Pages

come with me ;;)

Friday, October 2, 2009

Hargai Sebelum Pergi

Dalam hidup kita...
Allah bagi kita 1 peluang saja untuk kita berjumpa dengan orang yang betul-betul menyayangi diri kita.
Kalau kita leka, kita akan kehilangannya buat selama-lamanya...
Tapi kita tak pernah tahu siapa orangnya kalau kita sendiri tak pernah sedar dan menilai kehadirannya.
Mungkin setelah segalanya berlalu dan kita sudah pun kehilangannya, barulah kita sedar betapa pentingnya orang itu dalam hidup kita.

Mesej ni aku terima 2 hari lepas dari seorang sahabat. Mula-mula aku terima mesej ni, aku agak blur. Sebenarnya, aku pernah hantar mesej ni kat dia suatu ketika dulu. Tiba-tiba mesej ni mengingatkan aku pada seseorang. Humph...
Argh,,, lupakan la Zeri...

Aku terfikir-fikir kenapa dia bagi balik mesej ni kat aku? Dia ketandusan mesej ke apa? Dia ada masalah ke? Tapi aku tak bagi respon pun sebab time tu aku ada kelas Kenegaraan.

Sehingga lah aku terima panggilan dari dia malam tu. Yup,,, tepat sangkaan aku. Dia memang ada masalah. Masalah biasa bagi orang yang bercinta. Dah lama dia simpan benda ni. Dia nak contact aku, tapi risau kalau aku busy.
Yup,,, aku akui itu

Oleh itu, kepada teman-teman... Untuk itu, sorry la untuk:
  • Mesej-mesej anda yang tak terreply
  • Panggilan yang tak terjawab
  • Senyap tanpa khabar berita
Sorry jugak seandainya aku tak ada di saat kamu perlukan seorang teman untuk berkongsi masalah.
Tapi jangan risau... sekejap je sampai penghujung bulan ni sementara semua tugas settle. Lepas ni, boleh la kembali normal =)

Ye la,,, macam mana aku tak busy. Dalam minggu ni saja, aku kena hantar assignment Kenegaraan, Buat 2 slide show untuk TITAS dan Asas Keusahawanan, test Koko, test SP lagi. Biasa la, di penghujung sem macam ni. Lepas settle semua assignment, fokus pada final exam pulak.
Sangat tak sabar untuk cuti sem. Yang pasti, last paper aku 29 Oct ni. Lepas tu...
Hoooooooray! \(-_-)/

Huh,,, sangat berbeza dulu dan kini. Lagi-lagi kalau cakap pasal handphone. Kalau dulu, asyik berkepit dengan hp je kalau nak pergi mana-mana. Sekarang, kadang-kadang hp pun boleh tertinggal. Letak mana-mana je ikut suka. Kesiannya dia :(. Sebab tu la kadang-kadang orang hantar mesej ke, call ke... tak terbalas, tak terjawab. Bila saja nak reply, dah rasa lapuk + expired. Mesej-mesej tu dibuat hiasan dalam inbox saja. Hanya mampu melihat... uhuk,,,uhuk3 :'(

Erm,,, berbalik pada mesej tu tadi. Iya,,, kita kadang-kadang tak sedar betapa pentingnya kewujudan seseorang tu dalam hidup kita sehingga lah selepas kita kehilangannya kan? Menyesal pun dah tak ada guna. Sebab tu la kita kena sentiasa cuba untuk menghargai orang sekeliling kita yang sentiasa berada di samping kita di waktu susah dan senang.
Huh,,, yang berlalu tetap berlalu... Belajar dari kesilapan lalu...

So, kepada pengirim mesej di atas... Saya tahu anda sentiasa baca tulisan-tulisan saya ini. Jadi, orang harap sangat masalah tu settle jugak. Fikir la secara rasional dan bawak-bawak la berbincang. Diam bukan jalan terbaik. Ok???
Sekian...

0 003 people care: