Pages

cOmE wif mE

Thursday, January 26, 2012

i'm back...

Assalamualaikum, salam ketemu kembali :)

hajat di hati nak letak tanda seru kat belakang i'm back *refer to the title* tapi rasa macam ada ke orang kesah? maka cara terbaik letak jela dot dot dot nampak macam syahdu sikit kan *dengan harapan ada orang ambil kesah*.  hakhak ^^

memang lama betul la saya tak update blog saya ni kan. last entry pasal raya puasa dan lepas tu terus diam hingga merentas beberapa buah desa raya... raya haji, deepavali, christmas, raya cina dan sekarang baru nak mula taip entry lagi.

harus bagaimana mahu mula lagi? jari ni dah tak biasa taip entry sebab sepanjang sem ni sibuk taip a mountain of assignments kan. sampaikan tidur pun beralaskan a bed of roses assignments. ok, siapa yang rasa nak muntah, muntah je. alang-alang nak bersihkan segala macam sawang lepas ni, hehe :D

tipu la kalau saya cakap saya tak rindu lagi-lagi bila kawan-kawan cakap pasal blog dan tanya "azri, bila nak update blog?". alahai, hati mana yang tak terkinja-kinja bila diaju soalan macam tu tapi al-maklum la saya ni kalau dah menghadap cik blog ni, memang tak sejam dua la tapi berjam-jam risau pulak kalau-kalau bertambah haru-biru hidup. itu pun assignments masih lagi hantar last minute. in conclusion, saya memang fail bab arrange masa, huahuahua :))

ok, cukup dulu cakap pasal assignments. nanti saya cerita lagi di lain entry. sekarang ni misi utama nak re-arrange blog ni. aceycey,,, nak tukar header je pun sebab rasa dah bosan tengok header lama dengan harapan bertambah rajin la update blog lepas ni *still in progress*.

last. mesti la nak jejak mereka yang singgah sini. tapi... tapi... tapi tak semua la saya boleh jejak memandangkan free shoutmix is no longer available. maka, sesiapa yang tinggalkan link kat situ semua dah hilang. mampu jejak sesiapa yang follow and leave their comments in my entries je la. and for now saya dah pun replace with the new cbox, so boleh la leave your blog link there. Insya-Allah i will try my best to pay a visit to your blog, ok?

till then, let's keep in touch again in blogging world ;)

Thursday, September 8, 2011

saya nekad!

yup. saya nekad untuk post entry raya walaupun dah lebih seminggu kita beraya, muehehe :D *booo sama saya*
sebenarnya 2,3 hari sebelum raya lagi saya dah bercadang nak buat entry raya. tapi oleh sebab banyak sangat komitmen yang datang beratur menunggu giliran, jadi kalau sebelum ni sehari sebelum raya saya dah post entry raya, maka tahun ni boleh la kiranya saya tukar sikit tradisi yup, kekekeke :D

wow. banyak sangat komitmen bunyi macam apa je. hahahahaha sebenarnya tak banyak pun pada orang lain, tapi banyak la bagi orang macam saya yang reti goyang kaki je sebelum ni.
nanti la kalau diberi kesempatan masa, saya akan cerita pengalaman yang mencuit hati sepanjang saya di dapur, di lain entry yup. dan kamu tahu tak??? hajat saya untuk seret mak saya untuk tolong saya realisasikan impian saya buat biskut raya di [entry ini] tercapai jugak. hoyay \(^^)/

3 hari nak raya, saya mula buat biskut raya dengan penuh bersemangat-malaysia-boleh bila diberi kepercayaan sepenuhnya oleh mak saya. suka ^^. untuk itu, saya sanggup berkorban waktu tidur sunat tengah hari semata-mata tak nak kacau waktu malam-malam terakhir Ramadhan. *nampak tak semangat-malaysia-boleh saya itu?*. 6 jenis biskut raya, dalam masa 2 hari. boleh tahan la kan bagi orang macam saya yang hanya masuk dapur setelah lebih 2 dekad melihat dunia. hekhek ^^

1 hari sebelum raya pulak saya guna untuk jahit manik-manik cinta kat baju raya saya, hee *ok, ayat mengada*. oleh sebab makcik saya dah turunkan ilmu itu, jadi nahas la semua baju saya kerjakan. muahahaha rasakan =)).
tunggu la saya buat entry khas untuk share gambar-gambar biskut raya dan jahitan manik tu yup :)
sebenarnya malam raya hari tu saya dah pun taip separuh entry raya tapi entahlah kenapa malam tu hati saya diselebungi rasa sayu, jadi niat untuk teruskan menaip mati terus di situ dan saya ke dapur tolong mak bakar kek coklat dan sambung taip entry dan reply mesej kawan-kawan.

sekarang kamu tentu faham kenapa saya tak mampu nak buat entry raya lebih awal kan? 
untuk itu, sementara masih di bulan Syawal ini, saya mengambil kesempatan untuk menyusun jari 10 memohon ampun andai ada kata-kata saya di sini yang begitu bisa untuk dibaca atau ada kelakuan yang tidak enak sepanjang berbalas-balas comment terutamanya kepada bloggers nabilah, hans, far8, zoey zau yah, qaseh dalia, kak ieda, anamizu, amna, wani, shedameor, e'in yang selalu datang sini dan komen entry. mohon ampun atas kelemahan diri ini :)

 

entry raya 2009 part 1 [di sini]
entry raya 2009 part 2 [di sini]
entry raya 2009 part 3 [di sini]
entry raya 2009 part 4 [di sini]
entry raya 2009 part 5 [di sini]
 
entry raya 2010 part 1 [di sini]
entry raya 2010 part 2 [di sini]

Sunday, August 21, 2011

tolong saya, boleh?

Alamak! dia dah buat dah. dah buat dah. buat apa? malas update la, ngee ^^

oh sebelum tu. Assalamualaikum wbt. hari ini dah masuk hari ke-21 kita berpuasa. Alhamdulillah masih belum diberi cuti, hehe :D. tapi tak tahu la kalau-kalau sempena birthday saya esok, tiba-tiba dapat cuti kan? hakhak saya memang suka mengwar-warkan kat orang ramai bila birthday saya. jadi siapa yang baca entry ini, sila wish ok. eh ada pulak paksa-paksa orang kan *mesti ada yang menyesal baca entry ni, hehe :D*.

amacam iman hari ni? masihkah azam dan semangat kita sama seperti di awal Ramadhan hari tu atau lebih?
serius. sangat cepat masa berlalu. bukan? tup tap tup tap dah seminggu lebih saya tak update blog. tup tap tup tap kita dah pun masuk dalam 10 terakhir Ramadhan. tup tap tup tap nanti dah raya. bila dah raya, confirm la lepas ni tup tap tup tap dah kena balik UPM. huwaaa tak sukanya tup tap tup tap :((.

haisy,,, entah akan dipertemukan lagi ke tidak dengan Ramadhan tahun depan :'(.
saya tersangatlah bersyukur kerana Ramadhan kali ini, saya dapat bersama-sama dengan mak ayah di rumah. a place where my heart is :) *oh tetiba rasa nak nangis*.
banyak masa diluang bersama. bercerita pengalaman puasa dulu-dulu kala, mencari hadiah Ramadhan sama-sama, pergi terawih sama-sama, dapat merasa kembali saat ayah kejut bangun sahur *see? dah besar tak berapa nak panjang pun masih ayah kena kejut bangun sahur, fail :D*.

dan ya. ini memang menjadi kebanggaan ayah saya bila Ramadhan kali ini dah berjaya menarik anak perempuan dia yang sorang ni ke dapur untuk sama-sama dengan mak sediakan masakan untuk berbuka dan sahur. antara sebab kenapa ayah saya mahukan anak perempuan seperti yang saya cerita [di sini] *klik la*.
sekurang-kurangnya lepas ni kalau ada orang cakap pasal masak, boleh la jugak saya keluarkan awan nano kat atas kepala ni.Photobucket 
kalau tak, macam ni la reaksi saya tiap kali orang sekeliling start buka topik pasal main masak-masak Photobucket. berlagak cool. kesian.

apa yang seronoknya pasal tolong mak kat dapur... sambil tangan potong ini, potong itu, mulut ni pulak rancak cerita ini, cerita itu, telinga pun kena tajam dengar mak kongsi ini, kongsi itu sehingga mengundang air mata. mahu tak mengundang air mata bila mak start kongsi pengalaman hidup dia, saya pulak tengah kupas dan potong bawang, ngee ^^.

kalau sebelum ni saya pernah kongsi sebab apa kami dah tak buat biskut raya di [entry ini] *awak, klik la lagi*, kali ni saya nak seret jugak mak saya untuk tolong saya realisasikan impian saya buat biskut raya special untuk kawan-kawan saya yang akan datang beraya nanti. no tempah tempah. aceycey,,, kawan-kawan. sila lah rasa terharu sebab kawan kamu ni bersemangat waja nak buat biskut raya semata-mata untuk kamu, hakhak.

apa pun... masak, masak jugak. biskut raya, biskut raya jugak. tapi jangan kita lupa pulak bonus yang telah Dia janjikan untuk kita di akhir-akhir Ramadhan ini, ya :).

Jangan jadikan puasa kita macam tebu. Awalnya manis hujungnya tawar. Jadikan puasa kita macam teh tarik. Awalnya manis akhirnya lagi manis-Ustaz Mohd Syakirin.

oh. pasal tajuk entry ni. tolong saya, boleh? boleh tolong letakkan tajuk untuk entry ini? hehe :P

Thursday, August 11, 2011

saat dipertemukan

pertemuan yang telah diatur setahun lalu... 
kehadirannya menjadi pengganti kepada yang pergi membawa diri.
setelah menanti dengan penuh harapan, akhirnya dia hadir.
walaupun pada mulanya bukan dia yang kuinginkan, namun ketika pertama kali mata memandang saat dipertemukan,
hati ini sudah tertaut padanya biarpun yang diharapkan turut berada di depan mata.
saat harus memilih, hati ini tidak mampu menolak rasa yang hadir.
sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku :)

hadirnya...
memadam terus bayangan yang sebelum ini bermain di mata.
hari-hari yang dilalui terasa lebih bermakna bersamanya yang setia di sisi.
kekadang, siang yang menuntut tanggungjawab duniawi menjarakkan kami namun
tidak kubiar malamku berlalu tanpa menerima pesanan darinya walau hanya sebaris kata kerana...
padanya, terselit kata-kata yang memujuk.
dengannya, hati menjadi tenang.
bersamanya, mendekatkan aku pada Sang Pencipta.

Ramadhan ini...
kupanjatkan syukur kerana Dia menganugerahkan kesempatan waktu untuk kuluangkan lebih banyak masa bersamanya, menuntut tawaran bulan yang penuh barakah ini, InsyaAllah.

 dan ini lah dia yang saya maksudkan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


jawapan kepada [entry ini].
ianya bukan lah personal diary mahupun daily planner. tapi ia adalah tafsir Al-Quran yang sudah bersama saya setahun yang lalu.

begitu lah al-kisahnya macam mana saya ditakdirkan bersama dengan si pinky ni. lepas yang lama tu pergi menghilangkan diri, saya pasrah dan saya bertekad untuk cari pengganti iaitu si purple sebab saya dah lama simpan perasaan kat si purple. fyi, i'm not into pink, ok. tapi entah la roh apa yang masuk dalam badan saya malam tu sampaikan bila nampak si pinky ni, keinginan terus berubah dan saya akur. hurm,,,

begitu lah juga kehidupan. kita merancang. Dia juga merancang. namun, tiada perancangan yang lebih sempurna selain perancangan yang telah diatur oleh-Nya.
kini aku percaya bahawa Dia tidak akan mengambil sesuatu dari kita melainkan dengan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.


Bila Allah izinkan kita berjumpa Ramadhan, Dia ada hadiah untuk kita. jadi carilah hadiah itu-Prof Dr Muhaya.
 p/s: yukkk sama-sama kita cari 'hadiah' itu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...