Pages

come with me ;;)

Thursday, December 30, 2010

My Header Contest

Saya ingin mulakan entry kali ni dengan gelak, boleh? HAHAHAHAHA :))
baru sahaja join 'edit foto contest'. dan sekarang saya mahu join 'My Header Contest' pula.

Untuk mengetahui terma dan syarat contest ni, boleh la klik gambar di bawah:



Hee... kebetulan saya baru sahaja buat dan tukar header blog saya. sebab itulah saya rasa excited nak join. walaupun sebelum ni saya dah ada beberapa header, tapi saya nak pilih header saya yang baru ni saja lah...

Photobucket

1st time buat header animation macam ni. saja lah cuba nasib. hehe :D
ok, selesai sudah.

maka dengan ini, saya perlu tag 3 orang kawan saya. dan mereka adalah:
3. Wani

cepat kawan-kawan. sebelum 5 Jan 2011

edit foto contest

hye readers :)


saya nak join contest seperti yang dinyatakan dalam tajuk entry saya kali ini. actually, i've been tagged by Intan to join this contest just few minutes ago. thanks dear ;) sangat teruja kot. hehe :D

hurm,,, sebenarnya pening juga nak pilih gambar yang mana satu. maka saya pilih gambar ini. taraaa~

haaa... ini la gambar yang sebelum diedit fresh dari ladang upm. eh bukan. dari bukit ekspo upm la :)

nak tengok yang lepas diedit tak???

ni dia...


bagi yang dah lama follow blog saya, mesti kamu dah pernah tengok gambar ni dalam entry saya yang ini.
sebenarnya, dah lama saya edit gambar ni. malas nak edit yang baru. ambil saja lah mana yang sedia ada dalam lappy. jimat masa dan tenaga. hee ^^

tambahan. saya edit gambar di atas menggunakan adobe photoshop CS3 ok.

ok now, done with mine. seterusnya, haruslah tag 4 orang blogger. so here are 4 lucky person
2. Wani

Good luck and all the best ^_^

Sunday, December 26, 2010

karangan panjang penghujung tahun

Hari ini birthday saya. Hah? bukan 22 Ogos ke? Haaa,,, tu ikut kalendar omputeh. Kalau ikut kalendar islam, saya lahir 20 Muharam. Hari ni la 20 Muharam kan, hehe :D 

Oleh sebab aku tak ada masa nak kongsi surprise birthday yang kawan-kawan aku buat 22 Ogos hari tu, so memandangkan dah di penghujung tahun ni, maka terasa la jugak nak imbas balik peristiwa dan kenangan dengan kawan-kawan di sebalik ulang tahun kelahiran yang lepas.

Di sini, bermula la hikayatnya...
                21 Ogos Lepas solat terawih, aku berkejar ke katilku yang TILAMnya TAK EMPUK, BESInya TERSORONG-SORONG. Argh,,,tolong... NGANTOK -_- s.a.n.g.a.t.
Su! *roomie ku*, nak pergi mana pulak tu? Owh,,, nak siapkan assignment kat bilik coursemate dia. Hee,,, tak boleh nak tidur berjemaah la. Apa pun, selamat ber’assignment’ Su. Orang belayar dulu la yup ;)

Sedang diri ini hampir hanyut ke alam pelayaran, Kak Katy *jiran depan bilik ku selaku coursemate kuu* datang menyekat lalu menawan kapal layarku bersama 2 kawannya. Bila dah berborak panjang, rasa mengantuk tadi secara automatiknya berlalu pergi bersama beredarnya ketiga-tiga individu tadi.

Hye,,, mahu tidur tapi dah tak lalu. Maka, kerja meng’usha’ Mas *roomie baruku* di sebelah yang terpisah dek divider di tengah dijalankan. Usaha murni Mas bersama coursemate nya, Ekin menghabiskan sisa-sisa subjek Kenegaraan ditumpaskan terus dengan kehadiranku di situ. Kui,,,kui,,,kui :D

22 Ogos Di klimaks percelotehan, tiba-tiba handphone ku menari riang berkadar terus dengan nada music box yang aku setkan as message tone. Namun kubiarkan saja begitu di situ memandangkan dah lama handphone ku menyepi sejak lenyapnya zaman kegemilangannya suatu ketika dulu, hee ^^.
Oleh sebab tak sampai hati melihat handphone ku berterus-terusan menari dek mesej yang masuk tak henti-henti, maka dilangkahkan juga kaki ini ke meja study.

Belum sempat membalas mesej-mesej yang masuk, pintu bilikku dikuak luas. Su dipandang tanpa perasaan. Wajah kembali dipaling ke arah skrin handphone.

ALLAH SELAMATKAN KAMU, ALLAH SELAMATKAN KAMU, ALLAH SELAMATKAN AZRI SAFIRAH, ALLAH SELAMATKAN KAMU...

Jari yang menaip terus kaku. Waaah,,, terpana sebentar dengan kehadiran group koir yang diketuai Su, iaitu Kak Jo, Wani, Kak Katy, Mas, Siti dan Shark bersama dengan hidangan spaghetti. Huuu,,, touching2. Tapi AWAS! Air liur pulak yang meleleh ni, apehal??? Hahahaha :))
Amboi Su, ni ke yang duk cakap tadi nak buat assignment. Assignment buat spaghetti yup. Terbaik. Kwang3 :D

Anyway, big hug and thanks specially goes to Su, Kak Jo, Wani, Kak Katy, Mas, Siti & Shark for the surprise birthday party, spaghetti, birthday card and wishes.

*******************************

Hurm,,, MASIH lagi berceritera pasal kejutan. Tapi yang ni lain macam sikit. 1 hari selepas tarikh birthday aku...

23 Ogos Aku, Aina dengan Bie dah plan nak siapkan lukisan isometrik pada sebelah malam nya. Oleh sebab kelas pada hari tu sampai ke petang + iman di dada kurang tebal, maka aku decide untuk tidur sekejap lepas Isyak. Apa? Solat terawih? Hurm,,, 2,3 malam kebelakangan tu aku asyik tidur lewat je. Kadang-kadang sambung terus sampai ke sahur. Tu yang aku buat cuti sendiri malam tu satu malam. Bila fikir pasal urusan dunia, memang tak akan pernah habis kan? Huh,,, rasa geram. Orang lain tak tidur malam berqiyamulail, aku pula duk siapkan assignment yang bertali arus.

Entah dah masuk ke alam mana, tiba-tiba handphone ku menyanyi lagu Fancy Pants. Aku tersentap dan berderau darah naik ke kepala bila nama Bie tertera di skrin handphone ku. Apa yang bermain di kepala aku ketika itu...
Ya Allah! Aku dah lewat nak pergi kelas ke ni???

Aku: Hello Bie.
Bie: Haa Azri. Nak buat lukisan tak?
Aku: Hah??? Pukul berapa sekarang ni?
Bie: Pukul 10. Nak buat tak? Mari la bilik Aina.
Aku: Haaa,,, jap2. Bie buat la dulu. Lepas ni orang gi ah.
Bie: Cepat sikit.
Azri: Ok.
Fuh,,, kurus semangat. Lega pun ada. Ingatkan dah pagi. Tu la, tidur tak hingat.

Dah. Cepat. Mandi. Hehe,,, baru nak mandi ;)
Mak saya kata, tak sekejap la kalau Puteri Safirah bersiram. lalalalalalala~

Bila masuk bilik nak bersiap, alamak! Dah lewat ni. Kak Katy pulak masuk.
Kak Katy: Awak tak ada kerja ke malam ni?
Aku: Ada. Saya nak gi bilik Aina la ni. Nak buat lukisan isometrik. Akak dah siap ke? *sambil kemas meja study*
Kak Katy: Belum. Tuan Haji nak tengok esok ke?
Aku: Yela kot. Eh2, entah. Tak tahu dia nak tengok bila. Tapi buat je la dulu. *duk menyusun barang-barang yang nak dibawa*
Kak Katy: Ok la.

Hee,,, dah malam-malam ni, macam biasa. Time untuk manjakan diri. Entah berapa lama pulak aku duk depan cermin. Kui3,,, dah nama lagi perempuan.

Tiba-tiba Kak Katy datang lagi...
Kak Katy: Azri. *statik berdiri kat pintu*
Aku: Yup. *tengah sapu losyen*
Kak Katy: Sini jap. Cepat.
Aku: Kenapa kak?
Kak Katy: Sini la tengok coursemate awak ni buat apa kat sana tu.
Aku: Jap2 *laju je berjalan ke pintu*

Sampai saja aku kat pintu. Laungan HAPPY BIRTHDAY diiring dengan debu putih dihamburkan di muka ni. Huwaa :(( habis la!!! Sia-sia je aku sapu losyen segala :(
Lensa kamera sana sini macam diserbu wartawan hiburan pun ada, hakhak :p. Lantas aku dibawa ke bilik Aina dengan keadaan aku yang dah bertukar warna kulit, hoho ^.^

Sepanjang perjalanan, diorang tak habis-habis duk berleter akibat lama sangat tunggu aku. Habis semua plan dah diorang guna nak kenakan aku. Last2, tu yang diorang datang serbu bilik aku. Wakakaka :)) tu la. Lain kali,  kalau nak buat surprise birthday party, cakap la kat aku awal-awal. Tak ada la aku lengah-lengah nak pergi bilik Aina tadi. Kwang3 :p

Apa pun kepada Kak Katy, Kak Nadia, Kak Tikah, Kak Dila, Kak Haifaa, Kak Noru, Dayah, Aina, Bie, Aishah & Mira... Kamu memang BEST. Tak ada kata yang boleh diungkap selain ucapan terima kasih for the prank, kue teow, cake, card and wishes. Sorry sebab tunggu lama, hehe :D
Hopefully our friendship will keeps growing with joy and happiness :)

Yay,,, Azri Safirah sekarang dah 21. Usia? Bukan lagi rahsia. Aik!!! Promo plak dia, ngee ;)
Kini aku menginjak ke satu lagi angka. Tapi tu tak bermakna aku sudah tua *nak jugak*. Sebaliknya, aku mungkin lebih matang, lebih baik dan lebih cantik. Eh TETIBA! Grrr,,, lepas baca, harap muntah. Ahaks,,, :p

zEri! Sila serius. Ok apa yang aku harap kan, mesti la semua yang terbaik kan. Namun seandainya sebaliknya yang berlaku, aku harus percaya pasti Dia sudah merancang suatu yang lebih baik dan terbaik untuk diri ini. Sesungguhnya segala ujian yang datang membuktikan kita tak pernah diabaikanNya :)

Tak lupa pada teman-teman dan kawan-kawan lain yang wish birthday aku tak kira through handphone or fb. Kau muzik di hatiku, nananana~

I may not have the most birthday wishes, but I have the birthday wishes from those I care the most, and that's all the matters. Thanks all. With love, zEri

Thursday, December 23, 2010

KISAH kau dan aku

Agro bank. tempat kejadian. tujuan: nak aktifkan semula akaun.
lepas matrik hari tu, duit dalam tu tak pernah terusik. sampai la agro bank hantar surat berbaur ugutan. tehee :D
kalau tak diaktifkan, pihak bank akan tarik wang simpanan RM 10 setiap tahun. heh, suka hati kau. aku wat keluar semua masuk CIMB baru tau :p *turn aku plak ugut*

seperti yang telah dijanjikan, aku dengan fareha dan suraya plan nak jumpa semalam. tapi aku dengan suraya je. fareha tak dapat ikut. alang-alang dah keluar sarang, pergi la bank sekali. menyelam sambil tangkap ikan ;)
 
nasib baik tak ramai orang. bila dah settle isi borang, tup2 terus turn aku. menggelabah sikit la + uruskan akaun abang aku sekali.
bila dah dikemaskini dan diaktifkan dan buku bank diserahkan...
aku: terima kasih
encik xxx: nak duuuuiiiittttt *sambil wat muka ala2 budak mintak ais krim*
aku: saya dah bagi kan?
encik xxx: awak dah bagi ke?
aku: eh, saya tak bagi lagi ke? *terus konfiden level down, sambil cek dalam handbag kalo2 ade RM 50*
encik xxx: eh2. dah bagi la *sengih lepas die cek dalam drawer*
aku: betul ke ni? *nak dapatkan kepastian*
encik xxx: haaa, ya la kot *tersengih2. macam tak berapa konfiden*
aku: ish,,, mana boleh macam tu
sekali aku toleh belakang, suraya sengih sambil angkat bahu seolah-olah tanya apa dah jadi. staf-staf kat situ pon dah pandang-pandang blur. eh, kuat sangat ke aku cakap?

encik xxx: awak memang yakin awak dah bagi ey
aku: entah la, rasa macam dah
encik xxx: hurm,,, tu la. saya pun kurang pasti. macam ni la. awak bagi nombor handphone awak. lepas cek balance, kalau tak cukup, saya telefon awak.
aku: hurm,,, 01394xxxxx :(
encik xxx: maaf ey
aku: tak apa

suraya suruh aku cek betul-betul sementara on the way gi bank tabung haji. memang la ada dalam purse aku. tapi duit RM 50 yang aku nak bank in tadi tu aku tak letak pun dalam purse. aku dah letak sekali dengan buku bank agro tu.

bila dah  pekena mihun sup atas kedai pasar payang, cari beg baru, balik. otw balik, handphone aku bunyi. bila tertera no tak dikenali, terus aku tunjuk kat suraya. mesti kerani tadi tu :((

aku: hello
encik xxx: hello Assalamualaikum
aku: Waalaikumussalam *dalam hati dah confirm memang encik tadi tu*
encik xxx: ni Azri Safirah ke?
aku: yup saya *terus rasa tak sedap hati*
encik xxx: saya pihak agro bank. pasal duit tadi tu, saya dah cek. memang short RM 50
aku: iye? hurm,,, mesti saya tak bagi lagi tadi kan?
encik xxx: eh tak. awak confirm tak awak dah bagi duit tu
aku: masalahnya, saya pun tak ingat. lagi-lagi awak pun tak confirm saya dah bagi ke belum
encik xxx: tak, kalau awak memang confirm awak bagi, tak apa la. saya dah ganti guna duit saya
aku: masalahnya, yang short RM 50. confirm la saya. siapa lagi?
encik xxx: hurm,,, tu la
aku: dah tu, bila saya kena buat pembayaran? boleh ke saya bank in mana-mana je?
encik xxx: tak. kalau bank in, lain pulak
aku: dah tu?
encik xxx: macam ni. awak datang je la bila awak free. susahkan awak tak?
aku: boleh je tapi minggu depan la
encik xxx: awak duk mana?
aku: saya duk jauuuh ni. dungun. tapi kalau minggu depan, boleh la
encik xxx: owh, dungun. awak tak apa ke? tak susahkan awak ke?
aku: tak apa je. boleh. memang salah saya
encik xxx: ok, minggu depan awak datang je la bank tadi ek
aku: yela
encik xxx: Assalamualaikum :)
aku: Waalaikumussalam :p
lebih kurang macam tu la sesi perbualan antara zEri yang cuai dan encik xxx yang blur. hehe :D

bila dah sampai rumah, aku terus keluarkan semua yang ada dalam handbag aku. banyak sangat barang. dalam purse, memang confirm tak ada sebab seingat aku, aku tak letak dalam tu.
bila dah cek resit-resit dan kertas-kertas tak penting, tiba-tiba...

hurk??? terkejut aku bila aku jumpa RM 50 yang berlipat elok dalam 1 compartment kecil dalam handbag aku. CONFIRM! huwaaa :(( malunya nak jumpa encik xxx yang muda-hensem-bergaya tu lagi minggu depan. tolong!!! mana aku nak letak muka ni T_T

Friday, December 17, 2010

25 things 'bout azfeera

happy Friday, readers ;)

i've been tagged by lil ain. for me, this tag is quite tough due to the requirements. that's why i hold on this for hours before it completely done. so, before i go any further, lets check out the rule 1st...

R.U.L.E
"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random, things, facts or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If i tag you, it's because i want to know more about you."

Here i go...

1. I'm Azri Safirah Abdullah. credit to my parents for choosing this name because i'm completely love it :x
2. I was born on 22nd August 1989 at 10:15 am, after losing a fight to my twin bro :((
3. I'm an ordinary leo girl with a stone in my heart and in my head as well :p
4. I'm a daughter who wants to be a chef in my home someday. tehee :D
5. I'm a single princess who is still waiting for her magic carpet ride with her right prince ;;)
6. I'm a student who is always struggling with procrastination :-b
7. I'm a friend who is always there to be a place to count on n.n
8. I'm a bubbly  person and fun to be around but shy around new people :">
9. I'm a sensitive person with no tears but might cry alone when nobody sees me :'(
10. I aspire to be a teacher since i was in kindergarten and i'm currently taking bach of education :)
11. I'm not straightforward but i have my own way to say NOP =;
12. I'm incredibly tidy person. I won't let my stuff in a mess!
13. I'm a mind reader ;;) 
13. I love numbers and everything related to it (8
14. I never good with words but i love quotations <';
15. I love purple and pastel red. i love pink if it's combined with grey 6.9
16. I don't like yellow but i would love it if it's sunflower :D
17. I listen to music regarding to my mood 8-|
18. I sleep like a baby once i hit the bed i-)
19. I daydream to live in my own world 8>
20. I eat a lot but gain less weight >_<
21. I laugh often instead of smile :)) 
22. You judge me. i won't change :| 
23. You me. i would you in return ;)
24. I my family in infinity ^.~
25. I myself for just being me ^^


Finally DONE! Now, i would like to tag:
1. Ain Kusyi the 1 who tagged me

Another person that i want to know more bout them:
6. Jue

my new followers:
11. Ely
12. Emon

The rest 13 people:
who reads this. ngee :D

Sunday, December 12, 2010

jatuh hati sama dia - part 2

Terasa berat beban yang harus dipikul bila Fareha meletakkan harapan yang tinggi untuk entry kali ni lepas dia baca previous entry, jatuh hati sama dia ;;) - part 1... hehe :D

Berat mulut nak cakap, berat lagi jari ni nak menaip. Begitu lah diri ini diibaratkan *sila abaikan*
Hurm,,, macam mana nak cakap ni ek? Em,,, sebenarnya... sebenarnya... sebenarnya apa??? *gertak dengan parang tumpul*

haa. saya jatuh hati kat dia ni, George Murray. opppss!!! miahahaha :)) watak dalam movie ni haa
.
.
.
.
.
.
.



before u say "I do"


siyes ah. tak tipu. saya memang betul-betul jatuh hati dengan karakter George Murray yang gila charming. cara dia pandang. cakap. senyum. semua sekali ah. wooo,,, tergugat ego sekeping hati wanita ini. hikhik ;)

it's been 5 days since i watched this movie. but still. my heart keeps jumping. :x dup dap dup
dap... seksanya sakitnya kalau dah jatuh hati kat someone yang tak wujud T.T

if i need to describe of this movie in 1 word, and it's gonna be

ok. kali ni betul-betul teruja.
for those yang suka kisah-kisah fantasi macam princess zeri safeera who is still waiting for her magic carpet ride with a right Prince, then you should watch this movie. but for those yang sukakan kisah-kisah yang logik lagi ilmiah, adalah lebih baik sekiranya anda membatalkan sahaja niat anda itu. hikhik ^^

ini movie 2009 yup. haaa,,, jangan cakap saya outdated ok. saya memang tak layan sangat movie-movie ni. sebab saya lebih suka fokus pada pelajaran. sebab itu la sekarang baru tengok movie ni. wakakakakaka =)) *jom gelak golek2*

movie ini saya tengok 5 hari lepas kat hallmark channel. eh. silap. dah tukar. diva pulak ey? apa-apa la. yang penting, 702 astro. for those yang tak tengok lagi, boleh la tengok. dan saya pun Alhamdulillah dah tengok untuk ke-2 kalinya. hehe :D

Movie ini mengisahkan sepasang kekasih yang sudah pun bertunang. namun, Jane (tunang kepada George) enggan meneruskan perkahwinan kerana dia pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini bersama Doug. Selepas George mendapat tahu yang Jane tidak mahu meneruskan perkahwinan, George segera pergi mendapatkan Jane. Ketika melintasi lampu isyarat kuning, George membuat permohonan (make a wish). Dia berharap dia kenal Jane terlebih dahulu sebelum Jane berkahwin pada 10 tahun yang lepas. Malangnya, dia terlibat dalam satu kemalangan.
Sangat tidak mengecewakan apabila kemalangan itu telah membawa dia kembali pada 10 tahun yang lalu, beberapa hari sebelum Jane berkahwin dengan Doug.
Persoalannya, bolehkah George mengubah sejarah yang telah berlaku apabila Doug terlebih dahulu mengetahui niat sebenar George? Dan berjayakah George meyakinkan Jane bahawa Doug bukan lah pilihan yang tepat. *agak2 saspen la ni*


exciting ending and i'm completely love it :)

Saturday, December 11, 2010

jatuh hati sama dia ;;)

selamat hari ahad :)


sejak akhir-akhir ni rasa macam rajin la pula nak update blog. hee,,, tengah gedik kan? biarkan2...

semalam saya pergi klinik dengan mak saya. bukan mak saya sakit. saya yang sakit. eh tak sakit. saja mengada-ngada nak jumpa doktor ;)
lepas tu, jalan-jalan la dulu cuci mata. tapi... tapi... tapi... mood saya kurang baik hari tu :(


iya. kurang baik. atas alasan: mak saya tak penuhi nafsu saya. eh silap2. atas alasan: mak saya tak penuhi nafsu kemahuan saya. bila ditanya nak apa, tak nak pulak bagitahu...
nk mende2 lagi?
xmo ah.
nk singgah mane2 agi?
xyah la...
dh tu, nk mende???


kalau ikutkan hati, nak je jawab...
adek nak kaweeen, mak... *sambil kancing gigi ala2 sawan gitu*
wakakakakaka :)) ok. gatal kuasa dua. kahwinkan betul2 baru tahu. cabuuuuuuuuutttttt,,, hee n_n


memandangkan aku ni anak yang solehah lagi mithali, *ok, yg ni x brape nak betul* ikut saja la mak aku dari belakang. macam tak ada perasaan.
tiba-tiba ade seorang yang datang dari arah kiri berbaju kuning striking menarik aku untuk tengok siapa dia.

wow! indahnya makhluk ciptaan Allah ni. *dalam hati je :D*


mata bertentang mata. terpukau. teruja. nak senyum??? or dijeling saja?
tak. macam orang blur, aku terus pandang depan balik kembali kepada seorang yang tak ada perasaan walhal dalam hati tak sudah-sudah memuji. ekekekeke ;))


hurm,,, hah hah. tak habis sampai sini je. ada la beberapa moment yang jadi. tapi malas nak cite. nanti orang cakap i teruja. hahahaha :)) ada la sikit. tak banyak *aceycey,,, tak nak ngaku lagi*


nak tahu tak macam mana rupa dia??? macam ni haaa


.
.
.
.
.
.
.





mia,,,hahahaha =)) betooooooool! tak tipu... macam fabregas. lepas dimodify and diupgrade sikit la. lagi-lagi tang mata, kening dan rambut. sama. hehe >_<
fuyooohhh! gila kentang. siap sempat perhati segala. ala,,, dah dia masuk kedai makan yang sama. duk depan meja saya lagi tu. apa lagi? terus la masuk mood lagu aril-menatap wajahmu. hee ;)


bila dah lama-lama perhati... hurm,,, putih sangat la. cancel ah. oit??? macam la dia berkenan kat kamu. eh2. tak berkenan eh? sorry,,, terperasan jap. hek ^^
tapi saya tahu, awak curi-curi pandang saya time makan kan??? bha,,, haha ;))
awak buat saya malu-malu pulak nak makan. tehee :p


so, kira dah jatuh hati la ni? eh. tak. mana ada. yang pasal jatuh hati tu sebenarnya saya jatuh hati kat orang lain. siapa???

haaa,,, kalau nak tahu siapa, tunggu la my next entry. ok? hakhak ^_^

Friday, December 10, 2010

hantu bungkus asmah

As salam readers :)

Dua malam lepas aku tak tidur kat rumah. tok nenek aku ajak aku teman bermalam kat rumah dia. oleh sebab saya ni seorang cucu yang patuh lagi mithali, maka aku turutkan saja *jom muntah berjemaah*

Owh,,, lagi 2 orang sepupu aku pun ada sama. memandangkan tak boleh online, maka menghadap tv saja la aku malam tu sambil layan kerenah sepupu-sepupu yang tengah aktif membesar. yang seorang tu darjah 6 dan lagi seorang 6 tahun. yang seorang tu akim dan lagi seorang iqbal.

budak-budak ni bukan mahu duduk diam. mahu tak sakit jiwa. nasib baik aku tak ada adik. ish, mana boleh cakap macam tu la. hurk,,, tak boleh ey? ya ampun 8-|
dah bagi handphone, baru la reti duduk diam macam aku, tehee :D. itu pun sekejap je bertahan. si iqbal yang 6 tahun ni duk Yes! yes! yEs! Asmah!!!

Hah? Asmah??? Game apa yang dia main dalam handphone aku tu? *akibat tak pernah tahu game apa yang ada dalam hp sendiri*

Aku: qebal, mende asmah tu???
Iqbal: asmah tu menang la kak pirah *confident tahap malaysia boleh*
Aku: Hah??? ish,,, mengarut ah *dengan dahi kedut 1000* :o
meh sini nak tengok. mana???
Iqbal: ni haaa

sekali aku tengok kat skrin hp...
mia,,,hahahahahaha :)) wakakakakakaka =)). tolong2. tolong. tolong jangan bagi saya sawan
Animated Pictures Myspace Comments

Aku: hey! Almost la. *dengan mata berair*
Almost tu hampir-hampir.
tak menang lagi.
mende daaa
Iqbal: mana tahu. dah dia tulis gitu
Tengok??? aisy,,, budak-budak. mana mahu kalah.

Tamat part 1

********************

Aku tidur awal malam tu memandangkan tak ada siaran yang boleh tarik aku terus melekat duk depan tv. Sangat awal okeh. gila awal. sebelum pukul 11 aku dah lentoq. gila tak?
sila jawab: boleh tahan laa
mane tak nya. kalau kat rumah, pukul 12 baru nak start online. mahu tak pukul 3 baru tidur.

Oit. budak iqbal ni. orang nak tidur, nak tidur la dia. nak tidur pulak dengan dara pingitan ni. abang dia ajak tidur sama-sama, bukannya dia nak hirau. bukan main gatal naaa. aiseh, selimut pun nak share dengan aku? hakhak ^^ jangan tempah penyakit dengan aku. silap hari bulan, kau bangun tak berselimut pagi esok. tehee ;)

Aisy,,, tak lengkap pula rasanya malam aku kalau tak dapat kenakan orang. ok2,,, tanduk dah keluar slow2 ni...

Bila aku pusing mengiring ke kanan, si iqbal dah pun berbungkus sampai kepala. teringat pulak kisah hantu time aku duk hostel dulu.
Aku: ish, qebal. orang tidur mana boleh bungkus semua gitu.
nanti ada benda datang ambil wat lari

dia terus keluar dari selimut sambil menjerit
Iqbal: kak pirah!!! jangan ahhhh...

Hahahahahaha :)) tak boleh nak tahan gelak bila tengok muka dia yang cuak versi manja gitu.
Aku: dah tu, jangan la tidur gitu
Iqbal: Hurm,,, sejuk pipi

Cancel ah nak cerita hantu kat budak ni. Kang meracau malam ni. Aku jugak yang tak cukup lantai rumah nak lari. ekekeke :D
Aku: Kak Pirah cite esok ey? ey? *sambil wat muka gatal versi jgn pndg blkg*
Iqbal: Haaa,,, xmo2 :(
Aku: Ok2. x. x. janji. dah, tidur -_-

Bila tengah malam aku tersedar, dia macam tu jugak. Tidur tak selimut kepala. Terdetik dalam hati kesian pulak.
Hello! tolong la zEri. tadi bukan main. Kamu memang nOty tak ingat peringkat umur :p

********************

Masa aku duk hostel dulu memang ada pun cerita pasal ni. eh. eh. bukan. orang bercerita pasal ni. tak tahu la dari sumber yang sahih atau pun tak. katanye, kalau tidur malam-malam tak boleh bungkus 1 badan. nanti hantu bungkus ingat kita ni anak dia. so, dia akan ambil kita bawa lari. Pernah dengar tak???

Sebenarnya, orang ni pun tidur macam tu jugak. orang mana??? ala, orang yang taip entry ni haaa... kalau tidur, mesti nak bungkus sampai kepala punya. tapi lepas saja dengar kisah kat atas time hostel dulu kala, sumpah tak bungkus kepala dah lepas tu. hikhik,,,

Jangan biarkan diri anda diselubungi selimut. kwang3 ;;)

Thursday, December 9, 2010

Lagi ASSIGNMENT cuti

This is the 2nd tag I got from miss Wani for this month. Assignment katanya, hee ^^. So here are few questions I need to answer. *not few la sebenarnya*

3 name in your box cellphone?
my abang kembar
fareha
maa

your main ringtone
currently, I use Lenka-The Show

what you did at 12 last night?
O'ow sleeping -_- at my grandma's house

who was the last time you went out with? Where?
with my parents. to the beach :)

the color t-shirt you are wearing now
maroon body glove t-shirt :D

the last thing you did
take my break1st

3 of your everyday favourite things
handphone
lappy
Nikon dig camera

the color of your bedroom
turquoise

how much money in your wallet right now?
less than hundred :o

your favourite song?
currently, I love listening them:
1. Linkin Park-Waiting for the End \m/
2. Natasha Bedingfield ft Bruno Mars-Again ;)

what will you do next week?
spend time and hang out with my besties ^^

when the last time you saw your mom?
few seconds ago. hehe :D

when the last time you talk with your parents?
I'm talking with them in current while typing this answer. hee 8)

who is the last person that texted you?
my close friend, fareha

where you have your dinner last night?
at dining table for sure. hakhak :))

the last surprise u got...
a bombastic surprise birthday celebration on my birthday >.<
everyday is filled with surprises actually :)

last thing you borrow from your friends
hurm,,, pensil 2B during final exam. tehee *)

who is your gf/bf or wife/husband
too young too fall in love. Aceycey :p
I'm waiting for my prince charming. where could he be? hakhak ^^

what do you feel now?
I'm in wonderland. mia,,,hahaha :)) kiddo

wanna share with who?
those who read this tag :) *sweet x?*

who know your secrets?
my parents and my besties ;))

they keep ur secret?
for what reason I share with them if they can't keep holding it :p

are you angry with someone?
nop. hurm,,, maybe yes. nop! disgusted @_@

what do you order at mcD?
big mac. filet O fish pun best.
Bubur ayam lagi la... nyom,,, nyom -^^-

the last time you feel so sad
already deleted by the wind. hee :D

what is your wish for tomorrow?
wake up with greatest smile if I still given an opportunity to make a new happy ending  :)

who will you tag next?
those who read this entry and feel free to do it...