Pages

come with me ;;)

Monday, November 23, 2009

SEPI mengajar erti cinta

Assalamualaikum...
Waaaah,,, agak puitis ye tajuk entry kali ni. Woo,,, ini bukan kisah saya yup. Saja la mahu kongsi sikit pasal filem Sepi. Filem ni sebenarnya filem 2008 lagi. Mula-mula, tak berminat pun nak tengok filem ni sebab nampak macam slow walaupun dah banyak kali kawan-kawan pujuk suruh tengok. Tapi oleh sebab dah berkurun cerita ni disimpan dalam laptop ni, akhirnya tergerak jugak la rasa hati ni nak tengok memandangkan memang dah tak tahu nak buat apa. Lagi-lagi pengarah dia Kabir Bhatia kan. Pengarah drama Nur Kasih tu. Bez! Bez! Bez! Jangan lupa episod last Jumaat ni, ngeh3~ Sempat lagi...

Huisy,,,berdiri bulu roma bila hayati puisi ni

Hurm,,, mula-mula aku blur jugak. Kenapa tiba-tiba macam ni, tiba-tiba macam tu? Adoi,,, pening!!! Biasa la, bab cintan cintun ni saya agak slow yup. huhuh,,, Bila dah lama sikit "Ow,,, ok..."
Sekali bila dah termasuk sekali dalam filem tu... Alamak ai!!! Mula la fikir nak jadi siapa ni? Ilyana? Marya? Imaan? hikhik,,, kekoyaan menguasai diriku kini.


Fuh,,, plot yang disusun secara flashback dan forward tu memang betul-betul buat otak ni ligat fikir apa yang akan jadi pulak lepas ni??? Malangnya... lain yang kita nak, sebaliknya pulak yang jadi kan. Pendek kata, banyak unsur 'tricky' la dalam filem ni.
Kadang-kadang, watak-watak dalam ni pulak tak guna banyak skrip, namun dengan hanya 1 perkataan sudah cukup untuk menggambarkan keseluruhannya secara halus. Pheeeeeewwiiiit~
Lagipun, pelakon-pelakon dalam ni memang superb. Dengan gambaran melalui riak wajah mereka je, kita dah boleh rasa apa yang cuba disampaikan setiap watak.


Sepi... mengisahkan Adam(Afdlin), Sufi(Tony Eusoff) dan Imaan(Baizura Kahar). 3 kisah yang berbeza namun mereka terikat dengan 1 destiny.

Adam - seorang chef yang berjaya dan kek perkahwinannya sentiasa menjadi idaman pengantin. Dia sentiasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan tanpa pasangan. Walau sentiasa dikelilingi teman-teman, Adam rasa keseorangan. Dia sentiasa kelihatan ceria, namun hatinya tercari-cari. Dia inginkan seseorang untuk berkongsi bahagia.

Sufi - Setelah kematian isterinya, Sufi terbeban dengan memori. Hatinya yang kosong enggan meneruskan hidup tanpa kekasih hati. Dia berlari menjauhkan diri dari realiti kehidupan, kerjaya, malah anaknya sendiri. Tak terbayang olehnya cinta akan menjenguknya lagi. Dia sangka, cinta hanya datang sekali dalam hidup sehingga dia bertemu Marya(Eja).

Imaan - Dia kecewa bila pementasan teater nukilannya tak diambil serius oleh pelakon utamanya, Ean(Syed Hussein). Imaan bencikan Ean, tapi tanpa dia sedar, Ean berjaya mencuri hatinya. Benci berubah menjadi bibit cinta. Namun Imaan sudah berpunya. Hatinya tersepit antara kasih pada 2 lelaki yang begitu penting dalam hidupnya. Akhirnya, cinta memaksa Imaan untuk memilih.


Antara 3 kisah cinta ni, aku paling suka kisah Sufi kot. Entah, tak pasti. Sebenarnya, aku suka Sufi ke suka Tony??? Hak,,,hakhak3 =))


Antara part yang best Sufi dengan isteri dia(Rozita) - Time tu dia cepat-cepat nak pergi kerja, minum air dan terus keluar. Isteri dia just senyum dan cakap i love u. Sufi masuk balik dan cakap i love u too dan anak dia yang tengah makan roti pulak sambung, i love u 3 mama. Hehe,,, sweet~
Setelah isteri dia meninggal, dia bertemu cinta ke-2 dengan Marya(Eja) yang mengembalikan semula semangat untuk dia teruskan hidup. Takdir tak satukan mereka kerana Marya sudah pun bersuami. Namun, Sufi berjanji tetap akan menunggu Marya di tempat pertama kali mereka bertemu sehingga ke akhir hayat dia. Namun akhirnya, Marya datang untuk menyambung kembali kisah mereka. Malangnya segalanya dah terlambat. Sufi telah pon.............huk,,,huk3 :(


Kisah Adam pun best jugak. Lagi-lagi bila Nasha Aziz bawak watak ting tong, Suzy. Dia betul-betul gilekan Adam. Tapi bila Adam terus-terang yang dia tak cintakan Suzy, dengan slumber je dia lepuk muka Adam lepas tu kate "ok". Tiba-tiba je lepas tu dia menjerit panggil "Mat Nor!!!" dan terus tergedik-gedik pergi kat Mat Nor pulak. Wah,,,kah3~ ngok ngek betol.
Lastly, Adam ditakdirkan sama-sama dengan Ilyana(Vanida). Hee,,, dialog paling menyengat...
Ilyana : Awak cari saya ke?
Adam : Sepanjang hidup saya, wak.
Kwang3,,, yela tu. =p


Kisah Imaan lain pulak ceritanya. Dia ni gila-gila setia dan sayang kat pakwe dia ni, Khalil(Pierre). Walaupun dalam masa yang sama Ean(Syed Hussein) suka jugak kat dia. Semuanya berakhir lepas dia accident. Dalam accident ni la ketiga-tiga watak utama (Adam, Sufi dan Imaan) digabungkan.
Rupa-rupanya pakwe si Imaan ni, Khalil dah lama mati kena bunuh. So, selama ni apa yang dia lihat hanyalah bayangan perasaan semata-mata.
Lepas flashback, baru la aku tahu. Patut la masa dalam komuter orang pandang dia semacam je. Housemate dia pun ada tegur dia ok ke tak. Owh,,, selama ni dia tu duk cakap sengsorang la.
Namun setelah apa yang telah berlaku, akhirnya dia dah boleh terima kenyataan. Imaan dengan Ean jugak.


Sepi... Untuk Adam, Sufi dan Imaan. Sepi terlebih dulu menjengah hati mereka. Sepi membuat mereka mencari, memilih dan menggengam cinta. Sepilah mengajar mereka erti cinta.

Apa yang boleh aku simpul kat sini, orang tak akan bercinta kalau bukan kerana sepi. Hua,,,haha3~ habis la kalau zEri dah start mengarut. Dan2 pulak aku letak ost Sepi kat page aku ni. Huhuhu,,, layan saja la. K chow dulu. Salam~

6 003 people care:

loverbox said...

uikss..knp warna warni tulisan nie..pening juga saya nak baca..anyway boleh tahan post nie..

zEri sAfEerA said...

sbab saye x suke idop yg sepi...ngeh3~

loverbox said...

i see..saya ingat kehidupan je kena warna warni..tulisan pun kena warna warni juga ye...hehe...jangan sampai ada orang pengsan nak baca tulisan warna-warni ni sudah...hehe..

loverbox said...

ya lah tak ada kawan nak berbual2..macam duk dalam gua pulak...kalo sorang2..

zEri sAfEerA said...

hahaha~ ngok ngek betol la kamoo ni...=p

loverbox said...

aik..knp pula sy kena gitu lak...mentang2 sy pening tengok tulisan warna warni banyak...