Selamat pagi semua :)
semoga semuanya sihat-sihat saja. haih, ini format surat tidak rasmi kah? sorry2...
sudah 5 hari saya tak update apa-apa kan? kononnya cuti kali ni nak lagi rajin la update cik blog ni memandangkan kat rumah tak ada masalah siput dan binatang-binatang yang sepupu dengannya. tehee ;)
Haa,,, kalau sebelum ini saya berkongsi macam mana haru nya final exam saya, kali ni saya nak kongsi pula apa yang saya dah buat dan belajar sepanjang sem ni yang konon nya busy sangat tu kan. hee ^^
untuk sem yang lepas which is semester ke-4, saya ambil 7 subjek iaitu Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan, Psikologi Pendidikan, Pengeluaran Buah-buahan, Lukisan Teknikal, Prinsip Sains Tanaman, Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Manipulatif III (Enjin). ok, secara ringkasnya:
1. Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan. dua tugasan yang perlu kami laksanakan iaitu interview usahawan dan business plan. untuk interview usahawan, saya dan partner saya Nurul Hidayah ke Natifah Batik. banyak yang kami dapat dari interview ini melalui perkongsian pengalaman dan tips oleh Puan Natifah sendiri.
untuk rancangan perniagaan pula, saya dan klik saya telah menubuhkan Bake4U Berhad merangka perniagaan, menguruskan kewangan, pemasaran, operasi etc bersama. Ini lah teammates saya yang bersengkang mata sampai 3,4 pagi menyiapkan tugasan.
**************************************
2. Kemahiran Manipulatif III (Enjin). fuh,,, mula-mula macam blur juga la belajar subjek ni. very technical. nak kena belajar komponen-komponen enjin. enjin pula ada macam-macam jenis enjin. enjin dua lejang la empat lejang la, enjin diesel la enjin petrol la. lepas tu nak kena tahu pula sistem dan operasi yang terlibat macam sistem brek, sistem penyejukan etc. haisy,,, mahu tak pening. tapi bila dah faham, segala proses tu macam bergerak-gerak je dalam kepala ni haa. hakhak :))
untuk tugasan amali subjek ini, kami kumpulan A2I (A two I) which is Artificial Intelligence Invention telah mereka mini portable trolley. oleh sebab ahli kumpulan kami semuanya wanita, maka harap maklum la yup kerana ini lah hasilnya
owh,,, ini trolley kami yang belum dimodified sepenuhnya.
kami juga membuat lawatan ke Naza Bikes dan saya telah dibuli oleh pengarah projek untuk jadi photographer tak bergaji dan sebab itu di akhir-akhir lawatan, orang lain pula ambil alih tempat saya sebab ini photographer gila nak masuk dalam gambar juga. muehehe :D
untuk itu, terima kasih kepada Dr. Fatah *lecturer kuliah* dan En. Khaizer *lecturer amali* :)
**************************************
3. Lukisan Teknikal. nak kata subjek ni susah, tak ada la susah sangat sebab subjek ni tak perlukan kita untuk study sampai juling pun. sebaliknya, perlu rajin buat semua latihan lukisan-lukisan yang lecturer bagi. lama-lama InsyaAllah akan mahir. subjek ni mungkin akan jadi susah bila kita tak dapat nak imagine sesuatu bentuk tu. pendek kata kalau tak dapat hidayah *hiperbola*, tersembur biji mata keluar pun memang tak boleh nak buat apa la. perlu fikir berdimensi. acey,,, gitu la kononnya.
antara lukisan yang kami belajar adalah lukisan isometri, oblik, ortografik, tangen etc. dengan ini, terima kasih kepada En. Haris *lecturer kuliah* dan En. Saiful Redza *lecturer amali* :)
**************************************
4. Pengeluaran Buah-buahan. saya pernah la cerita sikit pasal subjek ni dalam entry ini [klik sini] sebelum ni. nama lagi ambil kos Bac Pend (Sains Pertanian). setiap sem pun mesti wajib ambil subjek under fakulti pertanian punya. subjek ni pun ada amali. kumpulan kami seramai 10 orang yang terdiri daripada 7 orang wanita dan 3 orang jejaka dilatih untuk menjadi ibu bapa angkat kepada anak-anak angkat kami iaitu Nephelium lappaceum (rambutan).
oleh itu, terima kasih kepada Dr. Mahmud Tengku Muda Mohamad *lecturer kuliah* dan penunjuk ajar di ladang iaitu Tn. Syed Ghazali Jalalulin :)
**************************************
5. Prinsip Sains Tanaman. subjek ni tak banyak beza dengan subjek Pengeluaran Buah-buahan tadi. jadi, ilmu yang dipelajari dalam kedua-dua subjek ni boleh dikaitkan antara satu sama lain. cuma subjek ini tak ada amali dan hanya perlu siapkan satu coursework. ringan la sikit. tapi bila exam tak ada la ringan sangat. hehe :D. apa pun, terima kasih Dato' Dr. Idris :)
**************************************
6. Psikologi. dengar nama je terus tersaiko. huuu,,, tak ada la. itu cuma 1st impression saya. bagi saya, subjek ni sangat menarik sebab kita dapat belajar kepelbagaian individu melalui ciri-ciri individu, konflik yang dialami, cara penyelesaian, kajian yang dilakukan tentang individu oleh ahli-ahli psikologi barat. walaupun memang banyak term yang tak pernah dengar pun sebelum ni nak kena hafal. plus, kena faham setiap eksperimen dan setiap teori yang dikemukakan oleh setiap ahli psikologi. tapi saya tetap suka.
macam menyampah sikit la kan bila pura-pura fokus study di depan lensa kamera hikhik ^^. Dr. Norlizah, terima kasih :)
**************************************
7. Kemahiran berfikir. haisy,,, memang banyak benda nak kena fikir ni. masalah keluarga, masalah pejabat, masalah rumah tangga, masalah negara lagi. hakhak :D ok, tipu. seperti subjek Psikologi tadi, subjek ni pun banyak kena tahu tentang teori-teori pemikir dari barat. barat. barat. barat. acey,,, macam emo la pulak.
hee belajar teori macam best tapi kalau tak faham memang free saja la ke tali gantung time exam. betul, saya tak tipu. sebab nya bila exam dia bukan tanya direct pun pasal teori-teori tu tapi macam mana kita aplikasi setiap teori tu dalam setiap masalah yang diberi. contoh soalan final exam hari tu cara penyelesaian masalah bagi satu pasangan yang baru berumah tangga ni. eh, tak pasal-pasal pulak kena fikir masalah rumah tangga orang kan. kwang3 :P
kepada Dr. Aminuddin, terima kasih. terima kasih juga kepada sahabat saya, Fareha yang jauh di NZ kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik untuk sesi interview bagi mengenalpasti jenis kecerdasan yang dimiliki beliau berdasarkan teori yang dikemukakan Howard Gardner. acey,,, ayat mesti nak lebih punya. tanpa mu, tak siap la assignment ku itu, ngee n.n
**************************************
Hurm,,, pejam celik pejam celik sudah pun tamat semester ke-4 saya. maka, perjalanan saya untuk menamatkan pengajian ini tinggal lagi separuh untuk mencapai cita-cita sebagai seorang guru, InsyaAllah. tiba-tiba teringat mesej yang dikirim oleh makcik kesayangan saya pada hari guru baru-baru ni:dulu DIA pegang rotan, kau kata DIA garang.dulu DIA lambat masuk kelas, kau kata DIA malas.dulu DIA marah-marah, kau kata DIA melampau.kini, kau bakal menjadi DIA.
owh,,, terharu. terima kasih, cikgu. sekarang saya perasan yang entry saya ni panjang. maka saya chow dulu :P
owh sebelum itu, terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sentiasa berada di sisi berjuang bersama-sama...