Pages

come with me ;;)

Sunday, July 26, 2009

1st Day Diriku Di Sini

Dah berkulat kot cerita ni. Baru hari ni aku nak post kat sini. Dah genap 1 bulan kot nya, huhu :p. Nak buat macam mana, tak ada masa? Busy? Tenet slow? Macam-macam lagi la. Tak apa, lepas ni Insya-Allah aktif balik :)


Alhamdulillah,,, bahagian daftar semua tak ada masalah.
Di Dewan Besar --> Saringan H1N1, hantar laporan kesihatan.
Terus ke Kolej 12 --> Serah semua dokumen, dapat kunci bilik. Huh??? L4 506? Alamak aih,,, tinggi woo. Naik lif? Owh,,, tidak. Bermimpi di siang hari la kau zEri.
Rumates:
1. Suzida (Sarawak)
2. Diyana (Selangor)
3. Wani (Kelantan)

Excited aku kemas barang siap-siap. Turun balik, pergi makan kat kafe dengan family. Dah kenyang, semua dah nak tinggalkan aku. Nak nangis? Nop. Long ada. Free je kena perli nanti. Salam2. Peluk2,,, tata :-h
Perjalanan hidup aku di sini baru saja bermula. Ho yay.

Kat bilik --> Eyaah!!! Hempas badan kat tilam yang tak berapa nak empuk.
Tengok jam, sempat lagi kalau nak lelap kejap ni. Boleh hilangkan rasa penat.
Tak boleh jadi. Solat dulu,,, 2 rumates aku pergi tanya siapa yang tahu arah kiblat.
Dah nak dekat pukul 5 petang, bersiap pakai tracksuit untuk permulaan minggu Perkasa Putra.

Slumber je turun lambat. Mula la kalut bila kena berbaris ikut course. Mahu tak haru!!! Setiap barisan aku pergi tanya, tak ada 1 pun yang course sama dengan aku.
Lastly, jumpa jugak geng yang sama course, 2 orang. Buat muka tak bersalah, beratur je kat barisan course lain. lalalalalala~
Dengar taklimat ringkas dari PU, bla...bla...bla...

Berkejar pergi makan. Barisan pun entah ke mana. Adui, pening lalat hijau aku dibuatnya. Haish,,, bila nak sampai turn aku ni? Ramainya... ikutkan hati, mahu je aku naik terus kat bilik. Tapi, risau pulak kalau perut masuk angin nanti walaupun tak ada la lapar tahap kebulur pun.

Sebelah malam --> Berkumpul kat Dewan Putra kolej, pakaian formal.
Dengar taklimat, nyanyi lagu UPM.
Best jugak lagu UPM ek. Ulang sampai dapat tangkap. Tempo & pitching lari, dimaafkan. Huhuhu ;)

Sesi dengan PU --> Pecahkan kepada group. Ikut aras. + lelaki dengan perempuan dalam group.
Breaking the ice. Hee ^^
Tengah malam, selesai... Naik bilik, terus pengsan *tidur dalam keadaan tak sedarkan diri*

2 003 people care:

little ain said...

feeewiit :)
kak pirah pakai baju baru..
ahahahaha haziq ade kt belakang!

zEri sAfEerA said...

ala,,,syegan la syaye awok eh... awok syokmo g2. hahahahah~
erm,,,cian hazim tngah tido...ibu die r 2 kate hazim nok nasyuk upm gok (bhgian ngoh wak pelat)...heheheh~