Pages

come with me ;;)

Wednesday, February 20, 2013

debaran kian terasa

...بسم الله الرحمان الرحيم
Assalamualaikum dan hai.
bila dah baca tajuk entri ni ulang-ulang kali, tiba-tiba rasa macam dah pernah guna sebelum ni. tapi biaq pi la.

haaa,,, memang tengah berdebar la ni. berdebar pasal dah nak masuk sem baru. haih,,, macam ni la. dari sem 1 dulu sampai sekarang pun masih tak berubah. sebenarnya berat hati nak tinggal rumah kot. tu yang jadi berdebar semacam. tambahan pulak sem kali ni tak macam sem-sem sebelum ni sebab dah kena praktikal kat sekolah. double trouble berdebar (_ _")

walaupun sem kali ni tak berapa nak panjang sebab dia tak makan Appeton Teengrow dulu. eh apa aku mengarut ni? cakap kat diri sendiri ke? hehe :D
oh tak. walaupun sem kali ni pendek berbanding sem-sem sebelum ni, which is 3 bulan je tapi saya percaya hidup saya lepas ni pasti makin tough. sebab saya percaya hidup ni tak mungkin akan menjadi makin mudah dalam proses menjadi seorang insan. maka, 3 bulan yang pendek ni mungkin saja boleh bertukar jadi 3 bulan yang panjang. argh,,, rindu nak belajar lagi :'(

kalau sem lepas saya dah berendam air mata angkara fyp, sem kali ni tak tahu la. berendam air laut pulak kot. oh ya,,, cakap pasal air laut. ni lagi satu hal. baru beberapa minit dapat panggilan dari coursemate yang dah balik sana dan bagitahu saya yang saya ditukarkan tempat praktikal. serius terkejut.
  
last minute kot. lagi 5 hari je lagi dah nak praktikal. rumah sewa pun saya dah settle awal-awal hari tu sebelum cuti sem. sekarang nak kena tukar? kalau area klang jugak tak apa la. masalahnya kali ni kat port dickson pulak. mana nak cekau rumah sewa weh?
 

nampak tak permainan dunia sekarang ni? awal-awal dah teruji. nak tunggu 3 bulan, berketul-ketul la badan saya lepas ni. hakhak ^^
tapi Insya-Allah setiap ujian yang Dia beri sesuai dengan kemampuan diri kita. Azri Safirah mampu, sebab tu Dia bagi ujian ni. sekarang ni tak nak overthinking sampai keluar jerawat manis, hehe :D. kena tunggu balik sana malam ni. semoga dipermudahkan segalanya. pasti ada hikmah. doakan.

ingat ayatNya: wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. [2:153]





p/s: jom sama-sama kita bersabar dan solat.
bersabar dengan ujian,
bersabar menunggu hari esok,
bersabar menanti pertolongan Allah :)

16 003 people care:

nae nematoda said...

dh nak praktikal ke ? lepas tu , kira dh abis zaman belajar la ye ? woo , best la , x payah nak berendam air mata lgi :D
btw , good luck sis n smoga ALLAH permudahkan segala urusan :)

zEri sAfEerA said...

@NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI: huuu,,, x sanggup nk ckp dah abis zmn blaja. x abis lagi dah rindu nk blaja lagi. cammane ni?

time kasih.

Fareha Noor said...

good luck baby!

asHa Zain said...

praktikal ckgu eh?
sma2 last sem eh?

zEri sAfEerA said...

@fareha: thanks darling ku ;)

zEri sAfEerA said...

@asHa Zain: yup. betol. kite sm2 final sem :)

nurdiyana said...

ini memang surprise~ PD... best jugak tu... nati kalau berkesempatan boleh lawat azri sambil2 kita mandi laut kan kan~ positive always darl~ semoga segalanya dipermudahkan Allah ^^,

zEri sAfEerA said...

@디야나: hahaha meh la meh la. tiap2 minggu dtg mlawat pon boley, hee ^^

InsyaAllah,,, jadual kelas sume dah dpt. tggu sorang uncle ni call esok inform pasal rmh sewa.

Hans Hanis said...

selamat berjuang
semoga berjaya

Anonymous said...

Ні there, alωays i uѕed to check webpage posts here in thе eаrly hours in the ԁaylіght, sinсе i lоve to gain knowledge of mоrе and moгe.



Havе a lοoκ at my site: payday loans

Lyaa Suriany said...

boleh mandi pantai sampai lebammm la ni

bertabah
nnti kalau ingat blk mesti senyum

Lyaa Suriany said...

mmg btl btl teruji
tp bila dah lama lama nanti
teringat blk.
mesti snyum
sbb pengalaman ajr kite lg tabah kan

E'in said...

good luck dear.. rajin2 taw... :)

zEri sAfEerA said...

@Hans: time kasih hans :)

zEri sAfEerA said...

@Lyaa Suriany: hehe :D betol 2. skrg ni harung jela ape pon yg Dia dah sdia d dpan kite. insyaAllah ni yg terbaek.

zEri sAfEerA said...

@E'in: InsyaAllah dear e'in ;)