Pages

come with me ;;)

Sunday, July 14, 2013

nota-nota indah

 ...بسم الله الرحمان الرحيم

Salam 5 Ramadan, readers :). alahai,,, cepatnya masa berlalu kan. tup2 dah pun masuk 5 Ramadan dan entry ni spatutnya di'post' sehari sebelum kita start berpuasa lagi, tapi al-maklumlah atas sebab kerajinan tahap yang melampau, hari ni baru nak post. tak boleh jadi postman ni, hehe :D


dipendekkan...
akibat terlalu excited nak sambut Ramadan tahun ni, maka sehari sebelum start puasa, saya bertungkus-lumus mengemas bilik saya. ok, ini auta :P
sebenarnya sejak balik berpraktikal atau senang cite setelah tamat pengajian selepas 4 tahun, maka semua barang-barang dari upm diangkut balik, maka tiba-tiba saya rasa lost. macam mana nak kemas ni? hahaha lost dalam berkotak-kotak dan berbeg-beg barang. phewww (_ _")


setiap sudut dalam bilik penuh dengan khazanah. nak sumbat dalam almari... 2,2 dah nak meletup. hahahahaha :)). nak letak dalam drawer, ketiga-tiga drawer dah nak terburai. double hahahahaha =)). maka dengan ini, kerja-kerja pelupusan perlu dijalankan dengan giat. dan kerana menyedari hakikat bahawa melupuskan barang-barang itu memerlukan proses penapisan yang penuh teliti, maka sebab itu dah sebulan duk kat rumah pun masih jugak tak start operasi. ambek kaw~
haaa tu diaaa. ni baru separuh.


eh tak boleh jadi. nak kena kemas jugak ni. nanti dah start puasa, nak fokus benda lain pulak. dan berkat menjalankan kerja-kerja pelupusan, ni antara tudung dan shawl yang kena angkut keluar...
 
ni baru tang tudung dan shawl. tak masuk lagi pakaian. hee :D


eh tetiba dah banyak space dalam almari, ho yay ^^. bila kemas drawer plak, tetiba jumpa kotak ni...
alololo,,, nampak sangat time sekolah dulu pakai bedak compact clean & clear.


 
eh eh eh. ada banyak la kertas dalam ni. kertas apa ni? surat chentakah? sejak bila pulak pandai bermain chenta ni? ha.. ha.. cakap kat mak, cakap kat ayah, kikiki ;)


maka, cepat-cepat buka satu-persatu sebab excited nak baca. oic,,, kertas yang lagi hebat dari surat chenta rupanya. fyi, ni semua sticky notes yang saya tampal kat locker saya time duk hostel dulu. ada la kata-kata pembakar semangat yang saya tampal. so, sebelum pergi sekolah, bila duk depan cermin tu, automatik la akan baca semua tu. comel tak? hikhik ^.~


ada yang lagi comel sebenarnya. ni haaa...
nota-nota kecil dari little ain. alahai,,, merutun jiwa bila baca.
comel sungguh. saja je  kan nak penuhkan space kat pintu locker saya.
sweet tak saya? hehe dengan perempuan je la. dengan lelaki, belum lagi :P
sumpah nangis dia ni kalau tahu saya masih simpan semua ni.


bila baca satu-persatu, kenangan lama terus terimbau. masa yang sepatutnya diambil kurang dari sejam terus jadi berjam-jam lamanya sebelum semuanya siap dikemas...
 
sweet nya. serius,,, rasa nak nangis ni.
do it with your heart. hati yang dipandu dengan iman, insyaAllah :)


 
dia tak ambil est. note ni dia tinggalkan sebelum dia berangkat balik rumah. balik je dari prep, terus terbaca note ni. senyum sorang-sorang :)
biasa la, kami time SPM dulu, bila ada je gaps in between before the next paper, confirm kemas barang terus blah. kononnya nak study kat rumah, walhal sebenarnya nak hilangkan stress sebab study kat rumah tu sounds not so cool la. kan? kan?


haaa,,, yang ni pulak confirm wat kerja haremmm. siapa cakap budak comel tak buat kerja haram? hahahaha :))
take care... ye la, dia nak balik rumah secara haram tanpa kebenaran warden. meaning that kalau dia balik rumah, tak ada la yang nak CARE pada saya kat hostel ni.
heh,,, dia dulu yang kena take care sebenarnya. kot2 la tertangkap kan? hehe :D


and the last note from her, yang bila mana saya baca terus rasa "oh,,, kejamnya saya". kejam. tiada alasan lain melainkan atas dasar sayang...

saya mogok tak bercakap dengan dia selama beberapa hari sampai la dia tulis note ni kat saya dan tampal pada pintu locker saya.


and when it comes to explain, saya tanya dia dulu apa yang dia dah buat. she really had no idea on that. dia berteka-teka juga tapi semua salah. so, saya pun explain la...
sebenarnya, masa tu ada la someone yang satu sekolah dengan abang saya kirimkan 'something' dekat dia. tapi oleh sebab terlalu teruja, sampaikan tak sempat tunggu saya balik rumah dan ambil that 'something' tu, maka dia pergi ambil sendiri. bawak motor. tanpa lesen. dengan kaki yang sakit.


yup, saya ingat lagi. kaki dia sakit time tu. jalan pun terhinjut-hinjut lagi. siapa yang tak risau? tapi benda dah jadi. kalau saya tahu awal-awal, confirm saya tak bagi. saya tahu dia datang rumah saya tu pun lepas saya call mak saya. bukannya dia tak boleh tunggu saya balik dulu. degil punya budak. sebab tu dapat kawan pun degil jugak. hahahaha no offense :))
sebagai tanda protes, budak degil yang sorang lagi ni pun buat-buat la dingin dan tak bercakap dengan dia. dengan harapan dia akan rasa terseksa dengan sikap saya. wakakakaka,,, ini sumpah kejam dan alangkah bahagianya bila baca note dia masa tu. ok, mission accomplished ^^V

pengakuan dari hati: tak dapat bercakap dengan orang yang kita sayang walau sesaat, sumpah buat jiwa rasa nak meronta-ronta. sendiri nak seksa orang, sendiri yang terseksa sebenarnya. wooo looser :P


tapi kan, sepanjang +- 10 tahun kami berkawan, masa tu la kali pertama kami bersikap dingin.
wahhh tak sangka dah 10 tahun berkawan. kalau 10 tahun ni kita transform jadi manusia, dah darjah 4 la budak ni *boleh ke macam tu? hahahaha abaikan*.


lepas tu... bila belek-belek lagi, jumpa pulak buku time matriks dulu. dan jumpa la pulak kata-kata akhir dari roomates saya. Lee Yuen aka E,e dan Eng. pengalaman pertama dan terakhir duduk satu bilik dengan chinese. pengalaman yang awesome :)

 note 1: dari E,e.

note 2: dari Eng.


as a result, gelak sakan bila baca balik. tengok betul-betul perkataan yang saya highlight. 2,2 orang cakap saya KUAT TIDUR. tak cukup dengan kuat, siap letak VERY lagi tu. hahahahaha =))
mengikut firasat saya la kan, orang yang Allah takdirkan untuk jadi roommates saya memang betul-betul HEBAT la. sebab yang tak hebat confirm terSAIKO sampai rasa nak join tidur sekali. tapi memandangkan roommates saya hardcore study semua, so sikit pun tak affect diorang. well done, beta jee. ahaks,,, suka hati ;)
saya pun hardcore jugak kadang-kadang tapi last minit la :P


bila scroll up... mak aih,,, bapak la panjangnya entry ni. itu pasal la malas nak update.
heee sebelum saya chow, walaupun dah masuk 5 Ramadhan, tapi saya tetap nak menguar-uarkan untuk sama-sama merebut hadiah Ramadhan.

let's list down matlamat-matlamat yang kita nak capai by the end of Ramadhan, yang mungkin tak pernah kita capai sebelum ni. hurm,,, contohnya kalau tahun sebelum ni kita dah berjaya khatam al-Quran, apa kata tahun ni kita cuba khatam 2x pulak. tak pun 1 and half ke. haaa banyak lagi amalan lain yang kita boleh tingkatkan.
takat mana mutabaah amal kita so far, dari situ la kita tingkatkan. tak payah nak ukur amal kita mengikut amalan orang lain sebab kita nak ubah diri kita, bukan orang lain. lagipun perjalanan yang Dia aturkan untuk kita, tak sama.

then... dah list down, tampal kat tempat yang mudah kita nampak. apa yang kita lihat itu, bukankah juga 1 doa? sama-sama jadikan Ramadhan itu sweet. semoga sentiasa ada insan baru yang lebih baik akan lahir di setiap 1 Syawal, insyaAllah :)

8 003 people care:

asHa Zain said...

bnyknyer surt chenta dia!hehehe

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

so sweet bila kita simpan and baca semula surat yang orang kasi kat kita...hehe

aniswany lazim said...

xpe type panjang2 pn xpa sbb anis baca semuaaa...dari yg anis baca la kan..dpt describe yg awak ni suweeet sgt..so ramai yg syg kan..smpai byk2 note dpt :) kite dlu dpt note cinta jek..very xsenonoh..

hope dpt jadi muslimah yg baik mcm awak ^_^ doakan ye

slamat bepuasa ^_^

zEri sAfEerA said...

@asHa Zain: alamak!!! jgn rampas ye, chekgu ;)

zEri sAfEerA said...

@NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI: kan. terus ingat balik kenangan lame2. pastu terus rindu nak sekolah balik. hakhak^^

zEri sAfEerA said...

@aniswany lazim: alahai,,, segan plak :*
xdela x snonoh, comel je. hehe :D

ala,,, anis ni. awk x knal lagi d real me. tp sy pcaye sume org struggling nk jd baik. sy, awak, sume nk jadi baik. sy pcaye 2. sm2 kte doa yeah :)

selamat berpuasa juge ^_~

E'in said...

yunk... untung laa ramai org syg die... hihi... ein penah gak jmpe surat2 mcm nie time zaman dolu2.. sume surat cinta... kahkahkah...

selamat berpuasa yunk... :)

zEri sAfEerA said...

@E'in: hahahaha org hot, mesti ah dpt srt centa. x gtu?

ho yay selamat teruskan berpuasa link ;)