Pages

come with me ;;)

Friday, December 25, 2009

I Got a Feeling

Salam...
Menjelma kembali setelah menyepi sekian lama. Waaah,,, boleh tahan tak ayat ini? Hee ^^

Huwaa,,, lepas ni tak tahu bila pulak diri ku akan muncul kembali. Ya la, esok sudah mahu balik UPM.
Hurm,,, cepat sangat masa ni berjalan.
Sebab dia berjalan sambil lari-lari anak *haisy,,habes la kalau aku dah start mengarut*

Ok, berbalik pada tajuk entry kali ini. I got a feeling. Feel apa???
Normal la bagi insan macam saya ni. Time nak balik bercuti hari tu, aku la yang lompat-lompat kegembiraan tak sabar nak balik kan. Tapi time harus balik kolej balik, ada orang lain pulak yang ganti tempat saya *my heart keeps jumping* Arghhhhhhhh~

Adei,,, tak suka la berada dalam situasi macam ni. Ini la akibat bila tinggal di rumah lama-lama sangat. Itu la pasal, di rumah makan tidur makan tidur saja kan. Ambek kau, rasakan. Agaknya nak panjat tangga sampai tingkat 5  pun dah tak larat nanti. Huh,,, -_-'
Cakap pasal barang-barang pulak. Baik tak payah cakap la sebab memang akan packing last minute punya, hehe...

Walaupun duk kat rumah tak tahu nak buat apa, *asyik on9 24 jam* tapi tetap best kan. Lagi-lagi bila tak ada masalah untuk on9, tidur lebih-lebih, makan banyak-banyak, tengok cerita puas-puas, keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan bila-bila masa saja :)

Owh yup... hari tu saya ada keluar dengan kawan-kawan sekolah dulu yup. Gang-gang yang memang rapat time sekolah menengah dulu. Sangat happy sebab still contact walaupun dah lama tinggalkan zaman itu. Mereka adalah Irniyana, Suraya and Fareha.
Erm,,, jalan-jalan tangkap gambar saja yang lebih. Fareha la, awal tahun depan *macam lama lagi je bunyinya, Ngee* Insya-Allah dia fly. Yang penting, menikmati keenakan masakan panas di Kedai Pasar Payang yang menjanjikan fuhhh,,, berasap punya. Tak boleh blah.

Haaa,,, keluar dengan Si Ain ni la paling banyak. Kalau tak keluar pergi KT, kami jumpa kat rumah saya. Semalam pun sempat lagi keluar pergi KT. Temankan cik Ain ni beli tudung untuk baju-baju yang baru siap ditempah *aceycey,,, alasan nak keluar*
Tapi entah la hantu apa yang masuk dalam badan ni buat saya dengan yakinnya keluar pakai shawl. Woo,,,1st time ni . Biasanya, pakai tudung yang biasa orang pakai tu je.

Tengok??? betapa besarnya pengaruh bff saya ni kan. Haa,,, dia la hantu itu. Hua,,,hahaha  =))
Dia la yang tiup kan kuasa ajaib masuk dalam badan sampaikan saya ada keyakinan mahu try pakai. Huhu,,, kamu memang terbaik la Ain.Adoiyaa,,, sedih pun ada. Esok kami sama-sama balik u masing-masing. So, ni last day kami jumpa *untuk tahun ni la*. Mana tak nya, ada berapa hari saja lagi kan sebelum masuk tahun baru.

Ada apa dengan 2010???
So, sebelum masuk tahun baru, saya mahu rangka azam baru untuk tahun depan. Alhamdulillah, azam tahun ni sudah pun tercapai. Tapi aku tak mahu capai yang dunia semata-mata *yup, aku tahu tak mudah*
Okess,,, malas dah nak taip. Hati tak senang, hati tak tenang. Mahu tidur awal la *last night tidur kat rumah for this year* Hopefully that tonight gonna be a good night.
Yup sebelum tu, hopefully tahun depan menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk saya, family, kengkawan and kita semua, ok. Amiiiinnnn ^_^

2 003 people care:

i'm mashitah said...

kalo kt upm pon asik kuar,kt umah pon asik kuar,maen je taunye kmu ni.....ish3,elok2 naek bas mlm ni ye...

zEri sAfEerA said...

hahaha~ mashi2... Insya-Allah... smoge kite sm2 slamat smpai upm :)