Pages

come with me ;;)

Sunday, July 31, 2011

bila hubungan tak direstui

aduh. Azri Safirah kah ini? iya, saya la ni. apa hal tajuk entry macam tu? itu lah. saya sendiri pun tak faham kenapa. *tutup muka sikit, ngee ^^*
sejak bila kamu bercinta dan kenapa pulak tak direstui?
haa,,, itu lah. kena la baca dulu apa yang saya nak cite ni. saya baru saja cakap taip pasal hubungan. tapi saya tak bagitahu hubungan apa kan? hubungan persahabatan la, hehe :D *jangan marah aaa*

persahabatan saya aku dengan seorang lelaki. dah agak lama kami kenal. dari dia single, dah couple, beretakkan, rujuk balik, akhirnya clash, kembali single hingga lah bercinta lagi untuk ke berapa belas kali, aku pun tak ingat. fuhhh. dan atas sebab itu, aku dijadikan orang kepercayaan dia. tempat dia bercerita macam la aku ni arif sangat walhal aku sendiri tak pernah terjerumus dalam kancah gejala sosial ini. *hahahaha :)) dahsyat tak ayat jenayah aku* 

time dia single kejap tu risau jugak aku. serius risau. iya la, mana la tahu tiba-tiba dia meroyan kan sampaikan aku terpaksa menjarakkan diri sebab aku tak nak dia jadikan aku tempat bersandar. *cukup lah tempat bercerita, tak payah la nak sandar2 pulak, hakhak :D* 
bila dia dah jumpa pengganti, aku saya gembira sebab dia tak lupa untuk cerita pada saya. apa yang buat saya lebih gembira bila dia jugak cerita pasal persahabatan kami kat perempuan tu.

namun apa yang kita boleh terima, tak semestinya orang lain jugak boleh terima dalam masa yang sama kan? mahu tak sentap aku bila dapat tahu dalam diam rupanya perempuan tu simpan perasaan cinta cemburu kat aku. yang ni, aku betul-betul tak faham. aku lagi tambah tak faham bila perempuan tu siap suruh bf dia merangkap kawan baik aku tu stop contact dengan aku. terus apa yang jadi lepas tu???

p/s: nanti la kalau saya rajin, saya sambung lagi yup.
jangan biarkan hubungan anda tak direstui.
ok. abaikan. hakhak ;)

Friday, July 29, 2011

jom mula lagi

va va va. sudah berkurun tak update ini blog. jauh sudah saya ditinggalkan di belakang. wordless wednesday, spontaneous thursday segala. sampaikan dashboard yang lama dah pun bertukar ke versi yang baru. tak suka. tak suka. ada sesiapa yang tahu tak macam mana nak berbalik pada dashboard yang lama? tolong la patik. peleashhh :(.

haisy,,, ada saja la benda yang spoil mood aku nak berblogging ni. baru saja nak godeh2 sikit blog ni tapi nak cari edit HTML pun tak jumpa. wuuu,,, macam mana ni? sampai hati tau buat saya macam ni. benci ah.

tu la. padan dengan muka. selama ni kau biar je blog ni sunyi sepi apa hal?
ala,,, duk kat rumah, cuti lama, tak buat apa, jadi rasa macam tak ada apa la nak dikongsi walhal banyak je benda yang nak dikisahkan. alasan. atau lebih tepat lagi kita namakan ini sebagai prinsip inersia.

yup. inersia. ini lah dia yang dinamakan prinsip inersia. objek yang pegun akan tetap pegun dan memerlukan satu daya luar untuk menggerakkan objek itu. dan daya luar itu sudah datang hari ini untuk mengubah keadaan saya yang pegun ini, muehehe :D. ini dia:


haaa,,, tahu tak apa. memang dah lama sangat dah entry stay the same tu. memang betul-betul stay the same ni. lagi 2,3 hari, genap la 2 bulan blog ni tak terupdate. ngee ^^
bila saja baca tulisan itu dari issareni, terus jari ni meronta-ronta nak menaip entry baru. hahahaha ayat mesti nak hiper punya :P. tapi tiba-tiba keadaan dashboard yang baru ni pulak betul-betul mengganggu konsentrasi saya la. maka, saya nak stop sini dulu dan mula untuk berblogwalking.