Salam...
Sabtu lepas, aku kena bangun awal ke fakulti seperti biasa sebab hari tu penutup Bakti Siswa group aku, Group 17. Cepat-cepat bersiap macam nak pergi beraya pulak, heheh :D. Ina, Dayah, Bie, Aishah dan Aina dah tunggu kat bawah.
Pergi awal untuk tolong apa yang patut contohnya, persiapan dewan dan hidangan makanan. Sampai je, budak kos SRT sudah pun mulakan tugas. Kami cuma kena potongkan tembikai dan tolong buatkan air. Wah,,, tembikai. Oleh sebab saya terlalu suka pada ini buah, so tiba-tiba pulak 1 potong, 2 potong dan entah la berapa potong melompat masuk ke dalam mulut saya. Saya tak bersalah |(._.)| Wah,,,kah3!
Lebih kurang 10 am, majlis bermula dengan dihadiri oleh wakil dari pusat Koko dan wakil dari Kediaman Abu Nur, yang terletak di Perak. Sebenarnya, sepanjang minggu lepas, group Bakti Siswa kami telah menjalankan kutipan derma di seluruh UPM bagi membantu kediaman tersebut. Program ni diberi nama Masih Ada Yang Sayang. Setiap orang dibahagikan kumpulan. 2 orang bagi tiap-tiap kumpulan. Aku 1 group dengan Ina. Kami perlu menjalankan kutipan derma di Fakulti Alam Sekitar dan Veterinar. Begitu jugak dengan group-group lain. Semuanya dibahagikan tempat dan lokasi masing-masing. Satu cabaran baru untuk berdepan dengan bermacam-macam ragam manusia. Namun Alhamdulillah... segalanya tetap berjalan lancar.
Seperti biasa, setiap majlis mesti ada ucapan or sepatah dua kata dari tetamu kan? Dalam ucapan, wakil dari pusat Koko telah menekankan tentang Kemahiran Insaniah (KI) yang telah kami pelajari sepanjang sem ini. Oleh itu, ia tak perlu berakhir di sini tapi mesti la diteruskan dalam kehidupan seharian sampai la dah bekerja. Ucapan diteruskan daripada wakil Kediaman Abu Nur.
Kenapa kediaman ni dipilih?
Sebab ianya kurang mendapat bantuan kerana penempatan agak tercorot. Sangat sayu dan tersentuh saat mendengar kisah-kisah yang telah dikongsi bersama kami. Sebab tu la kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang sebab tak semua orang bernasib baik seperti kita.
Kenapa kediaman ni dipilih?
Maka replika cek dan wang tunai yang telah berjaya dikutip sepanjang minggu ini telah diserahkan kepada wakil dari Kediaman Abu Nur.
Jumlah yang berjaya dikumpul
Terima kasih atas kerjasama daripada sume warga UPM. Kemudian, majlis berakhir dengan sesi fotografi. Tetamu dan pelajar dihidangkan dengan jamuan ringkas. Sebelum balik, kami tak lupa untuk bergambar dengan Fasi kami, Pn Intan Syafiena yang baik sangat.
Yang tak tahan... Kebetulan pada masa yang sama, kat Dewan Besar ada jamuan raya UPM. Apa lagi??? Sambung pergi sana la pulak sebelum balik kolej. Sasaran utama ku, satay! Wohoo~ banyaknya. Oleh sebab terlalu excited lepas dapat sate, maka dengan slumber aku ambil air sirap macam tu je kat booth sebelah. Sekali... abang-abang yang jaga kat situ cakap, "Dik, bayar seringgit." Dengan terkejut, "Hah???" Dengan poyonya, mereka gelak dan cakap "Gurau je." Aiseh men, nasib baik tak gugur jantung. Saja je nak buat malu aku. Lupakan. Jom kita nikmati satay yang ada.
Terlalu lah banyak makanan yang ada. Namun, tak semua boleh masuk. Yang termampu aku sumbat... Satay, Yong Tau Fu, Mee Kari, Cendol, ABC. Humph,,, ni je kot. Seronok pulak dapat makan free macam ni, hehe :D. Orang yang datang ramai, tapi makanan tetap tak habis-habis. Mereka yang datang bukan sahaja melayu, tapi pelbagai kaum termasuk la foreigner. Erk,,, Alhamdulillah... Jom kita berangkat dengan senyuman =)
0 003 people care:
Post a Comment