seperti ini lah yang buat saya hanya berminat untuk beli diari, tapi katakan TIDAK untuk menulis diari.
namun, tidak lagi kini. nampak tak hikmah di sebalik apa yang dah berlaku? tiba-tiba saya nampak keuntungan dalam pelaburan yang sudah saya buat bertahun-tahun yang lalu. ho yeah~
soalnya... saya, mak, ayah, keluarga, teman-teman, bukankah mereka juga cinta? dan kerana menyedari tentang hakikat ini lah buat saya semakin menghargai diri saya dan kehadiran mereka dalam hidup saya. maka, bait-bait cinta saya nukilkan kemas dalam catatan diari saya buat mereka, dan sebagai motivasi terunggul buat saya juga.
soalnya... saya, mak, ayah, keluarga, teman-teman, bukankah mereka juga cinta? dan kerana menyedari tentang hakikat ini lah buat saya semakin menghargai diri saya dan kehadiran mereka dalam hidup saya. maka, bait-bait cinta saya nukilkan kemas dalam catatan diari saya buat mereka, dan sebagai motivasi terunggul buat saya juga.
apa pun sejarah yang telah mereka pahatkan sama ada episod suka atau duka, saya tetap memilih untuk menghargai kerana di sebalik episod-episod itu lah yang menjadikan siapa saya hari ini, Alhamdulillah :)
semoga suatu hari nanti mereka mampu tersenyum bila saja membaca setiap bait yang saya catatkan ikhlas buat mereka.
maka sebelum saya akhiri entry panjang saya kali ini, izinkan saya kongsi satu lagi perkara yang best tentang tulis 'real diary' instead of 'online diary'...
you don't have to deal with the wifi problem. peace ^^V