Pages

come with me ;;)

Sunday, August 21, 2011

tolong saya, boleh?

Alamak! dia dah buat dah. dah buat dah. buat apa? malas update la, ngee ^^

oh sebelum tu. Assalamualaikum wbt. hari ini dah masuk hari ke-21 kita berpuasa. Alhamdulillah masih belum diberi cuti, hehe :D. tapi tak tahu la kalau-kalau sempena birthday saya esok, tiba-tiba dapat cuti kan? hakhak saya memang suka mengwar-warkan kat orang ramai bila birthday saya. jadi siapa yang baca entry ini, sila wish ok. eh ada pulak paksa-paksa orang kan *mesti ada yang menyesal baca entry ni, hehe :D*.

amacam iman hari ni? masihkah azam dan semangat kita sama seperti di awal Ramadhan hari tu atau lebih?
serius. sangat cepat masa berlalu. bukan? tup tap tup tap dah seminggu lebih saya tak update blog. tup tap tup tap kita dah pun masuk dalam 10 terakhir Ramadhan. tup tap tup tap nanti dah raya. bila dah raya, confirm la lepas ni tup tap tup tap dah kena balik UPM. huwaaa tak sukanya tup tap tup tap :((.

haisy,,, entah akan dipertemukan lagi ke tidak dengan Ramadhan tahun depan :'(.
saya tersangatlah bersyukur kerana Ramadhan kali ini, saya dapat bersama-sama dengan mak ayah di rumah. a place where my heart is :) *oh tetiba rasa nak nangis*.
banyak masa diluang bersama. bercerita pengalaman puasa dulu-dulu kala, mencari hadiah Ramadhan sama-sama, pergi terawih sama-sama, dapat merasa kembali saat ayah kejut bangun sahur *see? dah besar tak berapa nak panjang pun masih ayah kena kejut bangun sahur :D*. FAILED!

dan ya. ini memang menjadi kebanggaan ayah saya bila Ramadhan kali ini dah berjaya menarik anak perempuan dia yang sorang ni ke dapur untuk sama-sama dengan mak sediakan masakan untuk berbuka dan sahur. antara sebab kenapa ayah saya mahukan anak perempuan seperti yang saya cerita [di sini] *klik la*.
sekurang-kurangnya lepas ni kalau ada orang cakap pasal masak, boleh la jugak saya keluarkan awan nano kat atas kepala ni.Photobucket 
kalau tak, macam ni la reaksi saya tiap kali orang sekeliling start buka topik pasal main masak-masak Photobucket. berlagak cool. kesian.

apa yang seronoknya pasal tolong mak kat dapur... sambil tangan potong ini, potong itu, mulut ni pulak rancak cerita ini, cerita itu, telinga pun kena tajam dengar mak kongsi ini, kongsi itu sehingga mengundang air mata. mahu tak mengundang air mata bila mak start kongsi pengalaman hidup dia, saya pulak tengah kupas dan potong bawang, ngee ^^.

kalau sebelum ni saya pernah kongsi sebab apa kami dah tak buat biskut raya di [entry ini] *awak, klik la lagi*, kali ni saya nak seret jugak mak saya untuk tolong saya realisasikan impian saya buat biskut raya special untuk kawan-kawan saya yang akan datang beraya nanti. no tempah tempah. aceycey,,, kawan-kawan. sila lah rasa terharu sebab kawan kamu ni bersemangat waja nak buat biskut raya semata-mata untuk kamu, hakhak.

apa pun... masak, masak jugak. biskut raya, biskut raya jugak. tapi jangan kita lupa pulak bonus yang telah Dia janjikan untuk kita di akhir-akhir Ramadhan ini, ya :).

Jangan jadikan puasa kita macam tebu. Awalnya manis hujungnya tawar. Jadikan puasa kita macam teh tarik. Awalnya manis akhirnya lagi manis-Ustaz Mohd Syakirin.

oh. pasal tajuk entry ni. tolong saya, boleh? boleh tolong letakkan tajuk untuk entry ini? hehe :P

25 003 people care:

little ain said...

awww nyahh. kuey raye. muahaha!

zEri sAfEerA said...

@little ain: eh mak. kekeke :D kuperlukan tiupan semangat dr mu. hakhak :D

zOeY zAu YaH said...

wahh semanagt kuih raye tuuu hihi

zEri sAfEerA said...

@zOeY zAu YaH: tau xpe. hopefully menjadi la :)

Qaseh dalia adelia said...

insyaAllah ia akan tetap manis ..

zEri sAfEerA said...

@Qaseh dalia adelia: InsyaAllah ameen :)

senydream said...

hehe2..semangat aku bce nk tlong nape tdi!..adooii..papepon aku dh mmg trbayang mkn biskut ry mu buat tuh,muahahah..:p

zEri sAfEerA said...

@senydream: haha :)) eh issareni meletakkan hrpn yg tggi nmpaknye :D

ieda said...

ok ape update nie dik ! :)

zEri sAfEerA said...

@ieda: update suke2. hehe :D

Hans said...

ar ar
teh tarik awal2 manis
last2 pun lagi manis
:-)

zEri sAfEerA said...

@Hans: haa tu la. tiba2 plak terase nk mnum teh tarik. kwang3 :D

nabilah_2908 said...

tahun ni terbalik..

biasanya tahun2 yg sudah..keje sy buat kuih raya...thun ni...tiba2 je my mom ada mood nak buat kuih raya...

maka..tahun ni..sy relax sikit..balik2 keje..kuih raya dah siap bakar..hehehe... ;P

Far8 budak baik said...

wat tajuk ni....
sehari berpuasa bersama emak didapur..haha!

weh hari lahh besdayy kauu kn!!
hepi bessdayy k..
pung pung pung
bunyi bunga api...
tu lahh kn..
klo potong bawang tu mmg nangis
habis..hak3

zEri sAfEerA said...

@nabilah_2908: hehe :D xpelah at least dah biasa buat. sy ni dah lame x buat dgn family. tempah j. jadi thn ni nk tukar tradisi la alang2 ade kat rmh :)

zEri sAfEerA said...

@Far8 budak baik: panjang tajuk. haha!

yup arini la 22 aug. aceycey,,,
tenkiu2
pom kebabow *wat serangan balas, hehe
aah. tp kalo yg xpert xdenye nk nangis. kekekeke ^^

dhiera said...

hari lahir kamu hari ini??
selamat hari lahir. semoga panjang umur dan murah rezeki.

salam perkenalan

anamizu said...

wahh harini bufday zeri safeera eh?
hepy bday tau..
senyum slalu..
moge2 cepat dpt jodoh..hehe


err tajuknye..
sehari bersama mak..kekeke~
boleh gitu? =P

zEri sAfEerA said...

@dhiera: hee ^^ aah 22 aug.
terima kasih...
salam perkenalan disambut ;)

zEri sAfEerA said...

@anamizu: yup. kekeke :D
time kasih tau.
ok senyum utk kamu :)
wah,,, jodoh. ehem2


hee boleh je mane2 yg drasekan sesuai. masing2 wat tajuk sdiri sbab tuan blog pon x th nk taruk tajuk ape. hee ^^

amna said...

alhamdulillah..
saya pula ramadhan ni sempat berbuka dgn family 2 kali saja T.T

zEri sAfEerA said...

@amna: hurm,,, 2 la. biasanya sy pon mcm 2 jgk sebelum ni. 2,3 ari je dpt berbuka dgn family :)

Wani said...

suka point last tuhh.

Happy birthday!
*agak2 tak terlambat kan? huhu

zEri sAfEerA said...

@Wani: hehe :D

owh time kasih ;)
xde la lmbat pon sbab sy masih boleh bc. mestilah belum terlambat kan. hehe :D

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

hai.. mcm prangai anak dara sorg ni..

wat sedap2 kuih raya tu...