Pages

come with me ;;)

Thursday, October 15, 2009

Gol! Gol! Gol!

 

Entry ini ditulis selepas kepenatan pulang dari kelas bola baling. Saat ini, masih belum mandi yup sebab baru saja lepas makan + nak sejukkan badan dulu. Sambil2 tu, post entry ni dulu sementara cerita tengah hot.

Tak sangka malam ni kami ada match lepas kelas minggu lepas kami diajar teknik-teknik menjaringkan gol. Huh,,,lpas je warming up, kami dibahagikan mengikut nombor. Aku, group 2. Setiap group, 6 orang ahli. Sorang je coursemate yang sama group dengan aku, Amalina Hani atau lebih dikenali sebagai Ina. Yang lain, semua dari pendidikan moral. Tanpa undian, group kami yang kena lawan 1st dengan group 1. Alamak,,, group diorang ada lelaki… Mana aci! Sedangkan kami,,, hanyalah para wanita yang teristimewa. Hohoh ^.^

Start saja main, group diorang dah pun jaringkan gol. Lemah smangat,,, =(. Lepas tu, gol lagi...gol lagi... Sampai la masuk gol yang ke-4. Memang group kami tak buat serangan. Caya lah diorang,,, Tapi tak apa la. Bukan nak main sungguh-sungguh pun. Kami semua bukan pemain expert. Just untuk pengalaman. Haisy,,, tak boleh jadi ni. Maka dengan itu, gol pertama dijaringkan oleh group kami dan penjaring itu adalah saya yup, heheh ^^. Lepas tu, semangat untuk main betul-betul datang. Dengan itu, jaringan ke-2 menyusul, juga dari saya... Hee :D. Sukanya saya walaupun masa tu masa dah nak tamat. Game ni stop dengan 4-3 dan jaringan ke-3 itu bukan lah dari saya, ahaks,,, :p

Sekarang, giliran group 3 vs group 4 pulak. Sangat letih. Terasa sesak untuk bernafas. Mana tak nya. Lari sana sini + duk gelak nya lagi time main tu. Bertambah-tambah la oksigen yang nak disedut. Wuah,,,wuah3!


Aksi yang sempat ditangkap 

Aku ingatkan game malam tu habis kat sini je lepas group 3 menang. Rupanya group yang menang kena lawan lagi dengan group yang menang dan seterusnya. Adoi,,, dah la group 4 ada coach kami, Cikgu Razak sebab group diorang tak cukup ahli. Tak apa, perjuangan tetap perlu diteruskan!!! Hahaha :)). Yang tak tahannya, sebelum start game, cikgu pesan kat ahli group dia suruh jaga aku. Huhuh :p apa la,,,lagi la aku rasa nak lari.

Wah,,, sangat bahagia bila jaringan pertama untuk 2nd game ni aku yang sumbang. Yay,,, Give me 5! \(^.^)/ Huh,,, tapi sangat tak selamat bila diorang dah mulakan langkah. Jaringan pertama dari group diorang gagal tapi kesian Ina bile bola tu kena kat muka dia. Nasib baik spek tak pecah. Yang pasti, aku tahu dia tengah sakit. So, Siva *Ketua kelas ni* gantikan tempat dia sebagai penjaga gol. Fair la kan bila masing-masing ada wakil lelaki. Sengit gila game kali ni. Serius,,, tercungap-cungap aku nak kejar bola. Sekali… group kami kat depan, then group diorang pulak. Macam tu la sampai habis.

Time masa dah nak tamat tu, Siva tukar jadi pemain sebab masa tu jarak gol kami cuma 1. Hooray~ akhirnya, group kami berjaya jaringkan 5 gol. Siapa yang menang, kurang pasti la. Sebelum tu, pengumuman penting… 3 jaringan gol tersebut adalah sumbangan Azri safirah yup, terima kasih… Hoho :p. Sebenarnya... Dalam game ni, menang or kalah tu tak penting. Yang penting, kami dapat praktikkan teknik-teknik yang sudah kami belajar sepanjang sem ni selain dapat timba pengalaman baru lawan bola baling terutama pada mereka yang baru 1st time main. 

Cooling down,,, terasa sakit semua anggota, huhu. Time balik tu, coursemates aku sempat lagi tanya dan semua ingat aku dah pernah main dulu kat sekolah. Ye la, diorang cakap agresif semacam je. Hah??? Lariiiiiiiiiii...
Mana ada, sejujurnya tak pernah pun even bola jaring tau. Hurm,,, entah kenapa rasa bersemangat nak main malam ni. Tambah pulak time main tu kawan-kawan duk sorak Azri... Azri... Azri! Lagi la berkobar-kobar semangat tu datang. Hakhak, ye la sangat. Kini aku cuma mampu kata exhausted tapi enjoy + happy sangat. Tension semua boleh hilang time shoot gol. Yes,,, puas!

0 003 people care: