Pages

come with me ;;)

Sunday, September 27, 2009

Salam Lebaran

Assalamualaikum semua :)

Memang dah berkurun kan aku tak post apa-apa kat sini. Busy? mungkin,,, alasan yang sangat biasa sejak masuk u. Huh,,, sangat tak suka. Alergi betul dengan perkataan ni. Sebelum banyak lagi aku merapu, sementara masih di bulan Syawal, aku nak ambil kesempatan untuk ucap:
 
credit to my Abang Long a.k.a my kembar for this editing pic
 
Huh,,, raya sekarang memang dah tak sama dengan raya-raya suatu ketika dulu. Sebab utama? Tak lain tak bukan... mesti lah sebab kekangan masa.

Cakap pasal kad raya.
 Dulu:
Start saja puasa, dah list down nak bagi kat siapa kad-kad raya. Pantang je dengar motor postman, berkejaran aku dengan abang semata-mata nak tengok kad raya siapa yang sampai.

Sekarang:
Tak ada lagi dah kad raya. Dengar postman lalu, buat tak tahu je sebab kami dah dapat agak. Yang sampai mesti bil telefon, tak pun astro. 

Sekarang ni, bukan tak dapat ucapan raya. Tapi semua melalui sms, emel. Inilah yang dinamakan teknologi di hujung jari, huhu. Macam mana pun, feel dapat kad raya dengan feel dapat sms/emel, sangat jauh berbeza.
Macam mana senang kita dapat sms/emel, maka senang jugak la sms/emel tu boleh terdelete. Lain la kad raya. Kad-kad tu semua pun aku masih simpan berkotak-kotak dalam almari aku. Bila baca balik, nak tergelak pun ada. Ye la,,, kad raya yang masa aku sekolah rendah dulu pun ada lagi. Heheh :D


Contoh lain... Haa,,, biskut raya. Kuih yang selalu dihidang bila ada tetamu, kawan-kawan atau saudara-mara datang time raya.
Dulu:
Masuk je 1/2 Ramadhan, dah sibuk beli bahan-bahan nak buat biskut raya. Aku dengan abang pun sibuk kat dapur nak tolong sama. Tolong menyibuk pun jadi la, hehe.
Sekarang:
2,3 hari lagi nak raya, baru dapat balik cuti. Nak pujuk mak buat biskut raya pun dah tak sempat. Semuanya tempah je. 

Apa pun, biskut raya tetap ada. Tapi biskut tunjuk je la. Nak yang macam mana? Tat? Almond London? Cornflakes?
Semua main tunjuk je. Adakah ini juga dinamakan teknologi di hujung jari? Melampau, ahaks =p 


Actually, banyak lagi contoh-contoh lain kalau nak disenaraikan. Contohnya??? Fikir la sendiri, hehe :D. Walaupun suasana raya tak meriah macam dulu, namun aku tetap bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku pernah merasai saat-saat itu dulu.
Sangat kesian generasi sekarang =p. Huk,,,huk3! Lagi kesian kot generasi-generasi anak aku nanti. Ish,,, jauh menyimpang. Hee,,, tak apa nak. Generasi kamu nanti, ibu akan hidupkan balik budaya dulu. Ok, penipu. Hahahaha =))


Ok la, sempena hari baik, bulan baik ni... Sekali lagi aku ingin mohon ampun dan maaf dari hujung tudung sampai hujung kasut. Especially kat kengkawan yang tak sempat pun jumpa hari tu dan siapa-siapa je la yang kenal saya. *koya famos amos*...
 Salam Aidilfitri ikhlas dari zEri safEera =)

0 003 people care: