Pages

come with me ;;)

Tuesday, November 2, 2010

Zon Selesa

Macam mana boleh tak selesa? Kelas dah tak ada, semua assignment pun dah di'submit'. SETTLE. Sekarang ini study week. So sebelum tangan ini beralih kepada kerja-kerja study, suka untuk diri ini membuka silat cerita terlebih dahulu di sini :D

Tak lengkap rasanya kalau hidup seorang student tu tak busy kan?
Busy dengan test, assignment and presentation segala. Tu tak masuk lagi busy dengan komitmen lain seperti....... hurm,,, tidur mungkin? Hehe ^^

Tapi banyak-banyak subjek, subjek KMT la yang berpotensi tinggi buat aku hampir-hampir meroyan. Mana tak nya, nak siapkan 1 projek tu punya la makan masa berminggu-minggu. Bukan 1. 2 pun bukan. Malah 3 projek sekaligus. Nak kena buat penyodok, bingkai besi dan rak gantung. Sebab tu la hari Sabtu pun ada kelas.


Buat penyodok tu macam simple. Tapi bila dah masuk part nak kena revet, fuh! betul-betul mencabar kudrat kewanitaan aku, muehehe :D

Bila buat bingkai besi pula, mata kena selalu lindung dengan google. Bila masuk part welding, mahu tak rabun mata bila cahaya api memancar-mancar. Nak try buat pun dah rasa goyang. Tapi bila dah skali try, rasa tak nak stop. Biar aku sorang saja la buat welding ni. Hoho :p

Projek yang paling banyak makan masa... Rak gantung. 1 rak, 2 orang. Tapi aku buat sengsorang.

Bila coursemate aku tanya kenapa ko buat sorang?
Aku jawab, aku kan wanita yang cekal! Ok, sila gelak semua.

Al-kisahnya, hari tu ada banyak kayu lebih. So, Tuan Haji *lecturer amali KMT* galakkan buat individu. Oleh sebab partner aku nak buat individu, maka dengan suka tak berapa nak rela, terpaksa lah aku buat individu juga.

Haisy, rupanya tak semudah yang disangka. Semua bahagian nak kena cantum perlu dibuat tanggam [klik di sini]. Kalau paku saja kan senang. Boleh aku ketuk kepala aku skali. Ngee~

Lihat lah ketabahan wanita ini berhempas pulas demi menyiapkan projek ini.


Potong kayu guna mesin



Mengikir potongan untuk mendapatkan permukaan yang lebih licin

Opps,,, 2 keping gambar ini saja yang sempat tangkap. Haaa,,, untung masuk upm, boleh juga aku pegang gergaji, pahat, tukul, segala macam mesin dan seangkatan dengannya. Baru lah dapat merasa hidup susah sikit. Tu pun dah agak-agak nak goyang iman kan. RASAKAN :p

Akhirnya, Alhamdulillah,,, diri ini dah boleh kembali tersenyum ikhlas :)
Setelah berkorban masa dan tenaga yang tak berapa nak ada ini, aku berjaya dapat markah tinggi untuk projek ini.

Terima kasih kepada Tuan Haji atas tunjuk ajar yang diberi dan kengkawan yang sudi tolong aku dari kiri kanan depan belakang, membangunkan aku kembali bila aku dah agak-agak nak down, boleh buat aku gelak tak ingat dunia walaupun banyak lagi yang tak siap. Kini aku boleh hembus nafas lega bila lihat hasilnya...



Matching tak? kuikuikui,,,

Ni baru saja masuk kerja kayu. Sem depan nak kena berdepan dengan subjek enjin pula. Hurk! Pengsan terus -_-
Boleh jadi cikgu serba boleh la aku lepas graduate nanti. Hehe :D

2 003 people care:

little ain said...

hhahahahahaha buleh buleh

zEri sAfEerA said...

ain ku : hahahaha :)) nk mnde? bertani? bertukang? bermasak j x agi. hehe :D