Pages

come with me ;;)

Friday, August 17, 2012

Mati di Rhu Kubur

ALAMAK!!! I just wrote 2 entries for this year??? Biar betul? What a thrill twenty twelve I have here, kekeke :D
Ok, jangan nak terkejut sangat la sampaikan salam pun tak bagi kan? hehe :D


Assalamualaikum dan selamat pagi semua pembaca :)
Amacam. rindu saya tak? kekeke saja tanya soalan nak bikin orang batal puasa *bluerkkk :P*.
Ok dah. tak nak bermuqadimah panjang sangat sebab sekarang ni saya nak berusaha keras untuk menaip sebanyak mungkin entry sebelum 2012 berakhir *aceycey,,, baca boleh. percaya jangan*.

Let's back to the title. Mati di Rhu Kubur. bukan saya yang mati. kalau saya yang mati, mana mungkin saya boleh taip entry ni. ye tak? ni haaa saya nak citer pasal motor saya yang mati. huwaaa :((

Al-kisahnya... sejak 2,3 minggu lepas, saya selalu la berulang-alik pergi belajar kereta dengan motor. tu la, tua-tua baru nak buat lesen. itu pun lepas mak dengan ayah berhempas pulas pujuk saya sejak bertahun-tahun yang lalu.
hahahaha
see? keras kepala punya budak. dah lama dipujuk, baru sekarang nak termakan pujuk. dan kalau tak fikir pasal nak praktikal dan kerja lepas ni, entah-entah sampai mati pun memang tak buat la kan. hee
^^

untuk minggu pertama, ayah la yang hantar. seminggu lepas tu, dengan berbekalkan lesen L, saya bercadang nak pergi sendiri walhal saya ni bukan pernah bawak motor pada jarak yang jauh pun sebelum ni. tapi, oleh sebab fikirkan ayah, saya tahu saya kena letak sedikit usaha untuk tak menyusahkan dia *ehem2, walaupun keras kepala, tapi hati lembut tau, hahahaha :))*. bukan apa, nak hantar tu bukan la satu masalah pun tapi nak kena tunggu selama lebih kurang 1 jam tu la yang saya rasa urghhh,,, sebab saya pun bukan jenis yang suka menunggu. apatah lagi nak suruh ayah saya tertunggu-tunggu.

mula-mula tu mak dengan ayah macam berat la nak bagi saya pergi sendiri. tapi... tapi... tapi... tapi apa???
bonda, ayahanda, anak kamu ni dah nak masuk 23 tahun dah pun. jangan la risau sangat. Insya-Allah semuanya ok :)

yeah. exclussively,,, i'm turning 23 soon. peace yawww ;;)

dan nak dijadikan cerita... 2,3 hari lepas saya dah mula berjinak-jinak pergi sendiri, bawak motor sejauh lebih kurang 20km dari rumah, tiba-tiba satu pagi tu motor saya mati. mati pulak kat Rhu Kubur. oh tidaaak... tiba-tiba saya pun rasa nak mati sekali. siapa yang kenal tempat ni, tahu la apa sejarah dia. macam-macam. tempat tu pulak memang lengang tak berpenghuni *wah,,, ayat mesti nak haunted punya, wakaka :))*. tapi tu bukan perhitungannya bagi perempuan macam saya. ada faham? harap faham la.

Alhamdulillah jalan pagi tu tak lengang macam pagi-pagi sebelum ni. tapi ada ke orang nak tolong? entah-entah diorang semua ingat saya ni hantu. oppsss,,, bulan puasa mana ada hantu la :P.
tak sampai 5 minit saya kat situ, ada seorang hamba Allah ni berhenti. dia cek kalau-kalau dia tahu apa puncanya, tapi tak dapat jugak. jadi, dia ambil keputusan untuk tunda motor saya sampai ke rumah. terima kasih :)

Begitu la al-kisahnya. Alhamdulillah,,, semuanya selamat dengan izinNya walaupun pada mulanya memang fikir mati je. apa pun, ingat mati tu perlu. bukankah orang yang bijak itu adalah orang yang selalu ingat pada mati? jom sama-sama menjadi orang yang bijak agar hari demi hari kita sentiasa berusaha untuk mengubah diri kita menjadi yang terbaik, Insya-Allah.

Ingat la. siapa pun kita, kita pasti akan menempuhi detik-detik kematian walau kita masih muda sekalipun. sesungguhnya syarat untuk mati itu bukan la tua. macam motor saya tu la. walaupun motor tu baruuu je lagi tapi siapa sangka boleh mati.
namun, sebagai hambaNya, sentiasa la kita berdoa agar kita kembali ke pangkuanNya dalam husnul khotimah, ameen Insya-Allah. sentiasa la juga ingat kepadaNya di waktu senang agar Dia tak meninggalkan kita di saat kita susah.

sebenarnya, kejadian ni berlaku 2 minggu lepas lagi tapi saya saja tunggu sampai dah lepas ujian memandu atas faktor-faktor keselamatan. mana la tahu tiba-tiba ada orang aim saya bila dapat tahu saya berulang-alik tiap-tiap pagi ke kelas memandu, hehe :D.

p/s: utamakan keselamatan anda. ingat la orang yang tersayang. anda mampu mengubahnya, hakhak ^^

12 003 people care:

senydream said...

perghh...kalau aku mmg lari tinggl motor la,hehe2...:p

dah leh lesen pla ni eh?..tahniah..:
)

zEri sAfEerA said...

@senydream: hahaha nk lari g mane? kiri kanan hutan. huhu :D

maceh :)

zOeY zAu YaH said...

suspen lahh haha..

zEri sAfEerA said...

@zOeY zAu YaH: hehe agak laaa

E'in said...

hahahaha.. e'in sampai skrg xde lesen.. ;p

zEri sAfEerA said...

@E'in: oh ye? ini lagi cool. hekhek

ieda said...

uishhh kawasan kubur tuu
ahhaha debar x leh cakap kan .
akk kalau bab2 rosak motor @ kereta memang leh nangis lah
sbb x tahu ape2 huhuh

anamizu kaito said...

kiri kanan hutan? perhhh seramnyee!
dedulu cik ana pon camtu jugak..
ssh benor nak pegi amek lesennye..
tp bkn sbb mls ke ape.tp sbb DUIT.
takde modal utk amek LESEN.so have
to wait smpai dah ade kje and ade
gaji sndiri baru boleh amek lesen.
hehe. alhmdulillah tmpt bljr lesen
tu ade van yg dtg pick up sesape
yg register utk p bljr lesen tu.hehe







slm syawal,
cik ana

zEri sAfEerA said...

@ieda:
kwsn kubur satu hal. dah la kwsn xde org. huhu nsb bek x sempat nanges sbab sempat org dtg tlg dulu, huhu

zEri sAfEerA said...

@anamizu kaito: hehe :D suke bc komen pjg2 cenggini :)
oh sng la kalo ad van mcm 2.


salam syawal juge ;)

E'in said...

cool sgt.. lps tu skrg bf dh kena keje luar johor, nak gerak mane2 dh susah.. -.-"

zEri sAfEerA said...

@E'in: oh. tape2. buat la lesen. pasni sng nk gerak, hee ^^ kejap je pon. 2mggu je :D