...بسم الله الرحمان الرحيم
Alhamdulillah,,, tenangnya la hai rasa bila dapat menghidu udara rumah saya, berada dekat dengan wajah-wajah kesayangan hamba. Subhanallah,,, hilang segala gundah gulana :)
seperti apa yang saya dah mention through my previous entry, saya sekarang berpraktikal di sekolah. memandangkan sekarang tengah cuti sekolah, maka saya pun terkena tempias sekali lah bersama-sama dengan budak pelajar sekolah menikmati cuti sekolah yang seminggu ini, hehe :D
hurm,,, banyak sebenarnya benda yang boleh dicerita sepanjang lebih kurang sebulan kat sekolah. dalam masa seminggu pun dah bergunung cerita yang dikumpul. tapi sayang. kerana kekangan masa, tak tercatat pun semua tu. ada la sikit kat tumblr saya.
dan seperti yang saya jangka dalam entry saya sebelum ni, ternyata hidup sebagai seorang guru ni memang TOUGH walaupun baru sahaja bergelar sebagai guru praktikal. apatah lagi bila hari-hari kena mengadap hero-hero pujaan malaya. hahahaha yup, semua pelajar saya adalah LELAKI yang tough2. macam mana hidup saya boleh jadi tak tough, betul tak? hehe :D
1st day masuk sekolah, guru pembimbing saya Puan Lee dah pesan awal-awal kat saya, "Azri, you jangan tunjuk sikap lemah-lembut you depan pelajar. Diorang ni tak boleh, nanti dia pijak-pijak kepala you. You kena tegas." Glurp,,, telan air liur jugak la bila Puan Lee cakap macam tu. lemah-lembut ke? dan sepanjang hari perkataan tu bermain-main dalam kepala sampai ke esok harinya.
esoknya, saya cuba jadi apa yang dah Puan Lee pesan sebelum ni. muka memang ketat habis la. tak ada maknanya nak senyum-senyum. dan berkat join program Mukhayyam Jundi Super Saia, boleh la jugak aplikasi teknik guna suara perut so that saya mampu keluarkan suara yang lantang tanpa mengalami sakit tekak. at the end of the class, Puan Lee cakap dia tak sangka yang saya adalah individu yang berbeza daripada individu yang dia jumpa semalam bila dah mengajar.
haaa,,, dan sepanjang minggu saya cuba maintain that way tapi memang tak mudah untuk menjadi seorang yang tegas sebenarnya apatah lagi bila diri ini yang asalnya bukan jenis yang macam tu pun. hasilnya, bila je cuba bertegas dengan pelajar, dan lihat reaksi wajah hero-hero ni terus rasa nak tergelak.
tapi takkan nak gelak depan diorang pulak kan?
tadi kau bukan main kaw2 tunjuk muka serius dan tegur dengan tegasnya, lepas tu sekarang kau nak gelak? memang FAIL la. maka dengan itu, saya cepat-cepat cover dengan pandang whiteboard lepas tu sengih sorang-sorang. hikhik ^^
pendek kata, minggu pertama kat sana quite haru-biru la jugak. yela, masalah nak dapatkan rumah sewa lagi sampaikan terpaksa menumpang rumah cikgu kat situ. nak rancang segala RPHnya, siapkan ABMnya lagi sampaikan duk dalam washroom pun sempat lagi imagine few activities dalam kelas just to make sure that i could run the effective and fun P&P to my students.
tu tak termasuk lagi dengan nak sesuaikan dengan tugasan-tugasan sampingan kat sekolahnya lagi sampaikan kadang-kadang dari pagi sampai petang tak makan apa-apa pun. sebenarnya sampai ke minggu ke-4 pun masih jugak macam tu. kalau sempat makan tengah hari tu dah kira miracle sangat. huuu :(
ini la yang dinamakan kehidupan. hari ni saya balik dengan kecewa, tapi esok saya datang kembali membawa 1001 harapan. dan saya tak putus-putus berdoa agar dijauhkan dari sikap lemah dan putus asa.
...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir. [Surah Yusuf:12]nauzubillah. serius,,, takut :'(. sebab tu pentingnya support system. yang penting, hubungan dengan Dia sentiasa kena jaga. bila mana ada yang tak kena pada students, recheck yourself cikgu! jangan letakkan kesalahan pada pelajar sebaliknya letak pada diri sendiri. insya-Allah kita mampu improve sisi lemah dalam diri kita.
lihat. betapa pentingya tarbiyah (pendidikan) kepada seorang guru. sebelum nak didik pelajar, guru terlebih dahulu kena didik diri sendiri. yup, it ain't that easy. tapi ambil ni tampal kat dahi, Azri Safirah.
Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenarnya. Dia telah MEMILIH kamu, dan Dia tak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama... [Al-Hajj, 22:78]
indah menjadi seorang guru bila mana bertambahnya makhluk Allah untuk saya doakan :)
8 003 people care:
alahai...sweetnya cikgu, garang tapi senyum2..hehe
ehemmm...untong tu semua student lelaki , boleh x nak ngorat ? :P
@NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI: hahaha senyum sorok2.
haaa,,, untongla sangat *mata ke atas*
boleh2. ade 70 org sumenye. hakhak ^^
gud luck cikgu..!!hehe
selamat mengajar dan menyemai benih untuk ke sana. eh, nanti share tip nak ajr guna suara y besar. lec aku kata suara aku lembut. percaya x?
@asHa Zain: InsyaAllah,,, gud luck juge d upm 2. hee :D
@fareha: InsyaAllah, sweet giler pesanan :)
pergh,,, fareha suara lembut? nmpk gy pasni kna masuk klas vokal la. hehe :D
ekkeke ...
garang juga adik nie
@ieda immi: pura2 garang, kak ida. nanti last day praktikal boleh la tnjuk diri sbenar yg hakikatnye... *tepuk dahi*
Post a Comment