Pages

come with me ;;)

Monday, September 3, 2012

seperti yang dijanjikan

Alohaaa readers ;)
seperti yang dinyatakan dalam tajuk di atas, saya datang ke sini hari ni adalah semata-mata untuk mengotakan janji yang telah termatri *ambek,,, bahasa skema aku*.

janji? yup,,, janji yang saya nak umumkan tarikh perkahwinan saya bila dah sampai masanya. dan sekarang dah tiba masanya untuk saya menipuuu... hahahaha :)) *ya ampun kakak-kakak, adik-adik*

ok2. janji tak nak main-main dah. sebenarnya pasal janji yang saya cakap saya nak berusaha keras untuk menaip sebanyak mungkin entry sebelum 2012 berakhir di entry yang lepas.
iya la,,, mana tak nya. saya hanya post 3 entries setakat ni untuk tahun ni. memang tahap papa kedana dah blog saya ni. 

sebenarnya, banyak sangggaaattt benda yang saya nak tulis, nak kongsi kat sini. tapi apakan daya, ada yang mengekang *ni memang sedih betul-betul punya. tarak main-main haaa*.

dan atas sebab itu, saya memilih untuk kongsi di _______...
haaa nak tahu jawapannya? jom ikuti sembang santai antara saya dengan sahabat saya, Ain Farhana *dah macam reality tv show la pulak*.

Ain Farhana: Zeri, aku rasa memang tak ada chance je nak jumpa raya ni.
Saya: hurm,,, tu la Ain. takpe la tak ada jodoh la tu. InsyaAllah jumpa kat KL.
Ain Farhana: haaa,,, mai la rumah aku, Zeri.
Saya: tengok la nanti. kalau free, boleh je. masalahnya faham-faham la, dah masuk tahun akhir ni memang mustahil la nak free.
mu tunggu je la masuk tahun baru. mana tahu sejarah tahun lepas berulang, hahaha.
Ain Farhana: haha tak leh bla mu ni. ingat lagi cerita tahun lepas. aku ni dah ingat-ingat lupa, hehe.
Saya: eh mesti lah. aku simpan kemas dalam diari, hehe.
Ain Farhana: wow,,, sejak bila mu ada diari ni, ingatkan blog je.
Saya: sejak kebebasan untuk aku bersuara di dunia blog diragut oleh individu tak bertanggungjawab, muehehe.

#untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, dialog di atas telah diedit kepada bahasa yang mudah difahami oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya. MERDEKA! *tetiba*


berbalik kepada kes ragut. yup,,, jawapan yang saya beri tu memang nampak macam main-main but i really mean it.
kebebasan bersuara. bunyi macam serius tapi sebenarnya tak pun. siapa yang dah lama ikut blog ni mesti tahu sangat. saya tulis santai-santai je pun. kan? kan?

cuma... bila mana ada pihak yang suka judge penulisan saya mengikut perasaan dia, tu yang jadi semua benda yang saya tulis seolah-olah ada yang tak kena di mata dia.

mula-mula memang lah nak buat tak tahu je. tapi kalau apa yang saya guraukan kat sini pun boleh buat dia salah faham...
fuhhh,,, mahu tak membara. kita yang tak maksudkan apa-apa, tapi ada orang translate sebaliknya, ni memang betul-betul buat saya tak ok.

maka, i'm begging you lah. before you judge, please try this method: ASKING.

dan atas faktor itu, saya memilih untuk hanya menulis dalam diari. macam girly sikit la kan. sebelum ni mana nak pernah tulis-tulis diari ni walaupun saya ni antara pembeli diari yang tegar. kwang3 :D

iya. percayalah kawan-kawanku sekalian, saya ni memang suka beli diari. tapi tulisnya tak pun. dulu la. tapi sejak dah dewasa ni *ehem2*, saya dah bersara dah daripada terlibat dalam pelaburan yang tak menguntungkan tu. guna mana yang dah ada sudah...

dan ini antara diari-diari yang pernah saya beli time muda-mudi dulu. sekarang pun masih muda cuma tak mudi dah. hakhak ^^
ni je yang masih tersimpan dalam drawer. yang lain entah la ke mana. macam-macam. yang ada padlock, yang guna password, yang berbutang, etc. kalau yang ada padlock tu, sah2 la tak boleh buka sebab tak tahu ke mana dah kuncinya. yang ada password tu lagi la.

sejak dah pandai tulis diari ni, oh tiba-tiba saya rasa saya sangat sweet, hikhik. saya bebas meluahkan apa yang saya rasa tanpa ada orang boleh judge saya. sekarang baru saya tahu yang diari ni tak ada lah geli sangat pun.

you know why?
because i can be so true to myself without thinking of others feelings. i can put my feeling 1st. and that's seriously AWESOME!

sekarang, saya rasa lebih bebas seiring dengan 55 tahun kemerdekaan negara kita, muahaha :)) 

diari. di dalamnya tercatat soal cinta. membesar dengan mind set seperti ini lah yang buat saya hanya berminat untuk beli diari, tapi katakan TIDAK untuk menulis diari.
namun, tidak lagi kini. nampak tak hikmah di sebalik apa yang dah berlaku? tiba-tiba saya nampak keuntungan dalam pelaburan yang sudah saya buat bertahun-tahun yang lalu. ho yeah~ 

soalnya... saya, mak, ayah, keluarga, teman-teman, bukankah mereka juga cinta? dan kerana menyedari tentang hakikat ini lah buat saya semakin menghargai diri saya dan kehadiran mereka dalam hidup saya. maka, bait-bait cinta saya nukilkan kemas dalam catatan diari saya buat mereka, dan sebagai motivasi terunggul buat saya juga.

apa pun sejarah yang telah mereka pahatkan sama ada episod suka atau duka, saya tetap memilih untuk menghargai kerana di sebalik episod-episod itu lah yang menjadikan siapa saya hari ini, Alhamdulillah :)
semoga suatu hari nanti mereka mampu tersenyum bila saja membaca setiap bait yang saya catatkan ikhlas buat mereka.

maka sebelum saya akhiri entry panjang saya kali ini, izinkan saya kongsi satu lagi perkara yang best tentang tulis 'real diary' instead of 'online diary'...
you don't have to deal with the wifi problem. peace ^^V

16 003 people care:

kurus said...

aduhh panjang lebar penjelasannya
akk paham maksud adik
macam nie lah dik
kita pun sama , bukan semua sempurna , ada masa2 kita x leh nak puaskan hati sesama kita ..
rambut sama hitam .. biarlah org nak judge apa .. janji niat kita baik ;)

zEri sAfEerA said...

@ieda: hakhak ^^ saya kalo dah dpt chance menaip, mcm ni la. tak maunye nk pdek2, hehe :D

betoi3. dan ni atas pmintaan kwn2. consider la nk mnulis balik kat cni. sape x rndu blog sdiri kak.

HanisLazimAndTheShaklee said...

wahh betol2 lepas gian tulis entry nih..hihi

-better write for urself and have no public than to write to public n have no self :) abaikan org2 yg judge cara u update entry..belog kita suka hati kita la :D

and 1 more,only good girl keep diaries :) bad girl dont have time to do that :D hihi

p/s : psss sori komen terpanjang plka :D peace

zEri sAfEerA said...

@aniswany: haaa 2 la pasal. hehe

thats true. i just have to remember that theres always frens who is always support n miss 2 read my update.

weee wah tetibe feeling good girl jap ;;)

p/s: sokay2, xde batasan patah pkataan di cni, hakhak :)

nazirulhazwan~ said...

tulih ape saje kat belog,as long as tak salah kt sisi ugame.
tulih bende betul pon kadang2 orang sakit hati;p

btw, guwa ade tulis diari.jiwang punye diari.mase mude2. bile bace balik, nak muntah.haha

senydream said...

diary???...waah..sweet gler kot!..

zEri sAfEerA said...

@nazirulhazwan~: InsyaAllah boleh slow2 pasni...

wakakakaka :)) sape sruh tulis jiwang2 kan. x pasal2 sdiri bc, sdiri nk muntah. biase la, jiwang time mude2 mmg len mcm ckit. dah tahu dahhhh. hee ^^

zEri sAfEerA said...

@senydream: hehe :D skali skale nk sweet, tehee

Scha Nazri said...

syaz malas nak tulis diari! HAHA

zEri sAfEerA said...

@syAzAnA: hakhak paham. sy pon bukan tulis tiap ari, kekeke :D

E'in said...

abaikan aje awak org2 yg suke judge tu.. hak kite kan..

diari tu e'in tulis time sekolah dulu je.. ;p

zEri sAfEerA said...

@E'in: InsyaAllah slagi mampu sabar.

hikhik ^^ x try baca balik ke...

~nouril azmal~ said...

same with me.... diari jeark banyak.... tulisnye tak pown.... hehehe

zEri sAfEerA said...

@~nouril azmal~: aik,,, dang agi kak noru. x honeymoon ke? kekeke :D

nabilah_2908 said...

bercerita bab diary..

sy pun punyai koleksi diary..dari sekolah rendah lagi..

tapi bnyk kenangan buruk juga bila ada diary bilamana wujud org yg suka mengganggu privacy org dgn membaca diary kita..sampai sekarang kot sy tak boleh lupa budak tu...huhu..

sebelum kenal blog ada juga diary..yg tu mmg simpan betul2..lepas jumpa blog..cerita2 kat dalam diary tu tak berupdate...heeee.. ;P

zEri sAfEerA said...

@nabilah_2908: nabilahhhh finally. hehe :D

wow,,, sweet girl. dr sklh rdh.

hee dah agak dah. zmn bdk2 mmg mcm 2. ape la suke sgt la bc diari. bc buku teks 2 xnak. hehe :D

hakhak ^^ InsyaAllah try utk stiasa update diari. sbab bnda yg d share d blog n diari adlh 2 bnda yg brbeza :)