Pages

come with me ;;)

Saturday, August 29, 2009

Puasa itu Bertambah Syok Bila...

Yuhooo~ Dah sepanjang hari aku online. Duk kat rumah la katakan. Kelajuan internet sangat ok. So macam-macam benda boleh buat. Segalanya kembali aktif :)
Dah berapa hari aku tak post apa-apa kat sini ek?
Ni pun tak ada apa-apa nak dikongsi sebenarnya.
Saja je nak cakap kat kengkawan Azri Safirah kat rumah sekarang! hahaha :))

Happy sangat ni dapat balik kampung. Kenapa?
Antaranya:

1. Boleh buka puasa dengan makanan yang best.
Nak makan apa? Semua jalan~
Kat sana, hari-hari asyik berbuka dengan makanan sama je.

2.
Bangun sahur dengan penuh semangat.
Makan pun laju je... tak stop selagi tak masuk imsak. hehe :D
Kalau kat sana, set alarm. Bangunnya belum tentu.


3. 24 jam boleh online. hoho :O
Nak cari maklumat pun senang *konon2 la*. Klik, terus dapat.
Kalau tak, internet macam siput. Semangat nak buat tugasan hilang macam tu je.


Ok la semua. Selamat berpuasa walau di mana anda berada. Selamat berbuka kejap saja lagi. Salam~

Wednesday, August 19, 2009

Ehem,,,ehem... Who Is He?

Now, here's what you're supposed to do. Copy and paste this into your blog post.
If you are a guy-post this as my kind of girl.
If you are a girl-post this as my kind of boy.

Hee ^^ encem kan Abang George Clooney saya? Grrr~

1. Do you need him/her to be good looking???
> sikit boleh? penyejuk mata. ngee ;)

2. Smart?
> nak,,,nak! macam conan kan? *dalam nada yang gedik santai*

3. Preferred age?
> tak kisah. tapi tak nak la kalau lagi muda dari saya. jarak umur jauh sangat pun tak nak jugak. yang sedang2 saja. *mak aih,,, banyak songeh pulak. kononnya mula-mula tadi cakap tak kisah*
 
4. Preferred height?
> tinggi. rendah sikit dari pokok kelapa, boleh? hakhak ^^
acey,,, walaupun diri ini tak berapa nak tinggi. hahahaha :))

5. How about sense of humor?
> wajib. he should know how to make me laugh harder than everyone else could. biar boleh bikin gua golek2 atas lantai =))

6. How about piercings?
> eh2. ni bukan abang George saya. nak piercing pulak. nop!

7. Accepts you for who you are?
> lorgh,,, harus la so that i can be myself around him and
InsyaAllah i will accept him for who he is because no body perfect right.
the most important, we complement each other.

8. Pink hair?
> apa ke benda pulak pink? saya mahu yang rambut hitam ori la.

9. Mushy or no?
> tak la kot. di luar bidang la bab pujuk memujuk ni.
tak dapat den nak memujuk, hee next,,,

10. Thin or fat?
> healthy. minum milo anda jadi sihat dan kuat *okey, iklan sebentar*

11. Black, Brown or White (skin color)?
> kulit melayu kot sebab korang tak rasa ke putih tu macam tak cun sangat untuk kulit lelaki. hikhik :D

12. Long hair or short hair?
> kemas.

13. Plastic or metal?
> plastic sounds freak. so, black metal. kwang,,,kwang3!

14. Smells good?
> mesti la. ada ke yang suka bau yang semacam? naaa~

15. Smoker?
> ala,,, kalau sayang, jangan la.

16. Drinker?
> strictly NOP!

17. Girl/Boy-next-door type?
> next question please...

18. Musically inclined?
> hurm,,, boleh jugak :)

19. Plays piano?
> plays for me right??? sangat boleh.
it sounds really romantica de amor. hikhik ;;)

20. Plays bass and/or acoustic guitar?
> guitar is acceptable. the rest macam tak payah la.

21. Plays violin?
> hey. awat banyak bebeno soalan pasal muzik ni? 
adakah bakal suami saya nanti adalah pemuzik. aiyark,,,
 
22. Sings very good?
> not very good pun tak apa. kalau dah sayang, semua benda pun sounds very good nanti. kan kan. hehe

23. Vain?
> Haaa,,, lagi soalan mintak pelempang.

24. With glasses?
> yaaa,,, ini la yang saya mahu. nerd. ok, tipu. hakhak ^^
tapi time sekolah dulu selalu fikir nak yang specky. tak tahu kenapa. mungkin sebab si specky conan kot. tehee :D

25. With braces?
> hikhikhik... macam lawak je. confirm dia ni tak senyum sangat kan?

26. Shy type?
> macam tak syok kalau dua dua pemalu kan???

27. Rebel or good boy/girl?
> jurus. hahahaha hanya mereka yang tertentu sahaja akan faham :P

28. Active or passive?
> active la sebab saya more to passive.

29. Tight or bomb?
> nuclear. muehehe =))

30. Singer or dancer?
> dancer. save your last dance for me gitu. hoho ^^
nyanyi tu serah kat saya walaupun kurang enak didengar. hahaha

31. stunner?
> tak tercapai akalku. hihihi :D

32. Hiphop?
> motif soalan?
 
3
3. Earrings?
> absolutely N.O. = NO!

34. Mr/Ms. count-my-ex-girlfriends-until-you-drop?
> lalalalala *rolling eyes* 8-|

35. Dimples?
> tak payah la nak comel sangat. grrr~

36. Bookworm?
> hurm,,, sound interesting. since i'm not really prefer to read, maybe he could be my good story teller and i'm his good listener before i fall asleep. sweet right? auw

37. Mr/Ms. love letter???
> hahahah :)) kurun ke berapa ni??? merpati tolong hantarkan ey? so sweet~ ngeh3

38. Playful?
> just like me? hohoho.

39. Flirt?
> maaf. tak berminat. harap maklum, terima kasih :)

40. Poem writer?
> if the poem is written for me, then i would love it. hee ^_^
 
41. Serious?
> wah,,, yang ni bunyinya macam macho. boleh je serious. tapi dengan saya kena la buat lawak macho. hahahaha :))

42. Campus crush?
> entah la kunang2...

43. Painter?
> sound interesting... hurm,,, :-?

44. Religious?
> compulsary. so that he could guide me along the path toward Him, InsyaAllah :)

45. Someone who likes to tease people?
> hehehe,,, tease people? tease me sudah la. ok. agak sengal.

46. Computer games geek? Or internet freak?
> computer games geek maybe. i'm internet freak. complete. isn't it?

47. Speaks 20 languages?
> mak aih,,, makhluk jenis apa ni??? hahahah =))

48. Loyal or faithful?
> yeah. now i will show you my greedy side of me. i want both. ok.

49. Good kisser
> soalan kontroversi ni. huh,,, bawak bertendang. tunggu kahwin dulu.
hahahaha ok. saya gatal.

50. loves children??
> yang ni memang la mahu sayang~

Huh,,, done. Agak menyeronokkan. Lagi-lagi time free macam ni. Thanks Ain for this tag.
Btw, there's no body perfect even sometimes we always looking for that perfect person in our dream to come into our real life. right?
This tag remind me of someone who has been told me this...
Dalam mencari teman hidup, kita tak perlukan seorang yang sempurna. Cukup lah seorang yang boleh buat kita sempurna bila bersama.
Simple yet deep, right? Yang pasti, I'm still waiting~

Friday, August 14, 2009

Rasa Yang Tak Tertanggung

Tika dan di saat ini laptop aku mengalunkan nasyid dari UNIC-Fenomena.
1st time aku dengar nasyid ni 3 malam lepas kat hp Diana Diyana.
Dia yang suruh aku dengar, thanks...

Bila hayati betul-betul setiap lirik, sangat kena dengan apa yang aku rasa sekarang.
Apatah lagi dengan melodi dan irama yang mendayu-dayu.
Tersentuh hati bila dengar :'(. Serius,,,

Fikiran ku melayang jauh
Ku renungkan sesuatu
Kisah yang bisa kaburi pandangan

Ku lewati di dalam diri
Di fenomena ini
Tak henti jua berkali terjadi

Ada selisih yang mengguris
Selama berdiam diri
Hati membahang di dalam
Bagaikan api di dalam sekam

Masih ada pura-pura
Meniti pelusuk alam
Walau cuba dibajai
Namun masih ada yang berkeluh kesah

Setulusnya hati ini
Menulis silaturrahim sambungan rantai
Kerinduan simfoni syahdu
Menjadi teman diri

Kasih saudara jadi pudar warna
Kerna hasutan semalam bisakah berlalu
Pergi...

Mengapa perlu sengketa?
Biarkan ia pergi


Memang tak boleh disangkal, benda-benda macam ni memang betul-betul buat aku terguris. Apatah lagi saat berjauhan dari keluarga, tempat aku bersandar.
Namun apa yang aku mampu buat selain berdiam diri???
Menangis??? 

Yup... mungkin aku akan menangis,,,
Tapi itu bukan kerana masalah yang sedang aku tanggung.
Semuanya kerana aku sangat bersyukur kerana Dia kurniakan aku insan-insan ini:
  • Yang sentiasa berada di samping aku tika senang dan susah.
  • Yang setia mendengar, sama-sama menyelami dan merasai apa yang aku rasa.
  • A reason why aku masih mampu bergelak ketawa walaupun di saat-saat seperti ini.
You are all the best part of my life,,,
Thanks for always being here, by my side.
Love, zEri sAfEerA.

Thursday, August 13, 2009

Syurga Cinta

1st of all, aku nak ucap terima kasih bebanyak la kat kawan aku yang sorang ni, Shah sebab bagi aku dvd filem ni. Dari mula-mula filem ni keluar lagi dia dah beria-ria suruh aku tengok. Semangat betul.
Katanya, watak Syuhadah mengingatkan dia pada aku. Amboi,,, sempat lagi walhal makwe ada kat sebelah tengah tengok wayang sama-sama, hehe :D
Dan atas sebab tu la bila aku dapat je dvd ni, aku naik bilik, terus pasang.

Erm,,, Syurga Cinta...
Cinta hanya untuk yang ikhlas mencintai, bukan untuk dipersendakan
Yup,,, sepotong ayat ringkas ni betul-betul menunjukkan betapa besarnya nilai sebuah cinta. Ehem2,,, lagak seperti pernah bercinta je. Hello,,, tak semestinya tak pernah bercinta bermaksud tak tahu menilai erti cinta. Oleh sebab aku terlalu mendalami erti cinta lah sebab tu aku tak bermain cinta. Ok, sila gelak semua. Hahahaha :))

Tapi tak semua orang pandang cinta dari sudut ni kan? Dan sebab itu la macam-macam perkara negatif berlaku angkara cinta. Kalau suatu ketika dulu, cinta tu membuatkan insan lebih kental tapi kini cinta tu dah buat manusia lemah dan layu. Tapi kenapa? Sebab jodoh tu terbahagi kepada 3:

1) Jodoh dari syaitan
2) Jodoh dari jin
3) Jodoh dari Allah 

Semua orang pasti mahukan jodoh yang ke-3 tu kan? Tapi macam mana? Sama-sama la kita renung-renungkan dan selamat beramal... *Dr izi, pinjam trademark ey* huhu :D

Pada aku, sebagai perempuan, seharusnya kita tahu menjaga diri dan jangan sesekali lupa pada nama yang sentiasa kita bawa di hujung nama kita. Mereka tak akan lepaskan kita melainkan mereka percaya pada kita *peringatan pada diri sendiri juga*.
Dan hey lelaki. Kamu dikurniakan 9 akal antaranya adalah untuk bijak memimpin perempuan, tahu erti menghormati dan bukannya mengambil kesempatan atas kelemahan perempuan.

Syurga cinta... Apa yang aku boleh komen kat sini mesti lah jalan cerita dia kan. Erm,,, boleh la. Ok la. 3 bintang out of 5. Aku suka bila diselitkan jugak unsur-unsur jenaka di sebalik mesej yang ingin disampaikan. Lagi la menarik bila ada si kecil Hadziq. Dia sangat comey okey ^^.

Banyak pengajaran yang boleh kita sedut serap melalui cerita ni, sebenarnya. Dari awal sampai la the end.
Cuma mungkin cara Syuhadah *lakonan Heliza* bagi nasihat kat Irham *lakonan Awal* tu ada sedikit tak kena. Maksud aku, pendekatan yang dia guna. Yela,,, tak semua orang boleh terima teguran atau nasihat secara direct kan? Sepatutnya, Syu kena lah berkias-kias sikit. Tambahan pulak Irham tu baru je dia kenal dan apatah lagi mamat tu sah2 tak tahu pasal agama. Tak logik la kalau semudah tu dia boleh terima. *adakah aku cuba untuk menjadi pengarah filem, sekarang ni? Hehe :D*

Apa-apa pun, aku faham. Mungkin sebab cerita ni pun tak sampai 2 jam. Lain la kalau berbelas-belas episod. Haaa,,, masa tu baru la boleh nak komen beria, hakhak :D
Sebab tu la kadang-kadang tu tak sempat pun nak feel lebih-lebih sikit, dah masuk part lain. Potong feel betul. Air mata baru je nak menitis, tiba-tiba dah kering balik dah. Ngee~
Tapi kan, kecik hati sangat bila Irham buat macam tu kat Syu depan kawan-kawan dia :'(. Oit Irham. Cinta bukan untuk dipersendakan lah! :P
Tak dapat aku bayangkan kalau aku di tempat Syu. Wacha2 karate.

Eh,,, jap. Nak berangan la sikit. Kalau aku la jadi pengarah ni menggantikan Ahmad Idham...
Aku nak Syuhadah tu jadi jugak pergi ke overseas dan Irham tak sempat pun jumpa dia sebelum tu. Biar padan muka dia, terseksa jiwa raga. Hahahaha *Ok, saya memang suka berlaku kejam :P* Tapi masa tu Irham tetap setia menanti Syu dan menunaikan kewajipan sebagai muslim menunjukkan dia benar-benar dah berubah dan mendambakan cinta seorang wanita seperti Syu satu hari nanti.

Lepas tu, urm...urm2. Macam mana eh? Tiba-tiba idea boleh hilang pulak. Hahahaha,,, cancel la nak jadi pengarah kalau macam ni, tehee :D. Jadi cikgu je la. Tak payah nak berangan mat jenin la kau, zEri :P
So, siapa yang rasa tak puas hati, reka la cerita ni kena dengan jiwa masing-masing yup. Jangan jadi macam kisah aku yang tak ada kesudahan, muehehe ;


p/s: 1)  Thanks sekali lagi kat Shah yang bagi dvd ni & kat kawan dia sekali
sebab tolong pos dvd ni kat aku =)
2) Shah, watak Syuhadah tu tak macam orang lah. Aiyark,,,