...بسم الله الرحمان الرحيم
Assalamualaikum dan hai.
bila dah baca tajuk entri ni ulang-ulang kali, tiba-tiba rasa macam dah pernah guna sebelum ni. tapi biaq pi la.
haaa,,, memang tengah berdebar la ni. berdebar pasal dah nak masuk sem baru. haih,,, macam ni la. dari sem 1 dulu sampai sekarang pun masih tak berubah. sebenarnya berat hati nak tinggal rumah kot. tu yang jadi berdebar semacam. tambahan pulak sem kali ni tak macam sem-sem sebelum ni sebab dah kena praktikal kat sekolah. double trouble berdebar (_ _")
walaupun sem kali ni tak berapa nak panjang sebab dia tak makan Appeton Teengrow dulu. eh apa aku mengarut ni? cakap kat diri sendiri ke? hehe :D
oh tak. walaupun sem kali ni pendek berbanding sem-sem sebelum ni, which is 3 bulan je tapi saya percaya hidup saya lepas ni pasti makin tough. sebab saya percaya hidup ni tak mungkin akan menjadi makin mudah dalam proses menjadi seorang insan. maka, 3 bulan yang pendek ni mungkin saja boleh bertukar jadi 3 bulan yang panjang. argh,,, rindu nak belajar lagi :'(
oh tak. walaupun sem kali ni pendek berbanding sem-sem sebelum ni, which is 3 bulan je tapi saya percaya hidup saya lepas ni pasti makin tough. sebab saya percaya hidup ni tak mungkin akan menjadi makin mudah dalam proses menjadi seorang insan. maka, 3 bulan yang pendek ni mungkin saja boleh bertukar jadi 3 bulan yang panjang. argh,,, rindu nak belajar lagi :'(
kalau sem lepas saya dah berendam air mata angkara fyp, sem kali ni tak tahu la. berendam air laut pulak kot. oh ya,,, cakap pasal air laut. ni lagi satu hal. baru beberapa minit dapat panggilan dari coursemate yang dah balik sana dan bagitahu saya yang saya ditukarkan tempat praktikal. serius terkejut.
nampak tak permainan dunia sekarang ni? awal-awal dah teruji. nak tunggu 3 bulan, berketul-ketul la badan saya lepas ni. hakhak ^^
tapi Insya-Allah setiap ujian yang Dia beri sesuai dengan kemampuan diri kita. Azri Safirah mampu, sebab tu Dia bagi ujian ni. sekarang ni tak nak overthinking sampai keluar jerawat manis, hehe :D. kena tunggu balik sana malam ni. semoga dipermudahkan segalanya. pasti ada hikmah. doakan.
ingat ayatNya: wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. [2:153]
p/s: jom sama-sama kita bersabar dan solat.
bersabar dengan ujian,
bersabar dengan ujian,
bersabar menunggu hari esok,
bersabar menanti pertolongan Allah :)