Pages

come with me ;;)

Thursday, November 12, 2009

hOorAy! Kemerdekaan Yang Dicapai Kini

Assalamualaikum...

Ok la... Sebelum cerita ni basi dan berkulat, aku nak cite la sikit apa yang aku buat kat UPM lepas exam or sebelum aku balik kampung hari tu.

Last paper - Koko, 29 Okt (Khamis), 20.00-22.00

Lepas tu, hOorAy!!! MERDEKA...

Tapi angin telah membawa khabar yang student kolej aku ni boleh balik lepas 9hb Nov. Mak aih,,, lama lagi tu! Roommates ku sangat happy kot. Ya la... nampak sangat la aku akan balik sama-sama dengan diorang sebab 9hb Nov tu last paper diorang. Haish,,, paper habis awal pun macam tak ada makna je la :(
Apa yang aku nak buat kat sini lama-lama??? Nampaknya, habiskan duit dengan makan saja la zEri.
Maka, roommates ku especially Diyana senyum penuh makna. Jom pergi Putrajaya??? Sunway Pramid??? Sogo??? Mid???
Huhuhu,,, tak tahaaaaaaaannn siap dah tetapkan hari dan tempat yang nak pergi lagi tu. Bab jalan-jalan, aku lompat setinggi yg mampu. \(^_^)/ Hahahahah~


Esoknya lepas exam, 30 hb Okt - Pergi beli tiket balik Terengganu dengan coursemates, Dayah, Aina, Aishah, Bie dan Kak Tikah.
Tarikh balik, 3hb Nov. Aik??? Bukan ke 9hb Nov baru boleh balik??? Hehe,,, al-kisahnya, oleh sebab kitorang dah dapat bilik letak barang, so boleh la balik awal. Ngeh3~

Sampai bilik, aku baring jap. Roommates ku macam agak-agak frust je bila tahu aku akan balik kampung awal. Sorry,,, dah semua coursemates aku buat keputusan nak balik 3hb, terpaksa lah ikut. Kalau ikutkan, aku nak balik 4 or 5hb. 9hb macam lama sangat je. Adoi,,, plan nak pergi Sunway Pramid tak jadi la nampaknya sebab ikut perancangan, nak pergi 4hb. Huk,,,huk3 sedih =(
Diyana tiba-tiba cakap, kita pergi Sunway hari Isnin nak? (2 hb)
Hah!!! ye ke??? *mata blink2*. Terus segar dari lembik macam nak mati je tadi.
Naa~ tapi ada syaratnya. Program nak pergi Putrajaya, teeeeeeeeeeeeet... CANCEL!!!
Tak apa lain kali :)


31 hb Okt, Sabtu - Ikut Diyana temankan si kecik, Atie. Su (roommate sorang lagi) tak ikut sekali sebab dia ada paper hari tu. Pergi Central Market. Lepas tu, temankan Atie balik. Tapi bukan sampai rumah dia. Sampai Jusco Wangsa Maju je sebab lepas tu aku dengan Diyana nak kena pergi Seremban pulak. Dia nak jumpa kawan sekolah dia, nak bagi hadiah birthday. Bagus betul roommate aku ni,,,

Kat Seremban, pergi mana je ek?? Owh ya, Seremban Mall dan 1 lagi tempat yang aku lupa nama dia. Sampai kolej, dah malam. Sempat lagi join Su dengan Mizah layan Nur Kasih sebelum mandi. Hehe~


1 hb Nov, Ahad - Aku, Su dan Diyana keluar pergi Sogo pulak. SALE!!! tak akan habis-habis, $_$ hehehe~ Sambung jelajah kat Jalan TAR pulak. Su beli banyak tudung, nak jual balik Sarawak nanti. Erm,,, idea yang bijak. ALAMAK! hujan. Lari sana sini meredah hujan. Sempat singgah kat kedai buku. Tertarik pulak dengan 1 novel, Rooftop Rant. Pergi Mid Valley sebelum balik kolej. Huh,,, 1 lagi masalah bila tunggu komuter. Lama sangat sampai sempat lagi makan burger McD.
Tempat duduk penuh, so lepak macam tu je makan. Ngeh3~


Dengan orang yang ramai, boleh pulak relax je makan kat situ walaupun banyak mata-mata yang memandang, huhuhuhu~ Biasa la... malu nak makan, perut lapar. Nak lapar ke??? Huu,,, tak sanggup saya.

Komuter sampai, 1 cabaran lagi nak berasak-asak masuk dalam. Yang part ni, tak payah cite la. Hari minggu, macam duk dalam tin sardin. Tin sardin ok lagi kot, ahaks. Kaku tak bergerak, nafas slow2. Gerak sikit, sentuh orang sebelah kiri, kanan, depan, belakang. Nasib baik kat belakang ni roommate aku. Boleh jugak nak sandar, lega.

Erm,,, bila semua orang dalam komuter diam melayan perasaan, tiba-tiba dalam masa tak sampai 5 saat, komuter tu gelap kejap.

Aaaaaaaaa,,, bunyi suara perempuan menjerit.
Wah,,,kah3 =)) tiba-tiba aku tergelak besar.
Opps,,, semua orang sekeliling aku pandang serentak. O'oww...*buat muka tak bersalah*


Roommates ku gelak sama. Haisy,,, problem aku, kalau dah start gelak susah nak berhenti. Vibrate badan ni haa nak tahan gelak punya pasal. Su yang kat belakang aku pun ikut sama vibrate oleh kerana kuatnya badan aku vibrate, kihkihkih. Ya la, kang ada orang pandang pelik pulak kan. Orang lain macam tension je berhimpit-himpit, kita duk gelak tak berhenti-henti pulak. Hahahaha,,, tak boleh tahan bila teringat kat jeritan itu. Dah namanya perempuan,,, nak buat macam mana. Agaknya bila jerit je, semua masalah settle. Huhuhuh,,, apa-apa je la. Yang penting, kitorang selamat jugak sampai.


2 hb Nov, Isnin - Hari yang dinanti-nanti, pergi Sunway =). Kali ini, aku pergi dengan peneman setia, Diyana dan Su (roommates), Kak Jo dan Ramadan. Erm,,, lewat jugak sampai sana. Huhuhu,,, tujuan utama --> ice skating. Pukul 3 pm baru boleh start main.


Kami tak sabar nak main ^_^


Saja nak test power. hehe :D

Mula-mula macam risau jugak la nak main ni. Ya la, tak pernah kan. Kalau rollerblade, pernah la jugak. Itu pun dah lama. Tapi bila dah tengok orang main, excited la pulak. Diorang pun ramai yang tak pandai main. Bila je langkah masuk...
Mak ai!!! Licin wooooooo...*sambil gelak*

Tak seperti apa yang aku bayangkan. Aku ingat macam main rollerblade tu je. Rupanya, ni sangat licin. So seperti yang dilakukan orang lain yang belum terror, kitorang main kat tepi saja la. Tapi bila dah lama main, boleh la main jauh sikit. Itu pun bila dah pusing beberapa kali dan dengan bantuan Diyana. Rasa yakin la sikit. Jealous dengan Ramadan, awal-awal dah boleh main kat tengah. Ee,,, tak berani aku. Sekali kena langgar dengan yang dah terror tu, jatuh pulak nanti. Diorang main bukan slow2. Jatuh tersungkur tak apa, risau pulak kalau jatuh cinta. Ngeh3~

Su tangkap gambar ni dari luar


3 jam main, macam tak puas. Tapi kena stop jugak sebab ada tanggungjawab yang belum dilaksana yup. Tak apa. Panjang umur, datang lagi di lain masa :). Apa pun, thanks pada yang sudi isikan masa aku walaupun diorang tak habis lagi exam.


3 hb Nov, Selasa - Sambung packing barang, sudah mahu pulang. Bas malam ni pukul 10 pm. Tapi awal-awal dah kena pergi Hentian Putra. Lewat sangat, risau orang ramai pulak dalam komuter nanti. Mungkin dalam pukul 3.30 am baru sampai rumah. Malangnya 1st time dalam hidup aku, terlajak terus sampai KT. Hohoho,,, sepanjang aku belajar kat matrik, balik sengsorang, tak pernah pulak jadi macam ni. Sampai je Dungun, mesti terjaga. Bila balik dengan kawan-kawan, ni pulak jadi nya. Apa daa~
Teringat pulak time makcik aku (Ngoh) telefon aku sebelum aku naik bas malam tu.

Ngoh: Bas pukul berapa dek???
Aku: Pukul 10 pm.
Ngoh: Jangan tertidur sudah la, Tok Nab hari tu sampai pukul 3 am.
Aku: Tak apa... Kalau terlajak, sampai KT terus. *sambil gelak sakan*

Haa,,, ambek ko zEri. Kan dah masin mulut tu. Padan muka :p. Ketuk sikit kepala, *Tooinnnggg!* @_@
Owh ya,,, dialog di atas sebenarnya dalam dialek terengganu ye, huhuhu~
So, pergi rumah Dayah la dulu. Solat Subuh dan sambung tidur sebelum balik rumah aku yang makan masa dalam 40 minit dari KT.

4 003 people care:

Fareha Noor said...

kuat la mg ni g jalan.....

zEri sAfEerA said...

hahaha~ sj je... borink gok duk kolej. xau nk wak mnde. hehehe,,,

nurdiyana said...

haha...
klu g sunway 2 ade jtuh...
kne la tayang pic jatuh ek~
2 je yg mampu kte wt kn...brjln~
xpe 1st sem je(ahaks~btol ke??)

zEri sAfEerA said...

2 r. nsb bek x jatoh. fuuuh,,,slamat.
ntah 2 r. betol ke knyataan itu? ngeh3~