Pages

come with me ;;)

Monday, October 12, 2009

Balas Dendam

Oleh sebab aku tak pernah keluar sejak sampai sini dari lepas cuti raya hari tu lagi, so hari ni la waktu yang paling sesuai. Boleh anda bayangkan betapa boringnya hidup? Mahu tak tension duk je kat u ni. Plan dengan Diyana dari minggu lepas lagi nak keluar. Nak tak nak, mesti jadi. Kami berdua je kot. Su? Alasan: tak ada apa yang nak dibeli + busy dengan assignment. Sangat kesian. Diyana? Nak beli hadiah untuk kawan-kawan. Aku? Mahu bebaskan diri :D

berdua lebih baik

1st location: Sogo. Mak ai,,, SALE! Mahu tak duk berjam-jam kat sana. Pilih punya pilih, yang tak tersenarai pun masuk sekali pulak yup. Diyana pun sama. Macam beli hadiah untuk diri sendiri nampaknya. Aiseh,,, itu memang dah lumrah kot sebab kurangnya disiplin perempuan dalam bershopping. Wah,,,wah3 :))

Bila dah bershopping, baru la terasa laparnya. Dari tadi tak ada pulak rasa apa-apa yup,,, huu :p. Dah solat, apa lagi???

           Ouwch,,, pizza sasaranku ;)
                                                                                                             Wajah dilanda kekenyangan
 
Kami sangat kenyang. Ambil masa sebelum teruskan perjalanan, hoho ^.^. Next location: Sg Wang Plaza. Tujuan: Diyana nak tempah hadiah untuk kawan dia la. Sambil-sambil tunggu hadiah tu siap, jalan-jalan la dulu. Nasib baik tak ada apa-apa yang tersangkut, heheh ^^. Opps,,, di sini, kat surau... Ada 1 peristiwa yang terjadi yang buat aku tergelak bila dengar Diyana cite. Wah,,,kah3! Sangat memalukan + terpana seketika. Tak boleh tahan...


Last location: Mid Valley. Huh,,, sampai jugak walaupun terpaksa berjalan kaki, bernaik train. Sekarang, keletihan melanda. Tapi masih nak jalan lagi. Di saat dan ketika ini, sudah pun Maghrib yup. Lepas sudah jalankan tanggungjawab, cari la apa yang dah disenaraikan. Diyana, cari hadiah lagi. Yela,,, nak buat macam mana, dah kawan-kawan dia semua nak lahir bulan ni... Hehehe :D


Huh,,, sudah agak lewat. Alhamdulillah, tak perlu tunggu public transport lama-lama. Dah sampai Komuter Serdang, tunggu bas pulak. Fuh,,, bas UPM ada.

Suasana dalam bas ketika itu

Dengan suasana dalam bas yang ala-ala romantis gitu, maka aku terlelap oleh sebab letih sangat. Kami sampai kolej lebih kurang jam 11 pm kot. Memang puas hati. Shopping dapat, penat pun dapat. 1st time balik lewat macam ni. Betul-betul balas dendam ni, huu.

Saturday, October 10, 2009

Memorable

Kenapa tajuk entry kali ni memorable? Hurm,,, semuanya start bila En Allan cakap tugasan untuk amali praktik SP hari ni 1 yang memorable. Time tu macam-macam keluar kat kepala kami. Cuak + excited jugak. Dah la En Allan tak nak cakap selagi semua orang tak datang. Lagi la bertambah-tambah idea-idea yang extreme dan agak hiperbola. Huu,,, memorable ke 'memorable'?

Rupa-rupanya hari ni kami kena buat pembajaan untuk baja organik. Hahaha :)) macam-macam ekspresi muka yang boleh dilihat yup. Pengajar kami nampak bahagia saja. Kami? Erk,,, Dah la siap kena skop original dari bawah reban ayam lagi tu. 1 kumpulan kena penuhkan 1 guni. Hehehe :D
Mula la masing-masing macam 'segan' je nak start buat kerja. Nak tak nak, kena buat jugak wei. Nak dijadikan cerita, ada sorang budak kelas kami yang free je kena one chicken drop... Wah,,,kah3 :)) Opps,,, mana tak nya... ayam ada kat dalam reban, kami kena buat kerja kat bawah. Ayam-ayam kat atas tu tunjuk muka bangga je, hohohoh ^.^. Kalau bab bau, tak payah cakap la. Memang menusuk kalbu. 

Dah cukup 1 guni tiap-tiap kumpulan, maka start la proses pembajaan. Tugas ni senang je. Cuma kena membaja kat pokok pisang dan naga. Habiskan 2 guni bagi 1 kumpulan. Oleh sebab senang je, so lebih kurang 9.30 am semua dah siap. Yay! boleh balik awal.  
Persoalannya, ada ke bas nak datang ambil?    
Biasanya kelas habis pukul 11 am. So, time tu la bas baru datang. Nak tunggu, lama lagi. Dah la aku ada plan lain lepas ni. Terpaksa lah balik jalan kaki. Bukan dekat tau ladang dengan kolej kami. Yang happy nya, bila kami keluar dari ladang, tiba-tiba ada traktor. Tanpa segan silu, kami tahan je. Untung nasib kami, tak payah la susah-susah nak jalan kaki sampai kolej kan?
Tapi, abang tu nak berhenti ke???
Tengok je gambar, mesti dah tahu jawapan dia kan? Haaa,,, time ni budak lelaki kelas kami tak keluar lagi. Kebetulan traktor ni dah gerak, baru la nampak diorang. Huh,,, dengan bangganya kami lambai-lambai tangan kat diorang. Nasib la badan kena jalan kaki. Riuh rendah time ni. Ye la, sebelum ni semua tak pernah naik lagi kot. Tapi... Yang hampanya, kecewanya, sadisnya, traktor ni bukan boleh hantar kami smpai kolej pun. Ye la, abang ni just bawa area ladang je. Sampai 1/4 perjalanan je. Tapi tak apa la. Jimat jugak tenaga kami walaupun sikit. Hohoho,,, macam biasa, tak lengkap kot rasanya kalau tak buat kerja ni:
buat kenangan dengan abang encem. weee~
Kini ku tahu... perjalanan kami baru saja bermula. Kwang,,,kwang3!
Nikmati alam ciptaanNya di damai desa, di permai kota
Akhirnya,,, sampai jugak =). Yang pasti, segalanya memorable...

Thursday, October 8, 2009

Sehari Bersama

Assalamualaikum... 
Sudah beberapa hari tak on9. Bz...Bz...Bz!!! Sekarang baru la boleh bernafas sekejap lepas semua dah settle termasuk lah daftar subjek untuk sem depan. Alhamdulillah... Cuma tinggal program bakti Siswa saja lagi sekarang ni. Last hari tu present Entrepreneurship sampai pukul 7 pm. Balik dengan happy nya walau letih sebab ku tahu penderitaan minggu ini berakhir di situ, huhu :D Mesej-mesej yang tak tereply sudah direply kini.
Saya tahu... kini saya bahagia. hehe,,, =). Maka dengan ini,,, SP De Raya bermula di sini...

Hari Ahad lepas, 4/10... Program ni sebenarnya program dengan senior. Pendek kata, senior la yang handle untuk rapatkan hubungan budak-budak BP(SP). Bagus kan senior-senior ni?huhu ;)
Pagi tu kami ada aktiviti sukaneka kat padang FPP. Huh,,, bertuah punya budak. Dah la kami ni junior, tapi sampai paling lewat. Sorry,,, pulak tu, dah la sampai je terus fikir nak makan. Apa la,,, dengar la taklimat dulu apa-apa pun. Aiyark,,,

Lepas dah kenyang, maka sukaneka pon bermula dan sesi bergambar pun turut bermula. haha :))


Kami la junior-junior this batch! hohoho~ 

Sebelum tu, kami dibahagikan kumpulan mengikut kiraan. Tipu? Perkara biasa bila nak duk 1 kumpulan dengan geng sndiri. Kwang,,,kwang3! Aku??? No 5,,, hehe ^^ dgn Bie *coursemate* dan senior-senior lain (Najib, Fairun, John, Kak Nur, Lyn, Ina)


Barisan group kami, SP da Corp

Hahaha =)) terasa seperti kembali di alam kanak-kana pulak. Macam-macam permainan ada. Senior pulak sama naik je dengan kami. 1st acara yang aku main, belon keretapi. Oleh sebab kumpulan kami terlalu la excited nak menang... time sikit je lagi nak sampai kat garisan, tiba-tiba terpijak kaki kawan sendiri. Semua jatuh lintang-pukang. Wah,,kah3! Tergelak sakan aku kat tengah-tengah padang tu. Tak mampu berbuat apa-apa lagi. Belon dah terbang entah ke mana. Kami kecewa dalam tawa,:'(

Sambil tengok orang lain main pulak, jom ambil peluang ini... hehe

Wajah buat-buat happy  

Last acara, Bang2 Bomb. Haa,,, kali ni kena baling belon berair kat kumpulan lawan untuk selamatkan ahli group yang kena tawan. Yang tak tahan>>> Bila tawanan balik sendiri. Tak payah susah-susah nak selamatkan pun tak apa. Ahli kumpulan punya la semangat buat serangan balas sampai basah, hakhak. Apa-apa je la... 
Lepas bersurai, cepat-cepat pergi jumpa Ngoh. Dia tunggu aku dari tadi lagi dengan Pk Ngoh Jang dan Ajim. Ajim,,, Nape nampak makin kecik? Sekali ambil... Mak ai,,,beratnya! hohoho ^.^
Datang untuk ambil kuih raya yang nenek aku kirim. Nyum,,nyum2... Ngoh bawak mihun goreng. Makan sama-sama dengan roommates. Kebetulan semua tak makan lagi disebabkan faktor malas nak pergi kafe.

Sebelah petang sepatutnya kena pergi kemas Dewan KTP untuk jamuan raya malam ni. Tapi oleh sebab kepenatan, maka aku tidur seenak-enaknya kat bilik. hehe :p macam tak bersalah pulak! Walaupun kawan-kawan lain mesti tengah pulun habiskan study SP sebab malam esoknya ada test. Dipendekkan cerita... di sebelah malam:

Ina, Aku, Bie & Aishah... kat L4 b4 ke Dwn KTP

Oleh sebab dewan tu kat KTP, so kami kena naik bas la pergi sana...
Huhu~ depan pintu masuk dewan sebelum ambil tempat sesuai

Sampai, ambil tempat. Lokasi pilihan??? Of course la meja yang paling dekat dengan hidangan... ngeh,,,ngeh3 :D 
Bijak...bijak...

Kami makan sambil tengok persembahan-persembahan dari semua batch. Lepas tu macam biasa, ucapan dari wakil senior dan Dekan FPP. Opps,,, lupa pulak. Sebelum tu, kami kena nyanyi lagu UPM dan lagu guru Malaysia. Fuyoo,,, 1st time nyanyi lagu guru Malaysia ni. Mahu tak berdiri bulu kening ni. Seriuuuusss~ Nak nangis pun ade. Tiba-tiba sentimental pulak aku malam tu.


Semestinya,,, maintain cool walau dah tahu lewat
 

Lepas tetamu berangkat pulang, movie maker pun dah tengok semua... Kami pun bla la. Yang tak boleh bla... kena balik jalan kaki. Ye la,,, dah pukul 11 lebih pun. Mana ada lagi dah bas time tu. Redha je la balik dengan high heelnya. Huuu,,,high heel??? Hee ^^ dah pandai ye sekarang.
Mestila~
Dah sampai kolej, terasa kelenguhannya... Oh yup! Jeng,,,jeng2... malam tu 1 peristiwa berlaku. Erm,,, kini ku serba salah.


*Bagus jugak ada program macam ni.
At least dapat kenal dengan senior-senior yang 1 course.
Sekarang, bila dah jumpa boleh jugak senyum2, tegur2.
Kalau sebelum ni, tak kenal pun siapa senior yang 1 course.
Jumpa buat tak tahu je la. huhu

Friday, October 2, 2009

Hargai Sebelum Pergi

Dalam hidup kita...
Allah bagi kita 1 peluang saja untuk kita berjumpa dengan orang yang betul-betul menyayangi diri kita.
Kalau kita leka, kita akan kehilangannya buat selama-lamanya...
Tapi kita tak pernah tahu siapa orangnya kalau kita sendiri tak pernah sedar dan menilai kehadirannya.
Mungkin setelah segalanya berlalu dan kita sudah pun kehilangannya, barulah kita sedar betapa pentingnya orang itu dalam hidup kita.

Mesej ni aku terima 2 hari lepas dari seorang sahabat. Mula-mula aku terima mesej ni, aku agak blur. Sebenarnya, aku pernah hantar mesej ni kat dia suatu ketika dulu. Tiba-tiba mesej ni mengingatkan aku pada seseorang. Humph...
Argh,,, lupakan la Zeri...

Aku terfikir-fikir kenapa dia bagi balik mesej ni kat aku? Dia ketandusan mesej ke apa? Dia ada masalah ke? Tapi aku tak bagi respon pun sebab time tu aku ada kelas Kenegaraan.

Sehingga lah aku terima panggilan dari dia malam tu. Yup,,, tepat sangkaan aku. Dia memang ada masalah. Masalah biasa bagi orang yang bercinta. Dah lama dia simpan benda ni. Dia nak contact aku, tapi risau kalau aku busy.
Yup,,, aku akui itu

Oleh itu, kepada teman-teman... Untuk itu, sorry la untuk:
  • Mesej-mesej anda yang tak terreply
  • Panggilan yang tak terjawab
  • Senyap tanpa khabar berita
Sorry jugak seandainya aku tak ada di saat kamu perlukan seorang teman untuk berkongsi masalah.
Tapi jangan risau... sekejap je sampai penghujung bulan ni sementara semua tugas settle. Lepas ni, boleh la kembali normal =)

Ye la,,, macam mana aku tak busy. Dalam minggu ni saja, aku kena hantar assignment Kenegaraan, Buat 2 slide show untuk TITAS dan Asas Keusahawanan, test Koko, test SP lagi. Biasa la, di penghujung sem macam ni. Lepas settle semua assignment, fokus pada final exam pulak.
Sangat tak sabar untuk cuti sem. Yang pasti, last paper aku 29 Oct ni. Lepas tu...
Hoooooooray! \(-_-)/

Huh,,, sangat berbeza dulu dan kini. Lagi-lagi kalau cakap pasal handphone. Kalau dulu, asyik berkepit dengan hp je kalau nak pergi mana-mana. Sekarang, kadang-kadang hp pun boleh tertinggal. Letak mana-mana je ikut suka. Kesiannya dia :(. Sebab tu la kadang-kadang orang hantar mesej ke, call ke... tak terbalas, tak terjawab. Bila saja nak reply, dah rasa lapuk + expired. Mesej-mesej tu dibuat hiasan dalam inbox saja. Hanya mampu melihat... uhuk,,,uhuk3 :'(

Erm,,, berbalik pada mesej tu tadi. Iya,,, kita kadang-kadang tak sedar betapa pentingnya kewujudan seseorang tu dalam hidup kita sehingga lah selepas kita kehilangannya kan? Menyesal pun dah tak ada guna. Sebab tu la kita kena sentiasa cuba untuk menghargai orang sekeliling kita yang sentiasa berada di samping kita di waktu susah dan senang.
Huh,,, yang berlalu tetap berlalu... Belajar dari kesilapan lalu...

So, kepada pengirim mesej di atas... Saya tahu anda sentiasa baca tulisan-tulisan saya ini. Jadi, orang harap sangat masalah tu settle jugak. Fikir la secara rasional dan bawak-bawak la berbincang. Diam bukan jalan terbaik. Ok???
Sekian...