Oleh sebab aku tak pernah keluar sejak sampai sini dari lepas cuti raya hari tu lagi, so hari ni la waktu yang paling sesuai. Boleh anda bayangkan betapa boringnya hidup? Mahu tak tension duk je kat u ni. Plan dengan Diyana dari minggu lepas lagi nak keluar. Nak tak nak, mesti jadi. Kami berdua je kot. Su? Alasan: tak ada apa yang nak dibeli + busy dengan assignment. Sangat kesian. Diyana? Nak beli hadiah untuk kawan-kawan. Aku? Mahu bebaskan diri :D
berdua lebih baik
1st location: Sogo. Mak ai,,, SALE! Mahu tak duk berjam-jam kat sana. Pilih punya pilih, yang tak tersenarai pun masuk sekali pulak yup. Diyana pun sama. Macam beli hadiah untuk diri sendiri nampaknya. Aiseh,,, itu memang dah lumrah kot sebab kurangnya disiplin perempuan dalam bershopping. Wah,,,wah3 :))
Bila dah bershopping, baru la terasa laparnya. Dari tadi tak ada pulak rasa apa-apa yup,,, huu :p. Dah solat, apa lagi???
Ouwch,,, pizza sasaranku ;)
Wajah dilanda kekenyangan
Kami sangat kenyang. Ambil masa sebelum teruskan perjalanan, hoho ^.^. Next location: Sg Wang Plaza. Tujuan: Diyana nak tempah hadiah untuk kawan dia la. Sambil-sambil tunggu hadiah tu siap, jalan-jalan la dulu. Nasib baik tak ada apa-apa yang tersangkut, heheh ^^. Opps,,, di sini, kat surau... Ada 1 peristiwa yang terjadi yang buat aku tergelak bila dengar Diyana cite. Wah,,,kah3! Sangat memalukan + terpana seketika. Tak boleh tahan...
Last location: Mid Valley. Huh,,, sampai jugak walaupun terpaksa berjalan kaki, bernaik train. Sekarang, keletihan melanda. Tapi masih nak jalan lagi. Di saat dan ketika ini, sudah pun Maghrib yup. Lepas sudah jalankan tanggungjawab, cari la apa yang dah disenaraikan. Diyana, cari hadiah lagi. Yela,,, nak buat macam mana, dah kawan-kawan dia semua nak lahir bulan ni... Hehehe :D
Huh,,, sudah agak lewat. Alhamdulillah, tak perlu tunggu public transport lama-lama. Dah sampai Komuter Serdang, tunggu bas pulak. Fuh,,, bas UPM ada.
Suasana dalam bas ketika itu
Dengan suasana dalam bas yang ala-ala romantis gitu, maka aku terlelap oleh sebab letih sangat. Kami sampai kolej lebih kurang jam 11 pm kot. Memang puas hati. Shopping dapat, penat pun dapat. 1st time balik lewat macam ni. Betul-betul balas dendam ni, huu.
0 003 people care:
Post a Comment