Pages

come with me ;;)

Saturday, October 16, 2010

Tiba-tiba Itu Indah

Mula-mula aku nak cakap juga. Aku TERKILAN. Sangat ok. Sorry, ampun, maaf Ain sebab tak dapat pergi menyibukkan diri on your graduation day :( walaupun dalam entry Hari Mereka *klik je* aku harap sangat aku dapat pergi.


Huh,,, plan punya plan, tup2 ada problem pula. Kecewa lagi.
Dah la kebetulan Sabtu minggu ni saja aku tak ada kelas. Saya ulang, saya tak ada kelas Sabtu minggu ini yup :)


MASALAH. Memang bermasalah. Ini la yang jadi bila tak ada backup plan. Plan A tak jadi, maka aku nak buat apa? Berkurung? Membengkakkan mata? Tak mahu. Kena keluar. Sudah lama sangat terkurung tak keluar melencong.


Tapi... nak pergi dengan siapa?
Su ada test hari Ahad. Hee,,, tanduk aku slowly keluar. Malangnya, iman Su di level yang tinggi. TAK BOLEH!

Bila angau suam-suam kopi o aku datang, maka pengumuman dibuat di wall fb aku. Hehe :D


Siapa free esok? Jom keluar?

Syarat-syarat:
Sihat tubuh badan
Waras akal fikiran
Age: 18-21 tahun
Gender: Female


Keputusan: HAMPEH!
Aku nak cari teman pergi melencong. Lastly, diorang pula yang terlebih melencong sampai menyimpang entah ke mana. Hoho ^.^


Pencarian berakhir dengan jalan mati. Tidur mati lagi bagus. Owh yup. Sebelum itu. Teringat kat seseorang. Mesej dia. Tak reply. Sudah pukul 3 pagi rupanya. -_- Zzzz


Pagi nya. 2,2 handphone aku terkam. Ada respon. Yay! Dia ON. Cantek. Dia pun memang nak cari teman keluar hari ini. Mamang da bomb.

Macam mimpi. Yang dirancang tak jadi, yang tak dirancang pula menjadi. Walaupun masing-masing dari hala yang berbeza, tapi kami sampai sama-sama kat Mid. MidValley menjadi saksi 1st date kami di sini. Hehe,,, nervous tak? Cool saja 2,2 yup ;)



Dari jauh aku nampak kelibat dia *dengan bantuan contact lens*. Tapi dia tak perasan aku. Senyum di bibir ku terukir dek ideal nakal yang bermain-main di benak ku. Aku dah betul-betul kat belakang dia. Dia masih lagi tercari-cari aku dalam kesesakan orang ramai menaiki eskalator. Kini aku di sisi dia. Bahunya ku rangkul lembut dari sisi.
Kepalanya dipusing 90 darjah menghadap ku. Wajah yang dipamer beriak cuak.


Mia,,,hahaha :)) Aku la. Jangan dikaratenya sudah. Jom gerak.

Alamak. Lupa pula nak perkenalkan diri dia.

Ini la dia. Issareni Ilias *in purple*
1st date? Yela, kami memang selalu jumpa kat Ganu. Tapi tak pernah jumpa lagi kat sini. Sila rujuk kembali di atas,
MidValley menjadi saksi 1st date kami di sini. DI SINI. Haha :))


Jalan2. Cite2. Pilih2. Cite2. Try2. Cite2. Bayar2. Cite2.
Makan2. Gosip2. Eyh, ada ke? Mana ada. Cite je. Hee ^^
Cite itu harus yup. Kalau tak, buat apa keluar berdua?


Seterusnya, kami nak ke Masjid Jamek. Ada barang nak dibeli katanya. Aku OK saja.
Dan ini pula 2 budak yang main-main kat stesen komuter akibat terlebih masa terluang. Ngeehee~



MidValley --> KL Sentral --> Masjid Jamek
Jalan banyak. Minum air pun banyak. Tapi tak buang-buang. Muncit. Kekekeke :D
Sesi pilih pasangan tudung pula.




 

 Amboi. Bukan main naa. Eyh, apa pulak main? Dia tak main-main. Dia pilih tudung.


Haa yang ini sorang memang betul main-main. Wakakaka =))
Orang pilih, dia pun mahu juga :p


Bila dah siap membeli, moh la kita memblah pula.
Issareni nak naik LRT ke KL Sentral. Aku pula lagi senang naik komuter saja ke Serdang. Tak usah nak tukar-tukar. Hurm,,, baik 2,2 naik komuter saja kan?

KL Sentral memisahkan kami. Kami dipisah. Terpisah.
Kini ku sendiri. Alhamdulillah, masing-masing sampai sebelum Maghrib.



Dengan ini, berganda-ganda terima kasih ditujukan kepada Issareni
sebab sudi temankan diri ini jalan-jalan
yang mana sangat baik untuk terapi wanita.
Hahaha :)) *banyak la ko zEri*

Tuesday, October 12, 2010

*#&%!&%#$*@!@#$%^*;

Serius sakit hati. Mood kurang baik. Tapi nak menaip jugak. Simbol kat title itu la yang bermain-main dalam kepala sekarang ini...

Lepas saja kelas olerikultur, ada org telefon *unknown number*. Teringat pulak 2,3 minggu lepas pun ada nombor tak dikenali telefon aku berkali-kali. Tapi tak diangkat sebab time itu ada lecture.

Kali ini...

seorang perempuan yang memperkenalkan diri dia dari sebuah syarikat bla bla bla *entah betul ke tidak* dan suruh aku bayar insuran RM 450. Hari ini, sebelum 3pm. What??? Banyak cantik. Dan dan pulak ayah aku baru bank in duit hari ini *1 minit sebelum dia call*. Siap nak bawa benda ini kat syarikat guaman segala kalau aku tak bayar.

PENING. Serius pening. Semua benda ni start time aku matrik dulu. Kat salah sebuah shopping complex Kuantan, Pahang. Ditipu. Tertipu. Agak tragis la bila dipaksa jugak masuk ahli tu. Sampaikan aku tak diberi peluang walau 1 minit pun untuk telefon mak ayah aku. Gila tak?

sila jawab : ya, memang gila
Aku pula ambil jalan singkat, bayar je RM 290 CASH! Sebab tak nak lama kat situ.

Apa yang sadis, sampai sekarang 1 faedah pun aku tak nampak. TERKILAN. Sangat terkilan. Alhamdulillah, lepas dapat khidmat nasihat dari mak aku, LEGA. Aku tak berhak untuk duit RM 290 itu. Lepas dari peristiwa tu, ada orang nak promot apa-apa pun aku awal-awal dah angkat tangan tanda aku tak mahu dengar apa-apa *cukup la kena sekali*.

Debit kad aku tak dapat, aku tak kisah. 1 habuk faedah aku tak dapat pun aku dah tak nak ambik kisah. Yang aku kisah, diorang non-stop telefon aku. Minta bayar ini, minta bayar itu. Last dia telefon, tahun lepas. Lepas itu, DIAM. Itu pun mungkin sebab berdas-das tembakan aku kasi TEPAT kat batang hidung dia. Hello! Dalam surat perjanjian tu tak ada pun dinyatakan aku kena bayar apa-apa lagi dah lepas bayaran yang aku buat itu ok. So, sudah-sudah la!

Hari ni, tak disangka-sangka diorang cari aku lagi. Urgh,,, Hey MONGOKS. Sila


P/s: Jangan percaya sangat sama sekali dengan manusia-manusia yang tarik-tarik kita promot keahlian itu ini sebab sekali kita dengar, diorang takkan senang-senang
lepaskan kita pergi.

Saturday, October 9, 2010

Hari Mereka

Mesti mahu. Mahu apa? Twisties kah??? Eh, post entry la.
Hee,,, baru saja balik dari Bangi. Pergi lawat bengkel besi untuk KMT II la. Sementara menanti nasi turun ke perut untuk tujuan kuak lentang di atas katil ku yang tilamnya tak empuk, besinya tersorong-sorong itu, ingin sekali diri ini mengimbau kembali kenangan 1,2,3,4,5 2 bulan lepas mungkin.

Bila semua benda sudah diplan rapi dengan cik Ain Kusyi saya, maka dikumpul segala kekuatan yang ada ini.
............................................................................
6hb Ogos - Slumber saja bakal guru ini ponteng kelas Olerikultur pagi tu. Kes bersiap-siap nak pergi hentian Kajang punya pasal. Bas dijadualkan bertolak pukul 11 pagi. Dari UPM --> KTM Serdang --> KTM Kajang --> Terminal bas Kajang. Nasib baik sempat sampai sebelum jam 11. Sengsorang. Sekali lagi saya ulang, saya pergi sengsorang yup.

Perjalanan jauh ke utara seolah-olah tak terasa bila dihamparkan dengan pemandangan hijau yang luas mata rabun memandang.

Saat sampai di Changlun, hujan renyai-renyai. Ain sudah terpacak kat situ. Tak lama lepas tu, kawan dia datang ambil.

Wooo, 1st time jejak kaki di bumi UUM. Pengalaman yang agak challenging bila air macam segan nak keluar malam tu *segan kat aku kot nye, ngee*. Terpaksa la dua dara pingitan ini merentas ke blok sebelah untuk bersiram, hehe :D. Risau juga kalau-kalau ada mata-mata yang memandang. Tapi Ain cakap, LINE CLEAR! Hahaha :))

Dah segar bugar, pergi mengisi perut la pulak. Nasi putih, telur dadar, daging masak merah dan tom yam. Boleh tahan la. *kalau tak boleh tahan pun, kau sumbat juga zeri woi*
Oleh sebab dah letih bebeno, kebab pun entah ke mana. Alih-alih 2,2 sudah terbukam sampai esok paginya.
 ............................................................................

Tengah hari 7hb Ogos, bersiap-siap la kami ke UniMAP pula untuk majlis konvokesyen cik abang ku. Sekejap sangat rasanya aku di UUM. Tapi sempat juga la bersemuka dengan kawan-kawan maya saya. Kalau sebelum ini dapat kenal through fb dan cerita-cerita Ain saja, tapi on that day dapat juga tengok secara live gitu. Hoho ^.^

Dipendekkan cerita, bila sudah sampai di perkarangan dewan konvo tu *apa ya nama dewan tu. lupa pulak*. Aku dan Ain orang yang lewat sampai kot sebab kawasan gate tu dah lengang. Fuh, jauh jugak nak jalan dari gate ke dewan tu. Hehe,,, tiba-tiba kami dipanggil untuk naik benda alah ini. Taraaa~~~

Weeheee :)) MENARIK! Menikmati perjalanan indah dibentangkan dengan sawah padi sambil dibuai angin sepoi-sepoi beribu-ribu bahasa. Mahu tak terselak kain aku. Huhu,,, cover-cover :p
Mak dan ayah aku dah dalam dewan. Pas masuk ada 2 saja. Nak tak nak, tunggu kat luar saja la. Layu juga wajah masing-masing.

Jeng3. Dengan lagak seperti staff, berjaya juga kami menyelinap masuk dewan tu. Beberapa orang pak guard kami rempuh dengan wajah yang tak bersalah. Ini plan, Jalila *kawan sekolah menengah dulu* punya idea. Sekarang dia student UniMAP. Kebetulan dia join koir. So, diajaknya aku dengan Ain untuk duduk sekali dengan group koir dia kat bahagian atas dewan. Alangkah bertuahnya bila saat aku duduk je, ngam2 tiba turn kos abang aku. Sempat la melihat inchek Azmi naik ke pentas. Suke ;)

Oleh sebab ada mulut lelaki yang berstatus 'lemah lembu sopan sutun' *al-maklumla, nama lagi koir* yang duk bising-bising tengok kami di situ, so kami terus blah dengan hati berasap. Eleh, kecoh pulak. Tempat banyak kosong apa.
Tapi kami ni tahu serik ke? wakakaka :)) Tak cukup dengan curi-curi masuk dewan, siap ada ahli-ahli koir yang bising-bising, mak ai,,, sempat lagi bermaharajalela sebelum keluar dewan. Teheee :D

Kredit to Jalila untuk gambar-gambar ini 8)

Sesi luar dewan...

 
Kejayaan dan kebahagiaan harus dikongsi bersama


Amboi, bukan main lagi mereka berdua ni. Sesi rehearsal kah??? Mia,,,hahaha =))
Ain dah tak lama. Aku lagi 2 tahun lebih nak dukung degree, Insya-Allah. Semoga dipermudahkan segalanya. Ameen :)

Owh yup. Malam tu bermalam di rumah keluarga angkat abang aku sebelum esoknya bertolak ke KL dulu hantar aku balik UPM, huhu.

............................................................................

Alhamdulillah, sekarang abang aku dah dapat kerja di Syarikat Omron, PJ lepas dipanggil interview bulan puasa hari tu. Bukan senang nak senang. Meniti pengalaman mengenal erti kesusahan sebelum menggapai kejayaan.

Next week, turn seorang lagi bff aku yang juga bernamakan Ain iaitu Ain Farhana konvo di UM. Harap sangat dapat pergi mengindahkan menyibukkan lagi suasana.

Kepada insan-insan ini, Azmi Safwan dan Ain Farhana yang tak penah jauh dari hati besar kecil ini, selamat menempuh alam kerjaya. Hadapilah segalanya dengan senyuman :). Tiada apa yang boleh dicapai tanpa usaha dan tawakal hanya kepada-Nya.

Friday, October 8, 2010

Beri Ku Ruang

Salam...

Tolong3!!! zEri nak bernafas sekejap. Bila dah terlalu busy dengan assignment dunia, kepala pun dah naik tink tonk!
zEri, sila betul kan kembali niat anda. BAIK :)
Terima kasih kepada kakak-kakak especially Kak Katy dan Kak Nadia untuk makanan rohani yang disuap sekali 1 minggu itu.

Esok hari Sabtu. Kelas amali minggu ini tak ada. Yeehaaa \(^^)/ Plan g KKB dengan Issareni boleh diON nampaknya.
Apa??? Ada lawatan under KMT pulak? Hurm,,, kuciwa :(
Macam ni la rutin harian aku. Hari Sabtu pun ada kelas sebab nak kena siapkan projek. Nak tahu projek apa? Nanti dah siap, saya tunjuk macam mana rupanya yup.

Pendek kata, hari Ahad saja la satu-satunya hari aku boleh membuta tuli. Letih -_-'
Lepas ni nak kena fokus pada assignment dan final pula. Aiyaaak~ siap tak boleh balik lagi raya Haji ni sebab esoknya ada paper :(. Beraya haji dengan Ajim saja la kat sini.

Currently, emosi kurang stabil. Senyum diukir bagaikan dipaksa. Seperti mahu nangis, tapi air mata tak bisa dirembes keluar. Hati kecil ini menangis tak berlagu.

Kamu perlu kuat, zEri. Ye, saya tahu.