Pages

come with me ;;)

Saturday, October 9, 2010

Hari Mereka

Mesti mahu. Mahu apa? Twisties kah??? Eh, post entry la.
Hee,,, baru saja balik dari Bangi. Pergi lawat bengkel besi untuk KMT II la. Sementara menanti nasi turun ke perut untuk tujuan kuak lentang di atas katil ku yang tilamnya tak empuk, besinya tersorong-sorong itu, ingin sekali diri ini mengimbau kembali kenangan 1,2,3,4,5 2 bulan lepas mungkin.

Bila semua benda sudah diplan rapi dengan cik Ain Kusyi saya, maka dikumpul segala kekuatan yang ada ini.
............................................................................
6hb Ogos - Slumber saja bakal guru ini ponteng kelas Olerikultur pagi tu. Kes bersiap-siap nak pergi hentian Kajang punya pasal. Bas dijadualkan bertolak pukul 11 pagi. Dari UPM --> KTM Serdang --> KTM Kajang --> Terminal bas Kajang. Nasib baik sempat sampai sebelum jam 11. Sengsorang. Sekali lagi saya ulang, saya pergi sengsorang yup.

Perjalanan jauh ke utara seolah-olah tak terasa bila dihamparkan dengan pemandangan hijau yang luas mata rabun memandang.

Saat sampai di Changlun, hujan renyai-renyai. Ain sudah terpacak kat situ. Tak lama lepas tu, kawan dia datang ambil.

Wooo, 1st time jejak kaki di bumi UUM. Pengalaman yang agak challenging bila air macam segan nak keluar malam tu *segan kat aku kot nye, ngee*. Terpaksa la dua dara pingitan ini merentas ke blok sebelah untuk bersiram, hehe :D. Risau juga kalau-kalau ada mata-mata yang memandang. Tapi Ain cakap, LINE CLEAR! Hahaha :))

Dah segar bugar, pergi mengisi perut la pulak. Nasi putih, telur dadar, daging masak merah dan tom yam. Boleh tahan la. *kalau tak boleh tahan pun, kau sumbat juga zeri woi*
Oleh sebab dah letih bebeno, kebab pun entah ke mana. Alih-alih 2,2 sudah terbukam sampai esok paginya.
 ............................................................................

Tengah hari 7hb Ogos, bersiap-siap la kami ke UniMAP pula untuk majlis konvokesyen cik abang ku. Sekejap sangat rasanya aku di UUM. Tapi sempat juga la bersemuka dengan kawan-kawan maya saya. Kalau sebelum ini dapat kenal through fb dan cerita-cerita Ain saja, tapi on that day dapat juga tengok secara live gitu. Hoho ^.^

Dipendekkan cerita, bila sudah sampai di perkarangan dewan konvo tu *apa ya nama dewan tu. lupa pulak*. Aku dan Ain orang yang lewat sampai kot sebab kawasan gate tu dah lengang. Fuh, jauh jugak nak jalan dari gate ke dewan tu. Hehe,,, tiba-tiba kami dipanggil untuk naik benda alah ini. Taraaa~~~

Weeheee :)) MENARIK! Menikmati perjalanan indah dibentangkan dengan sawah padi sambil dibuai angin sepoi-sepoi beribu-ribu bahasa. Mahu tak terselak kain aku. Huhu,,, cover-cover :p
Mak dan ayah aku dah dalam dewan. Pas masuk ada 2 saja. Nak tak nak, tunggu kat luar saja la. Layu juga wajah masing-masing.

Jeng3. Dengan lagak seperti staff, berjaya juga kami menyelinap masuk dewan tu. Beberapa orang pak guard kami rempuh dengan wajah yang tak bersalah. Ini plan, Jalila *kawan sekolah menengah dulu* punya idea. Sekarang dia student UniMAP. Kebetulan dia join koir. So, diajaknya aku dengan Ain untuk duduk sekali dengan group koir dia kat bahagian atas dewan. Alangkah bertuahnya bila saat aku duduk je, ngam2 tiba turn kos abang aku. Sempat la melihat inchek Azmi naik ke pentas. Suke ;)

Oleh sebab ada mulut lelaki yang berstatus 'lemah lembu sopan sutun' *al-maklumla, nama lagi koir* yang duk bising-bising tengok kami di situ, so kami terus blah dengan hati berasap. Eleh, kecoh pulak. Tempat banyak kosong apa.
Tapi kami ni tahu serik ke? wakakaka :)) Tak cukup dengan curi-curi masuk dewan, siap ada ahli-ahli koir yang bising-bising, mak ai,,, sempat lagi bermaharajalela sebelum keluar dewan. Teheee :D

Kredit to Jalila untuk gambar-gambar ini 8)

Sesi luar dewan...

 
Kejayaan dan kebahagiaan harus dikongsi bersama


Amboi, bukan main lagi mereka berdua ni. Sesi rehearsal kah??? Mia,,,hahaha =))
Ain dah tak lama. Aku lagi 2 tahun lebih nak dukung degree, Insya-Allah. Semoga dipermudahkan segalanya. Ameen :)

Owh yup. Malam tu bermalam di rumah keluarga angkat abang aku sebelum esoknya bertolak ke KL dulu hantar aku balik UPM, huhu.

............................................................................

Alhamdulillah, sekarang abang aku dah dapat kerja di Syarikat Omron, PJ lepas dipanggil interview bulan puasa hari tu. Bukan senang nak senang. Meniti pengalaman mengenal erti kesusahan sebelum menggapai kejayaan.

Next week, turn seorang lagi bff aku yang juga bernamakan Ain iaitu Ain Farhana konvo di UM. Harap sangat dapat pergi mengindahkan menyibukkan lagi suasana.

Kepada insan-insan ini, Azmi Safwan dan Ain Farhana yang tak penah jauh dari hati besar kecil ini, selamat menempuh alam kerjaya. Hadapilah segalanya dengan senyuman :). Tiada apa yang boleh dicapai tanpa usaha dan tawakal hanya kepada-Nya.

8 003 people care:

Fareha Noor said...

touching la entry mg ni

zEri sAfEerA said...

huhu,,, yeke? alamak. aku rs aku bwat abih slambe doh 2. hee ^^. relax2 aku fhm prasaan org jauh mcm mu.

little ain said...

hahahahaha :)

kak pirah, sape cik ain kusyi tu eh?

linkkan name cik ain kusyi tu please..

gediks! miahahaha

zEri sAfEerA said...

kuikuikui ^^

baek ;)

Anonymous said...

zeri aku nk g gok konvo ain farhana tu!...

zEri sAfEerA said...

woot: tnye yela wei

Anonymous said...

huhu2...bkan kat ppum ah wat konvo tu,huhu2...

zEri sAfEerA said...

doh 2 katne?