Pages

come with me ;;)

Friday, June 26, 2009

yAy...! Ain Datang Rumah

Seperti yang aku dah bagitahu semalam. Hari ni aku rehat kat rumah saja. So, aku ajak la Ain Farhana datang rumah. Boleh la bercerita pasal semalam. Agak lewat la dia sampai. Sampai kat rumah, sembang-sembang lepas tu cerita pasal semalam sebab aku dah janji ada cerita hot. Hahahaha :)) saja la cakap hot kan semata-mata nak pancing dia datang rumah. Taktik yang agak dah nak basi. Hee ^^

Jom nak cerita sikit apa yang jadi hari tu...

Biasanya kalau kawan-kawan datang rumah, aku suruh diorang buat sendiri je apa-apa yang diorang nak. Baru la kena dengan cita rasa diorang kan? Ok, alasan ke ni? Hee,,, tak jugak. Taktik nak cover malas mungkin, hehe. 
Lagi-lagi kalau si Ain Kusyi tu. Dia buat rumah aku ni dah macam rumah sendiri je.

Tapi kali ni lain pulak. Kelakar pun ada. Kebetulan Pizie *kawan abang aku, kawan aku n Ain Farhana jugak* datang. So, Ain Farhana yang nak buatkan air. Aku tak nak buat sebab masa tu sunquick je yang ada. Aku suka air sunquick yang masam. Tanpa gula lagi best. Tapi, aku risau tak kena dengan cita rasa diorang pulak nanti. Sakit perut kang aku jugak yang susah.

Tak gitu puan-puan dan tuan-tuan? Hehe :D
Lebih baik ain je yang buat. Yang lawaknya, aku tak tahu la berapa lama si Ain ni ambil masa nak buat air tu. Aku ingat aku ni dah cukup teruk. Rupa-rupanya dia tu 2x10 je dengan aku. Nak pecah perut ni duk gelak ketawa. Sampaikan Pizie masuk dapur nak tengok apa yang dibuat si Ain ni lama sangat. Adui,,, problem betul. Awal-awal lagi dah kena reject la kalau macam ni, kwang3~

Kemudian, kami online jap buka apa yang patut sambil dengar lagu-lagu best kat dalam laptop ni. Layaaaaan~
Bila dah rasa tak tahu apa nak buat, kami lepak kat dalam bilik. Dah lapar... jom makan la pulak. Alhamdulillah dah kenyang. Kami kemas dapur sikit, then sambung cite2 dan sembang sampai rasa mengantuk.

Alamak! dah nak dekat pukul 5 pm. Aku solat dulu sebelum pergi hantar Ain kat luar for tunggu bas. 1 jam tunggu, kelibat bas tak muncul lagi. Cuaca gelap nak hujan la pulak. Tiba-tiba ada guruh, kilat sekali. Hurk,,, takutnya. Aku pun ajak dia balik rumah aku je la tunggu sampai abang dia datang. Abang dia janji nak datang. Risau jugak aku dengan guruh, kilat ni. Otw nak balik rumah, hujan wey. Aaahhhh,,, sabar je la. Aku pun berhenti kat rumah Mk Cik Mah aku je. Kebetulan rumah dia dekat je dengan area situ.


Tak lama kami kat situ, abang dia cakap dia dah nak sampai. Aku pun hantar dia kat simpang jalan. Tiba la masa berpisah dengan Ain Farhana pulak. Tapi, aku tak rasa sedih sangat macam apa yang aku rasa bila berpisah dengan Ain Kusyi. Maybe sebab Ain Farhana ni jenis yang sempoi. Nak menangis, jarang sekali. Kalau aku nangis, kena gelak dengan dia ada la. Kalau dia yang nangis, melompat la aku, hahaha. Lain la Ain Kusyi. Jiwa sensitif sikit. Tak sikit la... memang banyak, huhu :D. Apa-apa pun aku sayang both of them sebab dua2 my bff. Mmmuuuahxxx,,, sayang kamooo~ ;)

4 003 people care:

mayday said...

lme x update

little ain said...

kak pirah buat org menangis dlm lab yang tgh ramai manusia ni. ya Allah,x patot lgsg. sedihnye :( tp xpe,org dh jnji dgn diri sndr,nk jdi a better person. xboh nangis2 lgi ni.
kak pirah take care tau..

zEri said...

ain,,,jgn sedeyh2...org pon sedyh gok...nk wak gane yg terindah hnye smentare...hukhukhuk,,,tp bkn frenship kite...insya-Allh,,,ain pon jage diri

zEri said...

mmg lame x update.bnyak bnda nk cite especially time orientasi.cume xde ms nk on9 skrg