Pages

come with me ;;)

Friday, January 28, 2011

Pose Slumber Laptop Contest

sudah lama saya nak join contest ini. oleh sebab kekangan masa, terpaksa la tangguh sampai ke hari ini. itu pun 2,3 hari lagi contest ni dah nak tutup. caranya mudah saja:

 klik gambar di atas untuk INFO


Prosedur:
1) sudah follow :)
2) rujuk title entry ini :D
3) selesai dilinkkan ke blog penganjur contest ini
4) lihatlah gambar-gambar saya dengan coursemate saya di hadapan laptop...


gambar-gmbar ini ditangkap dengan slumber nya di hadapan laptop coursemate kami pada sem 1 di tengah-tengah laluan manusia di Blok B Fakulti Pengajian Pendidikan UPM ketika kawan-kawan yang lain sedang sibuk mendaftar subjek, seolah-olah first time kami jumpa webcam. hakhak :))

sebenarnya, boleh ke combine gambar banyak-banyak macam ni eh? hurm,,, kalau tak boleh, sila lah pilih mana-mana satu yang dirasakan paling slumber ya, tuan penganjur. teheee :D

5) akan dilaksanakan selepas ini
6) saya ingin tag:
>> wani

jom join contest ini kawan-kawan sebelum 31 hb ni. hadiah nya menarik, okey ;)

Saturday, January 22, 2011

quick entry

ok, dah genap seminggu tak update blog ini. saya suka chipsmore tapi saya tak suka bila internet wireless pun macam chipsmore. sekejap ada, sekejap tak ada :(( *rindu streamyx di rumah owh*

tak suka. tak suka. tak suka bila nak kena bw cepat-cepat. balas komen pun cepat-cepat. baca entry kamu semua cepat-cepat. komen entry kamu cepat-cepat. saya tak suka benda yang kelam kabut sebab saya ini orang yang cool. hakhak :P

entry kali ini hanya lah sekadar menghilangkan rindu saya pada blog ini dan juga rindu kamu pada saya *sila buat muka 10 sen semua*. tehee :D

saya juga nak ucapkan ratusan terima kasih kepada mereka yang sudi menambahkan bilangan follower blog ini yang baru sahaja mencecah seratus enam puluh empat :)

setinggi penghargaan dari diri ini yang tak berapa tinggi ini kepada mereka yang telah meninggalkan jejak dan tinggalkan komen mereka pada entry-entry saya dan menyapu habuk-habuk yang mula menapak di blog ini :D

kamu memang
macam saya. hakhak ;)


tambahan: minggu lepas saya berdua dengan coursemate saya si anggun tinggi lampai ke
Mid Valley
tema: grey + purple = greyple 

Tapi minggu ni saya tak ke mana pun. bosan owh sendiri di bilik. cuma esok saya join sukaneka under kerohanian kolej saya. itu sahaja. wassalam :-h

Saturday, January 15, 2011

buat guna air liur memang senang

hye semua. rindu mahu post entry namun apakan daya bila internet macam chipsmore :'(

kali ini, saya tak nak emo-emo dah macam dalam [entry ini]. emo itu kan tak best. tapi saya pun manusia biasa. ada masanya kita akan rasa rindu akan seseorang when i have no one to talk to. btw, thanks a lot for those who still care.

tapi tajuk entry kali ini tak kurang emo nya. isn't it? hehe :D 
tak. saya ok. emo saya tak lama. betul. tak tipu. nak tengok saya senyum bahagia tak??? 


haaa,,, kan saya dah cakap. lihat. saya tersenyum gembira di belakang :)
gambar ini ditangkap ketika on the way pulang selepas kelas pertama amali pengeluaran buah-buahan.

saya sendiri tak ada jawapan yang kukuh kenapa saya memilih untuk menjadi guru sains pertanian walhal masa sekolah dulu saya tak ambil pun subjek ini. di matrik dulu pun saya ambil sains fizikal. tak apa la. yang penting, saya masih di landasan yang betul, untuk menjadi seorang guru :)

mengimbas kembali sesi temuduga sebelum aku diterima masuk ke sini...

aku diuji oleh interviewer:
"kenapa awak pilih subjek sains pertanian untuk second choice awak sedangkan awak ambil sains tulen di sekolah dan matrik?"

fikir sekejap lalu menjawab:
"hurm,,, apa salah nya saya cuba sesuatu yang baru.
yang penting, saya mahu jadi seorang guru.
lagipun sains pertanian masih lagi dalam skop sains kan?" *aik, aku pulak tanya dia*

one of the interviewer tu pandang aku atas bawah atas bawah macam tak puas hati dan tanya:
"awak ni boleh ke pegang cangkul?" *sambil senyum sinis*

hurk??? soalan yang betul-betul memerlukan ketidakikhlasan aku untuk memberi jawapan yang jujur nampak nya.
lantas aku menjawab penuh dusta:
"ish,,, saya orang kampung je.
tak kan la tak pernah pegang cangkul walaupun saya tak pernah ambil subjek sains pertanian."

itu lah antara soalan-soalan yang sedikit menjerut leher. aku juga tak terlepas untuk buat demo mengajar:
"ok lah. saya nak tengok juga skill awak mengajar macam mana in english. awak boleh guna white board di belakang itu, ya."

tak beragak, aku bantai mengajar kimia sebab aku rasa itu saja satu-satu subjek yang masih bersisa kimia di kepala ini. muehehe :D

nak tahu apa respon dia?
"hurm,,, awak perasan tak awak mengajar terus pada topik yang susah.
awak rasa student boleh faham ke?"

kali ini hati aku saja yang mampu menjawab:
"owh. macam tu pulak.
kalau saya tahu, tak payah saya nak ajar benda alah ini.
baik saya ajar macam mana nak baca predict table saja kan?"

kakakaka :)) suka hati aku. yang penting, aku dah pun di semester ke-4. berkaitan dengan tajuk entry kali ini, buat guna air liur memang senang.
yup, sangat senang. aku boleh la kelentong bantai:
1) nak cuba benda baru.
2) saya orang kampung, mesti lah pernah pegang cangkul.

tapi bila buat guna tangan, ini lah yang jadi


guna cangkul buat batas, cangkul rumput, memang nampak senang. lagi senang bila guna air liur. tu tak cakap lagi pasal sakit segala urat sampai nak gelak pun kena control. hikhik ^^
itu lah. aku tak fikir pun bila ambil kos Bac Pendidikan (Sains Pertanian) harus jadi petani juga at the same time. hoho ^.^

apa pun, ini jalan yang aku pilih. bila lagi nak rasa hidup susah kan? at least, aku ada sesuatu yang boleh aku bangga dan hargai bila aku dah berjaya bergelar guru nanti. Insya-Allah :)
bak kata lecturer aku, degree itu tak penting. tapi apa yang lebih penting ada lah value di sebalik degree itu.


p/s: thank you so muchie much for those who had leave their footprints here,
be my follower and leave comment to my entry.
I'll pay a visit to your blog while the internet connection is still ok.
stay well and safe dear ;)

Tuesday, January 11, 2011

A Letter To A Friend

Assalam...

It's been ages since the last time we chat.
I have no idea where are you now.
Hopefully, you are doing fine out there somewhere.
Out of my busy life, I wrote this just to confess...


I miss our talks, I miss the way you make me laugh, sometimes you were there to make things better. You were my rock.
But what happened now? Where did you go?

I can't stop asking myself. Am I did anything wrong?
Please come online at least for once and make things clear.
If you don't need my presence as a friend anymore, frankly tell me so.
It's better for me than putting me in wondering.
Don't keep yourself in silent. Your silence is hurting me right now.

Sometimes, I wish I could turn back time
and having a pleasant chat with you again.
Through this, I want you to know how grateful I am
having a nice online chatting friend like you.
You've proved to me that not all ym friend is rubbish
but still there's sooo hard to get a shining one like you.
That's why once I got a nice one, I really appreciate it
and I don't want to lose it.

However, time keeps changing and world keeps spinning.
I can't expect the same from you.
So, if I've done any mistakes, I really sorry.
I may not your best friend but you are one of the best that I have.



If you read this, I want you to know...
I miss a friendship I had with you but I don't think it can ever be how it used to.
Your absence is felt...
A nice friend like you will never be forgotten. 

p/s: forget me. forget me never. kindly ignore this letter but not a writer.

Truly says...
zEri sAfEerA

Saturday, January 8, 2011

Contest Into The Mirror

baru sahaja pulang dari Mines semata-mata nak tangkap gambar-dalam-cermin demi mendapatkan gambar terbaik untuk contest ini *baik punya metafora*. muehehe :D
baik lah. usah diduga kenyataan di atas kerana ia dusta semata. weee ;)

actually, i've been tagged by cik ain tercomel to join this 'Contest Into The Mirror'
click the banner above to know more about this contest

dengan penuh tawaduk, maka digeledah segala gambar yang ada dalam lappy ini lalu diteliti satu persatu.

ouwh,,, mahu pilih yang mana satu ni?
mirror, mirror, mirror on the wall... which one is the most beautiful ugly picture in my lappy???
.
.
.
.
.
.
.
the most beautiful picture among my ugly pictures-in-the-mirror

lokasi: hadapan cermin meja solek dalam bilik sendiri di rumah-manis-rumah saya :) *dengan satu nafas*

saat itu, saya baru sahaja sampai di rumah setelah 6 jam berada dalam bas Adik-Beradik pulang untuk bercuti sem pada 2 bulan yang lepas. dengan penuh keghairahan untuk mencuba baju baru, rasa penat ditolak ke tepi dan bagasi dibiarkan di ruang tamu tanpa simpati. hehe :D

baju yang dicuba itu sepatutnya dipakai ketika hari raya aidil adha aka raya haji tahun yang lepas. namun, memandangkan saya tidak dapat pulang ke kampung halaman beraya bersama keluarga atas alasan ingin menelaah pelajaran demi menuntut segulung ijazah, maka ditabahkan hati yang sudah sedia tabah ini menyambut raya di bumi UPM bersama teman seperjuangan walaupun tanpa keluarga di sisi. miahahaha :))

tujuh tahun hari tujuh malam jiwa saya meronta-ronta menanti saat itu untuk membuka almari, mencuba baju baru, 'match'kan bersama shawl yang colorful, berdiri di hadapan teman akrabku *imej di cermin* lalu dipantulkan lensa untuk dijadikan profil picture fb ku. sekian. hakhak ^^

oleh sebab saya tidak mahu sendiri, maka saya berbesar hati untuk tag 3 orang rakan saya yang mungkin memiliki gambar-dalam-cermin dengan cerita menarik di sebalik cermin mereka dan mereka adalah:

kalau tak ada gambar-dalam-cermin, pergi tangkap sekarang! hahaha...

currently, i'm listening to 'Girl in the mirror'

Friday, January 7, 2011

sakinhani giveaway

saya akan menaip sepantas mungkin untuk entry kali ini. demi memenuhi permintaan cik issareni yang telah tag saya beberapa hari lepas, maka saya harus join ini giveaway. cara nya mudah saja dan tak makan banyak masa pun. cuma saya saja yang ketandusan internet di sini. hee ^^


untuk mengetahui terma dan syarat nya, sila tekan gambar di atas.
ok, i've done with mine. so now, i have to tag 3 people:
3. wani

winner will be chosen through random.org. who knows you are that lucky 3. hehe :D
thus, good luck dear ;)

selamat pagi sayang

Assalam...

boleh tak saya nak mulakan entry kali ini dengan gelak ketawa? hahahahahaha :)) ok. enough.
jam menunjukkan 7:52 pagi. kali ini saya dapat online guna wireless connection sebab saat ini semua orang masih enak dibuai mimpi. hehe :D *tak ada persaingan*
ok. ni bukan sebab kenapa saya nak gelak ketawa.

saya bangun awal seperti biasa. pukul 6 pagi. awal kah? hee ^^ tapi macam biasa juga saya akan delay dan tak akan bangun selagi jam tak menunjukkan pukul 6.30 pagi. begitu lah rutin harian saya setiap pagi di sini memandangkan hari-hari kelas saya bermula pada 8 pagi.

tapi tidak hari ini. selepas beberapa minit menunggu kawan saya dan mereka masih lagi tak muncul-muncul, saya mula rasa tak sedap hati. bila sahaja menelefon salah seorang dari mereka...
hah??? kelas hari ini start pukul 10?
huwaaa :(( ini lah akibat jadual yang disalin hanya dijadikan bahan hiasan semata. hakhak :p

sekarang saya rasa mahu sambung  gelak lagi. wakakakaka =)) *saya seorang saja boleh gelak, ok*
tapi percaya lah kawan-kawan. saya sebenarnya excited nak pergi kelas. ok. yang ini statement tipu. huhu ^.^

niat di hati nak selesaikan tag dan give away. tapi sekarang rasa seperti mahu sambung tidur pula. hee ;) 
for those yang sudi singgah sini and leave your comment, i really appreciate it. to new comers, thanks sudi follow blog saya yang entah apa-apa ini. saya akan jejak kamu pula.

Sunday, January 2, 2011

mainan perasaan

Alhamdulillah... tadi pagi saya sudah selamat sampai di upm. cuti yang lama tak terasa cukup lama. bila saat harus kembali ke sini, mula terasa berat. berat kaki melangkah, berat lagi hati nak tinggalkan rumah. tapi berat badan tak pula bertambah. *heh? tak ada kena-mengena* hahaha =))

oleh sebab dah selamat sampai di sini, boleh la diluah apa yang bersarang kat hati ini semalam. sebenarnya, saya tak pernah rasa sangat risau dan serba tak kena seperti yang saya rasa semalam sebelum bertolak. tapi tak pula diluah apa yang terbuku di hati ini sebab saya tak mahu ada yang risau.

sekarang, tahu lah aku. mungkin sebab aku nak ternampak seseorang yang pernah saya cerita dalam [entry ini] yang sudah lama aku tak jumpa. haaa,,, yup. saya ternampak dia masa nak naik bas semalam. aku pasti. aku hanya perhati dari jauh. sudah 3 tahun berlalu. tapi saya sangat ok, sekarang. dia tak perasan aku. itu lagi baik.

bila dah naik bas, masih lagi rasa tak sedap hati. tapi elok saja aku tidur sampai la kawan di sebelah kejutkan bila dah sampai kolej. ok, mainan perasaan la konon. mainan tidur lagi enak lemak berkrim disukai spesies macam aku. hekhek :D

currently, zeri boleh lagi tersenyum bahagia menaip entry ini memandangkan masih dapat online. nanti bila ramai yang dah sampai, persaingan untuk mendapatkan internet connection pun tinggi, jangan harap la kau boleh senyum macam kau dapat guna streamyx di rumah. hukhuk :'(

oleh itu, diharap dapat la anda semua memahami status saya sekarang ini. busy bukan faktor utama untuk saya tak update blog memandangkan saya lebih suka get my life busy with sleep here, hee ^^

to new comers, welcome to my wonderwall. to cleopheera followers, readers, visitors, rajin-rajin la datang ke blog ini dan tinggalkan jejak anda. jangan lupa leave your comment here ;)
kalau dapat online, i will catch you later, ok. pasti :)
zeri is so excited waiting for her 100th follower ;;)

Saturday, January 1, 2011

animation header bersama cikgu safirah

jeng. jeng. jeng. biar benar. Azri Safirah nak buat tutorial?
ala,,, jangan lah cakap macam tu. segan ni. teramat sangat.

kalau bukan sebab Sab, Issareni dan Nuruashia yang request, saya tak buat kot. sebab saya edit itu pun paling simple yang mungkin. hee ^^

actually, diorang suruh saya ajar macam mana nak buat animation header macam header baru saya kat atas tu. saya cuba ok.

hurm,,, saya rasa tak perlu kot saya terangkan dari mula macam mana nak edit gambar. header diorang pun cantik dan transparent lagi kan. mesti guna adobe photoshop punya.
saya pun memang guna adobe photoshop untuk edit gambar. tapi kalau nak guna software lain pun boleh.
1) plan.
ini wajib. so, kita akan tahu yang mana akan bergerak dan yang mana akan statik. contoh: header saya.
Photobucket
rajah 1 

yang bergerak: gambar saya. perkataan 'my wonderwall'. perkataan 'i'm a girl wishing for my happy ending'.
yang statik: pagar depan. pagar belakang. pokok. bunga.

macam pening je apa yang aku bagitahu ni. hurm,,, macam ni.

rajah 2

nampak tak perbezaan antara gambar kat atas dengan yang bawah? *macam mencari perbezaan gambar la pulak, hee*
so, apa yang membezakan gambar yang kat atas dengan yang bawah???
haaa... perbezaan tu la yang akan menggerakkan gambar tu.

masih tak faham lagi? ok memang tak faham pun sebab saya baru cakap pasal plan. hehe :D
2) edit gambar yang kamu mahu. tak kisah nak edit guna software apa. 
3) bila kamu dah siap edit dua gambar yang lebih kurang sama tapi berbeza seperti rajah 2 di atas, maka kamu boleh la mula buat animation.
yang ni sangat senang. kamu cuma perlu ada software photoscape. kalau tak ada, sila download [di sini]
4) bila dah ada, terus klik editor.
5) kemudian, sila pilih Anigif.
6) seterusnya, drag mana-mana gambar yang telah kamu edit tadi.
lagi banyak gambar yang kamu drag, lagi banyak la pergerakan. untuk header saya, saya cuma guna 2 gambar. jadi, 2 pergerakan saja lah.

tapi sekiranya kamu menggunakan banyak gambar dengan opacity yang berbeza, pergerakan akan kelihatan lebih real. boleh la try. contohnya gambar di bawah ini:
Photobucket
pastikan semua size gambar yang di'drag' adalah sama.
7) kamu boleh la change time and change effect.
nak cepatkan pergerakan atau sebaliknya.
untuk effect header saya ni, saya pilih no transit effect. kamu boleh la pilih mana-mana effect yang kamu suka.
8) bila sudah puas hati, boleh la save :)
kalau masih tak faham atau rasa agak keliru, boleh la tanya saya atau try tengok [di sini]. saya dapat idea nak buat header macam ni melalui si pinky intan nurul fateha la.

good luck yup. kamu boleh :D


p/s: sorry kalau tutorial ni simple sangat. kejar masa
sebab risau lepas ni susah nak update blog
bila dah start new sem :(

budak vakum bertanda lahir

welcome twenty eleven :)

masuk tahun baru, semua orang pun nak cakap pasal azam baru. saya juga nak cakap pasal azam  baru. eh tak. hari-hari saya bangun dengan azam baru. jadi tak perlu lah saya nyatakan di sini apa azam tahun baru saya. muehehe :D

antara azam saya yang belum terlaksana: memiliki lelaki yang bernama azam. wakakakaka :)) ok. yang ni saya tipu :p

kalau orang lain sibuk cakap pasal azam tahun baru, saya pula nak cakap pasal 3 Idiots. movie hindustan yang baru saja saya tengok tadi dengan mak dan ayah saya di channel astro fiesta.
movie ni sangat bagus dan best. suka lah jalan cerita dia. dah lama tak layan hindustan. gelak-gelak. goyang-goyang kaki. senyum sorang-sorang. nangis dalam hati :'(

ok. pointnya sebenarnya di sini. part di mana anak perempuan pengarah ICE nak bersalin. oleh sebab dia sudah kehilangan tenaga, maka anak dalam kandungan terpaksa dilahirkan dengan bantuan vakum.

mak saya terus buka cerita...
katanya, saya dulu pun dilahirkan dengan bantuan vakum. tapi bukan seperti dalam movie ni la. hahaha :))

hah? eyh? kenapa tak pernah tahu pun?

iye... saya kan kembar. lepas saja abang saya keluar, mak saya dah tak ada tenaga nak push. oleh sebab nyawa saya sangat berharga ketika itu, maka alat bantuan diperlukan. dengan bantuan vakum, lahirlah saya melihat dunia pada 22 Ogos 1989, 10:15 pagi, 30 minit selepas abang saya dilahirkan.

saat nurse menyambut kelahiran saya, nurse tu terus cakap...
"waaah... dapat kembar sepasang."
"owh. yang perempuan ada tanda lahir kat kaki. mesti kahwin dengan orang jauh nanti."

oit nurse. sesungguhnya kata-kata itu adalah doa. namun, sejauh manakah kebenaran kata-kata nurse itu? dan sejauh manakah bakal suami aku tu nanti?*wat muke gatal versi jgn pndg blkg* miahahaha =))
wondering. patut lah sampai sekarang tak ada sorang pun yang sangkut. jauh sangat kot 'si dear' aku tu. di kayangan mungkin. hee ^^

apa pun sejarahnya, saya dan abang selamat dilahirkan.
 terima kasih mak

mak dan ayah bersyukur sangat sebab dapat kembar sepasang. sebelum ni, bila mak dan ayah tahu anak dalam kandungan kembar, mak dan ayah terus pasang angan-angan.

mak saya nak kembar lelaki sebab anak lelaki boleh tolong buat kerja-kerja berat.
ayah pula nak kembar perempuan sebab anak perempuan boleh tolong masak kat rumah. *nak gelak sebentar*
tup. tup. dapat kembar sepasang. Allahu Akbar...

ok. bila cakap pasal masak, saya malu nak cakap. kesian ayah saya. sampai sekarang pun anak perempuan dia ni tak pandai-pandai masak. hoho ^.^
ni la antara azam saya yang tak pernah nya nak terlaksana sampai sekarang. hee 8)

again. tak nak cakap pasal azam *nak selamatkan diri*. hakhak :p
hurm,,, sebab tu lah saya pilih tajuk entry kali ini 'budak vakum bertanda lahir'. saya la budak itu ;)

sepatutnya saya letak fakta menarik ni dalam [entry ini] kan? tapi AWAS! jangan ada sesiapa yang panggil saya budak vakum. tak pun budak bertanda ke lepas ni. siap kamu. huhu >.<