Pages

come with me ;;)

Sunday, August 21, 2011

tolong saya, boleh?

Alamak! dia dah buat dah. dah buat dah. buat apa? malas update la, ngee ^^

oh sebelum tu. Assalamualaikum wbt. hari ini dah masuk hari ke-21 kita berpuasa. Alhamdulillah masih belum diberi cuti, hehe :D. tapi tak tahu la kalau-kalau sempena birthday saya esok, tiba-tiba dapat cuti kan? hakhak saya memang suka mengwar-warkan kat orang ramai bila birthday saya. jadi siapa yang baca entry ini, sila wish ok. eh ada pulak paksa-paksa orang kan *mesti ada yang menyesal baca entry ni, hehe :D*.

amacam iman hari ni? masihkah azam dan semangat kita sama seperti di awal Ramadhan hari tu atau lebih?
serius. sangat cepat masa berlalu. bukan? tup tap tup tap dah seminggu lebih saya tak update blog. tup tap tup tap kita dah pun masuk dalam 10 terakhir Ramadhan. tup tap tup tap nanti dah raya. bila dah raya, confirm la lepas ni tup tap tup tap dah kena balik UPM. huwaaa tak sukanya tup tap tup tap :((.

haisy,,, entah akan dipertemukan lagi ke tidak dengan Ramadhan tahun depan :'(.
saya tersangatlah bersyukur kerana Ramadhan kali ini, saya dapat bersama-sama dengan mak ayah di rumah. a place where my heart is :) *oh tetiba rasa nak nangis*.
banyak masa diluang bersama. bercerita pengalaman puasa dulu-dulu kala, mencari hadiah Ramadhan sama-sama, pergi terawih sama-sama, dapat merasa kembali saat ayah kejut bangun sahur *see? dah besar tak berapa nak panjang pun masih ayah kena kejut bangun sahur :D*. FAILED!

dan ya. ini memang menjadi kebanggaan ayah saya bila Ramadhan kali ini dah berjaya menarik anak perempuan dia yang sorang ni ke dapur untuk sama-sama dengan mak sediakan masakan untuk berbuka dan sahur. antara sebab kenapa ayah saya mahukan anak perempuan seperti yang saya cerita [di sini] *klik la*.
sekurang-kurangnya lepas ni kalau ada orang cakap pasal masak, boleh la jugak saya keluarkan awan nano kat atas kepala ni.Photobucket 
kalau tak, macam ni la reaksi saya tiap kali orang sekeliling start buka topik pasal main masak-masak Photobucket. berlagak cool. kesian.

apa yang seronoknya pasal tolong mak kat dapur... sambil tangan potong ini, potong itu, mulut ni pulak rancak cerita ini, cerita itu, telinga pun kena tajam dengar mak kongsi ini, kongsi itu sehingga mengundang air mata. mahu tak mengundang air mata bila mak start kongsi pengalaman hidup dia, saya pulak tengah kupas dan potong bawang, ngee ^^.

kalau sebelum ni saya pernah kongsi sebab apa kami dah tak buat biskut raya di [entry ini] *awak, klik la lagi*, kali ni saya nak seret jugak mak saya untuk tolong saya realisasikan impian saya buat biskut raya special untuk kawan-kawan saya yang akan datang beraya nanti. no tempah tempah. aceycey,,, kawan-kawan. sila lah rasa terharu sebab kawan kamu ni bersemangat waja nak buat biskut raya semata-mata untuk kamu, hakhak.

apa pun... masak, masak jugak. biskut raya, biskut raya jugak. tapi jangan kita lupa pulak bonus yang telah Dia janjikan untuk kita di akhir-akhir Ramadhan ini, ya :).

Jangan jadikan puasa kita macam tebu. Awalnya manis hujungnya tawar. Jadikan puasa kita macam teh tarik. Awalnya manis akhirnya lagi manis-Ustaz Mohd Syakirin.

oh. pasal tajuk entry ni. tolong saya, boleh? boleh tolong letakkan tajuk untuk entry ini? hehe :P

Thursday, August 11, 2011

saat dipertemukan

pertemuan yang telah diatur setahun lalu... 
kehadirannya menjadi pengganti kepada yang pergi membawa diri.
setelah menanti dengan penuh harapan, akhirnya dia hadir.
walaupun pada mulanya bukan dia yang kuinginkan, namun ketika pertama kali mata memandang saat dipertemukan,
hati ini sudah tertaut padanya biarpun yang diharapkan turut berada di depan mata.
saat harus memilih, hati ini tidak mampu menolak rasa yang hadir.
sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku :)

hadirnya...
memadam terus bayangan yang sebelum ini bermain di mata.
hari-hari yang dilalui terasa lebih bermakna bersamanya yang setia di sisi.
kekadang, siang yang menuntut tanggungjawab duniawi menjarakkan kami namun
tidak kubiar malamku berlalu tanpa menerima pesanan darinya walau hanya sebaris kata kerana...
padanya, terselit kata-kata yang memujuk.
dengannya, hati menjadi tenang.
bersamanya, mendekatkan aku pada Sang Pencipta.

Ramadhan ini...
kupanjatkan syukur kerana Dia menganugerahkan kesempatan waktu untuk kuluangkan lebih banyak masa bersamanya, menuntut tawaran bulan yang penuh barakah ini, InsyaAllah.

 dan ini lah dia yang saya maksudkan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


jawapan kepada [entry ini].
ianya bukan lah personal diary mahupun daily planner. tapi ia adalah tafsir Al-Quran yang sudah bersama saya setahun yang lalu.

begitu lah al-kisahnya macam mana saya ditakdirkan bersama dengan si pinky ni. lepas yang lama tu pergi menghilangkan diri, saya pasrah dan saya bertekad untuk cari pengganti iaitu si purple sebab saya dah lama simpan perasaan kat si purple. fyi, i'm not into pink, ok. tapi entah la roh apa yang masuk dalam badan saya malam tu sampaikan bila nampak si pinky ni, keinginan terus berubah dan saya akur. hurm,,,

begitu lah juga kehidupan. kita merancang. Dia juga merancang. namun, tiada perancangan yang lebih sempurna selain perancangan yang telah diatur oleh-Nya.
kini aku percaya bahawa Dia tidak akan mengambil sesuatu dari kita melainkan dengan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.


Bila Allah izinkan kita berjumpa Ramadhan, Dia ada hadiah untuk kita. jadi carilah hadiah itu-Prof Dr Muhaya.
 p/s: yukkk sama-sama kita cari 'hadiah' itu :)

Wednesday, August 10, 2011

#2 Wordless Wednesday

 

wordless wednesday? apa tu? boleh [klik di sini]

Monday, August 8, 2011

let's think of it

One day, a rich father took his son on a trip. He wanted to show him how poor someone can be. They spent time on the farm of a poor family.

On the way home, father asked, Did you see how poor they are? What did you learn?
The son replied, We have a pool, they have rivers. We have lanterns at night, they have stars. We buy food, they grow theirs. We have walls to protect us, they have friends. We have encyclopedias, they have the Quran. 

Then he added: Thanks Dad for showing me how poor we are.


Lesson: It's not about money that makes us rich, it's about simplicity and having HIM in our lives :)

Wednesday, August 3, 2011

#1 Wordless Wednesday

 

wordless wednesday? apa tu? boleh [klik di sini]

Monday, August 1, 2011

perasan tak?

kamu semua perasan tak? saya memang perasan. saya perasan yang hari ini ramai orang post pasal Ramadhan. kenapa eh? *memang mahu ketuk kepala ni sebab pura-pura tak tahu, hee*
untuk itu, saya tak bercadang untuk post pasal Ramadhan *mak aih, teruk punya ayat* sebab saya cuma nak bagitahu yang petang semalam, saya dengan cik ain and the gang...
 
psst2,,, jangan cari saya dalam gambar ni sebab memang tak ada pun. hehe :D

... ke Mesra Mall menonton filem


... CAPTAIN AMERICA walaupun bukan movie ini yang kami nak tengok pada asalnya. and how was it?
i was so excited when the serum could transfer Steve Rogers from a scrawny guy to oh-my-guy, awww *opss,,, adakah saya kelihatan seperti mata keranjang di sini? ya ampun*.
but no matter what, i have to confess that i love Colonel even more for being sarcastic everytime he was there in the scene *lol. sounds cruel yet funny oh*.

talking 'bout ending, terkilan. sangat. untuk itu, jangan bercinta dengan manusia abnormal, muehehe ;) 
and. and. and i just love the scene when Dr. Erskine pointed at Steves heart as he died. yeah,,, this scene really turn me on for reminding me of Dato' Dr Fadzilah Kamsah yang selalu menekankan kita untuk selami jiwa, ahaks :D *apa yang aku cuba sampaikan, sebenarnya*.

actually i try to relate and highlight it's the heart that makes a good person. so, sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, marilah kita sama-sama menyucikan hati kita yang satu ini *acey,,, pandai pulak nak alihkan topik dari movie ke Ramadhan kan*.

oh ya. walaupun saya tak bercadang untuk post pasal Ramadhan pada awalnya, namun saya rasa bertanggungjawab untuk mengajak kamu semua berlumba-lumba lari merebut tawaran istimewa sempena Ramadhan ini:


p/s: yukkk semarakkan cinta Ramadhan :)