1st of all, aku nak ucap terima kasih bebanyak la kat kawan aku yang sorang ni, Shah sebab bagi aku dvd filem ni. Dari mula-mula filem ni keluar lagi dia dah beria-ria suruh aku tengok. Semangat betul.
Katanya, watak Syuhadah mengingatkan dia pada aku. Amboi,,, sempat lagi walhal makwe ada kat sebelah tengah tengok wayang sama-sama, hehe :D
Katanya, watak Syuhadah mengingatkan dia pada aku. Amboi,,, sempat lagi walhal makwe ada kat sebelah tengah tengok wayang sama-sama, hehe :D
Dan atas sebab tu la bila aku dapat je dvd ni, aku naik bilik, terus pasang.
Erm,,, Syurga Cinta...
Cinta hanya untuk yang ikhlas mencintai, bukan untuk dipersendakan
Yup,,, sepotong ayat ringkas ni betul-betul menunjukkan betapa besarnya nilai sebuah cinta. Ehem2,,, lagak seperti pernah bercinta je. Hello,,, tak semestinya tak pernah bercinta bermaksud tak tahu menilai erti cinta. Oleh sebab aku terlalu mendalami erti cinta lah sebab tu aku tak bermain cinta. Ok, sila gelak semua. Hahahaha :))
Tapi tak semua orang pandang cinta dari sudut ni kan? Dan sebab itu la macam-macam perkara negatif berlaku angkara cinta. Kalau suatu ketika dulu, cinta tu membuatkan insan lebih kental tapi kini cinta tu dah buat manusia lemah dan layu. Tapi kenapa? Sebab jodoh tu terbahagi kepada 3:
1) Jodoh dari syaitan
2) Jodoh dari jin
3) Jodoh dari Allah
Semua orang pasti mahukan jodoh yang ke-3 tu kan? Tapi macam mana? Sama-sama la kita renung-renungkan dan selamat beramal... *Dr izi, pinjam trademark ey* huhu :D
Pada aku, sebagai perempuan, seharusnya kita tahu menjaga diri dan jangan sesekali lupa pada nama yang sentiasa kita bawa di hujung nama kita. Mereka tak akan lepaskan kita melainkan mereka percaya pada kita *peringatan pada diri sendiri juga*.
Dan hey lelaki. Kamu dikurniakan 9 akal antaranya adalah untuk bijak memimpin perempuan, tahu erti menghormati dan bukannya mengambil kesempatan atas kelemahan perempuan.
Syurga cinta... Apa yang aku boleh komen kat sini mesti lah jalan cerita dia kan. Erm,,, boleh la. Ok la. 3 bintang out of 5. Aku suka bila diselitkan jugak unsur-unsur jenaka di sebalik mesej yang ingin disampaikan. Lagi la menarik bila ada si kecil Hadziq. Dia sangat comey okey ^^.
Banyak pengajaran yang boleh kita
Cuma mungkin cara Syuhadah *lakonan Heliza* bagi nasihat kat Irham *lakonan Awal* tu ada sedikit tak kena. Maksud aku, pendekatan yang dia guna. Yela,,, tak semua orang boleh terima teguran atau nasihat secara direct kan? Sepatutnya, Syu kena lah berkias-kias sikit. Tambahan pulak Irham tu baru je dia kenal dan apatah lagi mamat tu sah2 tak tahu pasal agama. Tak logik la kalau semudah tu dia boleh terima. *adakah aku cuba untuk menjadi pengarah filem, sekarang ni? Hehe :D*
Apa-apa pun, aku faham. Mungkin sebab cerita ni pun tak sampai 2 jam. Lain la kalau berbelas-belas episod. Haaa,,, masa tu baru la boleh nak komen beria, hakhak :D
Apa-apa pun, aku faham. Mungkin sebab cerita ni pun tak sampai 2 jam. Lain la kalau berbelas-belas episod. Haaa,,, masa tu baru la boleh nak komen beria, hakhak :D
Sebab tu la kadang-kadang tu tak sempat pun nak feel lebih-lebih sikit, dah masuk part lain. Potong feel betul. Air mata baru je nak menitis, tiba-tiba dah kering balik dah. Ngee~
Tapi kan, kecik hati sangat bila Irham buat macam tu kat Syu depan kawan-kawan dia :'(. Oit Irham. Cinta bukan untuk dipersendakan lah! :P
Tak dapat aku bayangkan kalau aku di tempat Syu. Wacha2 karate.
Eh,,, jap. Nak berangan la sikit. Kalau aku la jadi pengarah ni menggantikan Ahmad Idham...
Tapi kan, kecik hati sangat bila Irham buat macam tu kat Syu depan kawan-kawan dia :'(. Oit Irham. Cinta bukan untuk dipersendakan lah! :P
Tak dapat aku bayangkan kalau aku di tempat Syu. Wacha2 karate.
Eh,,, jap. Nak berangan la sikit. Kalau aku la jadi pengarah ni menggantikan Ahmad Idham...
Aku nak Syuhadah tu jadi jugak pergi ke overseas dan Irham tak sempat pun jumpa dia sebelum tu. Biar padan muka dia, terseksa jiwa raga. Hahahaha *Ok, saya memang suka berlaku kejam :P* Tapi masa tu Irham tetap setia menanti Syu dan menunaikan kewajipan sebagai muslim menunjukkan dia benar-benar dah berubah dan mendambakan cinta seorang wanita seperti Syu satu hari nanti.
Lepas tu, urm...urm2. Macam mana eh? Tiba-tiba idea boleh hilang pulak. Hahahaha,,, cancel la nak jadi pengarah kalau macam ni, tehee :D. Jadi cikgu je la. Tak payah nak berangan mat jenin la kau, zEri :P
So, siapa yang rasa tak puas hati, reka la cerita ni kena dengan jiwa masing-masing yup. Jangan jadi macam kisah aku yang tak ada kesudahan, muehehe ;
p/s: 1) Thanks sekali lagi kat Shah yang bagi dvd ni & kat kawan dia sekali
sebab tolong pos dvd ni kat aku =)
2) Shah, watak Syuhadah tu tak macam orang lah. Aiyark,,,
sebab tolong pos dvd ni kat aku =)
2) Shah, watak Syuhadah tu tak macam orang lah. Aiyark,,,
2 003 people care:
mg ni rajin la nak tulis post panjang2...
tapi bagus r
heheheh~ biase r, 2 pon banyok agi rase x trtulis. huhuhuh,,,
Post a Comment