Pages

come with me ;;)

Showing posts with label A Walk 2 Remember. Show all posts
Showing posts with label A Walk 2 Remember. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Hikayat 3 Hari

Assalam readers...

kedua-dua kelas saya hari ini tak ada, nampaknya. maka hooray \(^^)/ *sambil shuffle*
bila berblogwalking di pagi hari dan bila terlihat coursemate saya, si Mashi post entry baru dan terus saya rasa teruja untuk update juga. saya kan mengada. hehe :D

kalau Jumaat hari tu si Mashi and the gang ke international hot balloon air fiesta 2011 selepas lawatan ke Naza Bikes, saya dan awek-awek cun saya pula ke...

untuk latihan vokal yang mana bagus untuk bakal guru seperti yang disarankan oleh En Khaizer. tehee :D

esoknya pula saya berdua dengan...

Hidayah aka coursemate

ke Mines. tak lain tak bukan hanya untuk menonton...


sampai masa tibanya waktu...
redup hati kau berdua...
bila dua jasad bersatu...
hidup mati jadi bersama...

kisah yang agak menyentuh hati dan perasaan namun masih sempat bergelak ketawa di saat yang lain diam menghayati jalan cerita.

dan angkara merong mahawangsa... 2,2 sudah jadi mereng. maka muncul lah pula hikayat dua mereng berbaju oren. muahahaha :))


sampai masa tibanya waktu...
redup hati kami berdua...
bila dua jasad bersatu...
payung dan baju menjadi sama...

kalau Ahad minggu lepas saya seorang diri ke KLCC bertemu pakwe satu acuan saya, Ahad minggu ini pula saya seorang diri ke Mid bertemu dia lagi. Mari saya perkenalkan siapa dia...


taraaa... pakwe satu acuan aka abang kembar yang cik Ain nak kenal tu. oppsss,,, hehe ;)
kenapa satu acuan? sebab orang cakap muka kami sama.
ey? mana ada la. lubang hidung dia lagi besar dari saya lah. teeeetttttt
lari.....................

Thursday, November 4, 2010

Malacca Oh Melaka

Salam... Hye,,, I'm here again la. Dalam entry sebelum ni org saya ada cakap nak story mory pasal trip ke Melaka kan? So, here we go...


Trip ni under subjek Olerikultur sebenarnya. Orang Terengganu sebut Olericulture, hikhik ^^. Tahu tak olerikultur tu apa??? Eh, mesti la tahu kan. Tapi kalau nak tambah knowledge, boleh la [klik di sini].

6.30 pg kami dah terpacak kat kolej Serumpun. Kena bertolak awal sebab kami akan pergi 2 tempat. 2,2 kat Melaka. Ini 1st place yang kami pergi.


Taman Buah-Buahan Tropika Melaka di Selandar

Sebelum kami dibawa ke ladang sayur-sayuran, kami diberi taklimat ringkas terlebih dahulu oleh En Chong.


Yang tengah pegang mic tu la En Chong. En kat sebelah dah tengok jam nampaknya. Hehe :p

Wuisy,,, time ni punya la semangat salin nota. FULL 3 m/s. Hee ^^ mahu tak risau orang sebelah, depan, belakang. kuikuikuikui,,, :p

Bila dah agak-agak nak lena tu dan En kat sebelah tu pun dah asyik tengok jam kat tangan *sila rujuk 2nd pic, hehe*, kami dibawa pula oleh En Shukri ke ladang terdekat. Tak berapa nak dekat la. Lagi-lagi bila kena jalan kaki kan. Ladang kat sini berukuran 165 hektar... Luas mata memandang.

Okeyh,,, oleh sbab Ezad di level excited state, maka terlindung saya yang berbaju pink di belakang. Tak apa,,, sabar yup zEri. Budak-budak, memang macam tu. Kwang3 :)


YES! Kali ni saya tak terlindung lagi. Sebab itu la saya mampu tersenyum gembira walaupun sedang mendaki curam 8)


Turn saya pula yang jadi camerawoman. Amboi-amboi,,, bukan main lagi Dayah. Bukan 1, tapi siap double peace tu. Nasib baik tak ada tiga tangan. Kalau tak, triple peace mungkin? Ngee :p


Anda semua. Bolehkah anda fokus 2 gadis di tepi sana? Kegigihan terpancar dari riak wajah mereka, bukan? Semangat betul. Bagus. Keep it up ;)



Aik? Ni siapa pulak? Haaa ini la salah seorang petani kat sini, En Gan. Banyak juga yang dia share pada kami. Katanya, kita perlu tahu kehendak semasa pasaran kalau nak dapatkan keuntungan maksimum. Saya tertarik dengan statement dia yang ini, "Kalau ada petani yang cakap jual sayur tak untung, semua tu tipu. Ni semua sebab mereka tak jujur. Mana mungkin jual sayur tak untung? Negara kita sendiri pun import juga sayur dari luar. Itu maknanya pengeluaran sayuran kat negara kita masih tak cukup menampung permintaan."


Panjang pendek kata... nak 1000 daya, tak nak pada rokok. LIHAT. Dengan berbekalkan modal RM3000, kini En Gan sudah boleh mengupah 6 orang pekerja dan beberapa hektar tanah. Dalam 1 hari, dia boleh harvest 500 kilo hasil dalam masa 2 bulan.

Sebelum gerak...

WAJIB! Hoho ^.^


Kemudian, kami bergerak ke...

Melaka Tropical Fruit Farm, Sg Udang. Eh, cari saya kah? JANGAN! Saya memang tak ada pun dalam gambar ni. Mia,,,hahaha :)) Jangan perasan la zEri. Tak ada orang cari kamu :p

Di sini, kami dibawa ke tempat projek tanaman fertigasi pula. MASIH kena jalan kaki. Aik, terjumpa pula dia ni...

Anda semua kenal kah dia ni? Saya cakap awal-awal memang saya tak kenal. Cantik kan eye shadow dia. Maybelline kah? Wooo~


Nak kena dengar taklimat ringkas lagi. Time ni saya dah tak excited nak salin. Nota pun dah tak ada kat tangan. Orang lain apatah lagi kan? Hakhak *macam la kau rajin sangat zEri oi*

Tapi tak bermakna kami tak excited untuk ini...

BERAKSI! Kami mahu lagi...


Nak lagi? Boleh...

Masih mampu??? Mestilah...


Turn mereka... JELEZ :( Siap kamu semua


Hakhak :)) tiba la turn kami pulak. Boleh tak jangan cakap apa-apa? Nak lebih afdhal, cakap dalam hati saja yup ;)

Kami pulang dengan sedikit kekecewaan bila plan untuk singgah di Bandar Hilir, diCANCEL :(



Kami merakamkan jutaan TERIMA KASIH kepada Dr. Aishah selaku pensyarah subjek Olerikultur ini dan juga penunjuk ajar-penunjuk ajar kami atas ilmu berguna yang telah dicurahkan sepanjang sem ini. Lawatan ini akan kami bayar dengan laporan seperti yang telah dijanjikan. Hee ^^ doakan yang terbaik untuk FINAL :)

Adios :-h

Saturday, October 16, 2010

Tiba-tiba Itu Indah

Mula-mula aku nak cakap juga. Aku TERKILAN. Sangat ok. Sorry, ampun, maaf Ain sebab tak dapat pergi menyibukkan diri on your graduation day :( walaupun dalam entry Hari Mereka *klik je* aku harap sangat aku dapat pergi.


Huh,,, plan punya plan, tup2 ada problem pula. Kecewa lagi.
Dah la kebetulan Sabtu minggu ni saja aku tak ada kelas. Saya ulang, saya tak ada kelas Sabtu minggu ini yup :)


MASALAH. Memang bermasalah. Ini la yang jadi bila tak ada backup plan. Plan A tak jadi, maka aku nak buat apa? Berkurung? Membengkakkan mata? Tak mahu. Kena keluar. Sudah lama sangat terkurung tak keluar melencong.


Tapi... nak pergi dengan siapa?
Su ada test hari Ahad. Hee,,, tanduk aku slowly keluar. Malangnya, iman Su di level yang tinggi. TAK BOLEH!

Bila angau suam-suam kopi o aku datang, maka pengumuman dibuat di wall fb aku. Hehe :D


Siapa free esok? Jom keluar?

Syarat-syarat:
Sihat tubuh badan
Waras akal fikiran
Age: 18-21 tahun
Gender: Female


Keputusan: HAMPEH!
Aku nak cari teman pergi melencong. Lastly, diorang pula yang terlebih melencong sampai menyimpang entah ke mana. Hoho ^.^


Pencarian berakhir dengan jalan mati. Tidur mati lagi bagus. Owh yup. Sebelum itu. Teringat kat seseorang. Mesej dia. Tak reply. Sudah pukul 3 pagi rupanya. -_- Zzzz


Pagi nya. 2,2 handphone aku terkam. Ada respon. Yay! Dia ON. Cantek. Dia pun memang nak cari teman keluar hari ini. Mamang da bomb.

Macam mimpi. Yang dirancang tak jadi, yang tak dirancang pula menjadi. Walaupun masing-masing dari hala yang berbeza, tapi kami sampai sama-sama kat Mid. MidValley menjadi saksi 1st date kami di sini. Hehe,,, nervous tak? Cool saja 2,2 yup ;)



Dari jauh aku nampak kelibat dia *dengan bantuan contact lens*. Tapi dia tak perasan aku. Senyum di bibir ku terukir dek ideal nakal yang bermain-main di benak ku. Aku dah betul-betul kat belakang dia. Dia masih lagi tercari-cari aku dalam kesesakan orang ramai menaiki eskalator. Kini aku di sisi dia. Bahunya ku rangkul lembut dari sisi.
Kepalanya dipusing 90 darjah menghadap ku. Wajah yang dipamer beriak cuak.


Mia,,,hahaha :)) Aku la. Jangan dikaratenya sudah. Jom gerak.

Alamak. Lupa pula nak perkenalkan diri dia.

Ini la dia. Issareni Ilias *in purple*
1st date? Yela, kami memang selalu jumpa kat Ganu. Tapi tak pernah jumpa lagi kat sini. Sila rujuk kembali di atas,
MidValley menjadi saksi 1st date kami di sini. DI SINI. Haha :))


Jalan2. Cite2. Pilih2. Cite2. Try2. Cite2. Bayar2. Cite2.
Makan2. Gosip2. Eyh, ada ke? Mana ada. Cite je. Hee ^^
Cite itu harus yup. Kalau tak, buat apa keluar berdua?


Seterusnya, kami nak ke Masjid Jamek. Ada barang nak dibeli katanya. Aku OK saja.
Dan ini pula 2 budak yang main-main kat stesen komuter akibat terlebih masa terluang. Ngeehee~



MidValley --> KL Sentral --> Masjid Jamek
Jalan banyak. Minum air pun banyak. Tapi tak buang-buang. Muncit. Kekekeke :D
Sesi pilih pasangan tudung pula.




 

 Amboi. Bukan main naa. Eyh, apa pulak main? Dia tak main-main. Dia pilih tudung.


Haa yang ini sorang memang betul main-main. Wakakaka =))
Orang pilih, dia pun mahu juga :p


Bila dah siap membeli, moh la kita memblah pula.
Issareni nak naik LRT ke KL Sentral. Aku pula lagi senang naik komuter saja ke Serdang. Tak usah nak tukar-tukar. Hurm,,, baik 2,2 naik komuter saja kan?

KL Sentral memisahkan kami. Kami dipisah. Terpisah.
Kini ku sendiri. Alhamdulillah, masing-masing sampai sebelum Maghrib.



Dengan ini, berganda-ganda terima kasih ditujukan kepada Issareni
sebab sudi temankan diri ini jalan-jalan
yang mana sangat baik untuk terapi wanita.
Hahaha :)) *banyak la ko zEri*

Tuesday, February 16, 2010

out of my busy day

Assalamualaikum...

It's been long time i'm not update my blog right. And now i want to share about my trip to Pangkor Island under PAKAT (Persatuan Kebajikan Anak Terengganu) last month but i just don't have suit time to share with you here till now due to my packed time table for this sem :(. Enjoy the photos peeps...

ke Pulau Pangkor

Excited state : Hehe,,, get ready for snorkling n_n

Life must go on. Ngee ^^

Help me!!! Give me a space to breath~~~ hehe :p

Hahahah =)) show my peace and stay cool bebeh ^_^

I love this pic the most. Yeehaaa~

1st exciting experience --> banana boat. Heeehhaaaa~ \(^^)/

Akomodatif : Great group members... Congrats for such a good job friends :)

All together before go to Island tour ^^

We are coursemates n_n

1 of hystorical place at Pangkor

That's my great experience since it's my 1st experience to the island even there are lots of beautiful island at my place. I really enjoyed every moments there because other than doing some fun activities, i could also release my tense.

Ok now, back to my busy life. Seriously i hate this hectic sem. The class start early in the morning, finish late in the evening and there are no gaps in between except for solat. Huh -_-'
So no wonder why sometimes i don't notice about new messages in my inbox and i even don't notice about new missed calls since my hp is always in silent mood. Sorry ya,,,

Soon, i will have some more activities to join under PAKAT and 1 under my course which is family day. Therefore, i hope i could share about that programme here soon. Argh,,, I really hope that something magic to happen so that the time could moving faster. Abracadabra~ Tttttttiiiiinnnngggg!!! Hee :)

Thursday, November 12, 2009

hOorAy! Kemerdekaan Yang Dicapai Kini

Assalamualaikum...

Ok la... Sebelum cerita ni basi dan berkulat, aku nak cite la sikit apa yang aku buat kat UPM lepas exam or sebelum aku balik kampung hari tu.

Last paper - Koko, 29 Okt (Khamis), 20.00-22.00

Lepas tu, hOorAy!!! MERDEKA...

Tapi angin telah membawa khabar yang student kolej aku ni boleh balik lepas 9hb Nov. Mak aih,,, lama lagi tu! Roommates ku sangat happy kot. Ya la... nampak sangat la aku akan balik sama-sama dengan diorang sebab 9hb Nov tu last paper diorang. Haish,,, paper habis awal pun macam tak ada makna je la :(
Apa yang aku nak buat kat sini lama-lama??? Nampaknya, habiskan duit dengan makan saja la zEri.
Maka, roommates ku especially Diyana senyum penuh makna. Jom pergi Putrajaya??? Sunway Pramid??? Sogo??? Mid???
Huhuhu,,, tak tahaaaaaaaannn siap dah tetapkan hari dan tempat yang nak pergi lagi tu. Bab jalan-jalan, aku lompat setinggi yg mampu. \(^_^)/ Hahahahah~


Esoknya lepas exam, 30 hb Okt - Pergi beli tiket balik Terengganu dengan coursemates, Dayah, Aina, Aishah, Bie dan Kak Tikah.
Tarikh balik, 3hb Nov. Aik??? Bukan ke 9hb Nov baru boleh balik??? Hehe,,, al-kisahnya, oleh sebab kitorang dah dapat bilik letak barang, so boleh la balik awal. Ngeh3~

Sampai bilik, aku baring jap. Roommates ku macam agak-agak frust je bila tahu aku akan balik kampung awal. Sorry,,, dah semua coursemates aku buat keputusan nak balik 3hb, terpaksa lah ikut. Kalau ikutkan, aku nak balik 4 or 5hb. 9hb macam lama sangat je. Adoi,,, plan nak pergi Sunway Pramid tak jadi la nampaknya sebab ikut perancangan, nak pergi 4hb. Huk,,,huk3 sedih =(
Diyana tiba-tiba cakap, kita pergi Sunway hari Isnin nak? (2 hb)
Hah!!! ye ke??? *mata blink2*. Terus segar dari lembik macam nak mati je tadi.
Naa~ tapi ada syaratnya. Program nak pergi Putrajaya, teeeeeeeeeeeeet... CANCEL!!!
Tak apa lain kali :)


31 hb Okt, Sabtu - Ikut Diyana temankan si kecik, Atie. Su (roommate sorang lagi) tak ikut sekali sebab dia ada paper hari tu. Pergi Central Market. Lepas tu, temankan Atie balik. Tapi bukan sampai rumah dia. Sampai Jusco Wangsa Maju je sebab lepas tu aku dengan Diyana nak kena pergi Seremban pulak. Dia nak jumpa kawan sekolah dia, nak bagi hadiah birthday. Bagus betul roommate aku ni,,,

Kat Seremban, pergi mana je ek?? Owh ya, Seremban Mall dan 1 lagi tempat yang aku lupa nama dia. Sampai kolej, dah malam. Sempat lagi join Su dengan Mizah layan Nur Kasih sebelum mandi. Hehe~


1 hb Nov, Ahad - Aku, Su dan Diyana keluar pergi Sogo pulak. SALE!!! tak akan habis-habis, $_$ hehehe~ Sambung jelajah kat Jalan TAR pulak. Su beli banyak tudung, nak jual balik Sarawak nanti. Erm,,, idea yang bijak. ALAMAK! hujan. Lari sana sini meredah hujan. Sempat singgah kat kedai buku. Tertarik pulak dengan 1 novel, Rooftop Rant. Pergi Mid Valley sebelum balik kolej. Huh,,, 1 lagi masalah bila tunggu komuter. Lama sangat sampai sempat lagi makan burger McD.
Tempat duduk penuh, so lepak macam tu je makan. Ngeh3~


Dengan orang yang ramai, boleh pulak relax je makan kat situ walaupun banyak mata-mata yang memandang, huhuhuhu~ Biasa la... malu nak makan, perut lapar. Nak lapar ke??? Huu,,, tak sanggup saya.

Komuter sampai, 1 cabaran lagi nak berasak-asak masuk dalam. Yang part ni, tak payah cite la. Hari minggu, macam duk dalam tin sardin. Tin sardin ok lagi kot, ahaks. Kaku tak bergerak, nafas slow2. Gerak sikit, sentuh orang sebelah kiri, kanan, depan, belakang. Nasib baik kat belakang ni roommate aku. Boleh jugak nak sandar, lega.

Erm,,, bila semua orang dalam komuter diam melayan perasaan, tiba-tiba dalam masa tak sampai 5 saat, komuter tu gelap kejap.

Aaaaaaaaa,,, bunyi suara perempuan menjerit.
Wah,,,kah3 =)) tiba-tiba aku tergelak besar.
Opps,,, semua orang sekeliling aku pandang serentak. O'oww...*buat muka tak bersalah*


Roommates ku gelak sama. Haisy,,, problem aku, kalau dah start gelak susah nak berhenti. Vibrate badan ni haa nak tahan gelak punya pasal. Su yang kat belakang aku pun ikut sama vibrate oleh kerana kuatnya badan aku vibrate, kihkihkih. Ya la, kang ada orang pandang pelik pulak kan. Orang lain macam tension je berhimpit-himpit, kita duk gelak tak berhenti-henti pulak. Hahahaha,,, tak boleh tahan bila teringat kat jeritan itu. Dah namanya perempuan,,, nak buat macam mana. Agaknya bila jerit je, semua masalah settle. Huhuhuh,,, apa-apa je la. Yang penting, kitorang selamat jugak sampai.


2 hb Nov, Isnin - Hari yang dinanti-nanti, pergi Sunway =). Kali ini, aku pergi dengan peneman setia, Diyana dan Su (roommates), Kak Jo dan Ramadan. Erm,,, lewat jugak sampai sana. Huhuhu,,, tujuan utama --> ice skating. Pukul 3 pm baru boleh start main.


Kami tak sabar nak main ^_^


Saja nak test power. hehe :D

Mula-mula macam risau jugak la nak main ni. Ya la, tak pernah kan. Kalau rollerblade, pernah la jugak. Itu pun dah lama. Tapi bila dah tengok orang main, excited la pulak. Diorang pun ramai yang tak pandai main. Bila je langkah masuk...
Mak ai!!! Licin wooooooo...*sambil gelak*

Tak seperti apa yang aku bayangkan. Aku ingat macam main rollerblade tu je. Rupanya, ni sangat licin. So seperti yang dilakukan orang lain yang belum terror, kitorang main kat tepi saja la. Tapi bila dah lama main, boleh la main jauh sikit. Itu pun bila dah pusing beberapa kali dan dengan bantuan Diyana. Rasa yakin la sikit. Jealous dengan Ramadan, awal-awal dah boleh main kat tengah. Ee,,, tak berani aku. Sekali kena langgar dengan yang dah terror tu, jatuh pulak nanti. Diorang main bukan slow2. Jatuh tersungkur tak apa, risau pulak kalau jatuh cinta. Ngeh3~

Su tangkap gambar ni dari luar


3 jam main, macam tak puas. Tapi kena stop jugak sebab ada tanggungjawab yang belum dilaksana yup. Tak apa. Panjang umur, datang lagi di lain masa :). Apa pun, thanks pada yang sudi isikan masa aku walaupun diorang tak habis lagi exam.


3 hb Nov, Selasa - Sambung packing barang, sudah mahu pulang. Bas malam ni pukul 10 pm. Tapi awal-awal dah kena pergi Hentian Putra. Lewat sangat, risau orang ramai pulak dalam komuter nanti. Mungkin dalam pukul 3.30 am baru sampai rumah. Malangnya 1st time dalam hidup aku, terlajak terus sampai KT. Hohoho,,, sepanjang aku belajar kat matrik, balik sengsorang, tak pernah pulak jadi macam ni. Sampai je Dungun, mesti terjaga. Bila balik dengan kawan-kawan, ni pulak jadi nya. Apa daa~
Teringat pulak time makcik aku (Ngoh) telefon aku sebelum aku naik bas malam tu.

Ngoh: Bas pukul berapa dek???
Aku: Pukul 10 pm.
Ngoh: Jangan tertidur sudah la, Tok Nab hari tu sampai pukul 3 am.
Aku: Tak apa... Kalau terlajak, sampai KT terus. *sambil gelak sakan*

Haa,,, ambek ko zEri. Kan dah masin mulut tu. Padan muka :p. Ketuk sikit kepala, *Tooinnnggg!* @_@
Owh ya,,, dialog di atas sebenarnya dalam dialek terengganu ye, huhuhu~
So, pergi rumah Dayah la dulu. Solat Subuh dan sambung tidur sebelum balik rumah aku yang makan masa dalam 40 minit dari KT.

Monday, October 12, 2009

Balas Dendam

Oleh sebab aku tak pernah keluar sejak sampai sini dari lepas cuti raya hari tu lagi, so hari ni la waktu yang paling sesuai. Boleh anda bayangkan betapa boringnya hidup? Mahu tak tension duk je kat u ni. Plan dengan Diyana dari minggu lepas lagi nak keluar. Nak tak nak, mesti jadi. Kami berdua je kot. Su? Alasan: tak ada apa yang nak dibeli + busy dengan assignment. Sangat kesian. Diyana? Nak beli hadiah untuk kawan-kawan. Aku? Mahu bebaskan diri :D

berdua lebih baik

1st location: Sogo. Mak ai,,, SALE! Mahu tak duk berjam-jam kat sana. Pilih punya pilih, yang tak tersenarai pun masuk sekali pulak yup. Diyana pun sama. Macam beli hadiah untuk diri sendiri nampaknya. Aiseh,,, itu memang dah lumrah kot sebab kurangnya disiplin perempuan dalam bershopping. Wah,,,wah3 :))

Bila dah bershopping, baru la terasa laparnya. Dari tadi tak ada pulak rasa apa-apa yup,,, huu :p. Dah solat, apa lagi???

           Ouwch,,, pizza sasaranku ;)
                                                                                                             Wajah dilanda kekenyangan
 
Kami sangat kenyang. Ambil masa sebelum teruskan perjalanan, hoho ^.^. Next location: Sg Wang Plaza. Tujuan: Diyana nak tempah hadiah untuk kawan dia la. Sambil-sambil tunggu hadiah tu siap, jalan-jalan la dulu. Nasib baik tak ada apa-apa yang tersangkut, heheh ^^. Opps,,, di sini, kat surau... Ada 1 peristiwa yang terjadi yang buat aku tergelak bila dengar Diyana cite. Wah,,,kah3! Sangat memalukan + terpana seketika. Tak boleh tahan...


Last location: Mid Valley. Huh,,, sampai jugak walaupun terpaksa berjalan kaki, bernaik train. Sekarang, keletihan melanda. Tapi masih nak jalan lagi. Di saat dan ketika ini, sudah pun Maghrib yup. Lepas sudah jalankan tanggungjawab, cari la apa yang dah disenaraikan. Diyana, cari hadiah lagi. Yela,,, nak buat macam mana, dah kawan-kawan dia semua nak lahir bulan ni... Hehehe :D


Huh,,, sudah agak lewat. Alhamdulillah, tak perlu tunggu public transport lama-lama. Dah sampai Komuter Serdang, tunggu bas pulak. Fuh,,, bas UPM ada.

Suasana dalam bas ketika itu

Dengan suasana dalam bas yang ala-ala romantis gitu, maka aku terlelap oleh sebab letih sangat. Kami sampai kolej lebih kurang jam 11 pm kot. Memang puas hati. Shopping dapat, penat pun dapat. 1st time balik lewat macam ni. Betul-betul balas dendam ni, huu.

Monday, June 15, 2009

Sisa-sisa Cutiku

Ehem2... Hari ni hari ke-4 aku di Selangor kat rumah mak cik aku, Ngoh. Agak bosan sebab hari ni Ngoh & husband dia, Pk Ngoh Jang dah start kerja. Huh,,, nak habiskan novel Cuma Dia, tapi macam malas je. Nasib baik la kat sini aku boleh juga online. At least boleh la aku luang masa kat depan pc ni. huhuhu~


Apa-apa pun, semalam sempat juga Ngoh bawa aku pergi jalan-jalan area Sogo & Jalan TAR. Fuh,,, sampai petang. Syok woO... hehehe :D. Kalau ikutkan aku & Ngoh, sampai malam pun tak apa. Tapi jangan!!! YB Hazim ada kat rumah.

 Ajim tomey :)

mmmuahxxx sayang Hazim ni... Banyak tempat juga kami sempat ronda sebelum Pk Ngoh Jang datang jemput. Yang paling penting, agak banyak jugak kami shopping. AGAK ke? hehe :D
Agak-agak sendiri la yup... Sebenarnya, tak ada la banyak sangat pun. Semua kain untuk raya nanti dan ada la barang-barang Ngoh sikit.


Emm,,, ingatkan dapat la jumpa Ain Farhana *sorang lagi bff aku* semalam kat Jalan TAR or Sogo. Tapi, tak kesampaian sebab aku inform kat dia lambat sangat. So, dia ada kerja lain. Tak apa la. 23 hb ni dia dah nak balik ganu. Kita jumpa di sana, hehe. Aku kat sini pun 1 minggu je. Dah lama rasanya tak keluar sama-sama dengan ain-ain ku *Ain Kusyi & Ain Hana*. Miss that moments a lot~