Pages

come with me ;;)

Saturday, February 2, 2013

mari. mari. mari.

...بسم الله الرحمان الرحيم

maghi. maghi. maghi kita menulis ya, cik azri safirah. opppsss,,, pembetulan. menaip sebenarnya, ya tuan-tuan dan puan-puan. menulis bunyinya seperti menulis surat-surat cinta. ohhh :-B
dan menaip pula bunyinya seperti menaip surat-surat rasmi. dan orang seperti saya lebih sweet jika menaip surat-surat rasmi. booo hahaha :))

2 hari lepas tetiba dapat panggilan daripada seorang sahabat, fareha. ini bermakna hp saya masih dalam keadaan baik dan oleh sebab itu masih mampu berdering di pagi-pagi hari, Alhamdulillah. dan ini juga bermakna tuan punya hp jugak masih diizinkan bernafas dan oleh sebab itu masih mampu menjawab panggilan, Alhamdulillah lagi :)

tetiba saja kan ajak teman dia cari props untuk sesi fotografi di Putrajaya for the next 2 days. nasib baik teacher fareha ni cun. ahaks ;;)
noookkk *sila baca dengan penuh excited*

given 30 minutes untuk bersiap. sempat sangat. perempuan ni sebenarnya sekejap je ambil masa nak bersiap. yang jadi lama tu sebab duk fikir nak pakai baju yang mana satu. ye la, walaupun baju tu dah macam nak pecah 1 almari, tapi tetap jugak rasa macam asyik pakai baju sama je kan. oh perempuan (_ _"). ke saya je yang ada masalah ni? haha *gelak sama saya*

ok. leave it anyway. maghi maghi pergi ambil headmistress to be, cikgu suraya pulak, hehe :D
dan antara part yang paling best keluar dengan fareha dan suraya ni adalah sebab kebersamaan dalam satu bidang, iaitu pendidikan.

maka tanpa sedar duk asyik sangat bersembang sampai lah meleret pada perkara-perkara berkisar sekolah, anak-anak murid, status keluarga, masalah-masalah sosial, hinggalah jadi makin serius bila berpindah pulak ke perkembangan pendidikan dalam negara. and we finally end up like:
"fuyooo topik kita sembang...
cikgu sangaaat. hahaha :))"

banyak yang dapat saya cedok daripada 2 orang kawan saya ni sebenarnya sebab keduanya dah pun berkahwin merasai pengalaman praktikal di sekolah. dan saya pulak bakal lalui semua ni sem depan. semoga dipermudahkan.

situasinya mungkin berbeza sebab kedua-dua kawan saya ni mengajar di sekolah rendah dan saya pulak akan mengajar pelajar-pelajar sekolah menengah. kat sini dah pun boleh nampak perbezaan dari segi pendekatan psikologi, sebagai contoh. tapi tak bermakna mengajar pelajar sekolah rendah ni adalah lebih mudah berbanding mengajar pelajar sekolah menengah. setiap tahap perkembangan pelajar punya cabaran yang berbeza yang kita kena hadapi.

maka harus tough.  wachaaa~~~

alamak!!!
tak kan saya nak sambung sembang pasal pendidikan kat sini pulak?
ya ampun... 

dengan ini, saya tahu saya kena siapkan mental dan fizikal supaya tak mudah melatah. dan sebab itu insan-insan yang sangat memandang pengalaman mengajar ni sebagai sesuatu yang positif walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai tekanan amat sesuai dijadikan sumber inspirasi.
kerana ya. saya sedar tanggungjawab mengajar mendidik bukan sesuatu yang mudah.

ok sudah cukup sudah. nak pergi siapkan mental dan fizikal. sekarang! muehehe ^^V

p/s: tenkius so muchie much teachers crew untuk masa-masa berharga anda,
tolong saya cari kain itu tapi balik dengan tangan kosong juga. kekeke :D
masheh. masheh :)

16 003 people care:

nae nematoda said...

kalau perempuan ni nak fikir pakai baju apa pun , mengalah org yg smbelit dlam tandas uh... giler lama uh... hahaha , btw sy kalau malas sngt nk fikir , just ambik jubah and pakai tudung indon uh... senang n cpat :P

zEri sAfEerA said...

@NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI: hahahah analogi :)) kan. adeh,,, mslhnye x byk tdung indon. kalo x, dah lama dahhh...

kurus said...

keluar ramai2 ngan geng nie best !
teringat zaman belajar dulu2 huhuh

zEri sAfEerA said...

@ieda immi: hehe betol 2 kak ieda. 1 ari bjalan pon x abes lagi bcerita :)

Fareha Noor said...

kerana kita serius dengan kerjaya kita. buat kerana Allah. tu y aku selalu ingatkan diri aku...

good luck babeh

zEri sAfEerA said...

@fareha: eh teacher fareha, balik doh?

u 2 ;)

Anonymous said...

amboi dah berbincang dah. hehe. gudluck cikgu :)

zEri sAfEerA said...

@iyka zulaika: x sngaja, berbincang. huhu,,, tengs :)

Unknown said...

cikgu skola menengah mne? ajar subjek apa ek? sj je nk thu... apa2 gudluck! :)

zEri sAfEerA said...

@Nick Irfan: hurm,,, belom cikgu lagi. br cikgu pelatih. hehe :D
insyaAllah di klang. n mngajar subjek SP n KH.

tenks :)

E'in said...

kwn awak tu model ea?

Lyaa Suriany said...

dah nama nya pmpuan mmg complicatedd sikitt.
hehe

neway
part yg best dlm hdp bila stress , bila boleh kuar ngn kwn baik, then boleh mengadu, boleh sharing thought.
tiba tiba rindu kwn baik

Yasmin Aris said...

HAHA. kelakar kamu ni. ;)

zEri sAfEerA said...

@E'in: eh x la

zEri sAfEerA said...

@Lyaa Suriany: hehe kan.

betoi3.

zEri sAfEerA said...

@Yasmin Aris: eh mane ade. sy srius sbenarnye. hakhak