Pages

come with me ;;)

Monday, September 20, 2010

Kegembiraan dalam Kesederhanaan

Ho yay,,, baru saja boleh sambung update blog. Sadis,,, lepas malam raya hari tu, terus tak boleh online. Streamyx connection kat rumah aku ni haa tiba-tiba putus. Time tu lebih kurang pukul 2 am. Puas la duk connect balik, tapi tak dapat juga. Sudah masuk raya ke-2 pun line tak ok2 lagi. Huh :(
Rupa-rupanya, ada orang potong kabel telefon. Haiyaa,,, siapa punya kerja la ni. Sanggup dia buat kerja mongoks. Malam-malam raya, bawak-bawak la tolong bini masak rendang ke. Ada juga faedahnya :p
Sudah. Abaikan kisah menyakitkan hati di atas. Kali ini nak cite kisah raya saya pada ini tahun pula. Siapa yang tak mahu dengar baca, sila tutup telinga mata. Boleh?
.........................................................................

1st day raya Bersiap 1 family. Tahun ini, kami membawa tema KELABU. Mula-mula mood aku macam lagu Rossa, PUDAR tu. Ku rasakan pudar dalam hatiku. Eh2,,, bila dah pakai 1 family... Mood PUDAR terus bertukar ke lagu Dafi ft Gita Gutawa, DUA HATI JADI SATU. Hariku indah, dua empat hati jadi satu... Hee ^^

Lepas saja solat sunat Eid, terus ke rumah tok nenek aku. Semua family sebelah mak berkumpul kat sana. Family Pk Cik Man dengan tema BIRU dan family Ngoh pula dengan tema PURPLEnya. Family Ayh Ngoh saja yang tak sampai.

Sampai saja rumah, terus pasang niat nak tidur lama sekejap. Tup2, family Ayh Ngoh pula sampai. Argh,,, sudah. Tiba-tiba rumah aku mendapat serangan bertubi-tubi. Tak cukup kaki tangan aku nak buat serangan balas. TOLONG!
Sudah lewat petang pun rumah aku tak lengang lagi. Tak cukup dengan saudara-mara, kawan PLKN aku, Wani pun buat serangan jugak dengan adik-adik dia. Ngee :D

Shhh,,, diam semua. Zeri nak tangkap syahdu layan lagu raya Khairil Johari, SEPASANG KURUNG BIRU pula ni. Tetamu datang, tetamu pergi. Namun tak tiba orang ku nanti. Huwaaa :((
Aik, baru nak layan perasaan 0 ni sikit. Alih-alih, dia dah call nak datang rumah nampaknya. Mak ai, lompat macam monyet dapat pisang emas la saya \(^_^)/
Maka secara rasminya... Dengan ini, ingin saya perkenalkan di sini si dia yang ku nanti-nanti itu. TARAAA~
 
Hikhik,,, bukan main encemnya dia berkebaya biru ;)
......................................................................... 

2nd day raya Hari ni memang tak boleh pergi mana-mana lagi. Dari pengalaman raya-raya yang lepas, hari ni lagi dahsyat kalau nak compare dengan hari pertama. Namun, tekaan ku meleset sama sekali. Dah tengah hari pun aku masih steady boleh tengok tv, hehe :D. Yang datang cuma family Ayh Teh dan 2 tetamu ini...


Tak sempurna rasanya raya ke-2 aku kalau mereka berdua tak berkampung di rumah aku sampai petang. Tak gitu Ain & Issareni?
Haaa,,, kawan sekolah rendah dulu Anas dengan Pesal pun datang juga. Pizi memang tersenarai dalam tetamu tetap, hoho ^.^
.........................................................................  


3rd day raya Ada projek besar dengan gang sekolah menengah. Cepat-cepat bersiap. Kan kalau dah ada orang datang rumah, tak berprojek mana la aku.


Kami... Aku, Ain, Irni, Jay dan Issareni plan nak pergi beraya rumah Cikgu +math kami dulu, Cikgu Suzana. Lepas habis sekolah dulu, tak jumpa-jumpa sampai ke hari ni. Itu yang nekad juga nak pergi tahun ni.
Kami tak terus ke sana. Singgah dulu rumah Suraya dan Noraini.

Ke destinasi yang dituju. Huish,,, gila ah jam. Aku rasa hari ni tak payah pergi mana-mana la selain beraya di jalan raya, teehee :p
Setelah lebih kurang 1 jam terperangkap di jalan raya, akhirnya sampai juga. Waaah,,, langkah kanan nampaknya. Kebetulan pula cikgu buat open house. Sambil berborak, sambil menjamah kuih raya yang ada. Issareni je yang advance sikit. Sempat juga dia makan nasi dagang.

Alang-alang sudah sampai seberang marang, tak lepaskan peluang pergi beraya ke rumah si kembar kakak dan adek. Otw ke sana, tiba-tiba Jalila buat pengakuan berani mati. Dia kata, sebenarnya dia nak makan sangat laksa penang kat rumah cikgu tadi. Dengan nada yang penuh saspen... Ain, Irni dan aku bersuara...
aku pon teringin gok benonye
Mia,,,hahaha :)) mahu tak terangkat kaki masing-masing duk gelak dalam kereta. Adoiyaaa,,, tu la. Cikgu pelawa makan, semua buat jual mahal. Kontrol CUN!
Malu berdayung, perahu hanyut. Malu nak makan, air liur meleleh. Ahaks,,,
Takpe. Moh pakat makan banyak-banyak kat rumah kakak adek yup. Haa,,, Mira pun datang jugak join the club...

Bila perut dah terisi, beransur-ansur pulang la. On our way back, nasib baik jalan tak jam. Tapi, jalan menghala ke KT masih lagi jam.

Macam ni la rupanya keadaan kami time nak pergi rumah cikgu tadi.


Kebetulan nak hantar Ain balik, so singgah la rumah dia sekejap.
wajah kusam tak bermaya, senyum pun macam terpaksa


Lebih kurang pukul 6.30 pm baru la sampai rumah. Lotih tapi puas hati :)
 .........................................................................  

 
4th day raya Giliran gang-gang semalam bertandang ke rumah aku pulak. Maaf la, nama lagi raya keempat. Tak ada lagi dah nasi minyak gulai daging mahupun gulai ayam kampung. Yang tinggal kini hanyalah masakan ekspress saja. Nasi putih, ikan singgang, ikan goreng, masak lemak sayur kubis, budu, sambal belacan dan timun cina tembikai. Ngeehee ;)

 .........................................................................  

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­
5th day raya Hujan renyai-renyai. Tapi plan nak pergi mandi ombak laut dengan family sebelah mak still ON. Woohoo~~~ gila lama tak bermandi-manda di laut china selatan ^_^
Tengok. Budak lentik ni pun join jugak. Nampak gayanya, macam itik jumpa air la dia. Dulu bukan main lagi. Nak jejak pasir pantai pun meraung tak hingat... Aiyaarkkk
Bila dah dapat peluang ni, tak sah selagi kulit tak terbakar dek sinaran mentari (8
 .........................................................................  
­­­­­­­­­­­­­­­­­

6th day raya Ke KT lagi dengan Ain Hana. Kali ni pekena mee hoon sup kaw2 atas kedai pasar payang. Fuh,,, BEST! Walaupun berdua saja, tapi seronok 2,3 ronok sangat ^^. Huu,,, bila lagi la nak dapat peluang gini macam ni. Ya la, lepas ni dia ada tugas lagi penting. Situasi maybe berbeza bila sudah masuk ke alam kerja :(
 
On my way back, singgah di rumah Ain Kusyi dulu seperti yang sudah dijanjikan walaupun time tu dah pun pukul 5.30 pm. Janji tetap janji. Kalau tak hari ni, bila lagi nak pergi.
Ain dah start bisness mencotek roti hari ini. Kebetulan pulak ustazah sekolah rendah aku, Ustazah Zaharah Yusuf ada sekali. Sempat juga bersalam-salaman. Bila ditanya aku ni siapa... Maka jawapan yang diberi, saya Azri. Senyum lebar la saya bila ustazah balas owh,,, Azri Safirah. Fuyoh! Full name terus dia kasi. Tabik spring ah. Lebih kurang 9 tahun tak jumpa, ingat lagi nama aku yup :)

Tak sia-sia aku ke rumah ain. Boleh makan sate. SUKA. Makin kembang la aku raya ni. Persoalannya kini, bila la nak kucup balik. Kena puasa 6 la nampaknya yup, okay ;)
Lepas solat Maghrib, baru la family Ain hantar aku balik. Alang-alang, mak dengan ayah dia boleh beraya sekali dengan mak dan ayah aku (:
 .........................................................................   
­­­­­­­­­­­­­­­­­

Haih,,, dah hilang kata-kata. Aci la kiranya yup aku tamatkan entry ini dengan wassalam~

6 003 people care:

E'in said...

wah.. raya sakan nmpk.. =)

Fareha Noor said...

wah, entry y padat...penuh ngn suasana raya

Anonymous said...

raya 1: beshnyer ayat2 lagu mg masuk ngan crter mg..kreatif,ngeeee~~~
raya 2: ain nmpak kurus lam gambr ni,kahkahkah2....
raya 3: huh!mmg besh biler dpt brkumpl ramai2 cam ni teringat blik nostalgia lame,cewaa!
raya 4: huhu2..sedey aku xdok lam gambr ni:(
raya 5 : aku pon lame dh x g pantai..ermm..len kali ajak aku skali erk..
raya 6: xcreter pon jumpe aku gak kat kuala trg!..haha2!....
KESIMPULANYER:..raya 2010 mmg raya sakan untuk kaka pirah!...

zEri sAfEerA said...

farra : agak la :)

fareha: thn dpn eh fareha ^^

issareni: hahaha :)) takot mu x rela j. hehe :D

anish: samat ari ry ;)

little ain said...

HAHAHAHAHAHA

zEri sAfEerA said...

Grrrrrrrrrrrr ;)