Pages

come with me ;;)

Friday, March 29, 2013

dimasak dengan chenta

...بسم الله الرحمان الرحيم

haaa,,, dah baca bismillah, apa tunggu lagi? jemput la...

...jemput menikmati gambar yang tak seberapa ni hasil daripada tangkapan menggunakan my lil nikon. jemput menikmati gambar je la yup. nak jemput makan pun dah habis dah :P. kejam tak?
sila jawab: ya, kejam sangat!

walaupun kejam tapi saya masak spaghetti ala Malaysia ni penuh dengan kasih sayang tau. bukti kecintaan saya pada Izzat Ikmal, opppsss! *hahahaha mati aku kalau budak ni terjumpa blog aku*

ok2. jangan nak gosip dulu. al-kisahnya macam ni. satu hari lepas perhimpunan pagi, saya dan beberapa orang cikgu lagi diberi arahan oleh guru ketua bidang. dan arahannya berbunyi begini:
cikgu diWAJIBkan untuk menyertai pertandingan memasak bersama dengan 3 orang pelajar cikgu bagi menyediakan 2 hidangan yang sesuai untuk berkelah. Hidangan yang disediakan mestilah sihat dan menggunakan produk maggi.
glurp,,, (_ _'). macam mana ni? kalau nak lari pun, confirm tak cukup tanah ni *kesat peluh kat dahi*.
task nya tak ada la susah cuma tak mudah la bagi saya yang 'pandai' sangat memasak ni haaa, hahahaha *booo sama saya :(*.

cobaan,,, tapi saya tahu saya kena ambil task ni sebagai sesuatu yang positif. dan nak dijadikan cerita lagi, minggu sebelum cuti sekolah minggu lepas, saya kena handle 3 kelas amali memasak untuk hero-hero saya ni. *lagi 2 titik peluh mengalir kat dahi* (_ _")

macam mana tak risau? dah la saya ni 'pandai' sangat memasak. lepas tu terus nak kena masak menu untuk lebih kurang 15-21 portion sekali masak. mahu tak haru.
Alhamdulillah... untuk hari pertama, saya cuma perlu tengok macam mana guru pembimbing saya handle kelas amali tu. saya cuma kena tolong sikit-sikit apa yang patut dan buat-buat 'terror' depan students.

alahai,,, boleh buat calon kakak ipar, cikgu saya ni. kata para pelajar kepada cikgu Azri Safirah. hahahaha :))

again, ini la kehidupan. dalam kegusaran, Allah masih hadiahkan kegembiraan. kegembiraan yang datang bila mana melihat pelajar-pelajar lelaki yang baru sahaja berusia 14 tahun melakukan kerja-kerja dapur dengan begitu cekap sekali sampaikan saya nak tolong diorang pun diorang tak bagi. ce ambil masa pejam mata dan bayangkan kejap keletah diorang buat kerja dapur. cair terus

alahai,,, boleh buat calon suami adik ipar, students saya ni. bisik cikgu Azri Safirah kepada para pelajarnya pula.
aik,,, sejak bila pulak ada adik ni? opsss,,,

apa yang Dia susun, semuanya ada hikmah yang tersembunyi. walaupun nak kendalikan kelas amali ni adalah super duper fuhhh tapi hasil dari kelas amali ni, saya dah pun jumpa calon pelajar yang boleh bersama-sama dengan saya join pertandingan memasak nanti :). dan salah seorang daripadanya ialah Izzat Ikmal.

calon pelajar dah ada. menu je belum ada lagi. hurm,,, lepas difikir-fikir dan atas bantuan seorang sahabat yang memang pandai memasak *ni memang betul-betul pandai punya*, Jalila... dia cadangkan untuk masak spaghetti ala Malaysia ni dan satu lagi menu sandwich telur. senang dan cepat nak sedia. lagipun masa yang akan diperuntukkan nanti cuma 1 jam. patut ke letak cuma? ke 1 jam ni dah cukup boleh buat orang kebulur ek? hee ^^ nasib la belalang...

hanya untuk pastikan segalanya berjalan dengan lancar, sebab tu la saya ambil kesempatan di rumah untuk cuba masak dulu menu ni dan dalam masa yang sama, set masa hehe :D. nanti tak ada la haru-biru sangat + senang sikit nak turunkan ilmu kat my heroes, Izzat Ikmal dengan Mudtazhar.

bila semua bahan dah disedia, setting semua alatan pada tempatnya...
 
taraa!!! bila mak dengan ayah saya sampai rumah je, terus boleh menikmati hasil air tangan anak perempuan dia yang sorang ni. hai,,, alangkah gembiranya :)
amacam???
confirm lepas ni Pizza Hut tak ada dah menu Spaghetti.
hahahaha :)) over tau.

walaupun pada mulanya bajet nak masak untuk 4 portion je, tapi tetiba termasak macam untuk 10 portion pulak, maka boleh la panggil kaum kerabat datang sekali jadi juri jemputan, hakhak ^^
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. [Al-Baqarah, 2:168]

 p/s: doakan yang terbaik untuk saya dan students saya, yup.
hopefully we gonna have fun experience
and blissful day together :)

6 003 people care:

aniswany said...

spagheti kalo 1st time try rasa ssh,tp kalo mcm anis yg hari2 nak mkn sphageti ni,rasa senang je :p wat cara melayu bru sesuai dgn tekak kita :)

#gud luck untuk zeri n student :)

zEri sAfEerA said...

@aniswany: oh,,, kire normal la nikan. nanti dah lame2 boleh la pjam mata sambil masak. hakhak ^^
aah btol. br rs mcm ari2 pon boleh makan spageti :D

#tenkius anis :)

ieda immi said...

dgn cinta dan perasaan kan .. lahirlah masakan yg enak ini ;)

zEri sAfEerA said...

@ieda immi: mane x nye kak ida. 10x rs. rsau sbab nk bg org makan punye pasal. kalo sdiri nk makan, skali rs, dah ok sgt dah :)

Siti(zoey) said...

nampak sedap..:)

zEri sAfEerA said...

@Siti(zoey): lepas rs br tahu indah rupa dr khabar ke indah khabar dr rupa? hehe :D