Pages

come with me ;;)

Thursday, October 8, 2009

Sehari Bersama

Assalamualaikum... 
Sudah beberapa hari tak on9. Bz...Bz...Bz!!! Sekarang baru la boleh bernafas sekejap lepas semua dah settle termasuk lah daftar subjek untuk sem depan. Alhamdulillah... Cuma tinggal program bakti Siswa saja lagi sekarang ni. Last hari tu present Entrepreneurship sampai pukul 7 pm. Balik dengan happy nya walau letih sebab ku tahu penderitaan minggu ini berakhir di situ, huhu :D Mesej-mesej yang tak tereply sudah direply kini.
Saya tahu... kini saya bahagia. hehe,,, =). Maka dengan ini,,, SP De Raya bermula di sini...

Hari Ahad lepas, 4/10... Program ni sebenarnya program dengan senior. Pendek kata, senior la yang handle untuk rapatkan hubungan budak-budak BP(SP). Bagus kan senior-senior ni?huhu ;)
Pagi tu kami ada aktiviti sukaneka kat padang FPP. Huh,,, bertuah punya budak. Dah la kami ni junior, tapi sampai paling lewat. Sorry,,, pulak tu, dah la sampai je terus fikir nak makan. Apa la,,, dengar la taklimat dulu apa-apa pun. Aiyark,,,

Lepas dah kenyang, maka sukaneka pon bermula dan sesi bergambar pun turut bermula. haha :))


Kami la junior-junior this batch! hohoho~ 

Sebelum tu, kami dibahagikan kumpulan mengikut kiraan. Tipu? Perkara biasa bila nak duk 1 kumpulan dengan geng sndiri. Kwang,,,kwang3! Aku??? No 5,,, hehe ^^ dgn Bie *coursemate* dan senior-senior lain (Najib, Fairun, John, Kak Nur, Lyn, Ina)


Barisan group kami, SP da Corp

Hahaha =)) terasa seperti kembali di alam kanak-kana pulak. Macam-macam permainan ada. Senior pulak sama naik je dengan kami. 1st acara yang aku main, belon keretapi. Oleh sebab kumpulan kami terlalu la excited nak menang... time sikit je lagi nak sampai kat garisan, tiba-tiba terpijak kaki kawan sendiri. Semua jatuh lintang-pukang. Wah,,kah3! Tergelak sakan aku kat tengah-tengah padang tu. Tak mampu berbuat apa-apa lagi. Belon dah terbang entah ke mana. Kami kecewa dalam tawa,:'(

Sambil tengok orang lain main pulak, jom ambil peluang ini... hehe

Wajah buat-buat happy  

Last acara, Bang2 Bomb. Haa,,, kali ni kena baling belon berair kat kumpulan lawan untuk selamatkan ahli group yang kena tawan. Yang tak tahan>>> Bila tawanan balik sendiri. Tak payah susah-susah nak selamatkan pun tak apa. Ahli kumpulan punya la semangat buat serangan balas sampai basah, hakhak. Apa-apa je la... 
Lepas bersurai, cepat-cepat pergi jumpa Ngoh. Dia tunggu aku dari tadi lagi dengan Pk Ngoh Jang dan Ajim. Ajim,,, Nape nampak makin kecik? Sekali ambil... Mak ai,,,beratnya! hohoho ^.^
Datang untuk ambil kuih raya yang nenek aku kirim. Nyum,,nyum2... Ngoh bawak mihun goreng. Makan sama-sama dengan roommates. Kebetulan semua tak makan lagi disebabkan faktor malas nak pergi kafe.

Sebelah petang sepatutnya kena pergi kemas Dewan KTP untuk jamuan raya malam ni. Tapi oleh sebab kepenatan, maka aku tidur seenak-enaknya kat bilik. hehe :p macam tak bersalah pulak! Walaupun kawan-kawan lain mesti tengah pulun habiskan study SP sebab malam esoknya ada test. Dipendekkan cerita... di sebelah malam:

Ina, Aku, Bie & Aishah... kat L4 b4 ke Dwn KTP

Oleh sebab dewan tu kat KTP, so kami kena naik bas la pergi sana...
Huhu~ depan pintu masuk dewan sebelum ambil tempat sesuai

Sampai, ambil tempat. Lokasi pilihan??? Of course la meja yang paling dekat dengan hidangan... ngeh,,,ngeh3 :D 
Bijak...bijak...

Kami makan sambil tengok persembahan-persembahan dari semua batch. Lepas tu macam biasa, ucapan dari wakil senior dan Dekan FPP. Opps,,, lupa pulak. Sebelum tu, kami kena nyanyi lagu UPM dan lagu guru Malaysia. Fuyoo,,, 1st time nyanyi lagu guru Malaysia ni. Mahu tak berdiri bulu kening ni. Seriuuuusss~ Nak nangis pun ade. Tiba-tiba sentimental pulak aku malam tu.


Semestinya,,, maintain cool walau dah tahu lewat
 

Lepas tetamu berangkat pulang, movie maker pun dah tengok semua... Kami pun bla la. Yang tak boleh bla... kena balik jalan kaki. Ye la,,, dah pukul 11 lebih pun. Mana ada lagi dah bas time tu. Redha je la balik dengan high heelnya. Huuu,,,high heel??? Hee ^^ dah pandai ye sekarang.
Mestila~
Dah sampai kolej, terasa kelenguhannya... Oh yup! Jeng,,,jeng2... malam tu 1 peristiwa berlaku. Erm,,, kini ku serba salah.


*Bagus jugak ada program macam ni.
At least dapat kenal dengan senior-senior yang 1 course.
Sekarang, bila dah jumpa boleh jugak senyum2, tegur2.
Kalau sebelum ni, tak kenal pun siapa senior yang 1 course.
Jumpa buat tak tahu je la. huhu

0 003 people care: