Pages

come with me ;;)

Friday, June 26, 2009

Akhirnya... Selesai!

Syukur Alhamdulillah. Akhirnya semua urusan sebelum masuk u settle jugak hari ni. Boleh la aku rehat kat rumah je esok. Iye la,,, bayangkan sepanjang minggu ni 1 hari pun aku tak melekat kat rumah. Ada saja benda yang nak diuruskan. Hari ni, pagi-pagi lagi ayah aku dah hantar aku ke rumah Jalila. Kami janji nak pergi yayasan sama-sama dengan mak dia. Selain family aku, family Jalila la yang banyak tolong aku sepanjang minggu ni. Bersyukur, berterima kasih dan terharu sangat.
Kat yayasan, aku dan Jalila ikut je prosedur yang ditetapkan. Oleh sebab terlalu ramai org, kami pergi makan, shopping dan sembahyang dulu.

Bila kami pergi balik kat yayasan, rupanya turn kami dah terlepas. Nasib baik ada kawan kami yang bertugas kat kaunter. Nama dia, Khairunnisa. Panggil Nisa je. Dia la yang tolong percepatkan urusan aku kat sana. Sangat bersyukur sebab tak payah nak tunggu lama. Tiba-tiba ada mesej masuk. Ayah aku bagitahu yang surat tawaran baru sampai. Memandangkan hari ni hari last bank buka, so aku suruh ayah aku isi apa yang patut kat slip yuran lepas tu terus buat pembayaran kat bank.

Bila semua dah selesai, mak Jalila hantar kami berdua kat Mydin Mall. Kami ronda-ronda dan beli barang keperluan sementara mak dia datang ambil. Kebetulan pulak time mak dia sampai, kami dah siap beli apa yang patut. Aku tengok jam, dah pun 4.30 pm. Erm,,, tak dapat la aku jumpa Ain Kusyi buat kali terakhir hari ni. Aku dah pesan kat dia semalam. Kalau semua urusan aku selesai, aku akan call dia. Boleh la dia datang rumah aku. Nampaknya tak kesampaian. Sedihnya, uhuk,,,uhuk3 =(

Dah petang, jom la balik. Tinggal 1 lagi benda yang tak settle sekarang ni. Cetak maklumat PTPTN. Complicated jugak ni. So, aku duk rumah Jalila dulu sebab planning nak pergi print malam ni lepas Maghrib. Sementara masuk waktu Maghrib, aku suruh Jalila test semua baju yang dia beli. Wow,,, semuanya cun. Cayaaaalah. Dalam masa yang sama, aku sempat mesej Ain Kusyi untuk mintak maaf. Dia pun sedih jugak tak dapat jumpa aku hari ni. Aku gile2 bajet sempat. Rupanya tak. Nak buat macam mana, tak ada jodoh kami hari ni. So, aku sempat jumpa Ain Farhana je lah esok sebab dia janji nak datang rumah aku. Ain kusyi tak dapat datang dah esok sebab sepupu dia kahwin. tahniah Mirah :) 

Lepas solat Maghrib dan makan malam, aku dengan family Jalila pergi cc. Lama jugak kat sana sebab Jalila tolong isikan yang orang lain punya sekali. Memang la kalut sikit sebab malam ni last boleh isi. Dah siap print, terus family dia hantar aku kat rumah. Kejap je singgah. Lagipun, dah malam la. Tata... semoga jumpa lagi... Hee

Aku terus pergi bersiram. Fuh,,, segar sikit rasa. Wah,,, buka saja tudung saji, ada satay la. huhu nyum2,,, favourite owh :D
Lepak depan tv kejap dengan mak dan ayah aku sambil cek surat tawaran. Lepas tu, online kejap sebelum beradu. Esok Ain Farhana nak datang rumah pulak. Kang bangun lewat, habis la aku... huhu. K nyte...Zzz

0 003 people care: