Pages

come with me ;;)

Thursday, September 9, 2010

Tika ia menjelma

Assalamualaikum...

Bulan rahmat yang sentiasa dirindui kini pergi meninggalkan kita lagi. Namun, kehadiran Syawal harus disambut gembira atas kemenangan tanda syukur kepadaNya...
Hari ni Esok dah raya. Hidung selesema. Suara tak ada. Apa pun, raya tetap raya. hehe,,, :D
Bahagia rasanya bila 1 minggu nak raya, aku dah sampai rumah walaupun kepulanganku bagaikan tak menyumbang apa-apa untuk kerja-kerja yang ada. Sebagai sumber inspirasi, mungkin ya. hoho ^.^

Isnin - Merisik khabar Ain Hana tercinta. Duk bertanya itu ini segala benda. Sebenarnya nak ajak dia temankan pergi KT hari rabu ni je. YES! Senyum sampai ke telinga la saya bila dia kata dia OK je \(^_^)/

Selasa - Baju raya yang ditempah dah siap nampaknya. EXCITED gila nak tengok macam mana rupanya. Sekali try... Huwaaa :(( macam tak sesuai je aku dengan baju ini punya colour. Dah la kulit aku ni macam gelap tak mboh mahu, cerah tak seberapa. Huisy,,, ini semua abang aku punya pasal le. Nak sangat colour KELABU, ikut kehendak dia. Tetiba hari ku SURAM sebelum petang menjelma :(

Petang. Aina tetiba call bagitahu assignment for kursus Pengurusan Makmal dan Bengkel perlu dijalankan di SMK Seri Payung esoknya. Benda yang memang dah tak boleh nak elak, nak buat macam mana. Lagi-lagi dah dekat nak raya. Semua staf dah nak start cuti kerja.
ALAMAK!!! Plan dengan Ain Hana macam mana??? Naya... SELESEMA ku datang tetiba -_-'

Pada malamnya, virus dalam lappyku makin MENGGANAS jadinya. Ingatkan adobe photoshop je yang tak boleh guna. Rupanya semua program dah jadi gila. Aku tahu dari mana puncanya. AUTHORWARE la ni punya kerja. Lepas serang lappyku, lappy abangku turut jadi mangsa. Tak terkecuali external dia kena sama. Operasi memFORMAT lappyku dilakukan segera. Malangnya, MASIH tak ok juga. Lagi SAKIT JIWA bila nak on9 pun tergendala. Huh,,, ni apa cite :'(

Rabu - Awal pagi sebelum jam 8 dah terpacak tunggu bas tepi jalan raya. MOTIF: Nak sampai kat KT before jam 9 sebab nak settlekan semua kerja. Cuaca hari ni tak berapa baik, hujan rintik-rintik nampaknya. Sampai di Kuala Ibai, nasib baik Dayah jemput aku dengan Myvi abangnya. Mulanya ingin merempit sahaja. Tapi memandangkan hari hujan, maka tukar PLAN B pulak ya, hehe :D. Dalam kereta, non-stop cerita pasal virus gila. Rupanya, bukan aku sorang saja yang kena...

Jam 11 pagi. Tugasan masih tak settle2. Ain Hana dah tunggu aku kat KT sengsorang je. Kesiannya dia. Lagi-lagi bila dia kata ada pakcik tua kacau dia. Sabo je la ye.
Jam 12, Alhamdulillah settle jugak semua kerja. Tunggu Dayah nak hantar aku kat KT je. Bila dah nak raya ni... macam biasa, TERPERANGKAP di jalan raya. Tu la satu masalah bila naik kereta. Jealous pulak tengok orang naik motor yang boleh main NYELIT2 je.

Jam 1 pm. Huh,,, sampai jugak aku akhirnya. Thanx Dayah, jom Ain berSHOPPING raya! Shopping pun tak seberapa bila fikir nak kejar masa. Alhamdulillah hujan dah reda. So, tak ada la terkandas kat mana-mana. Bila semua barang dah ada, moh la kita beredar segera. hehe :D

Dah sampai rumah, baru terasa kepenatannya. Suara pun dah tak ada. Mungkin banyak sangat bercerita bila dah jumpa member2. Hajat di hati, nak TIDUR seketika. Tapi risau pulak kalau TERLAJAK sampai waktu berbuka. Kan tak pasal-pasal kena dengar CERAMAH percuma, hoho ^.^

Tengok lappy, terasa SERABUT di kepala. Abang aku tak sudah-sudah cari jalan macam mana. Ikutkan aku, nak hantar kat kedai je. JENG3~~~ operasi besar-besaran dijalankan tetiba. Abang aku siap buka hard disk lappy ku segala. Macam nak baiki motor rosak la pulak gayanya. Wakakakaka :))
Aku memang dah tak tahu nak buat apa. Nak tolong tengok pun dah tak terdaya. Ye la, panas badan ni haa dah menjadi-jadi dibuatnya. Telan PANADOL, terus tidur sampai ke esok paginya.

Khamis - Hari ni hari LAST puasa. Tak percaya pulak esok dah raya. Alhamdulillah, lappyku dapat
BERNAFAS semula. Abang aku kata, habis 10 KETURUNAN virus tu dah dibunuhnya, hehe :D. Hati ni berbunga gembira ^^. Sebab tu la aku sayang dia ;). Maka proses meng'edit' gambar terus bermula dan ini la hasilnya...


Maka, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada seisi keluarga, teman-teman, tenaga pengajar, my followers dan semua yang mengenali diri ini.
Semoga segala amal baik di bulan Ramadhan dapat dijadikan bekalan untuk 11 bulan yang mendatang, Insya-Allah. Sambut lah Syawal ini dengan penuh kegembiraan dalam kesederhanaan :)

Entry ni sepatutnye dpost pada malam raya. Tapi memandangkan tiba-tiba line streamyx tergendala, terpaksa la tunggu bila line dah clear. Sekian saja hikayat di malam raya dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca. Akhir kata, Selamat Hari Raya. Wassalam semua :)

2 003 people care:

anish said...

sakannnnn raya! :) hehe slmt hari raye zeri ;)

zEri sAfEerA said...

anish: samat ari ry juge utk kamu :)