Pages

come with me ;;)

Monday, January 28, 2013

sungguh pantas

...بسم الله الرحمان الرحيم
Assalamualaikum readers.

entah dah berapa kurun saya tinggalkan blog ni sunyi tanpa sebarang update. rindu nak menaip entry ni kemain lagi. asyik menaip assignments je memanjang kan *ihiks :D* sampai dah rasa tak biasa pulak nak menaip entry. *alahai,,, kemain ko nak eksyen macam komited sangat siapkan assignments kan*.

btw, terima kasih sesangat for those yang sudi lagi datang menjenguk, meninggalkan jejak dan leave your comments as well. for new comers, terima kasih sebab sudi follow dalam usaha mengembangbiak my followers *amek kaw* walaupun blog ni lebih memilih untuk keep on silent rather than update. bukan blog sebenarnya tapi tuan punya blog, cik Azri Safirah ni haaa *jangan nak poyyyo sangat*. insya-Allah i will pay your visit, yaaa baybeh ;;)

sungguh pantas masa berlalu kan. banyak juga yang sudah berubah dan pasti akan berubah. sooner or later. walaupun tak ada apa pun yang berubah di sini, i mean blog ni lah, hakhak :D. tuan dia tetap juga macam ni. malas update. dush3x -______-'
cuti yang sebulan dah tinggal beberapa minggu saja lagi. akan dimanfaatkan sebaik mungkin, insya-Allah. doakan.

dengan harapan pembaca-pembaca budiman sekalian not just wasting your time reading my-no-end-mengarut entry, maka saya bercadang untuk tempek sesuatu yang mungkin akan bermanfaat buat kita:


"eh. awat tiap kali belek, asyek keluar blank black pages je nih?
eh. eh. biar betul???" glurp.

bayangkan. yup, bayangkan jika ni Buku Amal kita :'(. macam mana kita tak menyesal kalau semua warna hitam itu adalah dosa-dosa kita? dan masa tu kita tak mampu berbuat apa-apa pun selain hanya perlu bersedia untuk ke nerakaNya? Astaghfirullah T__________T

maka, di kesempatan waktu yang masih Dia izinkan untuk kita nikmati ini, kita sebenarnya masih punya harapan untuk berubah. berubah ke arah yang lebih baik, insya-Allah. sesungguhnya tiada istilah terlambat dengan syarat kita perlu mula. yup, mula. pada detik ini. kerana masa sungguh pantas berlalu dan tiada siapa yang menjanjikan hari esok walhal sesaat selepas ini sekalipun.

aku yang menulis ini, bukanlah orang yang terbaik. tapi hanya ini sahaja yang aku mampu lakukan saat ini. dan kerana itu, aku lakukan terdaya aku.

till then, take care everyone. keep our iman updated. always ;)


p/s: biar blog tak terupdate. jangan iman yang tak terupdate sudaaah.

Friday, October 5, 2012

ayuh kembali ke sekolah... ayuh!

setelah 3 minggu memulakan semester baru di upm, dan hujung minggu lepas saya pulang ke negeri beriman a.k.a Terengganu darul Iman demi melunaskan tanggungjawab sebagai muslim yang belajar. acey,,, :D

saya sayang Teghengganu :) *tetiba*

ok. kembali kepada tanggungjawab yang perlu dilunaskan, projek ilmiah tahun akhir saya. sangat menuntut kesabaran LEVEL paling tinggi. sampaikan mampu buat saya berendam air mata, menangis tersedu-sedan saat mak telefon saya minggu lepas *segan, tapi nak nangis jugak, kekeke*. gelak sama saya :))

cobaannn... mahu tak menangis bila mana ada pihak yang mengambil mudah perkara yang sangat penting bagi kita, sehingga makan masa berminggu-minggu walhal perkara tu boleh diselesaikan dalam masa tak sampai seminggu *bagi makan kasut, baru tahu, huhu*. dan akibat memendam sabar begitu lama dan bila saja masuk minggu kedua, mak saya telefon untuk tanya pasal progress berkenaan, tu yang terus menangis berlagu numb encore, muahaha :)).
 
bila difikirkan, segannya la haiii. pecah rekod first time nangis sebegitu rupa mengadu kat mak. selama ni berlagak kental je. first time duk hostel time form 1 dulu, telefon mak nak balik rumah pun tak ada menangis through telefon macam tu.
kalau tak kental, tak kan mak dengan ayah cop anak perempuan sorang ni KERAS kalau nak dibandingkan anak lelaki dia yang sorang lagi tu.

tak apa la...
sekurang-kurangnya terlepas jugak rindu seorang ibu untuk mendengar rintihan seorang anak perempuan yang disangka kental sejak makin menginjak dewasa ni. kan?
sekurang-kurangya tak ada la saya rasa yang diri saya ni hebat sangat bila susah nak nangis. kan?
sekurang-kurangnya jugak tahu la saya yang sebenarnya ada kuasa yang lagi hebat, bukan?
sekurang-kurangnya, saya sedar bahawa saya hanya insan serba kekurangan. yang bertaraf hamba.
kebenarannya, bukan kental pun. tapi saya lebih memikirkan rasa malu yang perlu ditanggung akibat menangis itu. dan kerana itu, saya lebih suka memutuskan untuk katakan TIDAK kepada menangis. hebat tak? ihiks :P

maka dengan ini, tamat sudah untuk episod tangisan tak berlagu berlagu numb encore. walaupun entry kali ini bertajuk 'ayuh kembali ke sekolah... ayuh!', namun sikit pun saya tak ada sentuh pasal sekolah, maka tunggu la saya punya next entry yup. Wassalam :)

Wednesday, September 5, 2012

#3 Wordless Wednesday


wordless wednesday? apa tu? boleh [klik di sini]

Monday, September 3, 2012

seperti yang dijanjikan

Alohaaa readers ;)
seperti yang dinyatakan dalam tajuk di atas, saya datang ke sini hari ni adalah semata-mata untuk mengotakan janji yang telah termatri *ambek,,, bahasa skema aku*.

janji? yup,,, janji yang saya nak umumkan tarikh perkahwinan saya bila dah sampai masanya. dan sekarang dah tiba masanya untuk saya menipuuu... hahahaha :)) *ya ampun kakak-kakak, adik-adik*

ok2. janji tak nak main-main dah. sebenarnya pasal janji yang saya cakap saya nak berusaha keras untuk menaip sebanyak mungkin entry sebelum 2012 berakhir di entry yang lepas.
iya la,,, mana tak nya. saya hanya post 3 entries setakat ni untuk tahun ni. memang tahap papa kedana dah blog saya ni. 

sebenarnya, banyak sangggaaattt benda yang saya nak tulis, nak kongsi kat sini. tapi apakan daya, ada yang mengekang *ni memang sedih betul-betul punya. tarak main-main haaa*.

dan atas sebab itu, saya memilih untuk kongsi di _______...
haaa nak tahu jawapannya? jom ikuti sembang santai antara saya dengan sahabat saya, Ain Farhana *dah macam reality tv show la pulak*.

Ain Farhana: Zeri, aku rasa memang tak ada chance je nak jumpa raya ni.
Saya: hurm,,, tu la Ain. takpe la tak ada jodoh la tu. InsyaAllah jumpa kat KL.
Ain Farhana: haaa,,, mai la rumah aku, Zeri.
Saya: tengok la nanti. kalau free, boleh je. masalahnya faham-faham la, dah masuk tahun akhir ni memang mustahil la nak free.
mu tunggu je la masuk tahun baru. mana tahu sejarah tahun lepas berulang, hahaha.
Ain Farhana: haha tak leh bla mu ni. ingat lagi cerita tahun lepas. aku ni dah ingat-ingat lupa, hehe.
Saya: eh mesti lah. aku simpan kemas dalam diari, hehe.
Ain Farhana: wow,,, sejak bila mu ada diari ni, ingatkan blog je.
Saya: sejak kebebasan untuk aku bersuara di dunia blog diragut oleh individu tak bertanggungjawab, muehehe.

#untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, dialog di atas telah diedit kepada bahasa yang mudah difahami oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya. MERDEKA! *tetiba*


berbalik kepada kes ragut. yup,,, jawapan yang saya beri tu memang nampak macam main-main but i really mean it.
kebebasan bersuara. bunyi macam serius tapi sebenarnya tak pun. siapa yang dah lama ikut blog ni mesti tahu sangat. saya tulis santai-santai je pun. kan? kan?

cuma... bila mana ada pihak yang suka judge penulisan saya mengikut perasaan dia, tu yang jadi semua benda yang saya tulis seolah-olah ada yang tak kena di mata dia.

mula-mula memang lah nak buat tak tahu je. tapi kalau apa yang saya guraukan kat sini pun boleh buat dia salah faham...
fuhhh,,, mahu tak membara. kita yang tak maksudkan apa-apa, tapi ada orang translate sebaliknya, ni memang betul-betul buat saya tak ok.

maka, i'm begging you lah. before you judge, please try this method: ASKING.

dan atas faktor itu, saya memilih untuk hanya menulis dalam diari. macam girly sikit la kan. sebelum ni mana nak pernah tulis-tulis diari ni walaupun saya ni antara pembeli diari yang tegar. kwang3 :D

iya. percayalah kawan-kawanku sekalian, saya ni memang suka beli diari. tapi tulisnya tak pun. dulu la. tapi sejak dah dewasa ni *ehem2*, saya dah bersara dah daripada terlibat dalam pelaburan yang tak menguntungkan tu. guna mana yang dah ada sudah...

dan ini antara diari-diari yang pernah saya beli time muda-mudi dulu. sekarang pun masih muda cuma tak mudi dah. hakhak ^^
ni je yang masih tersimpan dalam drawer. yang lain entah la ke mana. macam-macam. yang ada padlock, yang guna password, yang berbutang, etc. kalau yang ada padlock tu, sah2 la tak boleh buka sebab tak tahu ke mana dah kuncinya. yang ada password tu lagi la.

sejak dah pandai tulis diari ni, oh tiba-tiba saya rasa saya sangat sweet, hikhik. saya bebas meluahkan apa yang saya rasa tanpa ada orang boleh judge saya. sekarang baru saya tahu yang diari ni tak ada lah geli sangat pun.

you know why?
because i can be so true to myself without thinking of others feelings. i can put my feeling 1st. and that's seriously AWESOME!

sekarang, saya rasa lebih bebas seiring dengan 55 tahun kemerdekaan negara kita, muahaha :)) 

diari. di dalamnya tercatat soal cinta. membesar dengan mind set seperti ini lah yang buat saya hanya berminat untuk beli diari, tapi katakan TIDAK untuk menulis diari.
namun, tidak lagi kini. nampak tak hikmah di sebalik apa yang dah berlaku? tiba-tiba saya nampak keuntungan dalam pelaburan yang sudah saya buat bertahun-tahun yang lalu. ho yeah~ 

soalnya... saya, mak, ayah, keluarga, teman-teman, bukankah mereka juga cinta? dan kerana menyedari tentang hakikat ini lah buat saya semakin menghargai diri saya dan kehadiran mereka dalam hidup saya. maka, bait-bait cinta saya nukilkan kemas dalam catatan diari saya buat mereka, dan sebagai motivasi terunggul buat saya juga.

apa pun sejarah yang telah mereka pahatkan sama ada episod suka atau duka, saya tetap memilih untuk menghargai kerana di sebalik episod-episod itu lah yang menjadikan siapa saya hari ini, Alhamdulillah :)
semoga suatu hari nanti mereka mampu tersenyum bila saja membaca setiap bait yang saya catatkan ikhlas buat mereka.

maka sebelum saya akhiri entry panjang saya kali ini, izinkan saya kongsi satu lagi perkara yang best tentang tulis 'real diary' instead of 'online diary'...
you don't have to deal with the wifi problem. peace ^^V