Pages

come with me ;;)

Friday, November 13, 2009

His Day

Salam... Mungkin entry kali ni agak serius bunyinya tak macam entry-entry sebelum ni. 2,3 kali juga saya fikir sebelum post entry ni. Bukan nak ungkit kisah lama, cuma keadaan yang membawa saya terimbau kembali memori lalu. Memori yang pernah buat hari-hari saya... *out of words* Erm,,, entah!!! Susah nak cakap.


Begini al-kisahnya... Tadi tengah syok tengok gambar kawan-kawan kat fs sampai tak sedar meleret kat gambar orang lain, *saya memang suka tngok gambar yup* Tiba-tiba mata saya stuck pada 1 gambar kek birthday. Tarikh yang tertulis di atas kek tu, 11 hb 11. Secara tak sengaja, ingatan pada seseorang datang tanpa diundang. DubDab,,,DubDab *jantung melompat-lompat* Seseorang yang sudah lama tidak bertandang dalam kepala ini. Kemudian, saya cepat-cepat gerakkan cursor ke penjuru skrin laptop. Tarikh menunjukkan 13 Nov. Herk??? Satu rasa tercalit di hati ini. Masam??? Manis??? Masin???


13 Nov, tarikh yang pernah suatu ketika dulu saya nanti-nanti so that i will be the 1st person to wish him Happy Birthday since this day is belong to him. Huh,,, *ada keluhan di situ*. Tak pernah saya sangka... Hari ini, pada tarikh yang sama, tanpa saya sedar... Saya sudah hampir-hampir lupa tarikh seseorang yang pernah menjadi antara orang yang penting dalam hidup saya dulu, sahabat rapat.


Adakah itu 1 petanda yang saya sudah mulai belajar untuk lupakan dia? Huh,,, saya sangat tidak pasti sama ada ini adalah petanda yang baik atau buruk pada saya. Petanda baik: hari-hari saya kini mungkin sudah tidak lagi dijenguk dengan rasa rindu pada sesuatu yang saya sendiri tak pasti apa kesudahannya kerana rasa rindu itu lah telah buat saya lemas dan terus lemah. *Haisy,,, mengeluh lagi di sini*
Petanda buruk: oleh sebab suatu ketika dulu saya pernah berharap agar rasa ini tak pernah terhakis walau sedikit. Namun tanpa saya duga, rasa ini telah dipadamkan sedikit demi sedikit oleh hari-hari ceria yang saya lalui bersama mereka --> family and friends.



Everything happens for a reason, right? Hurm,,, kata-kata ringkas yang terus buatkan kita mampu berdiri dan membuka langkah untuk lalui hari-hari mendatang. Dengan itu, kita  harus lah sentiasa berdoa kepadaNya dan kini DIA telah makbulkan doa saya. Di sini, suka untuk saya kongsi 1 kata-kata yang saya ambil dari majalah Ujang...
Do not pray for easy lives,,,
Pray to stronger
Do not pray for task equal to your power,,,
Pray for power equal to your task...
Yeah,,, kita kena percaya itu yup kerana DIA yang lebih berkuasa menentukan segalanya. Allah is the best of planners =)


Apa pun, yang berlalu tetap berlalu... Belajar dari kesilapan lalu, ok. ^_~
Namun saya sangat bersyukur kerana DIA telah meminjamkan waktu kepada saya dan dia untuk berkongsi suka duka, gelak tawa bersama walau untuk seketika cuma. DIA mengajar saya untuk mengenali siapa sebenarnya dia.

 
Saya akui hati ini pernah disinggah dengan rasa geram dan benci, tapi saya tahu saya perlu tepis rasa itu jauh-jauh kerana saya perlu ingat walau sebenci mana pun perasaan ini terhadap dia, dia pernah menjadi salah seorang teman yang menceriakan hari-hari saya dulu.
Saat-saat yang pernah saya lalui tak akan saya lupa kerana itu lah pengalaman saya sebagai remaja dan sebagai bukti saya pernah lalui zaman tidak matang. Hekhek :D 
He is one of the bestfriend that i have and he is one of the best chapter of my story ^_^


Oppss,,, sebelum terlupa. Alang-alang dah termengumpat pasal dia di sini, jadi saya nak ambil kesempatan untuk wish kat saudara ni HAPPY BURFDAY!!! walaupun dia tak tahu kot kewujudan blog saya ni. huhuhu~ *tiba-tiba tanduk keluar*
Ok la... semoga panjang umur, murah rezeki. Hopefully, whatever you hold in your mind will tend to occur in your life :)

6 003 people care:

fatalist said...

ohhh...jiwangnyer...x nk bagi tau aku ke sape org nyer

zEri sAfEerA said...

hahaha~ x banyok, posen je. ngeh3~ 6ti aku royak ke mg luo deh. :)

My NotHinGviLLe said...

royak ke dyana gk~~ ngeh3

zEri sAfEerA said...

heheh~ 2 r, x penah cite pon sbelom ni. 6ti la ye :)

khatijah said...

Buat adikku yg trsayang, Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita?Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita" "Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki ,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..Mengapa masih ragu-ragu?" "Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari" Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan... "Sebesar-besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya" -Imam Ghazali-

zEri sAfEerA said...

waaahhh,,,br prasan akak bagi komen ni. hurm,,,masheh bnyak2 kak. InsyaAllah org akan ingat psanan akak ni. thanx3 :)