Pages

come with me ;;)

Monday, June 22, 2009

Hari-hari Semput

Adoi,,, seperti apa yang dah aku jangka, minggu ni adalah minggu busy bagi aku. Bayangkan...

Malam 20/6, aku bertolak balik dari Selangor ke Terengganu.
Aku sampai lebih kurang 4.30 am esoknya.
Aku siggah & tidur kat rumah nenek aku sebelum ayah aku datang ambil aku lepas solat Subuh.
Sampai je kat rumah, aku cepat-cepat bersiap nak pergi medical check up pulak. Barang-barang pun tak sempat nak unpack.
Aku dah janji dengan kawan aku, Jalila. Dia dapat sambung belajar kat UniMAP dalam kos Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan.


Huk,,,huk3 =( nampak sangat tak bermaya muka aku hari tu especially tang mata. Iya la... dengan keadaan bas malam tu yang sejuk tahap asbestos sampai memamah tulang aku ni hah. Nak tidur pun tak lena. Dah la kaki aku siap cramp oleh sebab sejuknya keadaan bas malam tu. Huh,,, memang macam ni. Kalau dah sejuk sangat, probability untuk kaki ni cramp memang tinggi. Sakit wooo... Dah la tidur tak cukup, badan pulak sakit.
Sedihnya. Letihnya. Ngantuknya.
Apa pun, aku kena settlekan cepat-cepat urusan nak masuk u ni. Risau pulak kalau tak sempat nanti. Walaupun letih, aku harus lawan. Zeri, chAyOk2!


Lebih kurang pukul 9.30 am aku sampai kat rumah Jalila. Itu pun jauh terlajak. Ish,,, loceng bas rosak la pulak. Huwaa :(( macam-macam benda la aku ni. Nasib baik terlajak kat rumah kawan aku sorang ni, Irniyana nama dia. So, aku singgah kat rumah dia dulu. Sembang-sembang sebelum mak Jalila datang ambil. Itu la fungsi ramai kawan kan?
Lama jugak aku sembang dengan dia sampaikan mak Jalila datang pun aku tak sedar.
Heheheheh :D

Emmm,,, lama jugak aku dengan Jalila kat klinik kesihatan.

Mula-mula... kena buat urine test. Cantik.
Paling syok time timbang berat & ukur ketiggian la sebab dah lama tak timbang dan ukur tinggi. Erm, berat aku turun sedikit nampaknya, 43 kg. Tinggi pulak 153 cm je. kih,,,kih3 lowered...
Then, cek tekanan darah pulak. Cun ;)
Pastu, cek gigi & mata. Mata aku mesti la tak ok punya. Biasa la aku ni, saja je buat-buat cool tak pakai spek.

Lepas semua ni siap, tinggal kena pergi x-ray & pengesahan doktor je lagi. Tapi, yang tu kena datang urus esok pulak.


Oleh sebab aku kena isi borang yayasan, so aku kena la duk rumah Jalila sementara borang tu sampai. Dah petang baru aku dapat isi borang tu. Aku siap makan & mandi lagi kat rumah dia. Dah biasa sangat, family dia dah kenal aku sejak form 1. Aku sempat jugak makan buah mata kucing yang fresh dari pokok belakang rumah dia lagi tu. kui,,,kui3! Lepas solat Maghrib baru la family dia hantar aku. Fuh,,, malam tu aku tidur dengan lena selena-lenanya ok memandangkan 1 hari suntuk aku tak tidur.

Alamak,,, dah pagi. Hari ni kena pergi klinik kesihatan lagi untuk x-ray & pengesahan doktor. Cepat-cepat kena bersiap. Kalau lambat, nanti lama pulak kena tunggu turn kat klinik. Macam semalam, hari ni pun aku pergi dengan Jalila. Walaupun dah awal kami sampai, tapi orang yang nak x-ray dah pun ramai. Mengantuk jugak nak tunggu. Bila dah x-ray, aku kena x-ray sekali lagi sebab juru x-ray tu cakap aku angkat bahu time tarik nafas. Aik,,, mana la aku perasan. Kali ke-2, ok. Lepas pukul 2 pm pulak, kami pergi jumpa doktor. Bila doktor cek semua, lastly settled. Alhamdulillah... apa lagi. Jom ah blah =)

Bila dah sampai je kat rumah, aku dengan ayah aku bersiap nak pergi bank pulak. Pergi bukak akaun CIMB & beli no pin PTPTN. Haiya,,, letih tadi pun belum hilang. Tak apa, zEri. Yang penting semua benda nak kena settle cepat. Malangnya, aku sempat beli no pin je. Kecewa...=(. So, esok pulak la aku kena pergi buka akaun CIMB tu. Tak settle jugak yang ni nampaknya. Balik rumah, aku terus tidur lepas makan & sampai la nak dekat Maghrib baru la aku bangun. Serious,,, letih bangat.

3 003 people care:

Amshyar Aminudin said...

Cantik!!!
Bukan blog tapi tuan blog..

little ain said...

andalah orang yang bizi hari itu. ahahaha :)

zEri said...

yup,,,gle2 bz...rase nk mutoh! uwek,,,=p