Pages

come with me ;;)

Monday, June 10, 2013

pilihan dalam hidup

uhuk3,,, tak sempat nak bagi salam, dah terbatuk dulu, hehe :D
Assalamualaikum dan selamat pagi, pembaca yang budiman sekalian...

...بسم الله الرحمان الرحيم
Alhamdulillah,,, tak sangka 4 tahun sudah pun berlalu dan saya menamatkan zaman degree saya dengan bergayanya. saya ulang, dengan bergayanya sebab siap dengan pakej sambutan hari guru di sekolah, hee ^^. *dah 2 minggu kat rumah, baru nak update :D*
 
bergaya tak? hikhik ;)

wala wehhh,,, rasanya macam baru je menaip guna pc, post 1st entry dan another new entries pasal persediaan nak masuk upm. tetiba baca balik, rasa malu sendiri pulak sambil berbisik dalam hati... 
"apa yang kau tulis ni, zEri?" *dush* (_ _*)
walaupun terasa macam nak ketuk kepala sendiri kat dinding, dan berkira-kira jugak nak delete, tapi CANCEL ah sebab fikirkan balik kot-kot la anak cucu nak baca satu hari nanti, kwang3 :P.
bayangkan diorang baca sambil cakap "sweet jugak nenek aku ni." hehe,,, harapan la kan.
silap hari bulan diorang cakap macam ni... "boleh tahan gila jugak nenek aku ni." hahahaha :))

ingat lagi masa 1st day jejak kaki di upm. eceh,,, masa tu dak Ajim kat sebelah ni kecik lagi. dapat je kunci bilik, pilih katil, terus salin lampin Ajim. time ibu dia salinkan lampin tu, saya pun dah start kemas barang, maka bermula la perbualan yang lebih kurang macam ni...
Makcik: x lama pun 4 tahun ni. pejam celik, pejam celik, tetiba dah konvo.
Abang saya: Hazim masa tu dah 4 tahun la.
Makcik: Ooo,,, yela. dah besar la Hazim masa tu. *intonasi teruja*
Husband makcik: Pastu masa tu Hazim bawak adik sorang lagi. *buat suara budak kecik*

tetiba saya dan makcik serentak pandang satu sama lain. dia buat muka, terus saya gelak. dan taraaa~ Hazim dah pun dapat adik baru...

introducing my new sweetie, Siti Najah Kamarulzaman.
alololo,,, gigit sedap nih
;;)

and yes. 4 tahun tu tak lama pun. dan sebelum saya start berpraktikal lagi, saya dah pun merasai kerinduan untuk belajar lagi. rindu nak pergi kuliah. rindu nak berlari kejar bas. rindu nak beratur ambik turn nak mandi. rindu nak buat kerja gila time study week. rindu nak kenakan kawan-kawan time birthday. rindu nak tidur kat surau sebab nak siapkan group assignments. rindu nak duduk dalam gelap dalam bilik sebab taknak turun perjumpaan kolej. hehe,,, rindu semua la :D

ok dah. skip pasal rindu. berbalik kepada tajuk entry... pilihan dalam hidup. kali ni tak nak batuk dah. nak serius pulak. eceh,,, yup. memang kita tak dapat lari dari membuat pilihan dalam hidup. bukan? bermula dari bangun tidur, kita diberi pilihan sama ada untuk terus tidur atau bangun menunaikan tanggungjawab kepada Pencipta. dah bangun pulak, kita diberi pilihan sama ada nak mandi dulu ke sarapan dulu. kalau saya, kena pergi beli dulu, hehe :D. macam tu la pilihan yang diberi hari-hari sampai la mata terlelap. tapi AWAS!!! jangan lupa gosok gigi ;)

even masa dalam rahim mak kita pun kita sebenarnya dah diberi pilihan dan atas pilihan yang kita buat itu lah sekarang ni kita bertebaran di bumi Allah ini. so when there are things that bring you ask yourself, why do i live? recheck [Az-Zariyat, 51:56] & [Al-Baqarah, 2:30].

cuma saya perasan semakin menginjak dewasa ni, makin banyak pulak pilihan penting yang saya kena buat dalam hidup. apatah lagi bila dah habis belajar ni. fikir pasal cuti yang ada, kerja, keluarga, masa depan, macam-macam la. arghhh,,, kenapa saya harus dewasa? ok, ni soalan level nak kena ketuk dengan akak naqibah. hakhak ^^ tak ada la.
semua orang yang bergelar dewasa kena lalui semua ni. cuma saya ni je yang selalu rasa muda. sungguh menjengkelkan la kau ni, Azri Safirah :P

hurm,,, my previous programme last month really makes me feel bad about myself. i don't plan. i keep holding on the phrase 'just follow the flow' so that everything becomes easier for me without i have to think much around the future.
...and what if the flow brings you to the tali gantung? 
bhahaha serve you right la, Azri Safirah. now, can you see how the phrase 'just follow the flow' ease your life?
in fact, it's not actually. it gets even worse when it comes to make important decisions like... you can state it by yourself la.


eh. eh. eh. terpanjang la pulak entry kali ni. sebelum tertaip lebih panjang, baik la saya mengundurkan diri, mengemas barang-barang untuk ke upm terchenta. insya-Allah,,, semoga mendapat pencerahan...

pilihan untuk meninggalkan mak ayah buat sementara waktu demi mencari sesuap nasi bekalan untuk cuti yang panjang ini. sayang tu memang la sayang sangat nak tinggalkan rumahku syurgaku ni. lagi-lagi bukan selalu dapat peluang macam ni, ye dak? tapi, kadang-kadang ada benda yang perlu dikorbankan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik :'(.
semoga Allah terus menjaga mereka dan membalas kebaikan mereka atas keizinan yang diberikan :)

Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah pada jalan Allah" kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. [At-Taubah, 9: 38]

till then, take care everyone ;). kalau diizinkan, akan update pasal perjalanan practicum saya yang super awesome pulak, hee ^^. Assalam~

10 003 people care:

fareha said...

semoga Allah pandu hari kta dlm mmbuat keputusan.

asHa Zain said...

bestnya dh abis..
kita gk berjuang utk final nih..hehe

zEri sAfEerA said...

@fareha: ameen... InsyaAllah :)

zEri sAfEerA said...

@asHa Zain: alhamdulillah. xpe, bjuang hingga ke titisan dakwat terakhir, asha. fighting! hee ^^ rindu upm *tetibe*

Lyaa Suriany said...

yeay dah hbs praktikal.

berkorban tu mmg sakit.
so mmg kena brtabah tau

zEri sAfEerA said...

@Lyaa Suriany: hakhak ^^ yayyy sangat.
hurm,,, lumrah. bersakit2 dahulu... InsyaAllah :)

iamHANIS said...

susahkan kalau nk wat keputusan dlm hidup..semoga Allah merahmati kita dlm apa jua pilihan yg kita pilih :)

E'in said...

awak bakal cikgu!

zEri sAfEerA said...

@iamHANIS: yup. sbab 2 stiap plihan yg kta buat perlu dipandu dgn istikharah :)
Ameen InsyaAllah...

zEri sAfEerA said...

@E'in: ye sy. hehe :D