Pages

come with me ;;)

Showing posts with label Set the Step to the Top. Show all posts
Showing posts with label Set the Step to the Top. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

debaran kian terasa

...بسم الله الرحمان الرحيم
Assalamualaikum dan hai.
bila dah baca tajuk entri ni ulang-ulang kali, tiba-tiba rasa macam dah pernah guna sebelum ni. tapi biaq pi la.

haaa,,, memang tengah berdebar la ni. berdebar pasal dah nak masuk sem baru. haih,,, macam ni la. dari sem 1 dulu sampai sekarang pun masih tak berubah. sebenarnya berat hati nak tinggal rumah kot. tu yang jadi berdebar semacam. tambahan pulak sem kali ni tak macam sem-sem sebelum ni sebab dah kena praktikal kat sekolah. double trouble berdebar (_ _")

walaupun sem kali ni tak berapa nak panjang sebab dia tak makan Appeton Teengrow dulu. eh apa aku mengarut ni? cakap kat diri sendiri ke? hehe :D
oh tak. walaupun sem kali ni pendek berbanding sem-sem sebelum ni, which is 3 bulan je tapi saya percaya hidup saya lepas ni pasti makin tough. sebab saya percaya hidup ni tak mungkin akan menjadi makin mudah dalam proses menjadi seorang insan. maka, 3 bulan yang pendek ni mungkin saja boleh bertukar jadi 3 bulan yang panjang. argh,,, rindu nak belajar lagi :'(

kalau sem lepas saya dah berendam air mata angkara fyp, sem kali ni tak tahu la. berendam air laut pulak kot. oh ya,,, cakap pasal air laut. ni lagi satu hal. baru beberapa minit dapat panggilan dari coursemate yang dah balik sana dan bagitahu saya yang saya ditukarkan tempat praktikal. serius terkejut.
  
last minute kot. lagi 5 hari je lagi dah nak praktikal. rumah sewa pun saya dah settle awal-awal hari tu sebelum cuti sem. sekarang nak kena tukar? kalau area klang jugak tak apa la. masalahnya kali ni kat port dickson pulak. mana nak cekau rumah sewa weh?
 

nampak tak permainan dunia sekarang ni? awal-awal dah teruji. nak tunggu 3 bulan, berketul-ketul la badan saya lepas ni. hakhak ^^
tapi Insya-Allah setiap ujian yang Dia beri sesuai dengan kemampuan diri kita. Azri Safirah mampu, sebab tu Dia bagi ujian ni. sekarang ni tak nak overthinking sampai keluar jerawat manis, hehe :D. kena tunggu balik sana malam ni. semoga dipermudahkan segalanya. pasti ada hikmah. doakan.

ingat ayatNya: wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. [2:153]





p/s: jom sama-sama kita bersabar dan solat.
bersabar dengan ujian,
bersabar menunggu hari esok,
bersabar menanti pertolongan Allah :)

Saturday, May 21, 2011

perjalanan yang masih berbaki

Selamat pagi semua :)

semoga semuanya sihat-sihat saja. haih, ini format surat tidak rasmi kah? sorry2...
sudah 5 hari saya tak update apa-apa kan? kononnya cuti kali ni nak lagi rajin la update cik blog ni memandangkan kat rumah tak ada masalah siput dan binatang-binatang yang sepupu dengannya. tehee ;)

Haa,,, kalau sebelum ini saya berkongsi macam mana haru nya final exam saya, kali ni saya nak kongsi pula apa yang saya dah buat dan belajar sepanjang sem ni yang konon nya busy sangat tu kan. hee ^^

untuk sem yang lepas which is semester ke-4, saya ambil 7 subjek iaitu Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan, Psikologi Pendidikan, Pengeluaran Buah-buahan, Lukisan Teknikal, Prinsip Sains Tanaman, Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Manipulatif III (Enjin). ok, secara ringkasnya:

1. Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan. dua tugasan yang perlu kami laksanakan iaitu interview usahawan dan business plan. untuk interview usahawan, saya dan partner saya Nurul Hidayah ke Natifah Batik. banyak yang kami dapat dari interview ini melalui perkongsian pengalaman dan tips oleh Puan Natifah sendiri.
untuk rancangan perniagaan pula, saya dan klik saya telah menubuhkan Bake4U Berhad merangka perniagaan, menguruskan kewangan, pemasaran, operasi etc bersama. Ini lah teammates saya yang bersengkang mata sampai 3,4 pagi menyiapkan tugasan.
persediaan sebelum sesi presentation. klik. terima kasih Dr. Soaib Asimiran :)

**************************************
2. Kemahiran Manipulatif III (Enjin). fuh,,, mula-mula macam blur juga la belajar subjek ni. very technical. nak kena belajar komponen-komponen enjin. enjin pula ada macam-macam jenis enjin. enjin dua lejang la empat lejang la, enjin diesel la enjin petrol la. lepas tu nak kena tahu pula sistem dan operasi yang terlibat macam sistem brek, sistem penyejukan etc. haisy,,, mahu tak pening. tapi bila dah faham, segala proses tu macam bergerak-gerak je dalam kepala ni haa. hakhak :))

untuk tugasan amali subjek ini, kami kumpulan A2I (A two I) which is Artificial Intelligence Invention telah mereka mini portable trolley. oleh sebab ahli kumpulan kami semuanya wanita, maka harap maklum la yup kerana ini lah hasilnya
owh,,, ini trolley kami yang belum dimodified sepenuhnya.

kami juga membuat lawatan ke Naza Bikes dan saya telah dibuli oleh pengarah projek untuk jadi photographer tak bergaji dan sebab itu di akhir-akhir lawatan, orang lain pula ambil alih tempat saya sebab ini photographer gila nak masuk dalam gambar juga. muehehe :D
Photobucket
untuk itu, terima kasih kepada Dr. Fatah *lecturer kuliah* dan En. Khaizer *lecturer amali* :)

**************************************
3. Lukisan Teknikal. nak kata subjek ni susah, tak ada la susah sangat sebab subjek ni tak perlukan kita untuk study sampai juling pun. sebaliknya, perlu rajin buat semua latihan lukisan-lukisan yang lecturer bagi. lama-lama InsyaAllah akan mahir. subjek ni mungkin akan jadi susah bila kita tak dapat nak imagine sesuatu bentuk tu. pendek kata kalau tak dapat hidayah *hiperbola*, tersembur biji mata keluar pun memang tak boleh nak buat apa la. perlu fikir berdimensi. acey,,, gitu la kononnya.
Photobucket
antara lukisan yang kami belajar adalah lukisan isometri, oblik, ortografik, tangen etc. dengan ini, terima kasih kepada En. Haris *lecturer kuliah* dan En. Saiful Redza *lecturer amali* :)

 **************************************
4. Pengeluaran Buah-buahan. saya pernah la cerita sikit pasal subjek ni dalam entry ini [klik sini] sebelum ni. nama lagi ambil kos Bac Pend (Sains Pertanian). setiap sem pun mesti wajib ambil subjek under fakulti pertanian punya. subjek ni pun ada amali. kumpulan kami seramai 10 orang yang terdiri daripada 7 orang wanita dan 3 orang jejaka dilatih untuk menjadi ibu bapa angkat kepada anak-anak angkat kami iaitu Nephelium lappaceum (rambutan).
Photobucket
oleh itu, terima kasih kepada Dr. Mahmud Tengku Muda Mohamad *lecturer kuliah* dan penunjuk ajar di ladang iaitu Tn. Syed Ghazali Jalalulin :) 

**************************************
5. Prinsip Sains Tanaman. subjek ni tak banyak beza dengan subjek Pengeluaran Buah-buahan tadi. jadi, ilmu yang dipelajari dalam kedua-dua subjek ni boleh dikaitkan antara satu sama lain. cuma subjek ini tak ada amali dan hanya perlu siapkan satu coursework. ringan la sikit. tapi bila exam tak ada la ringan sangat. hehe :D. apa pun, terima kasih Dato' Dr. Idris :) 

**************************************
6. Psikologi. dengar nama je terus tersaiko. huuu,,, tak ada la. itu cuma 1st impression saya. bagi saya, subjek ni sangat menarik sebab kita dapat belajar kepelbagaian individu melalui ciri-ciri individu, konflik yang dialami, cara penyelesaian, kajian yang dilakukan tentang individu oleh ahli-ahli psikologi barat. walaupun memang banyak term yang tak pernah dengar pun sebelum ni nak kena hafal. plus, kena faham setiap eksperimen dan setiap teori yang dikemukakan oleh setiap ahli psikologi. tapi saya tetap suka.

macam menyampah sikit la kan bila pura-pura fokus study di depan lensa kamera hikhik ^^. Dr. Norlizah, terima kasih :) 

**************************************
7. Kemahiran berfikir. haisy,,, memang banyak benda nak kena fikir ni. masalah keluarga, masalah pejabat, masalah rumah tangga, masalah negara lagi. hakhak :D ok, tipu. seperti subjek Psikologi tadi, subjek ni pun banyak kena tahu tentang teori-teori pemikir dari barat. barat. barat. barat. acey,,, macam emo la pulak.

hee belajar teori macam best tapi kalau tak faham memang free saja la ke tali gantung time exam. betul, saya tak tipu. sebab nya bila exam dia bukan tanya direct pun pasal teori-teori tu tapi macam mana kita aplikasi setiap teori tu dalam setiap masalah yang diberi. contoh soalan final exam hari tu cara penyelesaian masalah bagi satu pasangan yang baru berumah tangga ni. eh, tak pasal-pasal pulak kena fikir masalah rumah tangga orang kan. kwang3 :P

kepada Dr. Aminuddin, terima kasih. terima kasih juga kepada sahabat saya, Fareha yang jauh di NZ kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik untuk sesi interview bagi mengenalpasti jenis kecerdasan yang dimiliki beliau berdasarkan teori yang dikemukakan Howard Gardner. acey,,, ayat mesti nak lebih punya. tanpa mu, tak siap la assignment ku itu, ngee n.n

**************************************
Hurm,,, pejam celik pejam celik sudah pun tamat semester ke-4 saya. maka, perjalanan saya untuk menamatkan pengajian ini tinggal lagi separuh untuk mencapai cita-cita sebagai seorang guru, InsyaAllah. tiba-tiba teringat mesej yang dikirim oleh makcik kesayangan saya pada hari guru baru-baru ni:
dulu DIA pegang rotan, kau kata DIA garang.
dulu DIA lambat masuk kelas, kau kata DIA malas.
dulu DIA marah-marah, kau kata DIA melampau.
kini, kau bakal menjadi DIA.

owh,,, terharu. terima kasih, cikgu. sekarang saya perasan yang entry saya ni panjang. maka saya chow dulu :P 
owh sebelum itu, terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sentiasa berada di sisi berjuang bersama-sama...

Monday, May 16, 2011

It Stops Today

Assalam peeps...

Currently, i'm listening to Colbie Caillat-It Stops Today. so, i took a short cut by just putting this song title as the title to this entry, hekhek :D
it's been ages since the last time i update mine right? saya tak mahu cakap la sebab busy dengan study, assignments dan test segala sebab orang lain pun macam tu juga tapi masih boleh update kan? hee,,, senang cite malas la kot. tak pun sebab tak ada kemahuan. huhu

Readers, macam mana dengan final exam kamu semua? ok kah? boleh kah? atau apakah? hee,,, saya hari tu agak menggerunkan la. itu la, time study week, tak gunakan betul-betul. lepas tu, mula la terkejar-kejar saat last minute. dan mula la juga sentuh ini tak kena. bila baca yang ini, terasa lupa yang itu. selak yang ini, teringat pula yang satu lagi tak terimbas lagi. haisy,,, bila terasa masih banyak yang tak khatam, mula la cek jadual exam. itu tandanya nak senangkan hati yang tengah gundah. mungkin juga sebagai pembakar semangat untuk terus study bukannya tidur.

yup. pembakar semangat. sebab apa? cuba lihat jadual final exam saya...

26/04- STE 3603, 8.30-10.30 am
sempat lagi scan buat kali terakhir prinsip-prinsip untuk subjek enjin.



28/04- AGR 3506, 2.00-4.00 pm
          - FCE 3200, 8.30-10.30 pm



 29/04- HRT 3201, 8.30-10.30 pm
time ni sempat sarung tudung ekspress saja. wajah pun tak sempat dibedak. apatah lagi nak calit lip ice. tidak bermaya mengenangkan exam akan tamat pukul 10.30 malam dan keesokannya ada lagi dua papers yang masih tak khatam study lagi. 


30/04- FCE 3204, 11 am-1 pm    
       - STE 3305, 2.00-4.00 pm
 
minuman ini disedut sebelum masuk dewan setelah kawan-kawan tegur muka saya pucat. memang time ni rasa sangat lemah. 2 papers dan sela masa hanya 1 jam. mahu tak tepu kepala otak ini. Alhamdulillah setelah selesai 1 paper, sedikit lega. satu jam yang tinggal digunakan sepenuhnya bersama klik saya Hidayah, Aishah dan Habsah pulun subjek Perniagaan dan Keusahawanan pula.

04/05- STE 3604, 2.00-4.00 pm  

Huh,,, terbaik la. direct tu 28, 29, 30. tak cukup dengan tu, siap ada 2 kertas dalam 1 hari. yang mendukacitakan saya, walaupun saya selalu cek jadual, namun masih juga berlaku kemalangan. di mana pada 28/04, saya sudah terbabas. huwaaa,,, saya ingatkan exam Psikologi dulu. jadi, saya tak sempat nak scan subjek Sains Tanaman buat terakhir kalinya. tapi aku bantai je karang jawapan sampai minta buku jawapan lebih. tak pernah dibuat aku sebelum ni. nampak sangat la saya goreng habis-habisan. haisy,,, tiap kali final exam, tak sah kalau tak accident. zeri oh zeri.

Apa pun, kini saya hanya mampu berdoa dan berserah pada Yang Satu itu. usaha, doa dan tawakkal. keep in mind, jangan sesekali berpegang bahawa banyak usaha kita penentu kejayaan. namun itu tak bermakna kita tak perlu berusaha. berusaha la semampu kita. sesungguhnya kejayaan bukan milik sesiapa tetapi milikNya. jadi seyakinnya letakkan tawakkal itu semata-mata padaNya.

p/s :1) terima kasih tak terhingga buat mereka yang sentiasa
di samping saya memberi kata-kata semangat.
sahabat yang menemani saya study
walaupun akhirnya tertidur sekali, hehe :D

2) to my new followers, thanks a lot for following this silent blog.
i will pay a visit to your blog later, tungguuu ;;)

Saturday, January 15, 2011

buat guna air liur memang senang

hye semua. rindu mahu post entry namun apakan daya bila internet macam chipsmore :'(

kali ini, saya tak nak emo-emo dah macam dalam [entry ini]. emo itu kan tak best. tapi saya pun manusia biasa. ada masanya kita akan rasa rindu akan seseorang when i have no one to talk to. btw, thanks a lot for those who still care.

tapi tajuk entry kali ini tak kurang emo nya. isn't it? hehe :D 
tak. saya ok. emo saya tak lama. betul. tak tipu. nak tengok saya senyum bahagia tak??? 


haaa,,, kan saya dah cakap. lihat. saya tersenyum gembira di belakang :)
gambar ini ditangkap ketika on the way pulang selepas kelas pertama amali pengeluaran buah-buahan.

saya sendiri tak ada jawapan yang kukuh kenapa saya memilih untuk menjadi guru sains pertanian walhal masa sekolah dulu saya tak ambil pun subjek ini. di matrik dulu pun saya ambil sains fizikal. tak apa la. yang penting, saya masih di landasan yang betul, untuk menjadi seorang guru :)

mengimbas kembali sesi temuduga sebelum aku diterima masuk ke sini...

aku diuji oleh interviewer:
"kenapa awak pilih subjek sains pertanian untuk second choice awak sedangkan awak ambil sains tulen di sekolah dan matrik?"

fikir sekejap lalu menjawab:
"hurm,,, apa salah nya saya cuba sesuatu yang baru.
yang penting, saya mahu jadi seorang guru.
lagipun sains pertanian masih lagi dalam skop sains kan?" *aik, aku pulak tanya dia*

one of the interviewer tu pandang aku atas bawah atas bawah macam tak puas hati dan tanya:
"awak ni boleh ke pegang cangkul?" *sambil senyum sinis*

hurk??? soalan yang betul-betul memerlukan ketidakikhlasan aku untuk memberi jawapan yang jujur nampak nya.
lantas aku menjawab penuh dusta:
"ish,,, saya orang kampung je.
tak kan la tak pernah pegang cangkul walaupun saya tak pernah ambil subjek sains pertanian."

itu lah antara soalan-soalan yang sedikit menjerut leher. aku juga tak terlepas untuk buat demo mengajar:
"ok lah. saya nak tengok juga skill awak mengajar macam mana in english. awak boleh guna white board di belakang itu, ya."

tak beragak, aku bantai mengajar kimia sebab aku rasa itu saja satu-satu subjek yang masih bersisa kimia di kepala ini. muehehe :D

nak tahu apa respon dia?
"hurm,,, awak perasan tak awak mengajar terus pada topik yang susah.
awak rasa student boleh faham ke?"

kali ini hati aku saja yang mampu menjawab:
"owh. macam tu pulak.
kalau saya tahu, tak payah saya nak ajar benda alah ini.
baik saya ajar macam mana nak baca predict table saja kan?"

kakakaka :)) suka hati aku. yang penting, aku dah pun di semester ke-4. berkaitan dengan tajuk entry kali ini, buat guna air liur memang senang.
yup, sangat senang. aku boleh la kelentong bantai:
1) nak cuba benda baru.
2) saya orang kampung, mesti lah pernah pegang cangkul.

tapi bila buat guna tangan, ini lah yang jadi


guna cangkul buat batas, cangkul rumput, memang nampak senang. lagi senang bila guna air liur. tu tak cakap lagi pasal sakit segala urat sampai nak gelak pun kena control. hikhik ^^
itu lah. aku tak fikir pun bila ambil kos Bac Pendidikan (Sains Pertanian) harus jadi petani juga at the same time. hoho ^.^

apa pun, ini jalan yang aku pilih. bila lagi nak rasa hidup susah kan? at least, aku ada sesuatu yang boleh aku bangga dan hargai bila aku dah berjaya bergelar guru nanti. Insya-Allah :)
bak kata lecturer aku, degree itu tak penting. tapi apa yang lebih penting ada lah value di sebalik degree itu.


p/s: thank you so muchie much for those who had leave their footprints here,
be my follower and leave comment to my entry.
I'll pay a visit to your blog while the internet connection is still ok.
stay well and safe dear ;)

Sunday, December 26, 2010

karangan panjang penghujung tahun

Hari ini birthday saya. Hah? bukan 22 Ogos ke? Haaa,,, tu ikut kalendar omputeh. Kalau ikut kalendar islam, saya lahir 20 Muharam. Hari ni la 20 Muharam kan, hehe :D 

Oleh sebab aku tak ada masa nak kongsi surprise birthday yang kawan-kawan aku buat 22 Ogos hari tu, so memandangkan dah di penghujung tahun ni, maka terasa la jugak nak imbas balik peristiwa dan kenangan dengan kawan-kawan di sebalik ulang tahun kelahiran yang lepas.

Di sini, bermula la hikayatnya...
                21 Ogos – Lepas solat terawih, aku berkejar ke katilku yang TILAMnya TAK EMPUK, BESInya TERSORONG-SORONG. Argh,,,tolong... NGANTOK -_- s.a.n.g.a.t.
Su! *roomie ku*, nak pergi mana pulak tu? Owh,,, nak siapkan assignment kat bilik coursemate dia. Hee,,, tak boleh nak tidur berjemaah la. Apa pun, selamat ber’assignment’ Su. Orang belayar dulu la yup ;)

Sedang diri ini hampir hanyut ke alam pelayaran, Kak Katy *jiran depan bilik ku selaku coursemate kuu* datang menyekat lalu menawan kapal layarku bersama 2 kawannya. Bila dah berborak panjang, rasa mengantuk tadi secara automatiknya berlalu pergi bersama beredarnya ketiga-tiga individu tadi.

Hye,,, mahu tidur tapi dah tak lalu. Maka, kerja meng’usha’ Mas *roomie baruku* di sebelah yang terpisah dek divider di tengah dijalankan. Usaha murni Mas bersama coursemate nya, Ekin menghabiskan sisa-sisa subjek Kenegaraan ditumpaskan terus dengan kehadiranku di situ. Kui,,,kui,,,kui :D

22 Ogos – Di klimaks percelotehan, tiba-tiba handphone ku menari riang berkadar terus dengan nada music box yang aku setkan as message tone. Namun kubiarkan saja begitu di situ memandangkan dah lama handphone ku menyepi sejak lenyapnya zaman kegemilangannya suatu ketika dulu, hee ^^.
Oleh sebab tak sampai hati melihat handphone ku berterus-terusan menari dek mesej yang masuk tak henti-henti, maka dilangkahkan juga kaki ini ke meja study.

Belum sempat membalas mesej-mesej yang masuk, pintu bilikku dikuak luas. Su dipandang tanpa perasaan. Wajah kembali dipaling ke arah skrin handphone.

ALLAH SELAMATKAN KAMU, ALLAH SELAMATKAN KAMU, ALLAH SELAMATKAN AZRI SAFIRAH, ALLAH SELAMATKAN KAMU...

Jari yang menaip terus kaku. Waaah,,, terpana sebentar dengan kehadiran group koir yang diketuai Su, iaitu Kak Jo, Wani, Kak Katy, Mas, Siti dan Shark bersama dengan hidangan spaghetti. Huuu,,, touching2. Tapi AWAS! Air liur pulak yang meleleh ni, apehal??? Hahahaha :))
Amboi Su, ni ke yang duk cakap tadi nak buat assignment. Assignment buat spaghetti yup. Terbaik. Kwang3 :D

Anyway, big hug and thanks specially goes to Su, Kak Jo, Wani, Kak Katy, Mas, Siti & Shark for the surprise birthday party, spaghetti, birthday card and wishes.

*******************************

Hurm,,, MASIH lagi berceritera pasal kejutan. Tapi yang ni lain macam sikit. 1 hari selepas tarikh birthday aku...

23 Ogos – Aku, Aina dengan Bie dah plan nak siapkan lukisan isometrik pada sebelah malam nya. Oleh sebab kelas pada hari tu sampai ke petang + iman di dada kurang tebal, maka aku decide untuk tidur sekejap lepas Isyak. Apa? Solat terawih? Hurm,,, 2,3 malam kebelakangan tu aku asyik tidur lewat je. Kadang-kadang sambung terus sampai ke sahur. Tu yang aku buat cuti sendiri malam tu satu malam. Bila fikir pasal urusan dunia, memang tak akan pernah habis kan? Huh,,, rasa geram. Orang lain tak tidur malam berqiyamulail, aku pula duk siapkan assignment yang bertali arus.

Entah dah masuk ke alam mana, tiba-tiba handphone ku menyanyi lagu Fancy Pants. Aku tersentap dan berderau darah naik ke kepala bila nama Bie tertera di skrin handphone ku. Apa yang bermain di kepala aku ketika itu...
Ya Allah! Aku dah lewat nak pergi kelas ke ni???

Aku: Hello Bie.
Bie: Haa Azri. Nak buat lukisan tak?
Aku: Hah??? Pukul berapa sekarang ni?
Bie: Pukul 10. Nak buat tak? Mari la bilik Aina.
Aku: Haaa,,, jap2. Bie buat la dulu. Lepas ni orang gi ah.
Bie: Cepat sikit.
Azri: Ok.
Fuh,,, kurus semangat. Lega pun ada. Ingatkan dah pagi. Tu la, tidur tak hingat.

Dah. Cepat. Mandi. Hehe,,, baru nak mandi ;)
Mak saya kata, tak sekejap la kalau Puteri Safirah bersiram. lalalalalalala~

Bila masuk bilik nak bersiap, alamak! Dah lewat ni. Kak Katy pulak masuk.
Kak Katy: Awak tak ada kerja ke malam ni?
Aku: Ada. Saya nak gi bilik Aina la ni. Nak buat lukisan isometrik. Akak dah siap ke? *sambil kemas meja study*
Kak Katy: Belum. Tuan Haji nak tengok esok ke?
Aku: Yela kot. Eh2, entah. Tak tahu dia nak tengok bila. Tapi buat je la dulu. *duk menyusun barang-barang yang nak dibawa*
Kak Katy: Ok la.

Hee,,, dah malam-malam ni, macam biasa. Time untuk manjakan diri. Entah berapa lama pulak aku duk depan cermin. Kui3,,, dah nama lagi perempuan.

Tiba-tiba Kak Katy datang lagi...
Kak Katy: Azri. *statik berdiri kat pintu*
Aku: Yup. *tengah sapu losyen*
Kak Katy: Sini jap. Cepat.
Aku: Kenapa kak?
Kak Katy: Sini la tengok coursemate awak ni buat apa kat sana tu.
Aku: Jap2 *laju je berjalan ke pintu*

Sampai saja aku kat pintu. Laungan HAPPY BIRTHDAY diiring dengan debu putih dihamburkan di muka ni. Huwaa :(( habis la!!! Sia-sia je aku sapu losyen segala :(
Lensa kamera sana sini macam diserbu wartawan hiburan pun ada, hakhak :p. Lantas aku dibawa ke bilik Aina dengan keadaan aku yang dah bertukar warna kulit, hoho ^.^

Sepanjang perjalanan, diorang tak habis-habis duk berleter akibat lama sangat tunggu aku. Habis semua plan dah diorang guna nak kenakan aku. Last2, tu yang diorang datang serbu bilik aku. Wakakaka :)) tu la. Lain kali,  kalau nak buat surprise birthday party, cakap la kat aku awal-awal. Tak ada la aku lengah-lengah nak pergi bilik Aina tadi. Kwang3 :p

Apa pun kepada Kak Katy, Kak Nadia, Kak Tikah, Kak Dila, Kak Haifaa, Kak Noru, Dayah, Aina, Bie, Aishah & Mira... Kamu memang BEST. Tak ada kata yang boleh diungkap selain ucapan terima kasih for the prank, kue teow, cake, card and wishes. Sorry sebab tunggu lama, hehe :D
Hopefully our friendship will keeps growing with joy and happiness :)

Yay,,, Azri Safirah sekarang dah 21. Usia? Bukan lagi rahsia. Aik!!! Promo plak dia, ngee ;)
Kini aku menginjak ke satu lagi angka. Tapi tu tak bermakna aku sudah tua *nak jugak*. Sebaliknya, aku mungkin lebih matang, lebih baik dan lebih cantik. Eh TETIBA! Grrr,,, lepas baca, harap muntah. Ahaks,,, :p

zEri! Sila serius. Ok apa yang aku harap kan, mesti la semua yang terbaik kan. Namun seandainya sebaliknya yang berlaku, aku harus percaya pasti Dia sudah merancang suatu yang lebih baik dan terbaik untuk diri ini. Sesungguhnya segala ujian yang datang membuktikan kita tak pernah diabaikanNya :)

Tak lupa pada teman-teman dan kawan-kawan lain yang wish birthday aku tak kira through handphone or fb. Kau muzik di hatiku, nananana~

I may not have the most birthday wishes, but I have the birthday wishes from those I care the most, and that's all the matters. Thanks all. With love, zEri ♥

Wednesday, November 3, 2010

Selamat Sudah

Masih dalam mood blogging. Hari Khamis lepas, aku cepat-cepat bersiap nak pergi lecture. PELIK. Kenapa handphone ku diam je. Dah LEWAT. Bila pintu bilik dikunci, terserempak dengan budak satu kuliah.

" X gi kuliah ke?"
"Kuliah? Kuliah mende?" *dalam dialek tganu*
Perlu translate ke? tak perlu kot :p


"Kuliah KMT la" dengan riak wajah ku yang entah macam mana
"Aik? Kuliah KMT mane ade doh. Kan En Hayat kabo doh minggu lepas kelas last"
"Owh yeke???"Cool

Masuk bilik. DUSH! Wuaahhhh :(( malu. Nampak sangat la time lecture, aku main-main. Patut la handphone ku diam saja tak ber'miscall'. Entah-entah diorang semua tengah nyenyak diulit mimpi petang. Hakhak :)


Nak sambung tidur, TAK BOLEH! Kena pergi Sanggar 12 tolong exco-exco PAKAT lain kemas tempat untuk AGM malam tu.


Sebelah malam. Lepas Maghrib, aku dengan Dayah turun awal sebab kami in charge untuk BBQ. Atas alasan: petang tadi kami datang lewat untuk kerja-kerja menyelenggara tempat. Apa-apa je la. Yang penting, kita bergambar dulu.


Memang berasap. Hidu asap. Makan asap.
Asap api nampak di mata. Asap kat hati? Tak siapa yang tahu. huhu :)


Bila kerja-kerja bermain asap beralih tangan kepada jejaka-jejaka pilihan ibu mertua, maka boleh la kami berdua join exco-exco lain bergambar :D

AGM kali ni dibuat 1/2 formal saja. Ucapan ringkas Presiden. Perlantikan Presiden, Naib Presiden, S/U dan Bendahari baru untuk 2011. Owh yup. Sebelum lantik yang baru, bubar yang lama dulu. Maka dengan ini, tamat lah khidmat Azri Safirah Abdullah sebagai exco publisiti PAKAT.

Alhamdulillah,,, selamat :)


Dan ini lah barisan-barisan exco PAKAT 2010...



Ehem2,,, bergambar, bergambar juga. Bekas-bekas semua tu siapa nak basuh??? Siapa lagi kalau bukan calon-calon menantu ini... hikhik ^^


Bila agak-agak semua benda dah beres, beransur-ansur la pula. Esoknya aku dan coursemate ada trip ke Melaka pula.
Trip ke Melaka? Iya... Nanti saya share di lain entry yup :)

Tuesday, November 2, 2010

Zon Selesa

Macam mana boleh tak selesa? Kelas dah tak ada, semua assignment pun dah di'submit'. SETTLE. Sekarang ini study week. So sebelum tangan ini beralih kepada kerja-kerja study, suka untuk diri ini membuka silat cerita terlebih dahulu di sini :D

Tak lengkap rasanya kalau hidup seorang student tu tak busy kan?
Busy dengan test, assignment and presentation segala. Tu tak masuk lagi busy dengan komitmen lain seperti....... hurm,,, tidur mungkin? Hehe ^^

Tapi banyak-banyak subjek, subjek KMT la yang berpotensi tinggi buat aku hampir-hampir meroyan. Mana tak nya, nak siapkan 1 projek tu punya la makan masa berminggu-minggu. Bukan 1. 2 pun bukan. Malah 3 projek sekaligus. Nak kena buat penyodok, bingkai besi dan rak gantung. Sebab tu la hari Sabtu pun ada kelas.


Buat penyodok tu macam simple. Tapi bila dah masuk part nak kena revet, fuh! betul-betul mencabar kudrat kewanitaan aku, muehehe :D

Bila buat bingkai besi pula, mata kena selalu lindung dengan google. Bila masuk part welding, mahu tak rabun mata bila cahaya api memancar-mancar. Nak try buat pun dah rasa goyang. Tapi bila dah skali try, rasa tak nak stop. Biar aku sorang saja la buat welding ni. Hoho :p

Projek yang paling banyak makan masa... Rak gantung. 1 rak, 2 orang. Tapi aku buat sengsorang.

Bila coursemate aku tanya kenapa ko buat sorang?
Aku jawab, aku kan wanita yang cekal! Ok, sila gelak semua.

Al-kisahnya, hari tu ada banyak kayu lebih. So, Tuan Haji *lecturer amali KMT* galakkan buat individu. Oleh sebab partner aku nak buat individu, maka dengan suka tak berapa nak rela, terpaksa lah aku buat individu juga.

Haisy, rupanya tak semudah yang disangka. Semua bahagian nak kena cantum perlu dibuat tanggam [klik di sini]. Kalau paku saja kan senang. Boleh aku ketuk kepala aku skali. Ngee~

Lihat lah ketabahan wanita ini berhempas pulas demi menyiapkan projek ini.


Potong kayu guna mesin



Mengikir potongan untuk mendapatkan permukaan yang lebih licin

Opps,,, 2 keping gambar ini saja yang sempat tangkap. Haaa,,, untung masuk upm, boleh juga aku pegang gergaji, pahat, tukul, segala macam mesin dan seangkatan dengannya. Baru lah dapat merasa hidup susah sikit. Tu pun dah agak-agak nak goyang iman kan. RASAKAN :p

Akhirnya, Alhamdulillah,,, diri ini dah boleh kembali tersenyum ikhlas :)
Setelah berkorban masa dan tenaga yang tak berapa nak ada ini, aku berjaya dapat markah tinggi untuk projek ini.

Terima kasih kepada Tuan Haji atas tunjuk ajar yang diberi dan kengkawan yang sudi tolong aku dari kiri kanan depan belakang, membangunkan aku kembali bila aku dah agak-agak nak down, boleh buat aku gelak tak ingat dunia walaupun banyak lagi yang tak siap. Kini aku boleh hembus nafas lega bila lihat hasilnya...



Matching tak? kuikuikui,,,

Ni baru saja masuk kerja kayu. Sem depan nak kena berdepan dengan subjek enjin pula. Hurk! Pengsan terus -_-
Boleh jadi cikgu serba boleh la aku lepas graduate nanti. Hehe :D

Tuesday, February 16, 2010

out of my busy day

Assalamualaikum...

It's been long time i'm not update my blog right. And now i want to share about my trip to Pangkor Island under PAKAT (Persatuan Kebajikan Anak Terengganu) last month but i just don't have suit time to share with you here till now due to my packed time table for this sem :(. Enjoy the photos peeps...

ke Pulau Pangkor

Excited state : Hehe,,, get ready for snorkling n_n

Life must go on. Ngee ^^

Help me!!! Give me a space to breath~~~ hehe :p

Hahahah =)) show my peace and stay cool bebeh ^_^

I love this pic the most. Yeehaaa~

1st exciting experience --> banana boat. Heeehhaaaa~ \(^^)/

Akomodatif : Great group members... Congrats for such a good job friends :)

All together before go to Island tour ^^

We are coursemates n_n

1 of hystorical place at Pangkor

That's my great experience since it's my 1st experience to the island even there are lots of beautiful island at my place. I really enjoyed every moments there because other than doing some fun activities, i could also release my tense.

Ok now, back to my busy life. Seriously i hate this hectic sem. The class start early in the morning, finish late in the evening and there are no gaps in between except for solat. Huh -_-'
So no wonder why sometimes i don't notice about new messages in my inbox and i even don't notice about new missed calls since my hp is always in silent mood. Sorry ya,,,

Soon, i will have some more activities to join under PAKAT and 1 under my course which is family day. Therefore, i hope i could share about that programme here soon. Argh,,, I really hope that something magic to happen so that the time could moving faster. Abracadabra~ Tttttttiiiiinnnngggg!!! Hee :)